Anda di halaman 1dari 9

Maksud Rekreasi

Rekreasi ialah aktiviti masa lapang yang dilakukan bertujuan


untuk mendapatkan ketenangan dan kepuasan kendiri. Antara
contoh aktiviti rekreasi ialah memancing, berkayak, skuba dan
kembara rimba.

ABSEILING
teknik yang digunakan bagi memudahkan kita turun dari
tempat tinggi seperti bangunan, jambatan, cenurang atau
pokok.
Aktiviti penurunan ini dilakukan menggunakan tali dan
peralatan khas.
JENIS- JENIS ABSEILING
Gaya duduk
Gaya yang biasa digunakan dan mudah untuk
dilaksanakan.
Gaya junam
Gaya penurunan yang kompleks dan memerlukan
kemahiran yang tinggi.
PERALATAN ABSEILING

Tali kernmantle dinamik


Tali kernmantle static
Figure of 8
Karabiner
Ascender
Abah-abah (harness)
Sling
Topi keselamatan
Sarung tangan tebal (kulit)
Tali nilon
INFO REKREASI:

Antara organisasi dan badan antarabangsa yang meletakkan


piawaian peralatan pendakian:
UIAA
CEN
DIN

KEMAHIRAN TALI
Terdapat beberapa jenis ikatan tali atau simpulan tali
Pemilihan jenis simpulan tali adalah berdasarkan kepada kekuatan
dan keselamatan kepada sesuatu ikatan

Simpulan tali yang digunakan tidak akan terbuka dan terlucut apabila
dikenakan regangan yang tinggi
Jenis-jenis ikatan yang digunakan:
Simpul manuk
Digunakan pada permulaan sesuatu ikatan.
Simpul tidih kasih
Digunakan pada ikatan tali keselamatan yang dipasang pada
bahagian dada.
Ikatan bunga geti
Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar.
Simpul buaian
Digunakan untuk membuat tangga tali.

PROSEDUR ABSEILING
1. Mengenalpasti lokasi aktiviti
a. Memilih pokok yang besar dan berakar tunjang sebagai
pasak .

b. Memilih pokok yang bebas daripada haiwan atau serangga


berbisa seperti ular dan tebuan.
c. Memlih pokok yang mempunyai banyak dahan yang
kukuh.
d. Memilih kawasan yang rata , luas dan selamat untuk
mendarat.
e. Memilih palang atau tiang yang kukuh, sekiramya aktiviti
diadakan di bangunan sekolah.
2. Pemasangan tangga tali, tali utama ( main line ) dan tali
keselamatan (safety line)
a. Tangga tali
Kenalpasti dahan sasaran untuk mengikat tangga .
Ikat hujung tangga dengan kernmantle static.
Hujung tali kernmantle diikat pula dengan tali nilon. Ikatan
dibuat dengan menggunakan ikatan bunga geti.
Ikat pemberat pada hujung tali nilon dan lontarkan ke dahan
sasaran .
Tarik tali nilon untuk menarik tali kernmantle sehingga tangga
tali yang terikat pada tali kernmantle yang berada pada dahan
sasaran.
Ikat tali kernmantle pada pokok lain supaya tangga tidak jatuh
semasa dipanjat .
Gunakan ikatan simpul manuk .
Pastikan tali penyokong diikat untuk mengukuhkan tangga tali .
Uji kekuatan tangga tali untuk memastikan kekuatan ikatan kayu
tangga.
b. Tali Utama (Main Line)
Ikatan tali utama boleh diikat pada tempat-tempat seperti
berikut :

Satu dahan utama dan satu dahan pasak


Satu dahan utama dan dua atau lebih dahan pasak
Satu dahan tambahan diperlukan bagi tempat persediaan
sebelum melakukan penurunan.
Teknik memasang tali utama :
Kenal pasti dahan yang akan digunakan sebagai dahan
utama dan dahan pasak.
Lepaskan tali utama kepada bawah sehingga mencecah
tanah.
Lebihkan hujung tali di bawah antara 2 3 meter.
Sebelum ikatan ini dilakukan, balut dahan utama dan
dahan pasak dengan guni.
Tinggalkan hujung tali atas 3-4 meter.
Ikat tali utama pada dahan utama dengan menggunak
simpul manuk beberapa kali.
Lebihan hujung tali diikat pada dahan pasak dengan
menggunakan simpul manuk.
Lapik lebihan tali dengan guni atau sebarang alas yang
sesuai.
Uji kekuatan ikatan tali utama yang siap dipasang.
c. Tali Keselamattan (Safety One)
Safety one Tali keselamatan yang digunakan ketika
memanjat tangga tali
Safety Two Tali keselamatan yang digunakan ketika
bersedia di tempat permulaan dan penurunan.
Safety Three Tali keselamatan yang digunakan ketika
penurunan.

Teknik memasang tali keselamatan :


Pastikan dahan pokok dibalut dengan guni sebelum ikatan
dibuat .
Ikat figure of 8 dengan menggunakan simpul manuk pada
dahan pokok yang berasingan.
Masukkan tali keselamatan melalui figure of 8.
Uji kelancaran tali keselamatan .

3. Persediaan melakukan Abseiling .


a) Pasang ikatan abah-abah dengan kemas. Laraskan ikatan pada
bahagian pinggang dan peha mengikut keselesaan murid.
b) Pasang karabiner pada abah-abah.
c) Pasang figure of 8 pada karabiner.
d) Pakai topi keselamatan dan sarung tangan dengan kemas.
e) Sebelum memanjat tanggan tali, pasang ascender tali
keselamatan (safety one) pada karabiner.
f) Setelah tali keselamatan siap dipasang, berteriak dengan
menyebut safety one on. Panjat tangga tali sehingga ke lokasi
permulaan.
g) Apabila sampai di lokasi permulaan, pasang tali keselamatan
kedua dan buka tali keselamatan pertama. Berteriak dengan
menyebut safety one off, safety two on.

h) Keluarkan figure of 8 daripada karabiner dan pasang tali utama


(main line) pada figure of 8.
i) Pasang dank unci figure of 8 pada karabiner. Pastikan karabiner
telah dikunci dengan kemas.
j) Ambil kedudukan dan berteriak menyebut safety two off,
safety three on.
k) Beri isyarat atau minta kebenaran untuk turun sebagai contoh:
SAYA ______ (sebut nama) _________ MINTA
KEBENARAN UNTUK TURUN, TUAN.
l) Tunggu sehingga isyarat kebenaran turun belay on diberikan
oleh pembantu yang menjaga hujujg tali utama di bawah.
PROSEDUR PENURUNAN
Sebelah tangan memegang tali utama di hadapan dengan
genggaman yang longgar.
Tangan dominan memegang tali utama di sebelah
belakang.
Genggam tali dengan erat dan di bawa ke pinggul.
Pandang ke bawah dan tentukan lokasi pendaratan.
Bawa tali utama di sebelah belakang ke sisi untuk
membolehkan longsoran ke bawah.
Genggaman tali bahagian hadapan dilonggarkan dan kawal
pergerakan turun.
Kedudukan badan seperti sedang duduk. Kaki dibuka
seluas bahu dan diehat ke bawah.
Untuk memberhentikan penurunan, genggam erat tali
dengan tangan di sebelah belakang dan bawa ke belakang
pinggul.
NOTA :

Tarikan gravity akan menyebabkan kita turun ke bawa.


Ulang semula perlakuan di atas sehingga sampai ke bawah..
PROSEDUR MENDARAT
Sebaik sahaja kaki mencecah kawasa mendarat, aporkan kepada
pembantu yang berada di atas, sebagai contoh:
SAYA ____ (sebut nama) ______TELAH SELAMAT

SAMPAI/TURUN, TUAN.
Buka tali keselamatan.
Buka kunci karabiner.
Keluarkan figure of 8 daripada karabiner dan tali utama.
Keluarkan karabiner daripada abah-abah.
Bergerak ke kawasan selamat.
Tanggalkan sarung tangan dan topi keselamatan.
Susuan semua peralatan yang digunakan di tempat yang

ditetapkan.
Bersedia untuk arahan seterusnya.

ASPEK KESELAMATAN
Memakai pakaian yang sesuai. Elakkan memakai pakaian
yang terlalu besar.
Memastikan ahli kumpulan tidak memakai barang-barang
perhiasan seperti rantai, cincin, gelang tangan dan jam
tangan.
Mengikat dengan kemas rambut yang panjang.
Memasukkan tudung kepala ke dalam baju.
Memerika semua peralatan dengan teliti sebelum dan selepas

digunakan beberapa kali.


Menyimpan peralatan yang telah digunakan beberapa kali.
Menelenggara semua peralatan selepas digunakan.
Memaklumkan kecederaan yang dialami kepada guru.
Memberi perhatian dan mematuhi setiap arahan dan

peraturan.
Melakukan aktiviti dengan pengawasan pembimbing.

Anda mungkin juga menyukai