Anda di halaman 1dari 4

Pidato Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat

Terima kasih, peneraju majlis. Yang dihormati panel juri yang


sentiasa bersama panji keadilan, saudara/saudari penjaga masa
yang cakna dengan randiknya, dif-dif kehormat serta warga
intelektual penerus wawasan negara. Asalamualaikum, salam
perpaduan dan salam 1 Malaysia.
‘Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat’
Begitulah mauduk pidato yang bakal meniti di bibir saya.
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata,
izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina mauduk pidato
saya pada hari ini agar yang kabur dijelaskan dan yang gelap
diterangkan.
Definis rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara
konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang
tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu
perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah
dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Pemusnah
membawa erti sesuatu yang membinasakan. Integriti bermaksud
kejujuran. Manakala masyarakat merupakan sekumpulan manusia
yang hidup bersama. Oleh itu, secara generalisasinya, amalan
sogokan akan membinasakan nilai kejujuran dalam sekumpulan
manusia yang hidup bersama.
Hadirin yang dihormati,
Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita
pada hari ini. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam
kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al-Attas menyatakan
bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk
kepentingan peribadi. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan
integriti dan maruah Malaysia sekaligus menimbulkan kesan
negatif.
Hadirin sekalian,
Gejala rasuah di Malaysia berada pada tahap sederhana dan
terkawal. Namun begitu, amalan rasuah masih berlaku dalam
semua peringkat kehidupan manusia. Amalan rasuah juga
merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana
pengetahuan tentang keburukan gejala rasuah ini kurang
diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun,
masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan rasuah ini
harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan
memandang enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini
merupakan amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan
ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara. Statistik
terkini menunjukkan bahawa bilangan kes rasuah yang disiasat
meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes pada tahun 2001
kepada 1317 kes pada tahun 2006. Bilangan tangkapan juga
meningkat dari 318 kepada 564. Jika amalan ini masih
berterusan, ia dapat menggugat keutuhan masyarakat dan tidak
mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.
Pada tahun 2011, negara digegarkan dengan isu rasuah yang
menular dalam industri bola sepak tempatan. Ianya
membangkitkan kembali memori pahit dan sejarah hitam industri
tersebut pada era 90-an apabila suram dan hampir tidak
bernyawa. Tamparan hebat tersebut seharusnya menjadi ingatan
dan pengajaran kepada semua pihak khususnya penjawat awam.
Mengapa hal ini dikatakan kepada penjawat awam? Sesungguhnya,
saya merasakan adanya kepentingan untuk membangkitkan isu ini
agar ianya menjadi pedoman. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam pada
tahun 2010, seramai 418 200 atau 41% daripada 1.2 juta
penjawat awam di negara kita terlibat dalam gejala rasuah ini!
Lihatlah angka tersebut. Ianya menunjukkan segelintir penjawat
awam di negara kita tidak mempunyai integriti kepada diri,
agama dan negara. Jadi, di manakah letaknya akal golongan-
golongan ini?
Sementara itu, saya ingin mengajak hadirin sekalian melihat
statistik rasuah hasil daripada kajian Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia yang mengalami peningkatan dari tahun 1994
hingga tahun 1999. Kajian juga mendapati bahawa pada tahun
1997, Malaysia mencatat peningkatan kadar rasuah paling tinggi
iaitu sebanyak 10 087 kes. Hal ini belum lagi dengan kes-kes
yang belum direkodkan. Cuba hadirin bayangkan, sekiranya
rakyat negara kita dicop sebagai rakyat negara Islam yang
paling banyak mengambil rasuah di dunia? Walaupun mengiku
carta yang dikeluarkan oleh Tarnsparency International-The
Corruption Perception Index menunjukkan kedudukan Malaysia
dalam indeks rasuah peringkat global masih dalam keadaan
stabil, namun hadirin sekalian belum lagi boleh menarik nafas
lega. Adakah kita hanya ingin bergantung kepada statistik ini?
Yakinkah kita dengan kedudukan tersebut?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan
tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain.
Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah, ibadah dan
doa kita menjadi sia-sia sekaligus akan menjauhkan kita
daripada mendapat rahmat ALLAH swt. Firman ALLAH swt dalam
Surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:
“Antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada
harta-harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya).”
Oleh itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan tuan-tuan,
puan-puan sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan
keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH swt dan mengukuhkan
fahaman terhadap agama, agar virus rasuah ini tidak melekat
pada diri kita. Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti
dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab dalam
menghapuskan rasuah. Tuan-tuan, puan-puan, penjawat awam serta
pihak yang terlibat, fahamilah, renungilah dan hayatilah
bahawa virus rasuah ini adalah virus pemusnah. Janganlah kita
mudah termakan dengan janji manis dan hasutan yang diberikan
oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Adalah
menjadi harapan kita semua untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju dan berdaya saing dan bebas dari segala
ancaman dalam dan luar negara. Tanamkan tekad di hati,
bulatkan azam penuh bermisi, jadikan bangsa Malaysia, bangsa
bebas rasuah bangsa berintegriti!

