Anda di halaman 1dari 10

CONTOH KARANGAN

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan


masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara


kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku
demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka,
perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari
kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-
mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan
negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk


meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses
pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan
ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama
negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat


pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat
patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati
semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran
tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus
subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh
itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang
berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula


perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat
memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-
kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan
hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah
digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu
mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang
memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut
bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan


daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota
masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki
semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan
menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil
perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang
dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.
Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti
kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan
memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik


perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,
semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama
dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi
juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-
negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam
kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding
bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN


DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN
KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang
saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya
yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam
kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup
sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih
serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia
pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya
mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM
2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga
yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan
dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak
dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan
daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh
diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana
keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.

Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan.


Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu
bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu
bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-
anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba
mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar
berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi
untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan
gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa
kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh
keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting


tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh
pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu
memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-
anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan
kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang
cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu
bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.
Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi.
Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih
masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang
ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup
mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka.
Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak
mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam
bidang pelajaran.

Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan


memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-
anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih
mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang
teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala
negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada
ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih
kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah
bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang
boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang
akademik.

Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting


kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain
wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha
seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan
anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan
mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah
kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak
lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah
telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh
sarwajagat ini.

CONTOH KARANGAN

My Favourite Teacher

Watching Mr Lim get into his car is educational; and watching him
get out of it is even more so. Mr Lim, the teacher of Secondary 1, weighs
more than a 100 kg and his car is an old mini.
At first sight one would think that it would be impossible for him to
get in; but he does so with amazing agility and grace. No sooner does
he get out of the car when we see a flock of school children running to
greet him as if he were a film star. He will then make his entry into his
classroom like a VIP on a visit.

As he walks he answers the various questions thrown at him from


his young companions. Most of them are students from his present
class, but some are his old students. They just happened to be around
when Mr Lim arrived and they could not resist running to him.

Mr Lim is the oldest teacher in the school and has been teaching
there since its founding in 1955. He has been teaching Secondary 1 for
all these years and has taught thousands of students. Among the
students he has taught are several top civil servants, two army generals,
two cabinet ministers and our school principal. In spite of all his
achievements, what makes Mr Lim my favourite teacher, and the
favourite teacher to many others too, is the fact that he really cares. He
cares about all of us equally. He does more than just teach us.

He knows all his students and ex-students by name and delves


into all our personal lives. He can tell with a look that we are unhappy
about something. He will then take us aside and talk. He will get to the
root of the problem, even seeing the principal or our parents if need be.
He will not stop until the problem, whatever it is, is solved and he does it
in all sincerity — without expecting anything in return. Is there any
wonder then that we all love him?

Hari Raya Celebrations

Every year, after one month of fasting, Muslims celebrate Hari Raya
Puasa which falls in the month of Syawal. All Muslims celebrate the day with
great joy. In the morning, they go to the mosque to pray. Then, on returning
home, they receive guests and relatives who come to pay them a call.
Days before, the women folk make many varieties of cakes, cookies and
sweet meats.They also cook 'rendang' curries and prepare 'satay' to go with the
'ketupat'. Homes are decorated with many coloured lights all over the garden.
Small lamps are lit and placed along the driveway.

On Hari Raya Day, many Malaysians visit their Muslim friends to share


their joy. They receive warm hospitality and are entertained to a feast of
specially prepared food. Boys and girls wear new clothes and shoes. Girls wear
jewellery and boys new 'songkoks'.

The town is usually crowded with Muslims dressed gaily and going
about. They visit their friends and relatives while some go to the cinemas or to
the Lake Gardens. Many,however, go back to their 'kampungs' to celebrate the
festival with their parents. It is also a time for family reunions. Everyone
rejoices during this festive season.

Informal Letter Sample

You recently went an expedition with your classmates to Langkawi. You have
been asked to write a letterto your cousin about your visit to Langkawi Island.

Rosni Alias
No.3,Jalan Sutera,
Taman Cempaka,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
12 March 2012.
Dear Zarina,

        How's life? I hope you are in the best of health. How's my beloved Uncle
Johari? I miss him too.The reason I write this letter is to tell you about my
expedition to Langkawi. Guess what? We just came back from Langkawi . I
went there with 25 of my classmates and my class teacher. Mr, Zaid had kindlly
accompanied us for the 3 day-trip. You should have joined us. It was such an
awesome experience!

        Well, on the first day, we arrived at Langkawi in morning after a short
flight. Then, we were taken to Langkawi Geopark, a UNESCO World Heriatage
Site where we could see magnificent rock formations. We were taught the
history of the place and some fossils of fish could also be sighted. This is a
wonderful opportunity to understand geogical aspect of the island at the
Geopark.

        After visiting Geopark, we were taken to Pulau Dayang Bunting which
about an hour boat ride. I forgot to mention that the boat ride itself was so
exciting and adventurous. Upon arrival at the island, we were greeted by
monkeys and soon, we saw a breathtakinng lake, with its gree clear water. Not
forgetting the fish spa where thousands of catfish nibble at your feet when you
lower feet into the water. Again, this is a new experience for me. Other than
that, we could really enjoy the beautiful scenery of the island.

        The next day, we went to Underwater World where we saw the penguin,
giant fishes, colourful onemones and all sorts of marine life there.I'm sure, it's
heaven for fish lovers. One advantage of this trip is I could  learn about
themarine life. Well, on the final day, we went to Mahsuri   Tomb and Padang
Mat Sirat to relive the legend of Mahsuri. It was a good experience since I
managed to see the historic sites and understand Mahsuri legend better. Other
than that, I also learn about the importance of being true to our words and do
not spread false gossips since these can lead to horrible consequences. I also
managed to make friends with some other tourists visiting the site.

        Okay, I guess I have to have to pen off now. Hope to see you in the next
letter. Please convey my love and regards to my uncle and aunti. Take care!

Love,                                                                                                                        
                                  Rosni 
A Camping Experience

I couldn’t sleep the night before. I was just too excited. This was my first
time on a camping trip. I had packed my backpack 3 days ago. There was a list
of things that were required from everyone such as sleeping bags, torchlight,
matches, Mars Energy Bars and not forgetting mosquito repellants.
Around 8am the following day, we arrived in our school bus at the
foothills of Gunung Ledang which is famous for its many myths and also
beautiful camping spots. There were 20 of us. We were all in our school scouts
team accompanied by two teachers and our guide, an Orang Asli man called
Adun. First we went to register ourselves at the rangers office before starting
our hike.
It was a wonderful, cool morning. Adun pointed out to us various types of
edible wild plants and told us to 'respect the jungle' by not littering or thinking
bad thoughts. 2 hours later we reached a waterfall. It was a perfect spot to set up
our tents. By the time we finished setting up the tents, it was lunch time. Adun
showed us how to gather firewood and lit up a fire. He made a makeshift stand
over the fire and hung a pot of icy water from the waterfall to boil. While
waiting to cook rice, our teachers said we could all go for a quick swim in the
waterfall. We had so much fun together! After a simple of rice and sardines, we
rested for a while. In the evening, our teachers took us exploring around the area
and gather more firewood before nightfall.
At night, after dinner, we lit a big fire and sat around it. Our teachers
talked about jungle survival tips and later we played games. Then Adun told us
a few mystical stories about Gunung Ledang. Some were scary and a few of us
kept looking behind our backs at the dark jungle. By 10pm our teachers asked
us to go to sleep. Some of us couldn’t sleep so ended up chatting quietly in our
tents till wee hours of the morning. We went home the next morning, tired but
happy.

Anda mungkin juga menyukai