Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN C

( 15 MARKAH )

Jawab sama ada soalan 1 atau soalan 2

1. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

CARA-CARA PENJAGAAN GIGI

Mulakan Hari Anda


Dengan Senyuman !

menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.


makan makanan yang mengandungi kalsium.
mengurangkan pengambilan makanan bergula.
menjalani pemeriksaan gigi.

12
Jawapan :

13
2. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya
rasuah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud dalam kalangan masyarakat moden.
Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua lapisan
masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan,
pemerasan atau penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan atau
perkhidmatan untuk sesuatu kepentingan.

Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah ini terus berleluasa adalah kerana sikap
segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Kurang didikan agama dan penghayatan
terhadap nilai-nilai murni juga menjadi punca seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa nafsu
ini. Apabila diri telah dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah, mudah dikaburi
wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan orang lain dan tidak berasa puas hati
dengan apa-apa yang dimiliki olehnya.

Seterusnya, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau pekerja-
pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak
oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan
memudahkan individu tertentu mengambil peluang untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan
kuasa dan rasuah. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan daripada semua pihak
khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Selain itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah
seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya
rasuah.

Lebih-lebih lagi, rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu institusi
yang berkaitan. Di samping itu, rasuah berlaku disebabkan oleh pemahaman bahawa perbuatan itu
bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan.
Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh besar
berbanding risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga
didapati lebih serius berbanding negara-negara lain.
Secara totalnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit sehingga
menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha untuk membanteras rasuah
akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak
iaitu pemberi dan penerima.

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Memerangi rasuah hingga ke akar umbi ’ )
Oleh Haji Samad bin Buang, Dewan Siswa, Jun 2011

14
Jawapan :

- SOALAN TAMAT -

15

Anda mungkin juga menyukai