Anda di halaman 1dari 12

LARI BERPAGAR

DIFINISI LARI BERPAGAR Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Acara yang dipertandingkan dalam lari berpagar ialah ; 100 meter (wanita) , 110 meter (lelaki), 400 meter (lelaki dan wanita) . Acara 55m , 75m , 80m, boleh dipertandingkan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini. Semua larian akan mengandungi 10 set pagar yang diatur.

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR Acara ini memerlukan kepantasan belari . Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama. Perlu mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki. Perlu mempunyai daya kelenturan badan yang baik.

LATIHAN LARI BERPAGAR Bagi usaha untuk memperkenalkan acara ini diperingkat awal guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Latihan ansur maju lari berpagar ialah berlari dan melangkah pagar yang tersusun di jarak yang tertentu.

Contoh latihan :

LATIHAN 1 Melangkah batang rotan. Berjalan dan melangkah batang rotan dimulai dengan kaki dominan diikuti dengan kaki yang bukan dominan. Langkah dengan lutut ditinggikan.

LATIHAN 2 Melangkah batang rotan. Jarak antara batang rotan ditambah.

Tujuan latihan 1 dan 2 ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan bilangan yang seragam ketika berlari di antara halangan. Semasa latihan digalakan membilang setiap langkah dengan menyebut. LOMPATSATUDUATIGALOMPAT..

LATIHAN 3 Latihan menggerakkan kaki belakang.

LATIHAN 4 Berlari melepasi tengah-tengah pagar yang tersusun.

LATIHAN 5 Lari berpagar dari peringkat permulaan gaya sehingga ke garis tamat. Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

FASA LARI BERPAGAR

1. FASA PENUJUAN KE PAGAR PERTAMA Pada amnya sebanyak 8 langkah digunakan untuk penujuan ke pagar pertama. Kedudukan kaki (depan belakang) diubah untuk memastikan penujuan ke pagar pertama adalah tepat. Panjang langkah mestilah konsisiten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan dengan tepat.

2. LONJAKAN Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki hadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi. Bila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan. Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. MELEPASI PAGAR Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

KETERANGAN YANG LEBIH BERKESAN BAGI GAYA MELEPASI PAGAR.

(a) PERGERAKAN KAKI HADAPAN (i) (ii) (iii) (iv) Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibengkokkan. Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan, tumit kaki itu ditendang ke hadapan. Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin. Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, badan dicondong ke hadapan.

(b) PERGERAKAN KAKI BELAKANG (i) (ii) Bila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan. Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi. Pulihkan Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong badan dikekalkan Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar .

(c) PERGERAKAN TANGAN Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah hadapan dihulur dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hidapan itu. Sementara itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. Apabila kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang. Pergerakan kaki hadapan Pergerakan kaki belakang Pergerakan tangan

(d) BERLARI DI ANTARA PAGAR Bilangan langkah hendaklah sama. Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada dihadapan. Langkah 1 Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama

(e) MENGAKHIRI LARIAN Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.

LATIHAN ANSUR MAJU

A. HALANGAN DI ATAS TANAH (1) Melangkah tali yang direntang di tanah. (2) Berlari dan melangkah pagar rendah. (3) Berlari dan melangkah halangan di tanah seperti halangan dengan ketinggian seperti :

(a) Berlari dan melangkah tali anjal yang direntang. (b) Berlari dan melangkah kaki dan lutut. (c) Berlari dan melangkah gulungan tilam (yang diikat). (d) Berlari dan melangkah bangku panjang. (e) Berlari dan melangkah bangku panjang secara berulang. (Taman Pagar) (f) Berlari dan melangkah ketinggian yang berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza; rendah ke tinggi).

(g) Berlari dan melangkah kaki dan lutut tinggi Berlari dan melangkah bangku panjang. (h) Melangkah pagar Guna pagar halangan rendah dengan jarak 1 - 1.5 meter antara halangan. Kaki hadapan dibengkokkan dan diangkat melepasi halangan dan dijatuhkan serta merta bila tumit melepasi halangan. Bila kaki melangkah itu mencecah tanah, kaki belakang dibawa dengan cepat melepasi halangan. Simulasi larian berpagar.

