Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan

Perkahwinan dalam budaya Melayu merupakan perkahwinan yang mementingkan adat


istiadat turun temurun. Berdasarkan topik diatas, para pengkaji ingin mengetahui lebih
mendalam mengenai asimilasi perkahwinan yang merupakan percampuran dua ciri
kebudayaan yang disertai dengan ketiadaan ciri asli budaya Melayu. Masyarakat Melayu
terkenal dengan kepelbagaian adat dan budaya terutamanya adat istiadat Melayu itu
sendiri. Seterusnya, pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengkaji persepsi positif dan
negatif yang dilontarkan dalam pengamati asimilasi budaya, kerana ia dahulunya adat
turun temurun yang masih diwarisi dan diamalkan tetapi apabila munculnya asimilasi
dalam budaya ia kian menghakis sedikit demi sedikit. Kaedah kajian yang pengkaji
gunakan dalam kajian ini adalah dengan cara temu ramah penduduk kampung dan soal
selidik tentang asimilasi perkahwinan.

Latar belakang

Menurut Vander Zanden, asimilasi adalah satu proses dalam mana-mana kelompok yang
berfikir persamaan dan bertindak secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial
serta budaya yang sama.

Atiqah Yaacob (2009) telah membuat kajian bahawa terdapat khasiat yang ada pada
inai dan ia dapat merawat beberapa jenis penyakit seperti merawat cagu kuku. Hal ini
dapat dilihat, budaya zaman dahulu menggunakan tumbukkan daun inai untuk merawat
penyakit kuku dan disebabkan jus daun inai ini mempunyai warna merah keperangan,
ianya digunakan untuk menghias jari dan telapak tangan pengantin perempuan untuk
menambah seri pengantin tersebut.

S. Singaravelu (1993) telah mengulas ringkas bahawa hubungan kebudayaan antara


India dengan Malaysia apa bila pramoden Tamadun Melayu. Budaya Melayu merupakan
cara kehidupan seharian untuk kaum. Para pengkaji merujuk kepada perkataan Budaya di
dalam kamus dewan dan pustaka membawa maksud sebuah peradaban yang telah lama ia

1
wujud dan bersifat kebudayaan di mana melibatkan adat, tingkah laku masyarakat,
pakaian dan diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Lazimnya, mengajar atau
mendidik seseorang supaya memartabatkan budaya Melayu dahulu.

Menurut Bennett (2013) menyatakan tahap penafian terhadap perbezaan budaya


menunjukkan seseorang individu tidak merasakan sama sekali perbezaan budaya atau
hanya melihat individu yang berlainan budaya sebagai “orang asing” atau “minoritia.
Mereka beranggapan bahawa budaya yang dimiliki merupakan satu-satunya budaya di
dunia dengan pola kepercayaan, perilaku dan nilai-nilai yang nyata ada. Budaya yang
berlainan tidak diakui keunggulannya dan hanya menerima budaya sendiri sahaja. Secara
amnya, orang-orang yang berada pada tahap penafian tidak tertarik kepada perbezaan
budaya kerana mereka tidak mengakui kehadiran budaya lain. Para pengkaji juga
merasakan bahawa penyataan ini amat berkait rapat dengan topik, iaitu asimilasi
perkahwinan dalam budaya Melayu ia disebabkan oleh kemasukan budaya luar melalui
penjajahan dahulu mahupun aktiviti berdagang. Kadar adaptasinya semakin meningkat
bagi kalangan remaja kini. Walaubagaimanapun, budaya adat Melayu masih lagi
diamalkan oleh masyarakatnya.

Permasalahan kajian

Daripada pemerhatian awal, para pengkaji mendapati bahawa ketidakfahaman terhadap


asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu mencetus kepada perbalahan antara ahli
keluarga melalui pengamalan adat istiadat turun temurun dan amalan budaya Melayu
tradisional semakin kurang diamalkan.

Selain itu, para pengkaji merujuk bahan bacaan melalui media eletronik. Hasil
daripada bacaan pengkaji dapat menyenaraikan beberapa penyata masalah. Antaranya,
halangan daripada penerimaan trend baharu daripada segi pemakaian pengantin lelaki dan
perempuan yang menjolok mata. Seterusnya, amalan adat resam yang berbeza atau
bercanggah dengan syarak, seperti malam berinai, mandi bunga, dan majlis perkahwinan.

2
Tujuan kajian

Tujuan utama para pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti empat
perkara berikut:

i. Mengenal pasti asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu daripada segi


pertuturan, adat istiadat budaya Melayu, tema majlis, cara pemakaian pengantin
dan majlis merisik.
ii. Pengkaji turut menganalisis nisbah masyarakat Melayu yang masih mengamalkan
ciri khas budaya asli (Budaya Melayu) dalam sesebuah perkahwinan.
iii. Mengkaji faktor-faktor pengunaan bahasa Melayu. Seperti pantun dan kata
pengantar dalam aspek perkahwinan.
iv. Menyelidik kesan-kesan penerimaan asimilasi perkahwinan dalam budaya
Melayu.

Kepentingan

Kajian ini penting untuk dikaji supaya masyarakat mengetahui bahawa budaya Melayu
telah diasimilasikan oleh beberapa negara dalam pelbagai bidang, iaitu perkahwinan,
makanan dan pakaian. Selain itu, kajian ini turut membantu mengekalkan penggunaan
pantun dan kata permulaan yang manis dalam adat perkahwinan. Di samping itu,
keperpaduan dalam masyarakat Melayu turut dapat dikekalkan seperti aktivti merewang.
Akhir sekali, adab kesopanan dan kesantunan bahasa dapat dikekalkan bagi
mencerminkan budaya Melayu itu sendiri.

Kajian terdahulu

Asimilasi kebudayaan telah banyak diberi tumpuan oleh para pengkaji budaya Melayu
terdahulu dalam pelbagai peringkat sama ada kajian tersebut dijalankan diluar negara
mahupun di dalam negara kita sendiri, seperti E.B Taylor menghasilkan sebuah kajian
berjudul, the origin of culture (1958) dan primitive culture (1974). Kajian-kajian ini

3
menyentuh beberapa aspek dalam konsep budaya dan emosi dalam bahasa peniruan dan
unsur-unsur mitologi. Pengkaji memahami konsep yang disampaikan dan releven dengan
topik asimilasi kebudayaan.

Sarjana tempatan yang memberi sumbangan dalam usaha menjelaskan konsep


kebudayaan ialah Rohana Yusof, (2010). Beliau telah menghasilkan sebuah tulisan
berjudul, Asas Sains Sosial dan Perspektif Sosiologi. Kajian ini menghuraikan beberapa
konsep budaya seperti masyarakat, institusi politik, ekonomi, dan sosial yang
merangkumi institusi keagamaan dan pendidikan. Melalui hasil bacaan pengkaji terhadap
tulisan amatlah membantu dalam kajian semasa.

Selain itu, satu kajian yang pernah diusahakan oleh Atiqah Yacoob, (2009).
Penyelidikan beliau berkenaan Herba tumbuhan ubatan, iaitu tumbuhan untuk pelbagai
kegunaan sejak mulanya ketamadunan manusia di muka bumi. Pengkaji telah membuat
sedikit penyelidikan berkenaan topik yang dikarang oleh beliau iaitu Khasiat Inai
Rawatan Pelbagai Penyakit sesuai dengan topik percampuran kebudayaan dalam budaya
Melayu. Inai merupakan simbol kesuburan bagi kaum India kerana ia menjadi amat dekat
dengan kaum India. Inai merupakan faktor agen penyejuk yang terdapat padanya, maka
tidak hairanlah sekiranya inai banyak digunakan sebagai hiasan pemerah kaki dan jari
dalam kebanyakan majlis keramaian, seperti majlis berinai, dan majlis kenduri. Kajian ini
menunjukkan kepada para pengkaji betapa pentingnya adat berinai semasa majlis
perkahwinan dahulu dan kini.

Seterusnya, Haziyah Hussin, (2009). Beliau telah menjalankan satu kajian


berkenaan Unsur Alam Dalam Batik dan Songket Melayu. Di samping itu, kepakaran dan
kemahiran tukang-tukang kayu yang mahir mengukir memberi ilham kepada penggiat
batik untuk membuat perubahan pada rekaan mereka dan memikirkan teknik melakar
blok yang berasaskan kayu atau lebih dikenali sebagai sarang bunga, iaitu alat untuk
menerap warna ke atas permukaan fabrik. Permukaan kayu lembut di lukis mengikut
motif yang di kehendaki dan ditebuk timbul mengikut kepelbagaian motif. Akhirnya,

4
pengkaji dapat mengamati bahawa kajian yang telah dikaji berkait rapat dengan
percampuran budaya dalam budaya Melayu. Kajian ini membantu pengkaji mencari
perbezaan antara pemakaian pengantin dahulu dan penggayaan semasa mengikut trend
terkini.

Kajian-kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini sangat berguna dan


mendedahkan komponen-komponen yang terdapat dalam asimilasi perkahwinan
melibatkan dua percampuran budaya dan adat resam Melayu.

Metodologi

Pengkaji telah menjalankan tiga kaedah pengumpulan data untuk memperolehi maklumat
bagi menyiapkan kajian ini. Antara kaedah pengumpulan data yang telah digunapakai
adalah seperti rajah berikut:

Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat Tidak


Setuju Pasti Setuju Setuju
Skor () 5 4 3 2 1

Rajah 1: Jadual ini merujuk kepada borang soal selidik yang menggunakan lima pilihan
jawapan daripada sangat setuju hingga kepada sangat tidak setuju. Memberi kemudahan
kepada golongan belia untuk menjawab persoalan.

Lampiran 1: Borang soal selidik berkenaan persepsi penduduk setempat terhadap


asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu

5
1. kaedah borang soal
selidik.

Proses
Pengumpulan
Data

3. Maklumat daripada 2. kaedah temubual


internet dan analisis bersama penduduk
tulisan. setempat.

Rajah 2: Kaedah kajian

Melalui kaedah borang soal selidik dan kaedah temubual. Kaedah soal selidik ini
menggunakan tiga tajuk soalan terbuka kepada penduduk setempat. Selain itu, pengkaji
menggunakan kaedah temubual iaitu kaedah secara langsung untuk mendapatkan
maklumat dan pandangan daripada penduduk setempat. Pengkaji turut mengumpulkan
data melalui pencarian di internet dan berfokuskan asimilasi perkahwinan dalam budaya
Melayu. Pencarian maklumat di dalam internet dan analisis tulisan daripada kajian lepas
bagi memenuhi kaedah kajian pengkaji lakukan.

6
Batasan kajian

Lokasi yang telah dikaji dalam kajian ini ialah di Taman Perumahan RPA, Padang Besar,
Perlis. Pengkaji dapat mengkaji asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu kerana
terdapat segelintir penduduk masih mengamalkan budaya terdahulu seperti merewang,
malam berinai dan pemberian cenderahati. Pengkaji juga telah menemu ramah penduduk
setempat bagi meminta tanggapan mereka terhadap kajian ini. Seramai 10 orang
penduduk Taman Perumahan RPA mengisi borang soal selidik bagi memenuhi hasil
kajian. Pengkaji bersyukur di atas respon yang diberikan ia amatlah memberangsang dan
diterima ramah oleh penduduk setempat. Akhirnya, pengkaji mendapati separuh daripada
penduduk setempat berpegang teguh kepada adat istiadat budaya Melayu yang menjadi
turun temurun bagi masyarakat mereka. Penduduk setempat akan memastikan bahawa
aktiviti merewang dalam sebuah majlis perkahwinan hendaklah dikekalkan agar generasi
muda mereka dapat merasai keunikan dan keistimewaan budaya Melayu terdahulu. Bak
kata pepatah Adat Lama Pusaka Usang walaupun Malaysia semakin pesat adat istiadat
masih tetap utuh sehingga sekarang.

Hasil kajian

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mengenal pasti bahawa asimilasi perkahwinan dalam
budaya Melayu merupakan dua percampuran budaya dalam perkahwinan budaya asli.
Fenomena penggunaan adat resam masyarakat Melayu kini kurang diamalkan seperti
penggunaan pantun dan kataan sapaan yang baik tidak diguna pakai dalam
mengendalikan sebuah majlis tidak kira sama ada majlis merisik mahupun perkahwinan.
Akhirnya, terdapat kesan positif dan negatif kesopanan bahasa percakapan dalam
asimilasi perkahwinan budaya Melayu.

7
Percampuran budaya dalam perkahwinan budaya Melayu

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pertama, pengkaji dapat
mengenal pasti asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu kini yang mempunyai dua
percampuran budaya dan perbezaannya memberi impak positif dan negatif kepada
kebudayaan asli. Antara perubahan yang pengkaji dapat lihat ialah seperti gambar rajah 3
di bawah:

Kedua, percampuran budaya dalam perkahwinan budaya Melayu seperti pakaian,


penggunaaan inai, pemberian saguhati dan makanan turut menjadi faktor dalam asimilasi
perkahwinan budaya Melayu.

Pemakaian Pengantin Lelaki dan Wanita

1 1 1
1
2
2
2
2
3

3
3 3

8
Pakaian pengantin wanita dahulu Pakaian pengantin wanita kini
1. Gemar berhias dengan kain layah, 1. Kebanyakan pengantin wanita pada
tiara dan bunga segar berbanding masa kini lebih memilih untuk
hiasan cucuk sanggul. mengenakan tudung atas tuntutan
2. Pengantin wanita memakai songket agama.
Melayu. Selain itu, pemakaian 2. Pakaian pengantin wanita adalah
songket menjamin keanggunan raja berbeza dengan pengantin dahulu.
dan ratu sehari. Di mana memakai gaun yang
3. Selain itu, pengantin wanita juga bertema (flora dan fauna).
sering mengenakan inai dihujung 3. Corak inai yang pelbagai mengikut
jari dan satu corak bulat ditapak tema dan citarasa pengantin wanita
tangan. kini. Selain itu, memegang sejambak
bunga seperti perkahwinan budaya
Barat.

Pakaian pengantin lelaki dahulu Pakaian pengantin lelaki kini


1. Perhiasan yang pengkaji dapat lihat 1. Tidak selalu dilengkapi dengan
pada pakaian pengantin lelaki ialah barangan perhiasan lelaki, seperti
mempunyai 7 butang, tengkolok, tengkolok, keris dan memakai kasut
dan keris. semasa hari pernikahan.
2. Pakaian songket seperti pengantin 2. Berbaju Melayu lengkap bersama
perempuan dan warna baju yang keris atau tidak memakai barangan
sama. hiasan lelaki.
3. Memakai capal atau selipar semasa 3. Memakai kasut tertutup.
majlis perkahwinan.

Gambar Rajah 3: Perbezaan pakaian pengantin zaman dahulu dan kini.

9
Menurut gambar rajah 3, terdapat perbezaan daripada segi pemakaian pengantin.
Contohnya, pada zaman dahulu penggunaan songket sangatlah meluas dan menunjukkan
identiti masyarakat Melayu itu sendiri. Walau bagaimanapun, budaya perkahwinan
masyarakat Melayu kini telah berubah akibat daripada adaptasi budaya luar yang sedikit
sebanyak menghakis ciri-ciri kebudayaan asli Melayu. Antaranya, penggunaan gaun dan
sut bagi pasangan pengantin yang dipengaruhi oleh budaya barat.

Kesimpulannya, para pengkaji dapat mengenal pasti asimilasi perkahwinan kian


hari kian meningkat. Hal ini demikian, terdapat segelintir masyarakat Melayu yang
kurang berkemampuan daripada segi kewangan. Isu kewangan menjadi penghalang
kepada kedua-dua belah pihak untuk menyediakan kelengkapan majlis perkahwinan.
Oleh itu, masyarakat lebih memilih pakaian yang mudah disediakan kerana tidak perlu
menunggu lama. Kesannya, masa yang diambil untuk melakukan persiapan majlis
perkahwinan akan menjadi singkat dan kos pakaian yang merupakan aspek penting dalam
sesuatu majlis perkahwinan tidak terlalu mahal. Pengkaji merumuskan persediaan
perkahwinan dahulu amat merumitkan. Namun, ia tetap adat istiadat budaya Melayu yang
patut diingati dan dihargai kerana ia mempunyai nilai budaya tersendiri.

Lampiran 2: Barangan perhiasan bagi pengantin lelaki dan wanita dalam majlis
perkahwinan

Fenomena penggunaan adat resam masyarakat Melayu kini

Fenomena penggunaan adat resam dalam masyarakat Melayu semakin berkurangan


dengan kemunculan budaya baharu yang menjadi tumpuan kepada generasi muda
sekarang. Justeru, adat resam ini semakin dimamah bumi hari demi hari.

Penggunaan adat resam sentiasa diamati dalam sesebuah majlis rasmi seperti
majlis perkahwinan, merisik, persandingan dan sebagai pembuka kata untuk menyunting
pihak perempuan. Kepelbagaian adat resam mencorakkan sesebuah negeri. Contohnya,
penggunaan pantun jual dan beli di negeri Johor bertujuan menghormati kedua-dua belah

10
pihak dan mengeratkan silaturrahim antara keluarga namun zaman kini ramai yang
menggangap bahawa adat pantun jual beli ini tidak lagi penting. Malahan, majlis merisik
pada masa kini hanya perlu dilakukan secara ringkas dan cukup sekadar menyarungkan
cincin oleh ibu kepada lelaki yang berkenan dengan wanita tersebut tanpa disertai adat
istiadat budaya Melayu.

Hal ini amatlah membimbangkan kerana fenomena penggunaan adat resam


semakin disisihkan. Menurut pendapat para pengkaji, fenomena ini berlaku di atas sikap
dan sifat keperibadian masyarakat Malaysia terlalu mudah mengadaptasikan sesuatu yang
mereka lihat dan dengar tanpa memikirkan impak positif dan negatif terhadap penerimaan
masyarakat Melayu. Hal ini merupakan, sangat serius dan pelbagai inisiatif perlu diambil
bagi memupuk kembali jati diri masyarakat Melayu serta mempertahankan adat istiadat
turun temurun agar generasi akan datang dapat menikmatinya. Antara fenomena yang
dapat para pengkaji senaraikan adalah seperti berikut:

11
Perbezaan majlis pertunangan/merisik zaman dahulu dan kini.

Tema majlis pertunangan dahulu. Tema majlis pertunangan kini.


1. Majlis diadakan secara tertutup. 1. Majlis diadakan secara terbuka.
2. Menjemput ahli keluarga terdekat 2. Majlis pertunangan bertema.
sahaja. 3. Kurang penggunaan pantun jual
3. Menggunakan pantun jual dan beli beli sebagai kata pembuka.
sebagai kata pembuka.
Hantaran pertunangan dahulu. Hantaran pertunangan kini.
1. Hantaran yang berpatutan. 1. Hantaran yang berpatutan dan
hanya segelintir sahaja memberi
hantaran mewah
Adab pergaulan antara lelaki dan wanita Adab pergaulan antara lelaki dan wanita
dahulu. kini.
1. Batasan pergaulan dijaga dengan rapi. 1. Tiada batas antara lelaki dan
wanita.
2. Lelaki dan wanita bebas berjumpa
dalam tempoh pertunangan.

12
Gambar Rajah 4: Perbezaan majlis pertunangan zaman dahulu dan kini.

Para pengkaji menerangkan majlis pertunangan kini dibuat secara terbuka dan
mempunyai pelamin untuk ibu pihak lelaki menyarungkan cincin pertunangan manakala
majis pertunangan dahulu lebih kepada tertutup yang hanya diketahui oleh sanak saudara
dan majlis dijalankan secara ringkas dan sederhanaSementara itu, terdapat pelbagai
persepsi positif dan negatif daripada tetamu yang hadir ada diantaranya menyatakan
bahawa membuat majlis besar besaran ini membazir namun ada juga yang menyokong
agar majlis ini perlu dilakukan.

Kesimpulannya, pengkaji dapat memahami adat resam dalam masyarakat Melayu


kini amat kurang dipraktikkan dan perlu diperbaiki supaya majlis yang diadakan
mempunyai seri dan mengikut ketetapan adat istiadat budaya Melayu.

Fenomena penggunaan adat resam juga dapat dilihat di dalam majlis persandingan
mengikut kehendak pihak pengantin lelaki dan wanita yang menginginkan majlis bertema
sama ada mengikut tema tradisional mahupun tema moden. Seterusnya, hanya segelintir
sahaja yang mengamalkan adat resam untuk mengikut adat istiadat turun temurun.

13
Perbezaan majlis persandingan zaman dahulu dan kini.

Majlis persandingan dahulu. Majlis persandingan kini.


1. Tidak mempunyai tema yang 1. Kebanyakannya mempunyai tema
ditetapkan untuk sesebuah majlis. tertentu untuk memeriahkan majlis.
Contohnya, majlis yang bertemakan
kembali ke sekolah.
Adat resam dahulu. Adat resam kini.
1. Aksi bersilat, merenjis tepung tawar, 1. Dahulunya bilangan pengapit hanya
adat menjual beli pantun, dan paluan terhad kepada dua orang sahaja,
kompang. tetapi sekarang “bridesmaid”
mengalahkan pengantin.
Pemberian cenderahati sebagai tanda Pemberian cenderahati sebagai tanda
penghargaan. penghargaan.
1. Bunga telur yang dibungkus dengan 1. Tidak cukup kepada satu benda
tisu warna. sahaja. Malahan, zaman kini
pemberian cenderahati hendaklah
pelbagai. Contohnya, sabun, kicap,
cawan, dan makanan ringan.

14
Gambar Rajah 5: Perbezaan majlis persandingan zaman dahulu dan kini.

Faktor-faktor pengunaan bahasa Melayu seperti pantun dan kata pengantar dalam aspek
perkahwinan

Faktor pertama, penggunaan pantun masih relevan dan diamalkan sejak dahulu lagi
sehingga ke dewasa ini antaranya ialah adat perkahwinan. Pantun berfungsi sebagai
komunikasi bercorak seni bertujuan mengajar dan mendidik masyarakat tentang
kehidupan alam berumah tangga. Ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu lagi. Adat pantun dipertahankan dan
menjadi kebanggaan orang Melayu. Tamsilnya, pantun adat para pengkaji mendapati
bahawa peranan pantun dalam sesebuah majlis, seperti persandingan, merisik, ialah
bertujuan menyampaikan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis yang diinginkan.
Rajah 6 dibawah menunjukkan carta aliran majlis perkahwinan mengikut budaya Melayu.

Majlis
Merisik Majlis pertunangan
perkahwinan

Rajah 6: carta aliran dalam perkahwinan.

15
Melalui carta aliran ini, pengkaji dapat mengenal pasti peringkat di dalam perkahwinan
budaya Melayu. Misalnya, pantun digunakan pada setiap peringkat sebagai kata pembuka
bagi mengeratkan silatturahim antara dua belah pihak.

Seterusnya, penggunaan pantun sebagai tanda menghormati tuan rumah


digunakan sebelum amalan merisik dan meminang dilaksanakan dihadapan keluarga
pihak wanita. Pihak lelaki hendaklah membawa beberapa persiapan. Antaranya, tepak
sirih pembuka kata, tepak sirih meminang, tepak sirih bertukar tanda, dan tepak sirih
ikatan janji antara lelaki dan wanita. Amalan ini masih lagi utuh dikalangan masyarkat
Melayu. Contohnys, masing-masing perlulah menyediakan ahli Bentara Sabda, iaitu Juru
Bicara bagi bertujuan memudahkan proses bicara di antara kedua-dua belah pihak dalam
amalan merisik, seperti siapa yang ingin dipinangkan, membincangkan tarikh
perkahwinan dan bertukar tanda ikatan melalui barangan perhiasan, seperti cincin, gelang,
dan rantai. Selain itu, adab pantun turut memaparkan maksud secara tidak langsung,
selalunya dengan cara kias dan ibarat disinilah terletaknya kesantunan bahasa Melayu.
Namun begitu, beberapa aspek penting dalam komunikasi yang perlu dipertimbangkan
agar tidak mengguris perasaan tuan rumah. Antara aspeknya adalah pemilihan kata,
struktur ayat, cara penyampaian, kesantunan berbahasa, laras bahasa, dan bahasa sapaan
melalui aspek inilah bahasa dan budaya Melayu terlihat lebih istimewa dan unik.
Tegasnya, faktor inilah para pengkaji amat risaukan jika ia tidak diendahkan lama
kelamaan akan hilang nilai bahasa berpunca daripada percampuran budaya luar yang
merosakkan kesantunan bahasa Melayu itu sendiri.

Antara sebab hilangnya nilai sentimental bahasa Melayu dalam perkahwinan


dahulu ialah kajian menunjukkan masyarakat lebih minat menggunakan bahasa slanga
dalam percakapan kerana ia mudah diingati dan terpengaruh kepada media elektronik,
seperti televisyen yang membentuk corak bahasa Melayu. Oleh hal demikian, bahasa
seharian bercampur aduk dan bahasa sapaan tidak lagi melambangkan kesopanan dan
kehalusan budi seorang penutur.

16
Lampiran 3: para pengkaji dapat mengkaji jenis – jenis pantun yang digunakan semasa
majlis perkahwinan budaya Melayu daripada pantun pembuka kata sehinggalah kepada
majlis penutupan

Kesan-kesan penerimaan asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu

Asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu kian meningkat hari demi hari.
Percampuran dua kebudayaan menyebabkan terhasilnya kesan positif dan negatif di
kalangan masyarakat Melayu.

Antara kesan positif ialah kepelbagaian budaya campuran mengeratkan etnik


masyarakat Melayu, menurut pengkaji, asimilasi perkahwinan dapat mencorakkan lagi
budaya yang sedia ada melalui busana pengantin yang dahulu hanya sepasang songket,
tetapi sekarang coraknya banyak yang telah divariasi supaya ringkas dan memenuhi
citarasa pengguna. Malahan, perancang majlis dapat membina struktur pelamin mahligai
yang indah berdasarkan percampuran dua kebudayaan seperti pelamin bertemakan flora
dan fauna, singgahsana istana lama, astana rimba, dan fantasi hening malam. Akhirnya,
asimilasi perkahwinan dapat menghasilkan budaya baharu di mana segelintir masyarakat
menerima perubahan tersebut memperkembangkan kesenian dalam negara.

Seterusnya, konsep asimilasi ini memberi satu tarikan kepada masyarakat kini
kerana mudah difahami dan diadaptasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu,
membuka mata masyarakat Melayu untuk mengamati budaya baharu yang disulam
dengan adat istiadat negara luar seperti Baba dan Nyonya, Minangkabau, dan
perkahwinan berkonsepkan Jawa. Namun, budaya baharu ini tidak melanggar syarak dan
menghormati setiap adat istiadat budaya Melayu supaya tiada percanggahan pendapat.
Akhirnya, tarikan paradigma ini membantu peralihan satu lingkungan kepada sesuatu
yang baru. Contohnya, pemberian cenderahati yang berbagai-bagai dan malam berinai
mengikut budaya hindu.

17
Manakala, kesan penerimaan asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu
mengakibatkan hilangnya ciri – ciri asli budaya itu tersendiri. Adat istiadat kurang
diamalkan oleh masyarakat dan nilai kebudayaan tidak boleh diwarisikan kepada generasi
akan datang. Pengkaji merasakan kian hari kian berkurangan penduduk memainkan
paluan kompang semasa kenduri dan tiada galakkan terhadap aktiviti merewang. Ia dapat
dilihat melalui hasil kajian yang telah disoal jawab oleh penduduk Taman Perumahan
RPA bagi menanyakan persepsi terhadap asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu.
(Rajah 7: Soalan dari borang soal selidik).

Kesan negatif seterusnya ialah mencetuskan perbalahan pendapat di dalam


masyarakat Melayu itu sendiri. Perwujudan budaya baharu menghakis budaya asli yang
dahulu menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Di samping itu, terdapat segelintir yang
menganggap budaya Melayu adalah budaya tiruan, hasil daripada adaptasi pelbagai
kebudayaan negara daripada situlah munculnya perbezaan dan merosakkan hubungan
antara negara. Justeru, para pengkaji amatlah berharap agar tiada sesiapa yang
mengatakan bahawa budaya Melayu adalah milik mereka kerana adat istiadat terdahulu
perlulah dijaga dan mengekplorasi budaya bukan satu kesalahan tetapi satu ilmu.

Akhirnya, jelaslah bahawa kesan penerimaan dua percampuran budaya sedikit


sebanyak merubah kebudayaan asli dan para pengkaji berharap agar adat istiadat di dalam
semua jenis majlis dapat dikekalkan agar ia tidak hilang seiring peredaran zaman. Bak
kata pepatah Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung sendiri yang membawa maksud
seseorang itu akan mengikuti adat resam sesuatu tempat dan menghormati kawasan
setempat.

18
Perkara Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Sangat Tidak
Setuju Setuju
Skor () 5 4 3 2 1
Soalan Hanya lima Tiga orang Dua orang Tiada Tiada
Pertama orang sahaja sahaja sahaja yang
menyatakan menyatakan tidak pasti.
sangat setuju. mereka setuju.
Soalan Hanya lima Empat orang Satu orang Tiada Tiada
kedua orang sahaja sahaja sahaja yang
menyatakan menyatakan tidak pasti.
sangat setuju. mereka setuju.
Soalan 10 orang Tiada Tiada Tiada Tiada
ketiga penduduk
perumahan
RPA sangat
setuju terhadap
soalan yang
ditanyakan
kepada mereka.

Rajah 7: Soalan dari borang soal selidik

19
PERSEPSI PENDUDUK SETEMPAT TERHADAP
ASIMILASI PERKAHWINAN DALAM BUDAYA MELAYU

10
9
BILANGAN PENDUDUK

8
7
6
5
4
3
2
1
0
1 2 3
BILANGAN SOALAN

Gambar Rajah 8: jadual tindak balas yang diberikan oleh responden dan carta palang
persepsi 10 orang penduduk Perumahan RPA, Padang Besar terhadap asimilasi
perkahwinan dalam budaya Melayu.

Penutup

Kesimpulannya, pengkaji dapat mengetahui bahawa asimilasi perkahwinan telah berlaku


sejak zaman dahulu, namun ianya kurang dipraktikkan pada zaman kini. Selain itu, kajian
ini sedikit sebanyak telah membantu adat dan budaya Melayu terus digunakan dan
memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya untuk menggekalkan adat dan
budaya Melayu ini. Oleh yang demikian, pengkaji telah mendapati bahawa setiap perkara
ataupun perbuatan yang telah dipraktikkan dalam budaya ini mempunyai keistimewaan
dan kebaikannya tersendiri. Justeru, pengkaji mendapati bahawa apabila mempraktikkan

20
budaya terdahulu dalam sesebuah perkahwinan, sikap silaturrahim dapat dipupuk
dikalangan masyarakat Melayu.

Akhir sekali, semoga kajian ini dijadikan titik tolak kepada pengkaji lain untuk
melaksanakan kajian terhadap aspek lain yang berkait rapat dengan budaya Melayu
zaman dahulu. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji
lain pada masa akan datang untuk mendalami tentang budaya Melayu.

Lampiran
Lampiran 1: Borang soal selidik berkenaan persepsi penduduk setempat terhadap
asimilasi perkahwinan dalam budaya Melayu

BORANG SOAL SELIDIK


BAHASA MELAYU UNIVERSITI (UVW410)
SEMESTER  SESI 2018/2019

Makluman Kepada Responden:

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi metadologi kajian kami bagi kursus BAHASA MELAYU
UNIVERSITI
(UVW410). Ini bertujuan untuk mengkaji tentang sejauhmanakah penerimaan masyarakat
Melayu terhadap“Asimilasi Perkahwinan Dalam Budaya Melayu”. Segala maklumat yang
diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

21
Arahan: Tandakan () pada ruangan yang disediakan

1.JANTINA 4. PEKERJAAN
LELAKI
KAKITANGAN KERAJAAN
PEREMPUAN
2. UMUR PEKERJA SWASTA
18 TAHUN KE BAWAH
PELAJAR
19 – 25 TAHUN
LAIN – LAIN
26 – 30 TAHUN
30 TAHUN DAN KEATAS
3. STATUS DIRI
BUJANG
SUDAH BERKAHWIN

Analisis pemerhatian penduduk setempat berkenaan percampuran budaya perkahwinan


dalam budaya Melayu terdahulu dan tanggapan penduduk terhadap asimilasi budaya.

PERKARA SANGAT SETUJU TIDAK TIDAK SANGAT


SETUJU PASTI SETUJU TIDAK
SETUJU
SKOR () 5 4 3 2 1

BIL BUTIRAN 5 4 3 2 1

1. PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP ASIMILASI


PERKAHWINAN

22
Adakah anda dapat menerima budaya baru yang diketengahkan
seperti malam berinai, majlis bertema, dan pemakaian pengantin
(gaun dan sut).

