Anda di halaman 1dari 48

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH RENDAH
(KPLI SR)

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

i
.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR


YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR).

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

ii
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda
boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar
secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa
dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda
untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa
anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah
lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula
apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda
telah baca. Ada antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan
yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang
dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk
dibincangkan semasa sesi tutorial.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada
sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada
anda makna-makna ikon tersebut.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam
modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau
rakan anda melalui e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

iii
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri
anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

iv
KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i


Falsafah Pendidikan Guru i
Panduan Pelajar iii
Pengenalan viii
Objektif ix
Agihan Tajuk x

Tajuk Pembelajaran
TAJUK 1 FUNGSI BAHASA Melayu
1.1 Sinopsis 1
1.2 Hasil Pembelajaran 1
1.3 Kerangka Tajuk 1
1.4 Kandungan Isi 2
1.5 Aktiviti 3
1.6 Latihan 4
1.7 Bahan Bacaan 4

TAJUK 2 KESANTUNAN BERBAHASA


2.1 Sinopsis 5
2.2 Hasil Pembelajaran 5
2.3 Kerangka Tajuk 5
2.4 Kandungan Isi 6
2.5 Aktiviti 6
2.6 Latihan 7
2.7 Bahan Bacaan 7

v
TAJUK 3 WACANA
3.1 Sinopsis 8
3.2 Hasil Pembelajaran 8
3.3 Kerangka Tajuk 8
3.4 Kandungan Isi 9
3.5 Aktiviti 11
3.6 Latihan 11
3.7 Bahan Bacaan 12

TAJUK 4 LARAS BAHASA


4.1 Sinopsis 13
4.2 Hasil Pembelajaran 13
4.3 Kerangka Tajuk 13
4.4 Kandungan Isi 14
4.4 Aktiviti 16
4.5 Latihan 16
4.6 Bahan Bacaan 17

TAJUK 5 KOMUNIKASI KHALAYAK


5.1 Sinopsis 18
5.2 Hasil Pembelajaran 18
5.3 Kerangka Tajuk 18
5.4 Kandungan Isi 19
5.5 Aktiviti 20
5.6 Latihan 21
5.7 Bahan Bacaan 21

vi
TAJUK 6 KOMUNIKASI BERTULIS
6.1 Sinopsis 22
6.2 Hasil Pembelajaran 22
6.3 Kerangka Tajuk 22
6.4 Kandungan Isi 23
6.5 Aktiviti 24
6.6 Latihan 24
6.6 Bahan Bacaan 25

TAJUK 7 TERJEMAHAN
7.1 Sinopsis 26
7.2 Hasil Pembelajaran 26
7.3 Kerangka Tajuk 26
7.4 Kandungan Isi 27
7.5 Aktiviti 28
7.6 Latihan 28
7.7 Bahan Bacaan 29

Bibliografi 30
Lampiran A 34
Panel Penulis Modul 35
35

vii
PENGENALAN

Bahasa Melayu Komunikasi merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib
diambil oleh pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Program Kursus Sekolah
Rendah. Sekolah. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan pelajar-
pelajar menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengandungi tujuh tajuk iaitu Tajuk 1 –


Fungsi Bahasa Melayu, Tajuk 2 – Kesantunan Berbahasa, Tajuk 3 – Wacana,
Tajuk 4 – Laras Bahasa, Tajuk 5 – Komunikasi Khalayak, Tajuk 6 – Komunikasi
Bertulis dan Tajuk 7 – Terjemahan.

Modul ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberikan


penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang
berkesan, bersopan, dan sesuai mengikut konteks.

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran.
Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Setiap
tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang
dipelajari. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh
pensyarah. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada
pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman
setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan
pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui aktiviti dan latihan yang disediakan dalam
modul ini.

viii
OBJEKTIF

Modul Bahasa Melayu Komunikasi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah


Rendah (KPLI SR) membolehkan pelajar dapat:

i. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu


baku dalam pelbagai konteks;

ii. mengaplikasikan semua aspek kemahiran lisan dan bertulis dengan cekap
dan sesuai dalam pelbagai situasi;

iii. berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai


budaya masyarakat Malaysia;

iv. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media;

v. menjalin keakraban dalam kalangan mereka untuk meningkatkan


semangat kekitaan; dan

vi. menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa


ilmu secara lisan dan tulisan dengan berkesan.

ix
Maklumat Agihan Topik-topik dalam Sukatan Pelajaran

Nama Kursus: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30


jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk
pembelajaran melalui modul.

