Anda di halaman 1dari 7

Perlaksanaan Abseiling

Pengenalan
Abseiling berasal dari perkataan Jerman “abseilan” iaitu proses untuk mengawal
penurunan dengan tali. Biasanya digunakan semasa malukan aktiviti turun dari tempat yang
tinggi, seperti memanjat batu, mendaki gunung atau mendaki gua serta digunakan untuk
turun ke tebing curam dengan cara berjalan ke bawah. Abseiling diasal oleh Jean Esteril
Charlet, seorang yang tinggal di pergunungan sejak tahun 1840 hingga 1925. Charlet
berjaya menggunakan tali untuk berjalan ke bawah gunung dengan bantuan Prosper Payot
dan Frederic Folliguet setelah beberapa kali cubaan solo.

Zaman sekarang, aktiviti abseiling merupakan salah satu aktiviti bertali yang popular,
ianya satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan pendekatan keselamatan yang tinggi.
Selain itu , ia juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

Pemilihan Tapak Aktiviti

Keselamatan dalam aktiviti merupakan perkara yang diutamakan. Jadi permilihan


tapak aktiviti menjadi salah satu aspek yang perlu ditinjau. Dalam permilihan tapak abseiling,
terdapat beberapa ciri-ciri harus diambil kira. Pertama ialah kesukaran tapak. Semasa
memilih tapak, ia tidak boleh terlalu sukar dan harus sesuai deg=ngan peringkat umur
aktiviti. Selain itu, memastikan tiada batuan yang akan longgar bila dipijak. Hal ini penting,
kerana ia akan menyebabkan abseiler jatuh atau menyebabkan jatuhan batuan di sekitar
lain.

Di samping itu, pastikan permukaan tapak abseiling tidak terlalu licin yang susah
dipijak dan menjejaskan proses menaik dan menurun. Tambahan pula, kawasan yang dipilih
harus bebas dari tiuan angin yang kuat. Hal ini kerana untuk memastikan keselamatan
abseiler dalam proses penurunan. Akhirnya, tapak haruslah kukuh dan tidak pernah berlaku
sebarang keruntuhan tanah disekitar atau ditapak.

( Tapak yang sesuai dan kukuh )


Peralatan Abseiling Dan Penjagaan

Sebelum memulakan aktiviti, pemeriksaan terhadap setiap peralatan harus dilakukan


untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan tidak mempunyai sebarang kerosakan
minor. Hal ini kerana abseiling merupakan sukan lasak yang berisiko tinggi, sekiranya tidak
diselia atau dijalankan dengan teliti ia akan membahayakan abseiler, jika mendapati
kerosakan peralatan, aktiviti tidak harus diteruskan. Terdapat beberapa perlatan asas
abseling yang perli disediakan seperti tali, topi keselamatan, karabiner, abah-abah, figure of
eight dan sarung tangan. Setiap peralatan mempunyai peranan masing-masing yang
penting, contohnya tali memainkan peranan dalam mengimbangi berat badan abseiler.

Elemen Asas Abseiling

Dalam melaksanakan aktiviti abseiling, terdapat 4 elemen utama yang perlu ketahui
dan kuasai. Pertama ialah “Anchor”. Pemilihan anchor yang tepat akan memastikan
keselamatan abseiler terjamin. Keselamatan nyawa peserta bergantung kepada anchor
sepanjang aktiviti. Jika mendapati anchor mempunyai masalah semasa aktiviti berjalan,
anda tidak akan mempunyai kesempatan untuk tukarkannya. Pastikan anchor diperiksa
dengan baik sebelum memulakan aktiviti.

Kedua ialah penguasaan terhadap kaedah penggunaan tali, iaitu “double rope abseil”
jika jarak penurunan tinggi dan jauh kebawah dan menggunakan kaedah “singe rope abseil”
jika jarak pendek.

( Double Rope Abseil ) ( Single Rope Abseil )


Elemen yang ketiga ialah kedah penurunan yang digunakan dalam aktiviti abseiling.
Pertamanya, kaedah Mekanikal dimana abseiler menggunakan “figure of eight” yang
disambungkan kepada abah-abah. Tali yang digunakan akan melalui “figure of eight”. Kedua
ialah kaedah bukan Mekanikal. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang alat. Abseiler cuma
bergantung kepada tali yang dililit dibahagian badan abseiler dan badan akan bertindak
seperti sistem “figure of eight”. Kaedah yang biasa kita gunakan atau nampak ialah akedah
mekanikal kerana keselamatan abseiler lebih dijamin terutamanya pada orang yang lebih
kurang pengalaman.

(Abseiling kaedah Mekanikal) (Abseiling kaedah bukan Mekanikal)

Elemen terakhir ialah bergantung kepada abseiler. Keberkesanan atau output dari
aktiviti bergantung kepada kemampuan dari segi fizikal dan mental abseiler. Reaksi
psikologi atau mental seperti ketakutan dan kegementaran serta pengaruh cuaca dan
tempat akan menpengaruhi kelansungan aktiviti.

