Anda di halaman 1dari 5

Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini.

Definisi rasuah secara


literalnya 直 译 的 bermaksud sogokan 行 贿 的 钱 . Antara kata lain ialah wang yang diberikan oleh
orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan
sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi melanggar undang-undang negara. Berdasarkan
statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jumlah kes rasuah semakin meningkat daripada
552 kes pada tahun 2014 kepada 1081 kes pada November tahun 2019. Persoalannya, apakah faktor
berlakunya gejala rasuah di negara kita?
Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah yang
hanya mementingkan diri sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang mempunyai
kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk
melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang
ringgit, kedudukan dan pangkat. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang
kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan. Demikian itu, masyarakat kini
semakin bersikap individualistik dan materialistik 唯物主义. Maka, mereka boleh menggunakan apa-
apa cara sahaja untuk mencari wang termasuklah rasuah. Jelaslah bahawa, kepimpinan seseorang
individu yang lemah dan hanya mementingkan diri sendiri merupakan salah satu faktor berlakunya
gejala rasuah.
Selain itu, punca rasuah yang seterusnya adalah dari segi gaji pekerja yang rendah sama ada
dalam sektor awam atau swasta turut mendorong perlakuan rasuah. Bagi pegawai yang bergaji rendah
dan bekerja di bandar, mereka kerap menghadapi masalah kewangan. Sebagai contohnya, gaji pekerja
sokongan kerajaan adalah sekitar lapan ratus hingga seribu ringgit sebulan, sedangkan kos hidup di
bandar terus meningkat. Oleh itu, apabila terdapatnya peluang untuk melakukan rasuah, mereka tidak
berfikir panjang lagi untuk melakukan perbuatan tersebut. Adalah sesuatu yang baik jika pihak
kerajaan atau majikan melakukan kajian tentang jumlah gaji yang patut dibayar kepada pekerja dalam
zaman yang serba moden. Jelaslah bahawa, gaji pekerja yang rendah akan mendorong berlakunya
gejala rasuah dalam kelangan pekerja.
Pada masa yang sama, kekurangan didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya
perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Hal ini kerana individu yang tidak mempunyai iman 信念
yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan
dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan 运气 tanpa berasa bersalah. Dengan tidak
memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan
rasuah tidak berasa malu atau takut dengan balasannya. Selain itu, Seseorang itu tahu bahawa rasuah
dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi.
Sikap mahu hidup mewah, riak 傲 慢 , menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya
adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. Justifikasinya,
kekurangan didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam
masyarakat kita.
Akhir sekali, kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung kerana
kerajaan kita tidak melaksanakan undang-undang yang ketat hingga menyebabkan ramai orang
semakin berani mengambil rasuah. Tindakan undang-undang yang longgar juga boleh mendorong
kepada perlakuan rasuah. Sebenarnya, Malaysia mempunyai undang-undang dalam membanteras
gejala rasuah. Namun demikian, tidak banyak kes rasuah dapat diambil tindakan yang sewajarnya
kerana mahkamah tidak dapat berfungsi dengan lancar. Banyak kes rasuah di mahkamah ditunda 延期
beberapa kali dan sebahagian kes yang dibawa ke mahkamah pula tidak cukup bukti untuk dibuat
pendakwaan. Sikap beberapa pihak yang tidak serius dalam mengatasi masalah rasuah ini telah
menyebabkan tindakan tidak dapat diambil kepada pihak yang melakukan rasuah. Konklusinya,
kegiatan rasuah berlaku secara tidak terkawal kerana kerajaan kita tidak melaksanakan undang-
undang yang ketat.
Kesimpulannya, semua pihak tanpa kira pangkat atau harta, mestilah Bersatu pada untuk
memastikan gejala rasuah yang kian berjangkit ini dapat diatasi. Bak kata peribahasa, mencegah itu
lebih baik daripada mengubati.
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat 神 圣 kepada tanah air kita kerana mendapat
kemerdekaan dan bebas daripada penjajah. Sehingga hari ini, polemik(报章杂志上的)论战 yang
sering dibincangkan kerana menganggu-gugat kedaulatan negara adalah mengenai isu perkauman.
Tetapi sebaliknya, masyarakat kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk hidup bersama sesiapa
sahaja walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini.
Kebanyakan antara kita cakna dan menerapkan nilai hormat serta toleransi antara satu sama lain.