Interaksi
Modul Jumlah
Bil. Tajuk/Topik Bersemuka
(jam) Jam
(jam)

Fungsi Bahasa Melayu

1.1. Bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan
1.2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
1.3. Bahasa Melayu sebagai bahasa
1 2 2
perpaduan
1.4. Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
1.5. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
1.6. Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi

Kesantunan Berbahasa

2.1. Bahasa sapaan


2.1.1. Kata ganti diri dan sapaan keluarga
2.1.2. Kata ganti diri dan sapaan masyarakat
2.1.3. Protokol panggilan hormat
2 2.1.4. Aturan sapaan 2 2

2.2. Bahasa tubuh


2.2.1. Gerakan anggota tubuh
2.2.2. Gerakan mata
2.2.3. Gerakan tangan
2.2.4. Mimik muka

x
Interaksi
Modul Jumlah
Bil. Tajuk/Topik Bersemuka
(jam) Jam
(jam)

Wacana

3.1. Konsep wacana


3 1 1
3.2. Ciri wacana
3.3. Penanda wacana
3.4. Keutuhan wacana

Laras Bahasa

4.1. Konsep dan ciri laras


4.2. Agama
4.3. Sains
4 1 1
4.4. Matematik
4.5. Seni
4.6. Pendidikan jasmani
4.7. Kemahiran hidup
4.8. Sastera

Komunikasi Khalayak

5.1. Teknik Penyampaian


5.1.1. Permulaan
5.1.2. Pelahiran dan penyusunan idea
5.1.3. Gaya penyampaian
5.1.4. Penutupan
5 4 4
5.2. Aktiviti Penyampaian
5.2.1. Pengumuman
5.2.2. Ucapan
5.2.3. Taklimat
5.2.4. Pengacaraan majlis
5.2.5. Ceramah
5.2.6. Diskusi

xi
Interaksi
Modul Jumlah
Bil. Tajuk/Topik Bersemuka
(jam) Jam
(jam)

Komunikasi Bertulis

6.1. Ciri-ciri Penulisan Teks


6.1.1. Penggunaan bahasa yang gramatis
6.1.2. Pemilihan diksi yang sesuai
6.1.3. Stilistik
6.1.4. Format yang sesuai
6.1.5. Kesedaran khalayak
6 4 4
6.2. Penghasilan Teks
6.2.1. Ucapan
6.2.2. Taklimat
6.2.3. Surat kiriman
6.2.4. Laporan
6.2.5. Minit mesyuarat
6.2.6. Teks pengacaraan majlis
6.2.7. Sajak/cerpen

Terjemahan

7.1. Teknik menterjemah


7.1.1. secara terus
7.1.2. secara struktural
7.1.3. secara global
1 1
7.2. Aktiviti menterjemah bahan autentik
7 7.2.1. Pendidikan
7.2.2. Bahasa
7.2.3. Agama
7.2.4. Sains
7.2.5. Matematik
7.2.6. Komputer
7.2.7. Alam Sekitar
7.2.8. Pendidikan Jasmani

JUMLAH 15 15

xii
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 1 Fungsi Bahasa Melayu

 SINOPSIS

Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh


menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era
penjajahan, Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara dalam urusan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan
perniagaan dan upacara-upacara rasmi sejak tahun 1969. Keupayaan
bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai bahasa
pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dan pelbagai bentuk komunikasi.

 HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,


bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, bahasa pengantar dan
bahasa komunikasi.

 KERANGKA TAJUK

Bahasa Bahasa
Kebangsaan Rasmi

Bahasa Fungsi Bahasa


Perpaduan Bahasa Melayu Pengantar

Bahasa Bahasa
Ilmu Komunikasi

1
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

Fungsi Bahasa Melayu

 Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta
satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang
boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan
kebudayaan.

 Bahasa rasmi
Bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi,
merangkumi urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem
pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara
rasmi, kehakiman dan sebagainya.

