Anda di halaman 1dari 17

LENCANA KEMAHIRAN

Lencana Kemahiran
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan
pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas
perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar
hidup.
Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : 1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang
dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara
membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut : - Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)
- Simpul Raga (Carrick Bend)
- Simpul Serban (Turk's Head)
- Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
- Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
- Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
- Sambat Pendek (Short Splice)
- Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)
- Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)
- Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)

3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage)
iaitu :a. '3-2-1'
b. 'log&picket'
c. 'dead-man'
4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway'
tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai
asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta
dengan menggunakan kompas.
6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di
dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan
rimba (backwoods)seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.
8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat SATU model projek perintis.
10 Lakukan 1 yang berikut : a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2
pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
ATAU
c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan,
sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter

d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta
melakukan 12 daripadanya.
- melalui titi goyang.
- melalui titi komando.
- melalui titi pacak.
- bergayut tali.
- bergayut monyet.
- merangkak 'deadman's crawl'.
- menyusupi halangan tayar.
- merangkak bawah jaring.
- melalui terowong.
- memanjat tali.
- memanjat pokok.
- memanjat tangga.
- memanjat tembok.
- memanjat batang pokok.
e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang
cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)
http://pengakap-remaja.blogspot.com/p/lencana-kemahiran.html

Wall climbing, dirujuk sebagai mendaki dinding batu. Aktiviti ini adalah satu jenis sukan yang
semakin popular. Ia adalah sangat serupa dengan Rock Climbing tetapi oleh kerana ia
dilakukan dalam persekitaran yang terkawal, ia dianggap lebih selamat. Wall climbing boleh
dilakukan di pusat-pusat kecergasan khas yang dilengkapi dengan batu tertutup.Wall climbing
lazimnya dilakukan sebagai indoor game (permainan dalam) dan kini banyak dibuat
seabgai outdoor game.(permainan di luar). Peralatan lain adalah perlu untuk memastikan
keselamatan.
Wall climbing tidak sempurna tanpa Climbing wall.
Climbing wall adalah dinding buatan yang mempunyai struktur yang berbeza mengikut level.
Dibuat daripada pelbagai jenis bahan seperti kayu, batu campuran resin dan, multiplex wood
dan lain2. Mempunyai holder iaitu tempat meletak kaki dan tangan semasa memanjat.

Permukaan climbing wall terdiri daripada pelbagai permukaan seperti indentions (incuts)
,protrusions (bulges) dan underhang (crack).

WALL CLIMBING EQUIPMENTS

CLIMBING HOLDER
Holder berfungsi untuk menahan atau menyokong climber memanjat dinding. Holder
mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang melekat pada dinding . Bersaiz 3 hingga 8 inci ,
dilekat pada dinding (climbing wall) dengan skru . Dibuat dengan bahan yang bermutu agar
tahan lama dan dapat menampung beban pendaki.

HARNESS
Harness merupakan alatan keselamatan utama semasa memanjat dinding (climbing wall).
Harness berfungsi untuk menyokong pendaiki memanjat dinding. Bersifat fleksibel kerana
dapat dilaras mengikut saiz yang dikehendaki.

CARABINER
Carabiner adalah gelung logam (metal loop) yang digunakan secara meluas dalam aktiviti tali
intensif seperti memanjat (climbing), meneroka gua (caving), belayar (sailing), pembinaan
(construction), kerja tali industry (industrial ropework), dan menyelamat (rope rescue). Ianya
dibuat dari keluli dan aluminium. Carabiner mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan tahan geseran
untuk mengelakkan tali putus semasa aktiviti. Terdiri daripada dua jenis ; locking dan nonlocking.

FIGURE OF EIGHT /EIGHT


Berfungsi sebagai descender/digunakan oleh belayer untuk membantu climber memanjat dan
menurunkan climber. Tahan geseran yang dihasilkan oleh tali semasa aktiviti.

ROPE CLIMBING (TALI)


Tali yang digunakan dalam aktiviti ini adalah jenis tali yang static ataupun
lazimnya dibuat daripada manila fiber untuk memastikan tali

dinamik. TAli ini

dapat menyerap peluh

(perspiration) , tahan lama , dan dapat menampung beban yang berat . Mempunyai
kepanjangan 15-24 kaki.

Kemahiran Memanjat Tali 5m


Memanjat tali 5 meter
Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti
ini adalah dengan :1.

Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.

2.

Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk
bertahan.

3.

Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke bahagian atas tali sekaligus
menarik badan keatas.

4.

Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara kaki dinaikan menurut tali.

5.

Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.

Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti
ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak
melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.

Kemahiran Memanjat Pokok - 5m

http://sulaimanscoutjempolpm.blogspot.com/

ASCENDING/MENAIK
TRADISIONAL

Kekuatan tangan digunakan sepenuhnya bagi memanjat ke atas.


FOOT LOCK
-

Memanjat secara menegak yang dibantu pijakan pada salah satu kaki di mana
pijakan tali dapat mengurangkan penggunaan kekuatan tangan.

Tali hendaklah ditegangkan sedikit bagi memudahkan si pemanjat meneruskan


teknik ini

memanjat teknik ini akan memberi badan seperti bentuk L.

Kedua kaki dibuatkan satu lilit pada betis.

Pergerakan kaki secara menapak pada dinding dan kekuatan tangan diperlukan bagi
menahan badan.

Kedua hujung tali ke bawah perlu ditegangkan sewaktu pemanjat berehat dan
kendurkan salah satu tali apabila dipinta oleh pemanjat semasa pergerakan berlaku.

Harus diingatkan pemakaian kasut yang tinggi (Jungle Boot) atau sarung kaki
panjang dan tebal bagi mengelakan kecederaan pada betis.

memanjat cara menegak yang sedikit selesa.

Satu lingkaran dibuat keluar atau kedalam pada betis dan kedua kaki.

Pergerakan dilakukan seperti foot lock di atas dan memberi kemudahan dimana
sipemanjat dapat berehat lebih lama dan selesa.

Penyelamat bawah (seorang atau lebih ) akan menegangkan tali apabila salah satu
kaki bergerak ke atas untuk mengambil satu langkah ke atas
TALI DANGAN TALI

Lakukan ikatan prusik pada tali (untuk kegunaan badan)

Lakukan ikatan prusik atau clamest di bawah ikatan prusik tadi (untuk kegunaan kaki)

Pijak tali kegunaan kaki dan tolak tali kegunaan badan seberapa atas yang boleh.

Kemudian tarik tali kegunaan kaki ke atas menyamai paras lutut.

Lakukan langkah menolak dan menarik tali sehingga sampai ke check point.

SEMI MECHANICAL
-

Teknik yang menggunakan satu juma dan tali prusik.

Kenakan juma pada tali (untuk kegunaan badan)

Lakukan ikatan prusik atau clamest di bawah juma tadi (untuk kegunaan kaki)

Pijak tali prusik dan tolak juma seberapa atas yang boleh.

Kemudian tarik tali prusik ke atas menyamai paras lutut.

Lakukan langkah menolak dan menarik juma dan tali prusik sehingga sampai ke
check point.
(FULL MECHANICAL)

Kenakan juma pada tali (untuk kegunaan badan)

Kenakan gibbs/juma di bawah juma (untuk kegunaan kaki)

Pijak gibbs dan tolak juma seberapa atas yang boleh.

Kemudian tarik gibbs ke atas menyamai paras lutut

Lakukan langkah menolak dan menarik juma dan gibbs sehingga sampai ke check
point.
INGATAN

Adalah baik menggunakan gibbs untuk kegunaan kaki daripada menggunakan juma, kerana
gibbs hanya menekan tali dan tidak mencengkam tali seperti juma.
TANGGA TALI
-

Beberapa simpulan bertajul dilakukan pada tali.

Kayu-kayu diikat pada tali.

Webbing khas yang telah mempunyai tempat-tempat berpijak seperti tangga tali.

http://rmat6.tripod.com/
Kuantan: Walaupun ia satu pekerjaan berisiko, namun demi kesinambungan hasil hutan
negara, kakitangan di bawah Unit Perolehan Biji Benih (Teknik Memanjat Pokok) Jabatan

Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) perlu memanjat pokok balak yang berketinggian puluhan
meter bagi mendapatkan benih semaian selain memangkas dan menebang pokok.
Hanya menggunakan seutas tali selain beberapa peralatan tambahan seperti tali pinggang khas
(harness), penarik (single rope technique) dan kekunci (karabiner) mereka sudah terlatih untuk
memanjat pokok yang mencapai ketinggian lebih 60 meter.
Sejak ditubuhkan 18 tahun lalu kini terdapat seramai 20 kakitangan yang terbabit dengan
memanjat pokok dan rata-rata mereka berpengalaman luas menjalankan tugas berkenaan.
Penubuhan unit itu hasil cetusan idea pengurusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(JPSM) yang mendapat sokongan padu daripada Bantuan Teknik Jerman (GTZ) yang berkongsi
kepakaran termasuk menyediakan latihan.
Seorang kakitangan Mohd Amidun Abdul Taib, 48, dihantar ke Jerman terpilih mengikuti kursus
asas memanjat selama sebulan kendalian juara lima kali sukan memanjat pokok dunia Bernd
Strasser.

Bagi Mohd Amidun, pengalaman dimiliki kini dikongsi dengan kakitangan lain sebagai usaha
memperluaskan lagi kemahiran memanjat bagi kemudahan JPNP.
Bagaimanapun, katanya, hanya Unit Memanjat dan Fenologi Pejabat Pembangunan Hutan
Bukit Sekilau, di sini, dan Pusat Perolehan Biji Benih Lentang, Bentong saja yang aktif
menjalankan tugas mencabar itu.
Menurutnya, tidak semua individu mampu memanjat pokok yang ketinggiannya mencecah
puluhan meter, risikonya tinggi dan macam-macam boleh berlaku sama ada terjatuh dan
disengat tebuan atau penyengat.
Selain kecergasan dan semangat kental pada individu terbabit, kelengkapan memanjat
termasuk peralatan keselamatan juga berada dalam keadaan terbaik bagi mengelak sebarang
kejadian tidak diingini berlaku.
Tali dan peralatan yang digunakan hanya boleh bertahan dalam tempoh tertentu saja
bergantung kepada kekerapan digunakan, selepas itu peralatan berkenaan perlu dilupuskan,
katanya.

