Anda di halaman 1dari 5

Sejak kebelakangan ini, negara kita digemparkan dengan perilaku rasuah yang berlaku dalam

kalangan pemimpin negara sehingga menjadi berita di luar negara. Implikasi daripada gejala
rasuah ini akan memburukkan imej negara dan juga kita sebagai rakyat. Berikut dikongsikan
conoth karangan Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia untuk rujukan semua.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html

Gejala rasuah ini telah mencemarkan imej negara kerana masyarakat asing beranggapan
masyarakat kita memerlukan sogokan atau rasuah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.
Oleh itu, setiap di antara kita bertanggungjawab membendung gejala rasuah daripada berlaku
supaya imej negara dan diri kita diperbaiki seterusnya mendapat peluang untuk bekerja atau
menjalankan urusan berdasarkan merit dan pencapaian kita.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html

Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia

Isi isi penting Memberikan pendidikan tentang amalan rasuah

Mnguatkuasakan undang-undang

Memastikan sektor awam beroperasi dengan jujur, telus dan bertanggungjawab

Memberikan gaji yang bertepatan dan bermaruah


Menjalankan kempen yang berkesan dan efektif

Menjatuhkan hukuman yang berat kepada pemberi dan penerima rasuah

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html

Contoh Karangan Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia

Pendahuluan

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kepada tanah air kita kerana mendapat
kemerdekaan dan bebas daripada penjajah. Sehingga hari ini, polemik yang sering dibincangkan
kerana menganggu-gugat kedaulatan negara adalah mengenai isu perkauman. Tetapi
sebaliknya, masyarakat kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk hidup bersama sesiapa
sahaja walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini.
Kebanyakan di antara kita cakna dan menerapkan nilai hormat serta toleransi antara satu sama
lain. Polemik sebenar yang mengancam kedaulatan negara ini adalah gejala salah laku rasuah.
Jelas di kaca televisyen dan media sosial kita dapat melihat gejala ini berlaku di setiap peringkat
dan yang menyedihkan adalah rasuah dalam kalangan kakitangan awam. Hal ini kerana mereka
menggunakan dana yang sepatutnya dinikmati atau memberi manfaat kepada orang awam.
Pepatah Melayu berkata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mari kita
bincangkan cara-cara mengatasi amalan rasuah di Malaysia untuk membanteras gejala ini serta-
merta.

Isi 1
Langkah pertama untuk menghalang salah laku rasuah berlaku di negara ini adalah dengan
memberikan pendidikan kepada masyarakat umum tentang amalan rasuah.  Menurut Kamus
Dewan Bahasa Dan Pustaka, rasuah bermaksud pemberian atau sogokan. Secara definisi,
Seseorang akan memberi rasuah kepada individu yang berkuasa atau bertanggungjawab dengan
harapan untuk mendapat balasan dalam bentuk kerja atau projek. Pemberian hadiah yang
bernilai tinggi kepada seseorang yang di luar kemampuannya tetapi mempunyai kelebihan untuk
menolong pemberi hadiah tersebut juga dianggap sebagai merasuah. Budaya ini perlu dijelaskan
dan diingatkan kepada setiap anggota masyarakat khususnya golongan muda. Walaupun
mereka baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tetapi mereka merupakan
generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara ini. Sekiranya setiap rakyat mampu menilai
sama ada sesuatu tindakan itu dianggap sebagai rasuah atau tidak, barulah budaya atau amalan
rasuah dinegara ini dapat ditindas sehingga ke akar umbi.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html

Isi 2

Selaras dengan langkah yang diusahakan di atas, amalan rasuah dapat dibanteras dengan
pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang tegas. Umum mengetahui kita mempunyai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penguatkuasa yang memantau dan
bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah. Namun, keterbatasan jumlah pegawai dan
sumber untuk mereka menguatkuasakan undang-undang adalah terhad maka kita sebagai orang
awam juga bertanggungjawab menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa. Selain itu, Badan
Kehakiman Negara juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan
dengan pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutar-belitkan kenyataan
dan mengubah salah laku mereka. Jika pelaku rasuah dibicarakan dengan pantas dan dihukum
untuk menjalani hukuman penjara tanpa sebarang prejudis, nescaya ramai yang akan menjauhi
amalan buruk ini. Persis kata peribahasa, menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Jelas bahawa dengan melaksanakan undang-undang dan hukuman yang tegas, amalan rasuah
dapat dibanteras secara menyeluruh.

Isi 3

Kaedah lain untuk membendung gejala rasuah di negara kita adalah dengan memastikan sektor
awam beroperasi secara jujur, telus dan bertanggungjawab.  Dalam sesebuah organisasi,
pengurus merupakan jawatan yang paling penting untuk menguruskan tugas organisasi tersebut
dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Begitu juga dengan sektor awam di negara kita di
mana jika pentadbiran negara dilaksanakan dengan baik dan menyingkirkan mereka yang parasit
seperti mengamalkan gejala rasuah, pasti sektor lain akan turut serta. Tamsilnya, kes yang
berlaku dalam kalangan kakitangan kerajaan, menyerahkan projek kepada mereka yang melobi
harga yang paling tinggi dan bukan berdasarkan kemampuan sebuah syarikat tersebut. Hasilnya,
projek disiapkan pada kos yang minima kerana berlaku banyak serahan kerja dan orang awam
hanya mendapat infrastruktur yang ala kadar. Situasi ini sepatutnya boleh dielakkan jika
kakitangan awam terutamanya pemimpin negara melantik syarikat yang mempunyai merit serta
rekod yang baik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Isi 4