 Bahasa Perpaduan
Masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan kepelbagaian
bahasa dalam kalangan rakyat negara ini. Setiap bahasa itu hanya
menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan
kumpulannya. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai bangsa di negara
ini.

 Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi
pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956,
menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.
Sehingga kini, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting
sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di
institusi pengajian tinggi.

2
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu memiliki kosa kata dan istilah yang semakin
berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu.
Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha
memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu.

 Bahasa komunikasi
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana
dalam proses penyampaian maklumat, perasaan dan fikiran.
Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal ataupun
formal seperti ucapan, persidangan, seminar, forum dan
sebagainya.

Aktiviti

Mengumpul Maklumat

1. Senaraikan fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai :


a) bahasa pengantar
b) bahasa ilmu
c) bahasa komunikasi

3
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Latihan

1. Bincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

2. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu


dalam peranannya sebagai bahasa ilmu di negara ini.

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan & Ainon Muhammad (1994). Bahasa Melayu untuk


Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu
Komunikasi 2. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu
Komunikasi 3. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

4
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 2 Kesantunan Berbahasa

 SINOPSIS

Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya


adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan
melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. Penerapan
kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk
membentuk generasi yang berkualiti, berkeperibadian tinggi dan
mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa.
Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa
tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga,
masyarakat, protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh
merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata, tangan, dan mimik
muka. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan
modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran
globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

 HASIL PEMBELAJARAN

o Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa


berkomunikasi dalam pelbagai situasi.

 KERANGKA TAJUK

Kesantunan
Berbahasa

Bahasa Bahasa
Sapaan Tubuh

Sapaan Sapaan Anggota Gerakan


Keluarga Masyarakat Tubuh Mata

Panggilan Aturan Gerakan Mimik


Hormat Sapaan Tangan Muka

5
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara


lisan atau bertulis dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai
biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan
berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai
ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan,
pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu


bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan dikategorikan kepada
sapaan keluarga, sapaan masyarakat, panggilan hormat dan aturan sapaan.
Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh,
gerakan mata, gerakan tangan dan mimik muka.

Aktiviti

Membuat Nota
1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori
berikut:
a) Gelaran keturunan
b) Gelaran anugerah
c) Gelaran ikhtisas

2. Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan.

6
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Latihan

1. Senaraikan ungkapan-ungkapan tidak bertatasusila yang boleh


menimbulkan kemarahan pendengar.
Cadangkan juga ungkapan-ungkapan bertatasusila yang sesuai
dengan ungkapan tersebut.

2. Jelaskan kepentingan kesantunan berbahasa dalam budaya


bahasa Melayu.

Bahan Bacaan

Amat Johari Muin (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu : Satu
Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu
Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur:


Nurin Enterprise.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

7
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 3 Wacana

 SINOPSIS
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Unit bahasa ini
juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu
wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu
perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut
menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan
sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam
tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas
tingkat ayat. Dalam tajuk ini, aspek yang perlu difahami ialah konsep wacana,
ciri wacana, penanda wacana dan keutuhan wacana.

 HASIL PEMBELAJARAN

o Menyampaikan idea secara tersusun dan jelas dengan


menggunakan wacana yang betul mengikut tujuan.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Wacana

Konsep Ciri Wacana Penanda Keutuhan


Wacana Wacana

8
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

Konsep Wacana

Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan


melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat
yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Wacana terdapat dalam bentuk
lisan atau tulisan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan,
khutbah, dan dialog.

Ciri-ciri Wacana

Ciri-ciri wacana ialah seperti yang berikut:


 Mempunyai tema
 Bermotif
 Gaya bahasa
 Kohesi dan koherens
 Elemen-elemen yang logikal dan realistik
 Terdiri daripada andaian dan inferensi

Penanda Wacana

Penanda wacana bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang


menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran. Penanda wacana digunakan
untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan
dengan perenggan. Contoh-contoh penanda wacana ialah:

 Selain itu
 Tambahan pula
 Oleh sebab itu
 Namun begitu

9
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 Sehubungan itu
 Sementara itu
 Kesimpulanya dan sebagainya.