Polemik sebenar yang mengancam kedaulatan negara ini adalah gejala salah laku rasuah. Jelas di kaca
televisyen dan media sosial kita dapat melihat gejala ini berlaku di setiap peringkat dan yang
menyedihkan ialah rasuah dalam kalangan kakitangan awam. Hal ini kerana mereka menggunakan
dana yang sepatutnya dinikmati atau memberi manfaat kepada orang awam. Pepatah Melayu berkata,
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua 即使多么厉害的人,有时也会行
差 踏 错 . Mari kita bincangkan cara-cara mengatasi amalan rasuah di Malaysia untuk membanteras
gejala ini serta-merta.
Langkah pertama untuk menghalang salah laku rasuah berlaku di negara ini adalah dengan
memberikan pendidikan kepada masyarakat umum tentang amalan rasuah. Menurut Kamus Dewan
Bahasa Dan Pustaka, rasuah bermaksud pemberian atau sogokan. Secara definisi, Seseorang akan
memberi rasuah kepada individu yang berkuasa atau bertanggungjawab dengan harapan untuk
mendapat balasan tanpa berusaha. Pemberian hadiah yang bernilai tinggi kepada seseorang yang
mempunyai kelebihan untuk menolong pemberi hadiah tersebut juga dianggap sebagai merasuah.
Budaya ini perlu dijelaskan dan diingatkan kepada setiap anggota masyarakat khususnya golongan
muda. Walaupun mereka baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang 很年轻,没有经
验 tetapi mereka merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara ini. Sekiranya setiap
rakyat mampu menilai sama ada sesuatu tindakan itu dianggap sebagai rasuah atau tidak, barulah
budaya atau amalan rasuah di negara ini dapat ditindas sehingga ke akar umbi 基础.
Selaras dengan langkah yang diusahakan di atas, amalan rasuah dapat dibanteras dengan
pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang tegas. Umum mengetahui kita mempunyai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penguatkuasa yang memantau dan
bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah. Namun, jumlah pegawai dan sumber untuk
mereka menguatkuasakan undang-undang adalah terhad. Maka kita sebagai orang awam juga
bertanggungjawab menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa. Selain itu, Badan Kehakiman Negara
juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan dengan pantas dan adil
supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutar-belitkan kenyataan dan salah laku mereka. Jika
pelaku rasuah dibicarakan dengan pantas dan dihukum untuk menjalani hukuman penjara tanpa
sebarang prejudis 偏见, nescaya ramai yang akan menjauhi amalan buruk ini. Persis kata peribahasa,
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan 做任何事情必须将之完成(不要半途而废).
Jelaslah bahawa dengan melaksanakan undang-undang dan hukuman yang tegas, amalan rasuah
dapat dibanteras secara menyeluruh.
Kaedah lain untuk membendung gejala rasuah di negara kita adalah dengan memastikan
sektor awam beroperasi secara jujur dan bertanggungjawab. Dalam sesebuah organisasi, pengurus
merupakan jawatan yang paling penting untuk menguruskan tugas organisasi tersebut dan menjadi
contoh kepada pekerja yang lain. Begitu juga dengan sektor awam di negara kita. Jika pentadbiran
negara dilaksanakan dengan baik, sektor lain akan turut serta. Tamsilnya, kes yang berlaku dalam
kalangan kakitangan kerajaan, menyerahkan projek kepada mereka dengan harga yang paling tinggi
tetapi bukan berdasarkan kemampuan sebuah syarikat tersebut. Kesannya, projek disiapkan pada kos
minimum kerana berlaku banyak serahan kerja dan orang awam hanya mendapat infrastruktur yang
ala kadar 各 尽 其 力 . Situasi ini sepatutnya boleh dielakkan jika kakitangan awam terutamanya
pemimpin negara melantik syarikat yang mempunyai merit serta rekod yang baik. Bak kata pepatah,
hanya jauhari yang mengenal manikam 有才识的人才懂得鉴定.
Kesimpulannya, banyak cara yang boleh diadaptasi di negara kita untuk membendung gejala
rasuah yang semakin membarah 溃 烂 . Masyarakat umum perlu sentiasa diingatkan supaya tidak
terjebak 中计 dengan gejala ini kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
juga. Pemberi dan penerima rasuah wajar dihukum dengan hukuman yang setimpal sebagai
pengajaran kepada orang ramai. Semoga setiap di antara kita menjalankan obligasi 责 任 masing-
masing khususnya penguatkuasa agar polemik ini diselesaikan dengan cepat dan efisien. Kesannya,
masyarakat kita akan bertambah intergriti dan dipercayai oleh negara asing untuk menjalankan urusan
dan perihal-perihal lain yang boleh meningkatkan imej negara di setiap pelosok dunia.

Pada era globalisasi ini, kekayaan harta benda semakin menjadi kegilaan manusia
sehinggakan sanggup menerima rasuah sebagai pemudah cara dalam mencapai impian mereka.
Perasaan dan sifat cemburu dalam manusia tidak dapat kita elakkan tetapi kita dianugerahkan dengan
fikiran yang waras 健 康 的 untuk membezakan sesuatu perkara itu memberikan kebaikan atau
keburukan. Gejala rasuah ialah tindakan satu pihak memberikan hadiah atau wang sebagai jaminan
kepada apa-apa yang mereka inginkan daripada pihak yang lain tanpa melalui prosedur atau cara yang
sah. Duit kopi, simpulan bahasa yang membawa maksud wang sogokan atau memberikan wang
secara tidak rasmi kepada seseorang. Oleh itu, duit kopi memberi kesan-kesan negatif kepada negara.
Pertama sekali, perbuatan rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi.
Hal ini dikatakan demikian kerana timbul unsur penipuan dalam urusan. Sebagai contoh, pegawai
kastam yang bertugas di persempadanan negara menerima wang sogokan untuk melepaskan rokok
murah. Situasi ini berlaku disebabkan gaji mereka yang rendah serta mereka juga pembeli rokok
murah. Maka kita boleh lihat bahawa organisasi yang sepatutnya menghalang rokok murah ini telah
merugikan negarakerana rokok tersebut telah terlepas daripada terkena cukai yang menjadi sumber
pendapatan negara. Bak kata peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar yang memakan padi 被自
己信赖的人出卖 di mana seseorang yang kita berikan amanah telah mengkhianati tanggungjawabnya
dalam melaksanakan amanah tersebut. Jelaslah bahawa, fungsi perjalanan sesuatu organisasi akan
dilumpukan jika berlakunya perbuatan rasuah antara kakitangan organisasi tersebut.
Pada waktu yang sama, rasuah akan menjatuhkan imej negara kita di mata dunia. Pada era
globalisasi ini, media massa maju dalam mendapatkan maklumat mengenai segala perkara atau isu
yang berlaku dalam sesebuah negara. Oleh itu, imej negara akan terjejas jika kes rasuah di negara kita
terdedah di mata dunia kerana pelabur asing akan kehilangan kepercayaan dengan amanah kita dan
akhirnya menyebabkan kemerosotan ekonomi negara. Maka, kita hendaklah sentiasa memastikan
tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi bahan berita kepada media antarabangsa dalam melaporkan
berita kepada penonton mereka di seluruh dunia. Dengan itu, pihak kerajaan bersama Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memastikan setiap anggota kerja kerajaan menjalankan
tigas dengan penuh amanah dan terhindar daripada terlibat dalam gejala rasuah. Bak kata peribahasa
bahasa Melayu, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Di samping itu, amalan rasuah juga akan menyebabkan kualiti satu infrastruktur atau program
terjejas. Contohnya, kes rasuah yang melibatkan kontraktor dalam suatu projek pembinaan jalan raya.
Mereka hanya mengejar keuntungan dengan menerima projek daripada kerajaan pada bayaran
pelaksanaan tertinggi tetapi hakikatnya 实 际 上 mereka membina jalan raya pada kos yang paling
minima demi mengaut keuntungan. Perkara seperti ini akan menyebabkan jalan raya rosak hanya
setahun atau kurang daripada tempoh masa ini. Hal ini akan menjejaskan pengguna serta berlaku
pembaziran bagi pihak berkuasa tempatan kerana terpaksa membayar perbelanjaan untuk membaiki
jalan raya tersebut. Hal seperti ini hendaklah dibendung oleh semua pihak kerana ketulusan dalam
pekerjaan kita akan memberi keuntungan bukan sahaja kepada kita tetapi kepada orang lain yang
menggunakannya.
Akhir kata, pelbagai kesan negatif akan dihadapi oleh negara yang kita cintai sekiranya gejala
rasuah tidak dibendung. SPRM haruslah menyusun inisiatif dalam mencapai sifar kes rasuah dalam
negara kita agar dapat menjadi bual berita dunia tentang negara kita. Pihak kerajaan pula sewajarnya
mencari cara untuk memperkasa ekonomi dan daya sara diri rakyat agar mereka tidak terpesona
dengan rasuah. Masyarakat yang hidup sejahtera dalam ekonomi negara yang sihat akan melahirkan
negara yang berdaya saing dan terjaga imejnya di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai