Anda di halaman 1dari 4

FASA LARI BERPAGAR

1. Menuju pagar pertama

Bilangan langkah larian hendaklah tetap


Berlari dengan pantas (lari pecut)
Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan
peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar
2. Lonjakan

Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.


Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi.
Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.
Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.
Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.
Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar

Gaya melepasi pagar

Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah
kehadapan.
Bongkokkan badan kehadapan.
Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari
dengan kaki itu.
Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah
melepasi pagar
Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah
mencecah tanah (mendarat)

4. Pulihan

Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.


5. Condong badan dikekalkan.
Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara
pagar.
6. Berlari di antara pagar

Bilangan langkah hendakalah sama


Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan
7. Mengakhiri larian
Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan
untuk lari pecut jarak dekat

Rujukan
http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lari-berpagar.html

Anda mungkin juga menyukai