Keutuhan wacana

Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang


berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana
ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu mengandungi
wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang


utuh, iaitu :

a) Terdapatnya urutan atau koheren, (kesinambungan idea yang


menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat
difahami).

b) Wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu


unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain).

Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya


hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian
dalam sesuatu wacana.

10
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti

Mengumpul Maklumat

1. Cari satu petikan rencana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka :

a) Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam penulisan


tersebut.

b) Buat ulasan bertulis tentang keutuhan wacana dari aspek tujuan,


kesinambungan idea, penggabungjalinan, gaya bahasa dan format
penulisan teks.

Latihan

1. Baca petikan perenggan di bawah ini, kemudian analisis


perenggan ini berdasarkan soalan di bawah.

Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan


kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada
menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada
dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh kerajaan
dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk
pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. Walaupun begitu,
perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi
kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar
membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang
dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke
status asal. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu

11
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap


pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini.
Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk
menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara
lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan
meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
(diubahsuai daripada teks ucapan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Persidangan Invest Malaysia
pada 30 Mac 2010 di Kuala Lumpur).

Perenggan di atas merupakan suatu wacana yang utuh atau yang


membentuk kesatuan, kerana terdapat penanda wacana yang
mewujudkan pertautan atau keserasian hubungan antara satu unsur
bahasa dengan unsur bahasa yang lain.
Senaraikan jenis-jenis dan fungsi penanda wacana yang terdapat dalam
petikan di atas.

2. Jelaskan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh.

Bahan Bacaan

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu
Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

12
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 4 Laras Bahasa

 SINOPSIS

Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut


penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa.
Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya
mengikut situasi, konteks, menentukan makna dan pengertian yang
mengkhusus kepada bidang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan
ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang
yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat
yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama, sains,
matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras
bahasa mempunyai retorik yang tersendiri, sama ada pujukan, penyataan,
perintah dan sebagainya.

 HASIL PEMBELAJARAN

o Menggunakan laras bahasa yang betul mengikut bidang semasa


berkomunikasi.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Laras Laras
Agama Seni

Laras Konsep dan Pendidikan


Sains Ciri Laras Jasmani

Laras Kemahiran
Laras
Matematik Hidup
Sastera

13
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

Konsep dan Ciri Laras Bahasa

Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah


khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Ure
dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula
mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa berubah-ubah mengikut
situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi
bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai
ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang
digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras yang wajib
dikuasai oleh pelajar dalam tajuk ini ialah:

Laras Agama

Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa


katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Laras
ini juga mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Laras Sains

Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak
menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual, saintifik, formal, dan
objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta. Banyak
menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah
pinjaman daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama
dan ragam ayat pasif.

ragam

14
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Laras Matematik

Bagi laras matematik, penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan


seperti penambahan dan pendaraban. Penambahan dan pendaraban
dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk operasi-operasi
menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan. Laras
matematik banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu
perkataan. Simbol yang digunakan lazimnya terdiri daripada satu huruf
atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai
sesuatu konsep. Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak
mementingkan struktur ayat. Laras matematik mementingkan susunan
maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. Berbentuk ilmiah
dan mengandungi istilah-istilah teknikal Setiap fakta dapat dihuraikan
berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.

bukLaras Sastera
Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman
penulisan. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan).
Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang khusus
yang berkaitan dengan sastera.

Laras Seni
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh
dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Laras Kemahiran Hidup


Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu, mengandungi
ilustrasi gambar rajah, jadual, graf, peta, dan sebagainya. Struktur ayat:
mengandungi subjek dan predikat dan mengandungi ayat yang
mendefinisikan makna istilah.

15
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti

Tutorial

1. Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan selari


dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan
yang sesuai. Persembahkan ulasan selari tersebut dengan intonasi
yang betul.

Latihan

1. Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa


contoh iklan yang menggunakan laras bahasa iklan yang menarik.

2. Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut:

a) laras bahasa matematik


b) laras bahasa sains
c) laras bahasa agama
d) laras bahasa sastera
e) laras bahasa seni

16
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Bahan Bacaan

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu
Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Halliday. (1968). Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University


Press. http://journals.cambridge.org

17
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 5 Komunikasi Khalayak

 SINOPSIS

Komunikasi khalayak melibatkan bentuk komunikasi bersemuka tetapi


melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku di tempat awam. Penyampaian
pelbagai bentuk komunikasi khalayak adalah terancang dan berstruktur
mesejnya. Mesej yang disampaikan untuk tujuan memberitahu dan
mempengaruhi audiens. Penyampaian komunikasi yang berkesan apabila
khalayak yang mendengar berperanan untuk menyebarluaskan maklumat yang
diterima untuk mempengaruhi orang lain. Antara bentuk-bentuk komunikasi
khalayak yang perlu dikuasai ialah pengumuman, ucapan, pidato, taklimat
pengacaraan majlis, ceramah dan diskusi.

 HASIL PEMBELAJARAN

o Menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi lisan dengan yakin dan


berkesan.

 KERANGKA TAJUK

Komunikasi
Khalayak

Teknik Aktiviti
Penyampaian Penyampaian

Penyusunan
Permulaan Idea Pengumuman Ucapan

Gaya
Penyampaian Penutupan Pidato Taklimat

Pengacaraan
Majlis Ceramah

Diskusi

18
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

a) Teknik Penyampaian

 Permulaan

Memulakan pelbagai bentuk komunikasi khalayak dengan kata aluan


mengikut protokol atau tata tingkat kedudukan audiens dan menyatakan
tujuan ucapan.

 Pelahiran dan penyusunan idea


Susunan idea dalam penyampaian komunikasi khalayak hendaklah tidak
tersasar daripada tujuannya. Idea hendaklah disusun mengikut
kesinambungan yang tertib.

 Gaya Penyampaian
Gaya penyampaian merangkumi, intonasi, nada suara, kata-kata
penghadapan, mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan
haruslah mudah, padat, tegas dan berkesan.

 Penutupan
Kata-kata yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan
merumuskan segala isi yang disampaikan.

b) Aktiviti Penyampaian
Menyatakan definisi, ciri-cri, format dan aplikasi aktiviti penyampaian
komunikasi khalayak seperti berikut:

 Pengumuman
 Ucapan
 Pidato

19
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 Taklimat
 Pengacaraan majlis
 Ceramah
 Diskusi

Aktiviti

Perbincangan

1. Rakamkan atau dapatkan video ucapan dalam majlis-majlis formal.


melalui carian internet youtube atau google.
Bincangkan kelemahan-kelemahan aktiviti penyampaian teks
ucapan tersebut dan cadangkan penambahbaikan untuk
menjadikan ucapan tersebut lebih menarik.

Tutorial

2. Persembahan diskusi atau wawancara mengikut format yang betul.

Layari internet – www.youtube.com/www.google.com.my

20
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Latihan

1. Jelaskan kesilapan umum sebelum menyampaikan aktiviti komunikasi


khalayak.

2. Rancangkan pembuka ucapan yang menarik.

Bahan Bacaan

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur:


Nurin Enterprise.

Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gary T Hunt. (1990). Pengucapan Umum. Terj, Asiah Sarji dan Mohd.
Nordin Sarji. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Littlewood, W. (1992). Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Satu


Pengenalan. Terj. Juriah Long. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Maimunah Osman. (2000). Pengucapan Awam yang Berkesan. Kuala


Lumpur. INTAN.

21
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 6 Komunikasi Bertulis

 SINOPSIS

Bentuk-bentuk komunikasi bertulis merupakan proses merakam atau


menghasilkan sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan
atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan
orang lain atau diri sendiri. Komunikasi bertulis mempunyai format tertentu
dan penggunaan bahasa mengikut laras yang sesuai. Antara bentuk-bentuk
komunikasi bertulis yang perlu dikuasai ialah penulisan teks ucapan, taklimat,
surat kiriman, laporan, minit mesyuarat, rencana, berita dan penulisan kreatif.

 HASIL PEMBELAJARAN

o Menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi bertulis menggunakan


bahasa yang tepat dan gramatis sesuai dengan bentuk komunikasi.

