Anda di halaman 1dari 11

Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld.

XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT


PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK (IPGKPT) TERHADAP
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)

ROMY, A.K¹, MOHD ASRI, A.Z.², MOHD ALI, S³, MOHD KHALID, H4,
NORMAH, A.R5
¹²345 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan, 71760
Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Article history: Received:17 Jun 2019 Received in revised form: 6 September 2019 Accepted: 31 November 2019 Published
online: 31 Dec. 2019

_________________________________________________________________________

ABSTRAK

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak
pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi
lebih pintar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap
kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik dalam
menghadapi Revolusi Industri 4.0. Kemunculan gelombang teknologi baharu menyebabkan
perkembangan semasa teknologi akan berubah dan tidak terkecuali juga dalam sektor
pendidikan turut mengalami perubahan. Satu kajian telah dijalankan telah dijalankan terhadap
75 orang guru pelatih semester enam dalam bidang Rekabentuk dan Teknologi, Matematik,
Sains dan TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Rekabentuk kajian
berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik melalui pendekatan kuantitatif.
Dapatan Kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru guru pelatih
semester 6 masih berada pada tahap sederhana bagi menempuh cabaran Revolusi Industri
4.0. Penyelidik mencadangkan agar diadakan satu seminar serta aktiviti berkaitan Revolusi
Industri 4.0. bagi menggalakkan guru pelatih meningkatkan kemahiran serta pengetahuan
dalam teknologi maklumat seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Hasil kajian
juga mencadangakan agar semua guru pelatih semester enam menghasilkan projek akhir
mereka menjurus ke arah Revolusi Industri 4.0.

Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Pengetahuan, Kesediaan, Guru Pelatih IPGKPT

27
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

KNOWLEDGE AND READINESS OF TRAINEE TEACHERS FROM THE TEACHERS’


EDUCATION INSTITUTE, CAMPUS FOR TECHNICAL EDUCATION TOWARDS
INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0.

ABSTRACT

The fast-paced Industrial Revolution 4.0 requires all parties to act fast with the rapid
development of technologically advanced products and automation systems. The purpose of
this study is to identify the level of knowledge and level of readiness of the trainee teachers of
the Institute of Teachers Campus Technical Education in the face of the Industrial Revolution
4.0. The emergence of a new wave of technology has led to the development of technology
as well as the exception in the education sector. A research study was conducted on 75
teachers in six semester courses in the areas of Design and Technology, Mathematics,
Science and TESL at the Institute for Educational Technology Campus Teachers. The design
of this descriptive study used questionnaire instruments through a quantitative approach. The
findings of the study show that the level of knowledge and level of readiness of the 6th
semester teachers are still at a moderate level to meet the challenges of the Industrial
Revolution 4.0. Researchers recommend holding a seminar and activities related to Industrial
Revolution 4.0. to encourage trainees to increase their skills and knowledge in information
technology as the Industrial Revolution 4.0 progresses. The results of the study also suggest
that all sixth-grade trainee teachers produce their final project leading up to the Industrial
Revolution 4.0.

Key Words: Industrial Revolution 4.0, Knowledge, Readiness, Teacher Trainees IPGKPT

_________________________________________________________________________

28
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

PENGENALAN

Dalam era teknologi, guru pelatih juga perlu bersedia menghadapi IR 4.0. Untuk menjadikan
revolusi pendidikan menjadi kenyataan, inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
serta peranan pensyarah amat penting. Guru pelatih dilatih di Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan teknik (IPGKPT) dibentuk untuk menjadi seorang guru pelatih yang
mempunyai iltizam dan jati diri yang tinggi. Guru pelatih kini terdedah dengan dunia yang
berasaskan teknologi digital, pengkomputeran awan (cloud computing) dan sosial media
memberi cabaran kepada sistem pendidikan negara. Adakah guru pelatih sudah bersedia
untuk menghadapi pelajar generasi Z. Bagaimanakah untuk menghasilkan guru pelatih yang
serba boleh dalam menyelesaikan isu yang kompleks, kreatif dan inovatif. Sudah tentu perlu
ada komitmen untuk membentuk alat pedagogi yang baharu. Pendidikan perlu mengadaptasi
kepada kaedah baharu pengajaran selari dengan perkembangan pantas teknologi masa kini.
Teknologi sudah menyerap kepada sebahagian besar dalam alam pekerjaan dan kehidupan.
Malah ada yang mengatakan kemahiran yang dipelajari sekarang sudah tidak relevan untuk
masa akan datang. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi telah mengubah dunia
bermula dari revolusi industri pertama ketika tenaga manusia dan haiwan digantikan dengan
kemunculan mesin. Kemudian Revolusi Industri kedua pula muncul pula tenaga elektrik dan
enjin pembakar (Reischauer 2018; Ramirez-Mendoza et.al 2018; Sung 2018).

Kini perkataan seperti robot, kecerdasan buatan (artificial intelligence), inovasi dan teknologi
disruptif sering kita dengar apabila membicarakan tentang IR 4.0. Adakah guru pelatih sudah
bersedia untuk mengintegrasi luasan realiti (augmented reality) dalam pengajaran mereka
apabila berada di sekolah kelak. Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada masa kini
perlu menekankan kepada aspek inovatif dan kreatif. Pembelajaran juga kini bukan hanya
tertumpu dalam kelas. Oleh itu program latihan guru di IPGKPT bagi menghasilkan guru
pelatih yang benar-benar bersedia untuk menjadi seorang guru bagi menghadapi IR 4.0.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM PENDIDIKAN

Kedatangan IR 4.0 begitu pantas dan tanpa sedari. Setiap masa yang berlalu, kemajuan yang
dihasilkan semakin pantas seperti sepantas cahaya. Revolusi industri pada masa kini
merupakan satu elemen penting yang merancakkan kemajuan dan mencorakkan landskap
dunia hari ini. Begitu juga dalam dunia pendidikan pada hari ini telah banyak perubahan yang
berlaku selari dengan kehadiran serta kedatangan IR 4.0. Menyedari hakikat ini, guru adalah
individu penting yang mencorakkan pelajar serta murid untuk menjadi insan yang berguna
pada masa hadapan. Tidak ketinggalan juga institut pendidikan guru (IPG) yang melatih bakal
guru juga perlu menyahut cabaran perubaran pada masa kini. Serentak dengan itu latihan
guru bagi melahirkan guru pelatih yang ebnar benar dapat menjiwai dunia pendidikan hari ini.
Menurut Mohamed Ali (2018) penerapan jiwa yang merdeka perlu diperluaskan dalam
konteks masyarakat di Malaysia bagi persediaan mendepani survival terhadap IR 4.0.

Dalam konteks pendidikan pula, pengajaran di bilik darjah tidak lagi boleh kekal secara
konvensional sekiranya kita ingin melahirkan murid serta pelajar yang mampu berdaya saing,
inovatif dan kreatif. mereka yang lahir pada era pengkomputeran mudah alih, yang beliau

29
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

gelar Generasi Z, mahir berkongsi maklumat melalui media sosial dan minat belajar perkara
baru dalam talian. Justeru, para pendidik perlu mempunyai inisiatif untuk mencipta
pengalaman pembelajaran yang baru bagi pelajar Gen Z tersebut. Tiga langkah yang boleh
digunakan untuk mencapai hasrat tersebut. Pertama ialah dengan memahami warga pelajar
Gen-Z dan cara mereka belajar; kedua, mentakrif semula konsep pengajaran konvensional
yang berasaskan kandungan pengajaran dengan berpusatkan guru seandainya mahu kekal
relevan dalam mempersiapkan pelajar menghadapi masa depan dan akhir sekali, merombak
semula pembelajaran abad ke-21 bersesuaian dengan keperluan Gen-Z (Mohamad Amin,
2016). Oleh itu, guru pelatih harus bersedia melengkapkan diri serta memahami keperluan
murid pada masa kini dengan corak pengajaran selari dengan kedatangan IR 4.0.

PERNYATAAN MASALAH

IR 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan
tenaga manusia pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan (Daricin et. al
2018). Dalam konteks ini, aspek pendidikan latihan guru juga adalah antara bidang yang
cukup penting supaya tidak ketinggalan menerima impak perkembangan terbaru ini. IPG
amnya dan IPGKPT khususnya menghasilkan guru terlatih yang berkualiti dalam bidang
pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bagi mendidik generasi baru iaitu murid
serta pelajar.

Pengetahuan Industri 4.0 dan kesediaan guru pelatih bagi menempuh cabaran IR 4.0 adalah
pada tahap membimbangkan. Menurut Sharita et.al (2018), pengetahuan pelajar semester
empat Politeknik Muadzam Shah (POLIMAS) terhadap IR 4.0 adalah sederhana dan dapatan
juga mendapati kesediaan pelajar bagi menempuh IR 4.0 berada pada tahap rendah. Guru
pelatih yang kompeten, berilmu pengetahuan dan berkemahiran menjadi agenda utama
sistem pendidikan negara supaya dapat menyumbang kepada anak murid di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:


1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih terhadap IR 4.0.
2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih bagi menempuh cabaran IR 4.0.
.

SOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan soalan kajian seperti berikut:


1. Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih terhadap IR 4.0?
2. Sejauh manakah tahap kesediaan guru pelatih bagi menempuh cabaran IR 4.0.?

30
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini merupakan kajian deskriptif, di mana tujuan kajian adalah
untuk menilai pengetahuan dan kesediaan guru pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0. Rekabentuk
kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini merangkumi metod kajian deskriptif. Soal
selidik ialah satu cara yang digunakan dalam kajian deskriptif dengan tujuan untuk mendapat
maklumbalas daripada respoden. Responden kajian menjawab borang selidik dengan
kerelaan dan persetujuan mereka sendiri dan dianalisis serta dipersembahkan dalam bentuk
peratusan. Keputusan kajian akan memberi kesimpulan dan menjawab persoalan kajian.
Borang soal selidik disebarkan secara atas talian kepada kumpulan-kumpulan Whatsapp guru
pelatih RBT, Matematik, Sains dan TESL. Menurut Mohd Aftar (2017) borang selidik
disebarkan secara atas talian adalah untuk memastikan semua pelajar mendapatkan borang
tersebut pada masa yang sama.

Responden

Sampel kajian ini terdiri daripada guru pelatih semester 6 ambilan Jun 2016 yang sedang
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Jumlah populasi ialah seramai
80 orang guru pelatih. Sampel kajian seramai 75 orang guru pelatih terlibat dalam kajian
tinjauan ini (Kerjcie & Morgan, 1970). Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam
memilih sampel kajian bagi memastikan setiap subjek dalam populasi mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih.

Instrumen

Instrumen kajian adalah medium atau alat yang dibina khas untuk mengumpul data kajian
(Mohd Majid 2004; Sabitha 2005). Dalam kajian ini, instrumen kajian ialah borang soal selidik
yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu maklumat responden, tahap pengetahuan terhadap
IR 4.0 dan tahap kesediaan terhadap IR 4.0. Soal selidik dibangunkan berdasarkan objektif
dan persoalan kajian. Menurut Noorazman (2017), kajian rintis perlu dijalankan sebelum
pengumpulan data utama untuk mengesahkan kebolehpercayaan soal selidik dan
memperbaiki penyata dan susunan kata.

Soal selidik melalui google form telah diedarkan. Aspek yang diukur menggunakan skala
Likert 4 mata iaitu skala 1 Sangat Tidak Setuju (STS), skala 2 Tidak Setuju (TS), skala 3
Setuju (S) dan skala 4 Sangat Setuju (SS). Antara beberapa contoh item seperti ‘Saya tahu
tentang revolusi industri 4.0”.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis Demografi Responden

Berdasarkan kepada Jadual 1 di bawah, merujuk kepada jantina guru pelatih yang terlibat
dalam kajian ini, Seramai 75 responden terlibat dengan kajian ini. Daripada jumlah tersebut,

31
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

25 orang (33.3%) orang adalah merupakan guru pelatih lelaki manakala 50 orang (66.7%)
adalah guru pelatih perempuan. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih lelaki agak kurang
berbanding guru pelatih perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Ini menunjukkan senario
dimana guru pelatih perempuan lebih berminat menceburi bidang perguruan.
.
Jadual 1
Jantina responden kajian

Jantina Bilangan responden Peratus


Lelaki 25 33.3
Perempuan 50 66.7
Jumlah 63 100

Berdasarkan kepada Jadual 2 di bawah, merujuk kepada guru pelatih mengikut kelas.
Seramai 75 responden terlibat dengan kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 15 orang (20%)
orang adalah merupakan guru pelatih dari kelas RBT 1 yang merupakan bilangan tertinggi
yang terlibat dalam kajian ini. Manakala guru pelatih RBT 3, Matematik dan TESL 14 orang
(18.7%) terlibat dalam kajian ini. Manakala hanya seramai 6 orang sahaja (8%) guru pelatih
dari bidang Sains menjawab soalan kajian melalui google form.

Jadual 2
Bilangan guru pelatih mengikut kelas

Kelas Guru Pelatih Peratus


RBT 1 15 20
RBT 2 12 16
RBT 3 14 18.7
Matematik 14 18.7
TESL 14 18.7
Sains 6 8
Jumlah 75 100

Analisis Deskriptif

Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis
deskriptif bagi menjawab persoalan kajian ini terdiri daripada peratusan, min dan sisihan
piawai (SP) bagi mengenal pasti tahap setiap pembolehubah. Interpretasi skor min yang
digunakan dalam kajian ini merujuk kepada cadangan Pallant (2010) seperti dalam Jadual 3
dibawah;

Jadual 3
Interpretasi Skor Min Analisis Deskriptif

Skor Min Interpretasi Skor Min


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber: Pallant (2010)

32
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

Bagi menjawab persoalan kajian 1, iaitu sejauhmanakah tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap IR 4.0. Terdapat 15 item digunakan pada bahagian ini melibatkan dua sub konstrak
iaitu pengetahuan umum terhadap IR 4.0 (5 item) dan elemen dalam IR 4.0 (11 item). Jadual
4 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap sub-konstruk dalam tahap
pengetahuan terhadap IR 4.0. Dapatan kajian menunjukkan min bagi sub-konstruk tahap
pengetahuan serta pernah mendengar berkenaan IR 4.0 berada pada tahap paling tinggi
iaitu pada min=3.80, s.p=0.42. Manakala tahap pengetahuan tentang elemen IR 4.0 tentang
3D printing berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.02, s.p=0.92. Tahap
pengetahuan paling rendah adalah sub-konstruk pengetahuan tentang Big Data min=2.00,
s.p=0.77. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0
masih berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan = 2.45, s.p=0.86.

Jadual 4
Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0 berdasarkan min

Sub-konstruk n min sp Interpretasi


Saya pernah dengar berkenaan Revolusi Industri 75 3.80 0.42 Tinggi
4.0

Saya tahu tentang 3D printing 75 3.02 0.92 Sederhana


Saya tahu tentang Big Data 75 2.00 0.77 Rendah
Min keseluruhan 75 2.45 0.86 Sederhana

Jadual 5
Item Soal Selidik Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPT Terhadap IR 4.0

Bil Item STS (%) TS (%) S (%) SS (%)


1. Saya tahu tentang Revolusi Industri 4.0 6.7 22.7 58.7 12
2. Saya pernah dengar berkenaan Revolusi 2.7 13.3 49.3 34.7
Industri 4.0
3. Saya faham maksud Revolusi 8 36 50.7 5.7
Industri 4.0
4. Saya tahu terdapat 11 elemen 24 46.7 28 1.3
dalam Revolusi Industri 4.0
5. Saya tahu tentang Cloud 26.7 41.3 24 8
Computing
6. Saya tahu tentang Internet of thing (IOT) 22.7 48 22.7 6.7
7. Saya tahu tentang Augmented Reality 9.3 37.3 32 21.3
8. Saya tahu tentang Big Data 26.7 48 22.7 2.7
9. Saya tahu tentang Mobile Devices 10.7 29.3 41.3 18.7
10. Saya tahu tentang Location 25.3 30.7 28 16
Detection Technologies
11. Saya tahu tentang Advanced 22.7 38.7 29.3 9.3
Human Machine Interfaces
12. Saya tahu tentang Authentications & 26.7 44 21.3 8
Fraud Detection
13. Saya tahu tentang 3D printing 8 17.3 38.7 36
14. Saya tahu tentang Smart sensors 13.3 26.7 26.7 33.3
15. Saya tahu tentang Multilevel customer 24 48 21.3 6.7
interaction and customer
profiling

Skor Min 2.45


Sisihan Piawai 0.86
Tahap Interpretasi Sederhana

33
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

Bagi menjawab persoalan kajian 2, iaitu sejauhmanakah tahap kesediaan guru pelatih PGKPT
bagi menempuh cabaran IR 4.0. Terdapat 5 item digunakan pada bahagian ini melibatkan sub
konstrak iaitu kesediaan terhadap IR 4.0 (5 item). Jadual 6 menunjukkan nilai min dan sisihan
piawai bagi sub-konstruk dalam tahap kesediaan terhadap IR 4.0. Dapatan kajian
menunjukkan min bagi sub-konstruk tahap kesediaan berkenaan IR 4.0 berada pada tahap
sederhana iaitu pada min=2.89, s.p=0.93. Tahap kesediaan paling rendah adalah sub-
konstruk kesediaan menempuh era Revolusi Industri 4.0 dengan nilai min=2.44, s.p=0.98.

Jadual 6
Tahap Kesediaan Guru Pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0 berdasarkan min

Sub-konstruk n min sp Interpretasi


Saya bersedia menempuh era Revolusi 75 2.89 0.93 Sederhana
Industri 4.0
Saya sangat memahami cabaran 75 2.44 0.98 Sederhana
Revolusi Industri 4.0
Min Keseluruhan 75 2.67 0.95 Sederhana

Seterusnya, jadual berikut menunjukkan kekerapan dalam peratus bagi setiap item dalam
pembolehubah tahap kesediaan guru pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0

Jadual 7
Item Soal Selidik Tahap Kesediaan Guru Pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0

Bil Item STS (%) TS (%) S (%) SS (%)


1. Saya telah bersedia untuk 3.2 30.2 54 12.7
menghadapi IR 4.0
2. Saya telah bersedia dari segi fizikal 0 30.2 54 15.9
dan mental untuk menghadapi IR
4.0
3. Saya sangat memahami cabaran 0 34.9 55.6 9.5
Revolusi Industri 4.0

4. Saya bersedia menempuh cabaran 1.6 38.1 50.8 9.5


Revolusi Industri 4.0

5. Saya bersedia menempuh era 0 23.8 60.3 15.9


Revolusi Industri 4.0

Skor Min 2.67


Sisihan Piawai 0.95
Tahap Interpretasi Sederhana

PERBINCANGAN

Kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih masih belum memahami sepenuh tentang IR 4.0.
Guru ppelatih menyedari bahawa dalam menghadapi IR 4.0 mereka perlu menghadapi
cabaran antaranya menyesuaikan diri dengan pembelajaran atas talian, blended learning

34
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

namun akses internet agak terhad di persekitaran kampus, ini menyebabkan mereka sedikit
ketinggalan dalam memahami IR 4.0. Ini selari dengan kajian Ruslin Amir (2018) terhadap
mahasiswa universiti dan mendapati mahasiswa menhadapi cabaran dalam memahami dan
memperkembangkan potensi yang ada pada mereka selain terpaksa berdepan dengan
cabaran dari segi kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi serta membentuk jaringan
global. Guru pelatih juga perlu sedar kemahiran ICT, berfikir aras tinggi, bekerja dalam satu
pasukan, komunikasi berkesan dan kemahiran menguruskan masa juga adalah aspek penting
sebagai elemen tambahan untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan IR 4.0.

Teknologi yang sentiasa berubah juga merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara
berhemah. Guru pelatih juga perlu melengkap diri dengan pengetahuan dan kesediaan
terhadap IR 4.0. Ini selari dengan dapatan kajian Sharita (2018) yang menunjukkan
pengetahuan dan kesediaan pelajar Politeknik masih berada pada tahap rendah terhadap
kefahaman berkaitan IR 4.0.

CADANGAN

Berdasarkan kajian adalah diharapkan pihak kampus IPGKPT dapat menyediakan akses
internet yang mencukupi untuk kemudahan guru pelatih. Selain itu akiviti, program, seminar
dan kursus berkaitan IR 4.0 juga perlu diadakan sekurang-kurang dua kali sepanjang guru
pelatih ini berada di IPGKPT serta memperbanyakkan promosi dan hebahan mengenai IR
4.0. Dalam konteks guru pelatih juga, mereka perlu sedar dan turut sama dalam
memperkayakan diri dengan pengetahuan berkaitan IR 4.0 iaitu dengan mencari maklumat
dan meneroka perkara berkaitan revolusi industri dalam talian internet. Ini selari dengan kajian
Sharita et.al (2018), pengetahuan pelajar semester empat Politeknik Muadzam Shah
(POLIMAS) juga berada pada tahap sederhana dan dapatan juga mendapati kesediaan
pelajar bagi menempuh IR 4.0 berada pada tahap rendah.

Guru pelatih juga perlu banyak membaca berkaitan perkembangan IR 4.0 dan sentiasa peka
dengan perubahan teknologi. Dari segi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) juga guru
pelatih perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kaedah terkini tentang pengajaran dan
pembelajaran selari dengan IR 4.0 iaitu kaedah pengajaran seperti heutagogi, peeragogy,
cybergogy, pembelajaran mudah alih (mobile learning) dan pembelajaran teradun (blended
learning) sebagai persediaan untuk mengajar generasi Z.

Guru pelatih juga perlu sentiasa meneroka pembelajaran 3.0-pula menggunakan media sosial
dan Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini membolehkan pelajar
belajar melalui pengalaman pembelajaran aktif yang bermakna melalui kaedah di dalam kelas
secara pembelajaran flipped. Manakala guru pelatih yang berada di semester akhir perlu
menghasilkan satu projek yang berkaitan dengan IR 4.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan guru pelatih IPGKPT masih berada pada tahap
sederhana dan masih belum menguasai dari segi pengetahuan terhadap elemen-elemen
yang terdapat dalam IR 4.0 serta kesediaan untuk menghadapi IR 4.0. Guru pelatih IPGKPT

35
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

juga mengharapkan satu program atau aktiviti yang boleh memberikan mereka pengetahuan
dan kefahaman terhadap IR 4.0 supaya selari dengan kehendak dalam sistem pendidikan
masa kini iaitu PAK 21 serta dapat melahirkan insan atau generasi Z yang boleh mengharungi
perubahan teknologi dalam IR 4.0.Guru-guru pelatih seharusnya berupaya dan mampu serta
mempunyai kekuatan untuk menginsankan teknologi seterusnya mampu menginsankan
murid dan pelajar. Kesemua elemen yang terdapat dalam IR 4.0 perlu dikuasai oleh setiap
guru pelatih. Kegagalan guru pelatih menerima dan menyerap teknologi akan menyebabkan
kelak guru pelatih hanya berperanan sebagai sebagai jentera berautomasi apabila berada
dalam dunia pendidikan pada suatu masa nanti. Harapan serta impian Malaysia untuk
mencapai serta menjadi sebuah negara maju terletak pada bahu guru serta dunia pendidikan
pada hari ini yang akan mencorakkan generasi akan datang. Bangsa Malaysia perlu
mempunyai tenaga dalaman yang kuat serta mampu mengharungi cabaran bagi mendepani
arus IR 4.0.

RUJUKAN

Alp, U., Emri, C., (2018). Industry 4.0 Managing The Digital Transformation. Springer
International Publishing.

Daricin, D., Herceg, I.V. (2018). Industry 4.0 and paradigm change in economics and business
management. Lecture nites in Mechanical Engineering. pp. 37-56

Kerjcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychologyical Measurement. 30, 607-610.

Mohamad Amin., E., (2016). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Baru bagi Generasi Z.
Bangi: Universiti Kebangsaan.

Mohamed Ali, H., Ayu Nor Azilah, M., Nor Azlah, S.R, (2018). Survival orang melayu
mendepani arus revolusi perindustrian 4.0: suatu penelitian awal. Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa.

Mohd Aftar Abu Bakar. (2017). Program sudut bacaan bagi memupuk minat membaca dalam
kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Pallant, J. 2010. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS
for windows (version 10). Buckingham Open University Press.

Ramirez-Mendoza, R.A., Morales-Menendez, R., Iqbal, H., Parra-Saldivar, R. Engineering


Education 4.0. (2018). Proposal for a new curricula IEEE Global Engineering
Education Conference.

Reischauer, G. (2018). Industry 4.0 as policy driven discourse to institutionalize innovation


system

36
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

Ruslin, A., Hamidun, B., Mohd Firdaus, Y., (2018). Cabaran Mahasiswa dan Kolej Kediaman
mendepani revolusi industri 4.0, ISBN: e978-967-0829-97-5.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Edisi pertama. Petaling Jaya:
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Sharita, A.G., Norfidah, A.H., Asmah, O. (2018). Kajian mengenai kesediaan pelajar semester
empat Polimas dalam mengharungi cabaran Revolusi Industri 4.0. National Innovation
and Invention Competition Through Exhibition.

37

Anda mungkin juga menyukai