Servis makanan kenduri disediakan oleh pihak katering. TIADA


amalan merewang dikalangan penduduk setempat.
Amalan merisik kurang diamalkan oleh masyarakat Melayu kini
kerana ia dianggap tidak perlu dilakukan. Namun, dahulu adat
istiadat ini dijaga agar menghormati kedua-dua belah pihak serta
mengeratkan silaturrahim.
2. PERKAHWINAN DALAM BUDAYA MELAYU
TIDAK MENJAGA batas pergaulan (pergaulan lelaki dan
perempuan bebas
Adat resam tidak diendahkan. Kemahuan majlis perkahwinan
kearah perkara yang mudah, cepat dan tidak kompleks.
Pantang larang orang Melayu tradisional TIDAK DIIKUTI.
Ianya merupakan antara kepercayaan orang tua-tua bertujuan
mendidik masyarakat, terutama generasi muda zaman sekarang.
3. IMPAK DARIPADA PENERIMAAN PERCAMPURAN
BUDAYA
Sesetengah Adat resam itu masih “TAK LAPUK DEK
HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS”. Walaupun kian hari
semakin dimamah bumi.
KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN budaya baru membawa
seribu seri dalam mahligai perkahwinan.
Adaptasi budaya yang merumitkan.

23
Lampiran 2: Barangan perhiasan bagi pengantin lelaki dan wanita dalam majlis
perkahwinan

Pengantin lelaki Pengantin wanita

Dokoh
Tiara
Baju layang
Baju
Kutang

Samping

Keris

Baju Layang (Bahagian luar), Baju Kutang (Bahagian Dokoh

dalam), dokoh (Rantai pengantin),Keris dan samping.

Tiara, Tudung, Dokoh dan baju kebaya


songket

Destar atau tanjak atau tengkolok

24
Lampiran 3: para pengkaji dapat mengkaji jenis – jenis pantun yang digunakan semasa
majlis perkahwinan budaya Melayu daripada pantun pembuka kata sehinggalah kepada
majlis penutupan

Pembukaan kata
Penggunaan pantun di dalam majlis peminangan masyarakat Melayu terdahulu
merupakan acara yang wajib dilakukan pada zaman dahulu. Kini, majlis
sedemikian masih ada, namun jarang dilakukan. Pengkaji mendapati bahawa
terdapat pantun yang selalu digunakan semasa pembuka kata. Antaranya,
Agak lama dipuput bayu,
Muncul ribut menyerang kebun,
Apa guna jadi Melayu,
Kalau takut berbalas pantun.
Seterusnya, pihak wanita akan membalas pantun,
Orang kota naik perahu,
Pergi belayar di tengah hari,
Maaf dipinta kami nak tahu,
Apalah hajat datang ke mari.
(pantun ini mengajak kedua-dua belah pihak untuk memulakan pembicaraan
dan menyampaikan hajat kedatangan pihak lelaki).

25
Pertengahan acara berpantun
Pertengahan acara pantun ini pihak lelaki menyampaikan hasratnya untuk
meminang wanita disukainya. Akhirnya, diterima oleh pihak wanita.
Pihak lelaki akan menyatakan hasrat beliau,
Duduk berehat di atas titi,
Segar udara putihnya awan,
Besar hajat di dalam hati,
Memetik bunga di taman tuan.
Pihak wanita akan membalas pantun tersebut,
Di hujung halaman ada delima,
Dekat pagar sebelah taman;
Hajat dan tujuan kami terima,
Dengan adat zaman berzaman.

Penutup acara
Pihak wanita menyatakan kesyukuran diatas penerimaan pihak lelaki.
Awal pagi ayam berkokok
Cahaya menjelma alam berseni;
Tepak sirih cincin sebentuk,
Harap terima daripada kami.
(Pantun zaman dahulu amatlah penting di dalam sebuah majlis meminang
kerana ia bertujuan menghormati tuan rumah dan menyampaikan hasrat pihak
lelaki. Para pengkaji juga berharap amalan pantun ini dapat dikekalkan agar
kesantunan dan bahasa kiasan ini dapat diwarisi kepada generasi muda).

26
Bibliografi

Noor.A. (2016). Isu kahwin campur. January 9, 2017, from


http://www.ums.edu.my/oer/index.php/ak20503/56-noor-amirah-et-al-2016-isu-kahwin-
campur.

Mohd.A. (2010). Galakkan perkahwinan campur untuk keharmonian kaum. November


29, 2010, from http://drmaza.com/home/?p=1294

Mimie.M. (2012). Percampuran budaya, Bahasa dan adat. Mar 28, 2012, from
http://mimikasih.blogspot.com/2012/03/percampuran-budaya-bahasa-dan-adat.html?m=1

27

Anda mungkin juga menyukai