 KERANGKA TAJUK

Komunikasi
Bertulis

Ciri-Ciri Penghasilan
Penulisan Teks

Bahasa Diksi
Gramatis Sesuai Ucapan Taklimat

Surat Laporan
Stilistik Format kiriman

Kesedaran Minit Teks


Khalayak Mesyuarat Pengacaraan

Sajak Rencana
Cerpen Berita

22
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

Dua aspek penting dalam komunikasi bertulis, iaitu:

a) Ciri-ciri penulisan
b) Penghasilan teks

Ciri-ciri penulisan yang baik dan berkesan merangkumi beberapa aspek


berikut :

i. Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau


mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul.
ii. Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan tulisan.
iii. Bersifat stilistik, iaitu teknik penggunaan gaya bahasa yang
berkesan dalam penulisan.
iv. Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat
kiriman rasmi, laporan minit mesyuarat dan penulisan kertas kerja.
v. Timbul kesedaran dan berupaya mempengaruhi pemikiran
khalayak yang membaca hasil penulisan berkenaan.

Penghasilan teks
Jenis Teks Aspek yang dikaji
1. Surat kiriman rasmi
2. Ucapan
3. Taklimat Jenis-jenis
4. Laporan Ciri-ciri
5. Minit mesyuarat Struktur
6. Teks Pengacaraan Laras bahasa yang digunakan
7. Rencana Format
8. Berita
9. Karya kreatif

23
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti

Mengumpul maklumat

1. Secara berpasangan, bincangkan perkara-perkara berikut ;

a) Format surat kiriman rasmi


b) Ciri-ciri penulisan rencana yang berkesan.
c) Apakah yang perlu dicatatkan dalam butiran minit mesyuarat?

Latihan

1. Sebuah teks yang baik dihasilkan dengan teliti yang mengandungi


kesepaduan, kesinambungan, pemerengganan dan kesedaran
khalayak.
Bincangkan ciri-ciri penulisan teks yang yang jelas, tepat dan mudah
difahami.

2. Laporan ialah kertas yang mengandungi maklumat atau catatan


peristiwa yang telah berlaku. Maklumat yang disampaikan haruslah
sistematik dan objektif pula perlu menitikberatkan kejelasan dan
ketepatan kandungannya.

a) Huraikan jenis-jenis laporan.


b) Jelaskan ciri-ciri laporan yang berkualiti.

24
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Bahan Bacaan

Maimunah Hj Omar. (1993). Bahasa, Format Penulisan dan Tatacara


Penyampaian Ceramah, Ucapan dan Taklimat. Shah Alam. Institut
Teknologi Mara.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuraini Yusoff. (1992). Penulisan Berformat. Kuala Lumpur. Pustaka


Pertiwi Sdn. Bhd.

Nuwairi Hj. Khazaai. (1993). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat


Rasmi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

25
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 7 Terjemahan

 SINOPSIS

Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan


daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan
proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada
hasil percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi
kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks
terjemahan ialah aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan.
Mat Taib bin Pa merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu
bahasa ke satu bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan
bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi.

 HASIL PEMBELAJARAN

o Menterjemah teks dengan betul.

 KERANGKA TAJUK

Terjemahan

Teknik Bahan
Terjemahan Autentik

Secara Secara
Terus Struktural Pendidikan Bahasa

Secara
global Agama Sains

Matematik Komputer

Alam Pendidikan
sekitar Jasmani

26
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 KANDUNGAN ISI

Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber


kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

Teknik Terjemahan
 Secara terus

Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan


harafiah dan lateral. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa
sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan
yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran
yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya
mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

 Secara struktural

Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan


dengan teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayat-
ayat dan frasa. Terjemahan dilakukan kepada pecahan-pecahan
ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber.
Betuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca
dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

 Secara global

Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara


keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca.
Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber
dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

27
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti penterjemah bahan autentik

 Pendidikan
 Bahasa
 Agama
 Sains
 Matematik
 Komputer
 Alam sekitar
 Pendidikan Jasmani

Aktiviti

Perbincangan dan Aplikasi

1. Secara berpasangan, cari satu rencana pengarang daripada akhbar


berbahasa Inggeris.
Terjemahkan teks petikan rencana tersebut secara terus (terjemahan
harafiah).

Latihan

1. Jelaskan prinsip-prinsip umum terjemahan.


2. Huraikan kepentingan terjemahan dalam konteks perkembangan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

28
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. 2003. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Himpunan


Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9.

