Anda di halaman 1dari 2

Dalam era modenisasi kini, isu rasuah dalam negara kerap kali terpampang di dada-

dada akhbar atau di skrin televisyen. Isu rasuah kepada negara ini juga turut
menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di warung-warung, di stesen-
stesen bas malah turut mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat.
Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua anggota masyarakat dan tindakan
yang sewajarnya harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Kesan-kesan rasuah kepada negara ini, akan saya jelaskan dalam
huraian saya yang berikutnya.

Perbincangan mengenai rasuah adalah sangat penting kerana kegiatan rasuah


akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan
rasuah,tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada
sesuatu rancangan untuk masa depan kemajuan sesebuah negara bergantung
kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya
menghakis kepercayaan awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintahan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang
sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka
pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan
manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah .

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.Akhirnya,ia menimbulkan
masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,pengabaian kepentingan masyarakat
dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan
sejarah kejatuhan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan
amalan rasuah yang tidak dibendung.

Seterusnya, rasuah juga menyebabkan tumpuan pelaburan dan


pembangunan tidak seimbang dan saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan
penyelewengan,maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa
menanggung kesan buruknya.Tumpuan pembangunan dan pelaburan berpusu ke
sektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini
mempunyai permintaan dan keuntungan yang timggi tetepi kerana rasuah. Maka
berlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang
tidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan

Akhir sekali, kesan rasuah kepada negara ialah menyebabkan pengaliran


wang ke luar negara. Mengumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam negara
dirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima rasuah kerana ia boleh dikesan
oleh pihak berkuasa dan merampasnya. Oleh yang demikian,wang rasuah yang
merupakan wang negara disimpan di bank-bank luar negara. Ini bermakna negara
akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal.
Daripada penjelasan yang saya utarakan di atas, ternyatalah rasuah memberi
kesan besar dan amat berbahaya kepada negara, justru ia perlu ditangani secara
bijaksana. Peribahasa ada berbunyi hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih.
Oleh itu, semua pihak perlulah seia sekata dan sederap melangkah dalam
memahami isu ini. Sikap saling menunding jari bukanlah jalan penyelesaian yang
konkrit dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung masyarakat yang cemerlang
dan gemilang dapat dilahirkan. Mereka yang terlibat dalam aktiviti rasuah harus
dikenakan hukuman yang seberat-beratnya agar ia bukan sahaja menjadi noktah
kepada keruntuhan moral golongan yang berkuasa tetapi juga menjadi detik
permulaan kepada kesejahteraan negara yang dicintai ini.

Anda mungkin juga menyukai