Anda di halaman 1dari 5

LARI BERPAGAR

Lari pecut 3
DIFINISI LARI BERPAGAR
DIFINISI LARI BERPAGAR Lari berpagar ialah larian pecut melepasi
halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Acara yang dipertandingkan
dalam lari berpagar ialah - 100 meter (wanita) , 110 meter (lelaki), 400
meter (lelaki dan wanita) Acara 55m , 75m , 80m, boleh dipertandingkan
di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini. Semua larian akan
mengandungi 10 set pagar yang diatur.
KEMAHIRAN LARI BERPAGAR Acara ini memerlukan kepantasan belari .
Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang
terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan
keperluan utama. Perlu mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan
kaki. Perlu mempunyai daya kelenturan badan yang baik.
LATIHAN LARI BERPAGAR
Bagi usaha untuk memperkenalkan acara ini diperingkat awal guru
hendaklah mengamalkan pengajaran yang BERANSUR MAJU. LATIHAN
ANSUR MAJU LARI BERPAGAR Berlari dan melangkah batang rotan yang
tersusun di jarak yang tertentu. LATIHAN 1 Melangkah batang rotan

Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. LATIHAN 2 Tujuan


latikan 1 dan 2 ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan
bilangan yang seragam ketika berlari di antara halangan. Semasa latihan
digalakan membilang setiap langkah dengan menyebut. LOMPAT
SATUDUATIGALOMPAT..
LATIHAN 3 Merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi
halangan. Pelajar perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan.
Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu
dan diikuti dengan kaki belakang yang dibengkok sehingga paras tumitnya
menjadi rapat dengan punggung. Latihan menggerakkan kaki belakang
Latihan 4 Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun
Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakkan kaki
belakang semasa melepasi pagar
Latihan 5 Lari berpagar dari peringkat permulaan gaya sehingga ke garis
tamat. Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkahlangkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.
FASA LARI BERPAGAR

FASA LARI BERPAGAR Pada am 8 langkah digunakan untuk penujuan ke


pagar pertama Kedudukan kaki (depan belakang) diubah untuk
memastikan penujuan ke pagar pertama adalah tepat. Panjang langkah
mestilah konsisiten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan
dengan tepat FASA PENUJUAN KE PAGAR PERTAMA
2.LONJAKAN Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki hadapan
digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi Bila
ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada
masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.
Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah
bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.
3.Melepasi pagar Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar
hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan . Bongkokkan badan ke
hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur
ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah
mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik
kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan
melangkah mencecah tanah (mendarat). Gaya melepasi pagar
PERGERAKAN KAKI HADAPAN (i) Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan
lutut dibengkokkan. (ii) Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke
ketinggian halangan,tumit kaki itu ditendang ke hadapan. (iii) Apabila kaki
hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi
halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang
mungkin Keterangan yang lebih berkesan
Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di
tanah, badan dicondong ke hadapan. (ii) Bila kaki belakang diangkat dari
tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan.Tapak kaki belakang
diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi (b) PERGERAKAN KAKI BELAKANG
Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah hadapan dihulur
dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hidapan itu. Sementara
itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. Apabila kaki
belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang.
Pergerakan kaki hadapan Pergerakan kaki belakang Pergerakan tangan (c)
PERGERAKAN TANGAN
4. PULIHAN Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong
badan dikekalkan Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil
langkah pertama larian antara pagar .
5. BERLARI DI ANTARA PAGAR Bilangan langkah hendaklah sama. Berlari
lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada dihadapan. Langkah 1
Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama
6. MENGAKHIRI LARIAN Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah
sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.

LATIHAN ANSUR MAJU


LATIHAN ANSUR MAJU A. HALANGAN DI ATAS TANAH (a) Melangkah tali
yang direntang di tanah. (b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah.
(c) Berlari dan melangkah halangan di tanah seperti berikut :
B. Halangan dengan ketinggian (a) Berlari dan melangkah tali anjal yang
direntang. (b) Berlari dan melangkah kaki dan lutut. (c) Berlari dan
melangkah gulungan tilam (yang diikat). (d) Berlari dan melangkah
bangku panjang. (e) Berlari dan melangkah bangku panjang secara
berulang (Taman Pagar). (f) Berlari dan melangkah ketinggian yang
berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza;
rendah ke tinggi). Taman pagar
Berlari dan melangkah kaki dan lutut tinggi Berlari dan melangkah bangku
panjang
C .Melangkah bahagian tengah dua halangan Melangkah tengah halangan
Melangkah tengah halangan secara berulang
D. Menendang ke hadapan T endangan karate
Tendang'tembOk' Tendang bola yang digantung Tendangan
karate Tendangan tembok Tendang bola Melangkah kaki
E. Melangkah pagar Guna pagar halangan rendah dengan jarak 1 - 1.5
meter antara halangan. Kaki hadapan dibengkokkan dan diangkat
melepasi halangan dan dijatuhkan serta merta bila tumit melepasi
halangan Bila kaki melangkah itu mencecah tanah, kaki belakang dibawa
dengan cepat melepasi halangan. Simulasi larian berpagar
F . Latihan kaki belakang secara berasingan Halangan diletak antara 3 - 4
meter dengan ketinggian 20 cm. Latihan diadakan pada sebelah kaki
sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah digerak ke hadapan dan
kaki belakang diangkat melepasi halangan. Ulang beberapa kali.
Kemudian, ulang latihan dengan berlari .
G . Melangkah melepasi pagar menggunakan kaki melangkah secara
berasingan Halangan seperti latihan C. Latihan diadakan pada sebelah
kanan halangan sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah digerak ke
hadapan melepasi halangan. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang
latihan dengan berlari.
H. Halangan rendah (kurang dari 20 cm) Pelari bergerak melepasi
halangan rotan yang diletak di atas kon. Jarak antara halangan diubah
supaya pelari melangkah tiga kali sebelum melompat melepasi halangan
dan kaki melepasi halangan mestilah yang sama.
Latihan meregangkan otot kaki dan paha
ALATAN-ALATAN TAMBAHAN