Dia berkata, kos peralatan memanjat lengkap termasuk topi keselamatan, kasut dan sarung
tangan yang diimport mencecah antara RM20,000 dan RM50,000 bergantung kepada jenama
dan kualiti.
http://www2.hmetro.com.my/articles/2014020804230820140208042308/Article/

Tips dalam Meningkatkan Kemahiran Wall Climbing


Loosen Up Otot Anda
Loosen up otot anda dengan melakukan regangan mudah. Kira-kira setengah jam sebelum
anda mula mendaki. Ini menyediakan ligamen dan sendi anda untuk mendaki. Jika otot anda
adalah sengit, mereka tidak akan menjadi fleksibel dan mudah keletihan.
Memahami Laluan
Jangan hanya membuta tuli dan meraba-raba hold apabila anda mendaki. Kaji ciri-ciri
permukaan dinding terlebih dahulu. Pilih jalan yang akan anda ambil dan berpegang
kepadanya. Berhati-hati dengan apa-apa cara berpaut yang sukar dilakukan. Fikir bagaimana
anda dapat bergerak melaluinya dengan mudah? Apabila anda turun dari dinding, analisis
prestasi dan gaya gerakan anda. Adakah anda berpuas dengan itu, atau ia mungkin boleh
diperbaiki?
Mengekalkan Imbangan
Perlu diingat bahawa menggunakan kekuatan cengkaman hanya untuk memastikan anda
seimbang. Kesilapan paling biasa adalah mencengkam terlalu ketat atau kuat. Ini boleh
membawa kepada yang keletihan otot. Selain itu, hadkan tekanan pada genggaman. Gunakan
hanya tekanan yang diperlukan. Cuba rendahkan pusat graviti sesuai dengan keadaan ketika
berpaut. Rapatkan badan dekat dengan dinding selagi mana yang anda boleh. Ini
meningkatkan keupayaan mengimbangi anda.
Meminimumkan Tekanan pada Lengan dan Kaki
Utamakan kaki anda untuk memaut berat badan anda, bukan tangan anda. Tangan sebenarnya
adalah untuk memaut berat badan ketika beralih. Jika anda membuat pergerakan yang
memerlukan kekuatan bahagian atas badan, bergerak ke hadapan tanpa teragak-agak.
Mengambil terlalu banyak masa akan meningkatkan tekanan pada badan anda. Seretusnya
bahan akan menjadi lemah.
Elakkan Pergerakan Kurang Lancar

Belajar untuk mendaki dengan lancar. Mendaki secara tidak konsisten atau tidak sekata pasti
akan membuatkan anda dengan letih dengan cepat. Kesannya, pendakian anda akan menjadi
semakin perlahan. Jangan leka dengan keadaan sekitar. Berpegang kepada jalan yang anda
difikirkan. Bergerak dengan lancar dan anda tidak akan mempunyai masalah keseimbangan.
Pastikan anda sedar tentang pergerakan anda.
Fokus dan Relaksasi
Ambil satu langkah pada satu masa. Jangan hanya memikirkan langkah seterusnya atau lebih.
Walaupun anad sedang memanjat, focus dan gunakan langkah-langkah yang perlu. Ini akan
menjimatkan tenaga. Seterusnya nanti, anda akan belajar untuk menjadi tenang dan sedar
akan peningkatan kemahiran anda.
Rehat atau Relaksasi Tempat
Jika memanjat dinding yang tinggi, cuba cari beberapa kawasan rehat (lebih mudah berpaut,
kawasan selamat dan tidak bahaya). Berehat setiap tiga meter anda mendaki. Walaupun anda
berasa kuat, tenaga perlu disimpan kerana badan anda akan memerlukannya kemudian.
Latihan otot
Beri tumpuan kepada otot pada tangan, kaki dan dada. Terdapat banyak program latihan otot
dan berat badan anda boleh ikuti. Ini perlu disokong oleh satu pelan pemakanan yang
seimbang. Jika anda lebih atau kurang berat, anda mungkin akan mudah letih.
Tips Jatuh
Apabila jatuh anda perlu menolak diri dari dinding. Jangan sekali-kali membiarkan belitan tali ke
atas peralatan atau badan anda. Cuba belajar untuk menjaga kaki anda ke bawah. Jangan
biarkan diri anda akan mengalami kemalangan sekiranya anda jatuh. Apa yang penting adalah
belajar bagaimana untuk mengatasinya(jatuh).

http://asaskembaranasriniza.blogspot.com/2013/04/wall-climbing.html

Anda mungkin juga menyukai