(i) Latihan kaki belakang secara berasingan. Halangan diletak antara 3 - 4 meter dengan ketinggian 20 cm. Latihan diadakan pada sebelah kaki sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah digerak ke hadapan dan kaki belakang diangkat melepasi halangan. Ulang beberapa kali. Kemudian, ulang latihan dengan berlari . (j) Melangkah melepasi pagar menggunakan kaki melangkah secara berasingan Halangan seperti latihan (i). Latihan diadakan pada sebelah kanan halangan sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah digerak ke hadapan melepasi halangan. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang latihan dengan berlari. (k) Halangan rendah (kurang dari 20 cm) Pelari bergerak melepasi halangan rotan yang diletak di atas kon. Jarak antara halangan diubah supaya pelari melangkah tiga kali sebelum melompat melepasi halangan dan kaki melepasi halangan mestilah yang sama.

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN 1. Aspek-Aspek Keselamatan Latihan yang sistematik. melakukan latihan secara ansur maju iaitu dari tahap paling rendah ke tahap yang lebih sukar. melakukan latihan mengikut kemampuan pelajar. aktiviti yang dilakukan sesuai dengan tahap umur dan hendaklah sentiasa mementingkan aspek keselamatan memberikan perhatian kepada setiap pelajar dan perhatikan potensi yang ada pada mereka. sentiasa bersama dengan pelajar semasa menjalankan aktiviti melakukan aktiviti sesuai dengan kemampuan yang ada pada pelajar. Mengenal pasti kemampuan 2. Kesesuaian peralatan. peralatan yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap umur murid. peralatan yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik. melakukan aktiviti dengan berhati-hati dan pastikan peralatan yang digunakan tidak rosak. 3. Perlakuan murid. guru hendaklah sentiasa memerhatikan kelakuan pelajar semasa melakukan aktiviti terutama yang merbahaya. sentiasa membimbing dan menasihati pelajar yang berkelakuan kurang sopan. memberi nasihat kepada pelajar supaya lebih berhati-hati semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN ASAS BAGI PERLUMBAAN LARI BERPAGAR Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing. Blok pemulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan. Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.

KESALAHAN TEKNIK YANG BIASA DILAKUKAN DALAM ACARA LARI BERPAGAR Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalarn acara lompat tinggi. Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. Melepasi pagar dengan badan yang tegak. Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.

PERATURAN LARI BERPAGAR a. SET PAGAR YANG DIATUR BAGI LELAKI DAN REMAJA LELAKI 40.00 14.02 Meter. Jarak dari set pagar akhir ke penamat 35.00 9.14 Meter. Jarak antara set pagar 45.00 13.72 Meter Jarak dari mula ke set pagar pertama 400 110 Meter Jarak larian

b. SET PAGAR YANG DIATUR BAGI WANITA DAN REMAJA WANITA 40.00 35.00 45.00 400 10.50 8.50 13.00 100 Meter Meter Meter Meter Jarak dari set pagar akhir ke penamat Jarak antara set pagar Jarak dari mula ke set pagar pertama Jarak larian c. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari mengheret kaki di bawah palang pagar, melompat pagar di lorong lain atau menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja. d. Pagar-Pagar hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan lain yang sesuai. Hendaklah mengandungi penompang kayu dan tiang penyokong bingkai empat segi. Pagar-pagar boleh dilaras ketinggiannya bagi setiap acara.

PERALATAN SAMPINGAN 1. CONTOH KASUT SPIKE YANG SESUAI DIGUNAKAN Adidas adiStar Sprint Shoe Adidas Demolisher Sprint Spike. Asics Turbo Phantom Spike. Adidas Meteor SP Track Shoes.

KENALI JAGUH LARI BERPAGAR A. JAGUH LARI BERPAGAR DUNIA PELARI DARI CHINA , LIU XIANG PEMEGANG REKOD DUNIA DAN OLIMPIK IAITU 12.88saat. B. COLIN JACKSON JUGA JAGUH DALAM ACARA LARI BERPAGAR C. LAGENDA PELARI NEGARA Ishtiaq Mubarak Umur: 56 Asal: Melaka Status: Berkahwin Anak: Shahmiz, 16; Shahkira, 13 | Isteri Samini Abdullah Kerjaya: Koordinator Pembangunan Majlis Sukan Negara Pencapaian: 1966 - Sukan Asia Bangkok - pingat gangsa 1967 - Sukan Seap Pingat gangsa Lompat kijang 1969 - Sukan Seap - Pingat emas 110m lari berpagar 1971 Rekod baru Sukan Seap 110m lari berpagar.

Anda mungkin juga menyukai