Dalam era modenisasi kini, isu rasuah kepada negara kerap kali terpampang didada-dada
akhbar atau di skrin televisyen. Isu rasuah kepada negara ini jugaturut menjadi bualan
pelbagai lapisan masyarakat sama ada di warung-warung,di stesen-stesen bas malah turut
mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpinmasyarakat. Perkara ini perlu diberi
perhatian oleh semua anggota masyarakatdan tindakan yang sewajarnya harus dicari untuk
merungkaikan kebimbanganmasyarakat terhadap isu ini. Kesan-kesan rasuah kepada negara
ini, akan saya jelaskan dalam huraian saya yang berikutnya. Perbincangan mengenai rasuah
adalah sangat penting kerana kegiatanrasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu
organisasi. Dengan adanyakegiatan rasuah,tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan
seseorang atauhasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan kemajuan sesebuah
negarabergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuahakan
hanya menghakis kepercayaan awam terhadap cerdik pandai negara kita. elain itu,
pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,maka pemerintahan
kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakanyang sepatutnya. !mpamanya
jika cuai terhadap sesuatu yang telahditentukan,maka pemberian rasuah telah
menggantikan wang cukai yangsepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberirasuah . Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan
menyebabkanpentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir."khirnya,ia
menimbulkanmasalah lain seperti kemerosotan ekonomi,pengabaian kepentingan
masyarakatdan sebagainya. #udaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran
danpemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di $lipina yangmencatatkan sejarah
kejatuhan kerajaan Presiden %arcos dari tampukkepimpinan disebabkan amalan rasuah
yang tidak dibendung eterusnya,rasuah juga menyebabkan tumpuan pelaburan
danpembangunan tidak seimbang dan saksama, iaitu jika berlakunya rasuah
danpenyelewengan,maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang
terpaksamenanggung kesan buruknya.&umpuan pembangunan dan pelaburan berpusu
kesektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor inimempunyai
permintaan dan keuntungan yang timggi tetepi kerana rasuah. %akaberlakulah
pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yangtidak ada peluang
untuk melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan "khir sekali, kesan rasuah kepada
negara ialah menyebabkan pengaliranwang ke luar negara. %engumpul dan menyimpan
wang rasuah di dalam negaradirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima rasuah
kerana ia boleh dikesanoleh pihak berkuasa dan merampasnya. 'leh yang demikian,wang
rasuah yangmerupakan wang negara disimpan di bank-bank luar negara. Ini
bermaknanegara akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal. Daripada penjelasan
yang saya utarakan di atas,ternyatalah rasuahmemberi kesan besar dan amat berbahaya
kepada negara, justru ia perlu

ditangani secara bijaksana. Peribahasa ada berbunyi hendak seribu daya,tidakhendak seribu
dalih. 'leh itu,semua pihak perlulah seia sekata dan sederapmelangkah dalam memahami isu
ini. Sikap saling menunding jari bukanlah jalanpenyelesaian yang konkrit dapat
dilaksanakan dan secara tidak langsungmasyarakat yang cemerlang dan gemilang dapat
dilahirkan. %ereka yang terlibatdalam aktiviti rasuah harus dikenakan hukuman yang
seberat-beratnya agar iabukan sahaja menjadi noktah kepada keruntuhan moral golongan
yang berkuasatetapi juga menjadi detik permulaan kepada kesejahteraan negara yang
dicintai ini.

Anda mungkin juga menyukai