Anda di halaman 1dari 9

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Semangat patriotik semakin luntur dalam

kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan dramadrama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpinpemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. LANGKAH MEMUPUK AMALAN/BUDAYA MEMBACA Budaya dan amalan membaca boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat. Peranan pelbagai pihak diperlukan dalam usaha ke arah itu, memandangkan budaya membaca belum dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Maka dicadangkan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan amalan membaca: * Peranan ibu bapa - membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa perlu wujudkan ruang pembacaan untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kedai buku dan

memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan. Mereka juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri perlu mempunyai budaya membaca. Sekurangkurangnya ada akhbar harian, atau majalah seperti Dewan Siswa atau Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca. Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli bahan bacaan setiap bulan. * Peranan sekolah - Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar menjayakannya. Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca. Pusat Sumber perlu bergerak lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan. Di SMKPS, Guru Media dan Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha gigih ke arah itu. Selain itu, pameran buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam Darjah perlu diperluas. Petikan rencana yang berinformasi perlu diletakkan di papan kenyataan sekolah supaya pelajar boleh membaca. * Peranan kerajaan Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu mengadakan kempen membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan media kerajaan seperti radio dan televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku perlu ditambah. Setiap pejabat kerajaan dan agensinya perlu ada sudut bacaan. * Peranan pihak swasta Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak kerajaan. Pekerja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi sumbangan untuk program/kempen membaca anjuran pelbagai pihak. Sudut bacaan juga perlu diwujudkan oleh pihak swasta, misalnya di klinik, hospital, restoran dan kompleks membeli-belah. Harga bahan bacaan yang mereka terbitkan perlu diturunkan. Adakan promosi dan kempen membaca. * Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang diadakan.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana tujuan peperiksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan berakhir atau apabila meninggalkan bangku sekolah. * Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam karya mereka. Mereka perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk menarik hati pembaca. Wujudkan jaringan/link dengan pembaca agar pembaca kekal membaca pada masa depan. Sertai program galakan membaca di sekolah, anjuran kerajaan dan swasta.

Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung kepada kerjasama semua pihak. Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca dalam masyarakat dan negara. USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan tradisional tersebut ialah permainan gasing, layang-layang, congkak dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh banyaknya permainan video dan permainan komputer di pasaran. Sebagai contoh play station, game boy dan permainan internet. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini. Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional. Pihak sekolah perlu menubuhkan Kelab Permainan Tradisional. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan congkak, sepak raga, gasing dan sebagainya. Aktiviti ini boleh memberikan tubuh badan yang sihat. Jelaslah bahawa usaha ini dapat mempopularkan permainan tradisional. Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak . Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain permainan tradisional seperti bermain congkak. Ibu bapa juga boleh membelikan permainan tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa penting dalam mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak. Usaha seterusnya ialah peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional. Individu juga berperanan dalam usaha mempopularkan permainan tradisional. Mereka hendaklah menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan masyarakat dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional. Oleh yang

demikian, peranan individu amat penting dalam mempopularkan permainan tradisional. Pihak media massa perlu menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Contohnya, TV3 melalui program Jom Heboh boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional seperti permainan gasing, congkak dan sebagainya. Sesungguhnya, media massa mampu memperkenalkan permainan tradisioanl kepada masyarakat khususnya generasi muda. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap tahun. Setiap negeri mestilah mengambil bahagian untuk memeriahkan pesta tersebut. Contohnya, Festival Layang-layang di Pasir Gudang, Johor bukan sahaja disertai oleh rakyat tempatan malahan masyarakat antarabangsa. Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan memastikan permainan tradisional diminati oleh rakyat. Kesimpulannya, terdapat banyak usaha untuk mempopularkan permainan tradisional. Ringkasnya, semua pihak memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian agar permainan ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Langkah-langkah untuk Mempopularkan Permainan Tradisional. Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini. Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan kerana ada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita. Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular, konsep inap desa turut

memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong asing dengan lebih berkesan. Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainanpermainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita. Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila. USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi muda. Usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan sekolah agar mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh permainan tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak raga. Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini di sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja kita. Tindakan ini bertujuan memastikan semua pelajar di sekolah akan menyertai satu permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Hal ini demikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainan tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenal permainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini. Oleh itu, tindakan mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional di sekolah berupaya mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yang panjang.

Selain itu, usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar sekolah untuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran. Langkah ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang sama menggalakkan remaja meminati permainan ini. Dengan memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Usaha memperkenalkan kepada para pelancong melalui program pelancongan tak kenal maka tak cinta dapat menjadikan permainan tradisional berada dalam taraf angtarabangsa. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Di samping itu, kerajaan juga perlu membina lebih banyak kemudahan untuk permainan tradisional. Pembinaan kawasan padang dan gelanggang khas membolehkan lebih banyak rakyat negara ini turut melibatkan diri dalam permainan tradisional yang memberi banyak kesan positif kepada rakyat Malaysia seperti manyatupadukan dan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat. Suasana yang meriah sebegini pasti memberikan impak positif kepada masyarakat. Mereka melihat permainan ini sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan harian mereka.. Sesungguhnya, lebih banyak kawasan khas permainan ini disediakan semakin bertambahlah minat masyarakat kita untuk bermain permainan tradisional. Malah, satu kempen yang terancang tentang permainan ini perlu diadakan oleh pihak berkuasa. Dalam kempen itu dipamerkan kepentingan permainan tradisional dibekalkan bersama-sama dengan sejarah permainan, tokoh dan sebagainya. Semua informasi ini memberikan satu pengetahuan baru kepada masyarakat yang mungkin boleh menimbulkan minat dan penghargaan mereka terhadap permainan tradisional. Akhir sekali, berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan tradisional dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih dan mahir di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Dengan adanya jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang betul tentang sesuatu permainan tradisional itu dan berupaya mengajarkan pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan tradisional yang semakin dilupakan kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan tradisonal ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Peranan media massa dalam menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan sukaneka berteraskan permainan tradisional seperti program telematch yang disiarkan oleh media massa Eropah juga menjadi satu langkah efektif untuk menjadikan permainan tradisional mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan melenyapkan identiti bangsa

Apakah definisi permainan tradisional? Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita. Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersamasama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak

yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar. Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita. Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan. Peribahan 'tepuk dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

Anda mungkin juga menyukai