Anda di halaman 1dari 2

 

5/13/2018 Ca ra -c a ra Me mupu Se ma nga t Pa tr iot is Me - slide pdf.c om

Cara-cara memupuk semangat patriotisme

Semangat patriotisme merupakan satu semangat cintakan Negara dengan tidak 


  berbelah bahagi. Terdapat peribahasa Melayu yang mengatakan, ³ di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung´ yang menggambarkan bahawa tidak kira walau di mana kita berada,
kita harus menjunjung tinggi Negara ini. Generasi remaja pada masa kini merupakan pewaris
masa hadapan diharapkan menjadi rakyat yang cinta akan Negara mereka sendiri. Beberapa
langkah patut diambil untuk menyuburkan kembali semangat patriotisme di kalangan remaja.

Antara cara-cara untuk memupuk semangat patriotisme ialah semua pihak seharusnya
mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan Negara. Contohnya, menyanyikan lagu
 Negaraku dan melafazkan Rukun Negara pada setiap kali perhimpunan.

Selain itu, semua pihak juga perlu mengamalkan nilai cinta akan Negara. Mereka
  perlulah mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada Negara serta meletakkan
kepentingan Negara melebihi kepentingan diri. Contohnya, terlibat dalam kesenian dan
kraftangan pelbagai kaum di Malaysia.

Bukan itu saja, semua pihak perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk 
  Negara. Mereka sepatutnya mempunyai kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu
termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara. Contohnya, penglibatan diri dalam
aktiviti yang mencabar untuk menaikkan imej Negara.

Kesimpulannya, setiap remaja perlu menanam semangat patriotisme dalam dirinya.


Dengan adanya semangat ini, remaja secara tidak langsung akan berusaha memajukan diri
seterusnya berusaha untuk memajukan Negara sendiri. Oleh itu, semua lapisan masyarakat
tidak kira sama ada yang tua ataupun yang muda perlu berusaha untuk memupuk semangat
 patriotisme dalam diri masing-masing.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a ra -c a ra -me mupu-se ma nga t-pa tr iot-is-me 1/2
5/13/2018 Ca ra -c a ra Me mupu Se ma nga t Pa tr iot is Me - slide pdf.c om

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a ra -c a ra -me mupu-se ma nga t-pa tr iot-is-me 2/2

Anda mungkin juga menyukai