Muhammad Bukhari Lubis dll. 1998. Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan
Dasar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2006. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hasuria Bt. Che Omar. 2004. Penterjemahan dalam Media Audiovisual –


Televisyen : Satu Analisis Mesej. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains
Malaysia, Penang.

Joyce M. Hawkins. 2008. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan
: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. 2003. A study of the process of translating
scientific texts from English into Malay. Latihan ilmiah, Fakulti Bahasa dan
Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Peter Newmark. 1994. Pendekatan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

29
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. 2003. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Himpunan
Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9.

Abdullah Hassan (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur. Utusan


Publication and Distributors.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1.
Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2.
Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu Komunikasi 3.
Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Abdul Halim A. Karim (1992). Pengucapan Awam. Sungai Petani. INTAN.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2006. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Amat Johari Moain (1989) Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Nurin


Enterprise.

Asmah Hj Omar. (1984). Bahasa Iklan Perniagaan. Satu Kajian Retorik. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

30
Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gary T Hunt. (1990). Pengucapan Umum. Terj, Asiah Sarji dan Mohd. Nordin
Sarji. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halliday. (1968). Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press.


http://journals.cambridge.org

Hasuria Bt. Che Omar. 2004. Penterjemahan dalam Media Audiovisual –


Televisyen : Satu Analisis Mesej. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.

James, C dan Garret, P. (1991). Language Awareness in the Classrom. New


York. Longman.

Littlewood, W. (1992). Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Satu


Pengenalan. Terj. Juriah Long. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. (2003). A study of the process of translating
scientific texts from English into Malay. Latihan ilmiah, Fakulti Bahasa dan
Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

31
Maimunah Hj Omar. (1993). Bahasa, Format Penulisan dan Tatacara
Penyampaian Ceramah, Ucapan dan Taklimat. Shah Alam. Institut
Teknologi Mara.

Maimunah Osman. (2000). Pengucapan Awam yang Berkesan. Kuala Lumpur.


INTAN.

Muhammad Bukhari Lubis. (1998). Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan


Dasar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood
(1993)Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran.


Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Nunan, D. (1991). Language Teaching Methodology. New York. Prentice Hall.

Nuraini Yusoff. (1992). Penulisan Berformat. Kuala Lumpur. Pustaka Pertiwi Sdn.
Bhd.

Nuwairi Hj. Khazaai. (1993). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur. Penerbit Bakti
Sdn. Bhd.

32
Shamsuddin A. Rahim. (1993). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Peter Newmark. (1994). Pendekatan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Ure & Ellis. (1997). Genre, Registers and Sociolinguistic. World Englishes. Vol 16
– 3. http://onlinelibrary.wiley.com

33
LAMPIRAN A
IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

34
PANEL PENULIS MODUL
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH
(BAHASA MELAYU KOMUNIKASI)

NAMA KELAYAKAN

PANEL PENULIS:

NORMAH BT MOHAMAD Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPM


Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Guru Bahasa Melayu 11 tahun
Pensyarah Bahasa Melayu 19 tahun
mincrv@yahoo.com

PANEL PENULIS:

MAT JOHAN B. MAMAT Sarjana Sains Sosial (Geografi) UKM


Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu B. A. Ed. (Hons.) Geografi/Bahasa Melayu USM
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Guru Bahasa Melayu 8 tahun
Pensyarah Bahasa Melayu 2 tahun
mjoe7257 @yahoo.com

PANEL PENULIS:

NORANI BT. ABD RAHIM Sarjana Pendidikan UM


Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Penolong Penerbit TV
Pegawai Perhubungan Awam
nora.rhm@gmail.com Guru Bahasa Melayu 13 tahun
Pensyarah Bahasa Melayu 4 tahun

PENYELARAS:

HAYATI BINTI MAT YUSOF M.A (Pengajian Melayu), UM


Penolong Pengarah B.A (Hons.) Pengajian Melayu,UM
Pusat Pembangunan Akademik Sijil Perguruan (Pengajian Melayu & Sejarah)
Institut Pendidikan Guru Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pensyarah Bahasa Melayu 5 tahun
Penolong Pengarah IPG 1 tahun
hayati.myusof@moe.gov.my

35

Anda mungkin juga menyukai