ALATAN-ALATAN ALTENATIF YANG BOLEH DIGUNAKAN KETIKA MELAKUKAN


LATIHAN
ALATAN TAMBAHAN LATIHAN
ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
Aspek-Aspek Keselamatan Latihan yang sistematik. - melakukan latihan
secara ansur maju iaitu dari tahap paling rendah ke tahap yang lebih
sukar. - melakukan latihan mengikut kemampuan pelajar. - aktiviti yang
dilakukan sesuai dengan tahap umur dan hendaklah sentiasa
mementingkan aspek keselamatan
- memberikan perhatian kepada setiap pelajar dan perhatikan potensi
yang ada pada mereka. - sentiasa bersama dengan pelajar semasa
menjalankan aktiviti - melakukan aktiviti sesuai dengan kemampuan yang
ada pada pelajar. Mengenal pasti kemampuan
Kesesuaian peralatan. - peralatan yang digunakan hendaklah sesuai
dengan tahap umur murid. - peralatan yang digunakan sentiasa dalam
keadaan baik. - melakukan aktiviti dengan berhati-hati dan pastikan
peralatan yang digunakan tidak rosak.
Perlakuan murid. - guru hendaklah sentiasa memerhatikan kelakuan
pelajar semasa melakukan aktiviti terutama yang merbahaya. - sentiasa
membimbing dan menasihati pelajar yang berkelakuan kurang sopan. memberi nasihat kepada pelajar supaya lebih berhati-hati semasa aktiviti
dijalankan
PERATURAN DAN PERALATAN SAMPINGAN
PERATURAN ASAS BAGI PERLUMBAAN LARI BERPAGAR Peserta hendaklah
mengikut lorong masing-masing. Blok pemulaan atau alat berlepas
mestilah digunakan pada masa pertandingan. Peserta dikehendaki
melangkah pagar melalui bahagian atasnya.
KESALAHAN TEKNIK YANG BIASA DILAKUKAN DALAM ACARA LARI
BERPAGAR Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalarn acara
lompat tinggi. Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. Ketika
cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar.
Melepasi pagar dengan badan yang tegak. Kaki belakang tidak ditarik
dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.
PERATURAN LARI BERPAGAR SET PAGAR YANG DIATUR BAGI LELAKI DAN
REMAJA LELAKI 40.00 14.02 Meter Jarak dari set pagar akhir ke penamat
35.00 9.14 Meter Jarak antara set pagar 45.00 13.72 Meter Jarak dari mula
ke set pagar pertama 400 110 Meter Jarak larian
SET PAGAR YANG DIATUR BAGI WANITA DAN REMAJA WANITA 40.00 35.00
45.00 400 10.50 8.50 13.00 100 Meter Meter Meter Meter Jarak dari set

pagar akhir ke penamat Jarak antara set pagar Jarak dari mula ke set
pagar pertama Jarak larian
Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari Mengheret kaki di
bawah palang pagar Melompat pagar di lorong lain atau Menjatuhkan
pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.
Pagar Pagar hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan lain yang
sesuai. Hendaklah mengandungi penompang kayu dan tiang penyokong
bingkai empat segi. Pagar-pagar boleh dilaras ketinggiannya bagi setiap
acara.
CONTOH PAGAR YANG DIGUNAKAN Gill #406 National Aluminum Hurdle .
Gill #4060 Collegiate Aluminum Hurdle Typ Polanik (poland).
wagner_small[1]. Typ Pacer (usa). dukencaa_small[1].
PERALATAN SAMPINGAN
CONTOH KASUT SPIKE YANG SESUAI DIGUNAKAN Adidas adiStar Sprint
Shoe Adidas Demolisher Sprint Spike. Asics Turbo Phantom Spike. Adidas
Meteor SP Track Shoes.
KENALI JAGUH LARI BERPAGAR
JAGUH LARI BERPAGAR DUNIA PELARI DARI CHINA , LIU XIANG PEMEGANG
REKOD DUNIA DAN OLIMPIK IAITU 12.88saat. COLIN JACKSON JUGA JAGUH
DALAM ACARA LARI BERPAGAR
LAGENDA PELARI NEGARA Ishtiaq Mubarak Umur: 56 Asal: Melaka Status:
Berkahwin Anak: Shahmiz, 16; Shahkira, 13 | Isteri Samini Abdullah
Kerjaya: Koordinator Pembangunan Majlis Sukan Negara Pencapaian: 1966
- Sukan Asia Bangkok - pingat gangsa 1967 - Sukan Seap - Pingat gangsa
Lompat kijang 1969 - Sukan Seap - Pingat emas 110m lari berpagar 1971 Rekod baru Sukan Seap 110m lari berpagar.
bye-bye

Anda mungkin juga menyukai