Anda di halaman 1dari 10

Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan

Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:

1. Mendaki

2. Kehidupan seharian

3. Memancing

4. Seni

5. Pengakap

6. Mencari dan Menyelamat

7. Bidang Perkapalan dan sebagainya..

Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua
punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Simpul Pulih

Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan


tali pada bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.
Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan
membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke
atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.

Simpul Abah Abah


Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada
dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang

Simpul Kerusi

Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram
dengan memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling
kaki atau pelipatan lutut.

Simpulan Pencuri

Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.


Simpulan Rama-Rama

Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah
terikat. Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki
tambatan akhir.Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah
stopper knot bebas() contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk
keamanan.

Simpulan angka nombor 8

Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8
ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.
Simpulan Himpit (Pengail)
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan
menyambung tali yang licin.

Bunga Geti

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar,
misalnya tali perahu dengan tali kapal.
Simpul Belit
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada
pasaknya.

Ikatan Balak

Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya
tidak licin.
Ikatan Seraya

Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan
simpulan manok kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan simpulan manok juga.

Ikatan Serong
Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur
kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.
Ikatan Silang Gunting
Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada
kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu
beberapa kali supaya lebih ketat. Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara,
gejek dan menyambung kayu.
Ikatan Silang Tungku
Gunanya ialah bagi membuat rakit.

Simpulan Manuk
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau
sebagainya.
Share this:

Anda mungkin juga menyukai