Amalan rasuah juga boleh diatasi dengan menawarkan gaji yang bertepatan dan bermaruah
untuk semua ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana jika kita mempunyai sumber kewangan
yang cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga, keinginan untuk
menerima rasuah pasti dapat dielakkan. Sebagai individu dan keluarga, kita akan berasa gembira
kerana keperluan dan kemahuan kita dipenuhi tanpa perlu melakukan perkara yang terlarang.
Sebagai contoh, anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan masyarakat awam hanya
dibayar gaji yang cukup untuk diri dan keluarga kecil serta menetap di kuarters yang kecil dan
uzur. Mereka mudah untuk disogok oleh pihak lain yang tidak bertangungjawab demi
mendapatkan wang lebihan.  Kesannya, jenayah boleh disembunyikan dan aktiviti terlarang boleh
berleluasa. Contoh ini bukan menyapu rata semua anggota polis tapi sekadar contoh bahawa
wang boleh membeli intergriti seseorang. Tegasnya, dengan membayar gaji yang bertepatan dan
bermaruah, gejala rasuah pasti dapat diatasi.

Penutup

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh diadaptasi di negara kita untuk membendung gejala
rasuah yang semakin membarah. Masyarakat umum perlu sentiasa diingatkan supaya tidak
terjebak dengan gejala ini kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Pemberi dan penerima rasuah wajar dihukum dengan hukuman yang setimpal sebagai
pengajaran kepada orang ramai. Semoga setiap di antara kita menjalankan obligasi masing-
masing khususnya penguatkuasa agar polemik ini diselesaikan dengan cepat. Kesannya,
masyarakat kita akan bertambah intergriti dan dipercayai oleh negara asing untuk menjalankan
urusan dan perihal-perihal lain yang boleh meningkatkan imej negara di persada dunia

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.htmlⒸ Artikel Asal


Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-rasuah.html
Dalam era modenisasi kini, isu rasuah kepada negara kerap kali terpampang
didada-dada akhbar atau di skrin televisyen. Isu rasuah kepada negara ini
jugaturut menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di warung-
warung,di stesen-stesen bas malah turut mendapat perhatian oleh pemimpin-
pemimpinmasyarakat. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua anggota
masyarakatdan tindakan yang sewajarnya harus dicari untuk merungkaikan
kebimbanganmasyarakat terhadap isu ini. Kesan-kesan rasuah kepada negara
ini, akan saya jelaskan dalam huraian saya yang
berikutnya. Perbincangan mengenai rasuah adalah sangat penting kerana kegiat
anrasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan
adanyakegiatan rasuah,tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang
atauhasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan kemajuan sesebuah
negarabergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan
rasuahakan hanya menghakis kepercayaan awam terhadap cerdik pandai
negara
kita. elain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,m
aka pemerintahan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-
tindakanyang sepatutnya. !mpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang
telahditentukan,maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai
yangsepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir
pemberirasuah . Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan 
menyebabkanpentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir."khirnya,ia
menimbulkanmasalah lain seperti kemerosotan ekonomi,pengabaian
kepentingan masyarakatdan sebagainya. #udaya rasuah juga boleh
menghancurkan pentadbiran danpemerintahan sesebuah negara seperti yang
berlaku di $lipina yangmencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan Presiden %arcos
dari tampukkepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak
dibendung eterusnya,rasuah juga menyebabkan tumpuan pelaburan danpemb
angunan tidak seimbang dan saksama, iaitu jika berlakunya rasuah
danpenyelewengan,maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang
terpaksamenanggung kesan buruknya.&umpuan pembangunan dan
pelaburan berpusu kesektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan
kerana sektor inimempunyai permintaan dan keuntungan yang timggi tetepi
kerana rasuah. %akaberlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan
sektor-sektor lain yangtidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia
tidak diperkembangkan "khir sekali, kesan rasuah kepada negara ialah menyeba
bkan pengaliranwang ke luar negara. %engumpul dan menyimpan wang rasuah
di dalam negaradirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima rasuah kerana
ia boleh dikesanoleh pihak berkuasa dan merampasnya. 'leh yang
demikian,wang rasuah yangmerupakan wang negara disimpan di bank-bank luar
negara. Ini bermaknanegara akan kehilangan pertukaran wang asing dan
modal. Daripada penjelasan yang saya utarakan di atas,ternyatalah rasuahmem
beri kesan besar dan amat berbahaya kepada negara, justru ia perlu
 
ditangani secara bijaksana. Peribahasa ada berbunyi hendak
seribu daya,tidakhendak seribu dalih. 'leh itu,semua pihak perlulah seia sekata
dan sederapmelangkah dalam memahami isu ini. ikap saling menunding jari
bukanlah jalanpenyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dan secara tidak
langsungmasyarakat yang cemerlang dan gemilang dapat dilahirkan. %ereka
yang terlibatdalam aktiviti rasuah harus dikenakan hukuman yang seberat-
beratnya agar iabukan sahaja menjadi noktah kepada keruntuhan moral
golongan yang berkuasatetapi juga menjadi detik permulaan kepada
kesejahteraan negara yang dicintaiini.
ABOUT AUTHOR

suhaidi junuh
PAPERS

Anda mungkin juga menyukai