Anda di halaman 1dari 3

Langkah-langkah Memupuk Semangat Patriotik

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita


pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku
demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat
mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Jadi, kita
berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.

Memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah


Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dijalankan untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah
memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Pengaruh guru
di sekolah turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat
patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Hal ini kerana
guru-guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan unsur-unsur patriotik
di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga
dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Contohnya , pihak
sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat sekolah, nyanyian Lagu Negaraku semasa perhimpunan dan
sebagainya. Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa
berada dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat
patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.

Peranan ibu bapa sebagai teladan


Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak-anak. Anak-anak yang berfikiran suci
akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana bapa borek, anak
rintik. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa dan
sikap yangdiamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa.
Oleh sebab itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan semangat patriotik dan
menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka
terhadap tanah air tercinta ini. Selain itu, ibu bapa juga harusnya mendidik
mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh
terkenal yang berjuang demi tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa mesti
mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-
tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Segala
semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut
akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Kempen semangat patriotik antara masyarakat


Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen
secara besar-besaran tentang menerapkan semangat patriotik antara
masyarakat. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini
akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pelbagai
pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Oleh
itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan ini
bukan sahaja semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita seperti sambil menyelam minum air. Sebagai
contoh, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program
yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana
tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu
juga hendaklah menayangkan filem dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara. Sekiranya pihak yang bertanggungjawab
mengambil peranan masing-masing, semangat patriotik dapat diterapkan
dalam diri masyarakat.

Generasi muda menyertai program kerajaan


Akhir sekali, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak
kerajaan. Program yang seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan dapat
memupuk semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta akan negara.
Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti
tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur
gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang
berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan
elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan
generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan
dan kedaulatan negara.

Penutup Karangan Semangat Patriotik


Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negara. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak
perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam generai akan datang.

Anda mungkin juga menyukai