Langkah Asas Menyediakan Mempraktikkan Abseiling

Kawalan abseiling tergantung kepada tali. Abseiling dipraktikkan dengan


menurunkan tali menggunakan alat geseran yang diikat pada tali di pinggang iaitu abah-
abah. Ia digunakan untuk turun ke kawasan tanah yang berbahaya dan memakan masa
untuk mendaratan kai. Abseiling harus mula di tempat yang redah dahulu kemudian baru ke
tempat yang tinggi dari peringkat ke peringkat. Selain itu, menggunakan tali yang diikat
dengan kemas dan selamat seterusnya pegang tali yang melingkat dengan mencuba tarik
dan tahan. Tali di tarik untuk bergerak ke bawah dan tahan untuk mengawal kelajuan
penurunan. Jika abseiler ingin berhenti semasa proses penurunan, pusing alat abseiling dan
ia akan terkunci kemudian anda akan sangkut dan berpusing-pusing di tengah tapak.
Jenis-Jenis Abseiling

Terdapatnya dua gaya penurunan yang biasa digunakan dalam aktiviti abseiling, iaitu
gaya duduk dan gaya junam. Penurunan gaya duduk adalah gaya yang biasa digunakan
dan mudah dilaksanakan manakala penurunan gaya junam adalah gaya penurunan yang
kompleks dan memerlukan kemahiran yang tinggi, cuma abseiler yang berpengalaman akan
menggunakan gaya ini.

( Gaya Duduk ) (Gaya Junam)

Kemahiran Tali

Tali merupakan peralatan yang utama dalam aktiviti abseiling. Terdapat beberapa
jenis ikatan atau simpulan tali yang biasa digunakan dalam aktiviti abseiling. Setiap simpulan
tali yang digunakan mempunyai fungsi yang khusus dan digunakan pada tempat yang
tertentu. Simpulan tali haruslah kukuh, genggam dengan kuat, tidak licin, dan regangan
yang tinggi. Sebaliknya, simpulan tali juga haruslah senang dibuka setelah digunakan.
Terdapat 4 simpulan utama yang perlu kuasai, iaitu simpul manuk, simpul tindih kasih,
ikatan bungan geti dan simpul buaian.

Simpul manuk digunakan pada permulaan ikatan dan digunakan untuk mengikat tali
utama pada dahan atau palang. Seterusnya, simul tindih kasih digunakan pada ikatan tali
keselamatan yang dipasang pada bahagian dada. Simpulan ini tidak terjerut walauun
dikenakan regangan yang tinggi. Manakala ikatan bunga geti digunakan untuk menyambung
dua utas tali yang tidak sama besar untuk melakukan “double rope abseil”. Ikatan bunga geti
beganda pula digunakan supaya ikatan menjadi lebih selamat. Fungsi ikatan bunga geti
berganda sama dengan ikatan bunga geti biasa. Ikatan ini mudah dilakukan dan senang
dibuka. Akhirnya ialah simpul buaian, ia digunakan untuk membuat tangga tali. Batang kayu
digunakan sebagai anak tangga diikat pada tali menggunakan simpul buaian. Simpulan ini
dapat menahan kayu daripada tergelongsor ke bawah apabila dipanjat.
( Simpul Manuk ) ( Simpul Tindih Kasih ) ( Ikatan Bunga Geti ) ( Ikatan Buaian )

Persediaan Melakukan Abseiling

Setelah memasang dan menguji semua peralatan dan langkah keselamatan seperti
tangga tali, tali utama dan tali keselamatan. Pertama sekali pasang ikatan abah-abah
dengan kemas, juga laraskan ikatan pada bahagian pinggang dan peha mengikut
keselesaan abseiler. Seterusnya pasang karabiner pada harness dan pasang figure of eight
pada karabiner. Memastikan topi keselamatan dan sarung tangan dipakai dengan kemas
dan ketekatan yang selesa. Sebelum memanjat tangga tali, pasang ascender tali
keselamatan (safety one) pada karabiner. Setelah tali keselamatan siap dipasang, berteriak
dengan menyebut “safety one on”. Panjat tangga tali sehingga ke lokasi permulaan. Apabila
sampai dilokasi permulaan, pasang tali keselamatan kedua dan buka tali keselamatan
pertama. Berteriak dengan menyebut “safety one off, safety two on”. Keluarkan “figure of
eight” daripada karabiner dan pasang tali utama pada “figure of eight”. Pasang dan kunci
“figure of eight” pada karabiner. Pastikan karabiner telah dikunci dengan kemas. Ambil
kedudukan dan berteriak dengan menyebut “safety two off, safety three on”. Beri isyarat
atau minta kebenaran untuk turun, sebagai contoh: “Saya (nama) minta kebenaran untuk
turun, tuan”. Tunggu sehingga isyarat kebenaran turun “belay on” diberikan oleh pembantu
yang menjaga hujung utama dibawah.

Prosedur Penurunan

Dalam proses penurunan sebelah tangan memegang tali utama di hadapan dengan
genggaman yang longgar. Tangan dominan memegang tali utama di sebelah belakang.
Seterusnya, genggam tali dengan erat dan bawah ke pinggul. Justerunya, pandang ke
bawah dan tentukan lokasi pendaratan. Selain itu, mesti bawa tali utama disebelah belakang
ke sisi untuk membolehkan longsoran ke bawah. Kedudukan badan haruslah seperti sedang
duduk untuk mengelakkan perlanggaran abseiler dengan tapak. Kaki dibuka seluas bahu
dan direhat ke bawah. Untuk menghentikan penurunan, genggam erat tali dengan tali
disebelah belakang dan bawa ke belakang pinggul. Jadi, proses penurunan dan
penghentian dilakukan berulang sehingga sampai ke bawah dengan selamat.

Panduan Pembantu Tali Keselamatan

Setiap aktiviti abseiling akan mempunyai seorang pembantu tali keselamatan untuk
memastikan kelancaran aktiviti. Tanggungjawab seorang pembantu tali keselamatan ialah
memakai topi keselamatan dan sarung tangan. Menyilangkan tali keselamatan pada
pinggang. Seterusnya, menumpukan perhatian kepada penurunan sepanjang masa dan
melepaskan tali tali supaya suaya turun dengan lancar. Tambahan pula, pembantu juga
harus memastikan tali disusun dengan kemas dan teratur supaya tidak berpintal atau
terbelit-belit. Jika pembantu tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik akan
menyebabkan berlakunya kesangkutan tali dan penurun.

Panduan Pembantu Tali Utama Di Bawah (Blayer)

Seorang pembantu tali utama, hendaklah pakai topi keselamatan dan sarung tangan.
Sentiasa bersedia dan tumpukan perhatian kepada penurunan sepanjang masa. Selain itu,
pembantu perlu sentiasa memegang tali dan cuba menjangkakan sebarang kecemasan
yang kemungkinan berlaku. Tanggungjawab paling utama pembantu tali utama ialah
sekiranya berlakunya kemalangan penurun berteriak, pembantu perlu tarik dan tegangkan
tali utama. Dalam proses menurun, pembantu boleh memberi motivasi kepada penurun.
Akhirnya membantu penurun membuka peralatan selepas selamat turun.

Prosedur Pendaratan

Sebaik sahaja kaki mencecah kawasan mendarat, abseiler perlu laporkan kepada
pembantu yang berada di atas, sebagai contoh: “Saya (nama) telah selamat sampai/ turun,
Tuan.” Seterusnya, buka tali keselamatan dan kunci karabiner. Keluarkan figure of 8
daripada karabiner dan tali utama. Seterusnya, keluarkan karabiner daripada Harness.
Bergerak ke kawasan selamat. Tanggalkan sarung tangan dan topi keselamatan. Akhirnya
susun semua peralatan yang digunakan ditempat yang ditetapkan dan bersedia untuk
menerima arahan yang seterusnya.

Aspek-aspek Keselamatan.

Aspek keselamatan amat penting untuk diberi perhatian dan keutamaan yang
sepenuhnya semasa melaksanakan aktiviti abseiling. Untuk mengelakkan segala
kemalangan atau risiko yang mungkin berlaku, abseiler haruslah mematuhi segala peraturan
yang dinyatakan. Pertama sekali, memakai pakaian yang sesuai, elakkan memakai pakaian
yang terlalu besar supaya baju tidak akan tersangkut tapak. Seterusnya, memastikan ahli
kumpulan tidak memakai barang-barang perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan jam
tangan. Hal ini amat penting, jika barang-barang tersebut tersangkut mana-mana alatan
abseiling atau tapak, maka kecederaan yang teruk akan berlaku. Mengikat dengan kemas
rambut yang panjang dan memasukkan tudung kepala kedalam baju. Justerunya,
memeriksa semua peralatan dengan teliti sebelum dan selepas digunakan beberapa kali.
Setelah menggunakannya menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat khas.
Tambahan pula, menguji setiap ikatan dengan teliti selepas digunakan beberapa kali.
Menyelenggara semua peralatan selepas digunakan. Jika kemalangan berlaku, haruslah
memaklumkan kecederaan yang dialami kepada guru atau mana-mana pihak bertugas.
Selain itu, haruslah memberi perhatian apabila pihak berkenaan sedang menceritakan
setiap arahn dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan yang boleh
dielak. Akhirnya, cuma melakukan aktiviti dengan pengawasan pembimbing atau mana-
mana pihak berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai