Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Sub Tajuk Objektif

: Olahraga : Acara Padang Lompat Tinggi : Di akhir pengajaran dan pembelajaran guru dapat memahami dan meminta melakukan aktiviti lompatan dengan cara yang betul dan selamat.

Jenis Lompatan : Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop 1.1. Butiran Mengajar 1. Lompatan boleh dibahagi mengikut empat fasa pergerakan, iaitu : a. Fasa Penujuan Larian menghala ke palang b. Fasa Lonjakan Tindakan kaki untuk menaikkan badan c. Fasa Layangan Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan diatas palang. d. Fasa Pendaratan Sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

a.

Fasa Penujahan Pelompat mengambil sembilan hingga sebelas langkah larian dimana empat atau lima langkah terakhir itu dalam larian adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

b. Fasa Lonjakan Tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengahkiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila menjejak tanda lonjakan yang hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

c.

Fasa Layangan Semasa diudara, pelompat menoleh ke belakang ( memandang palang ) sambil melentikkan badannya. Tangan diletakkan disisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikkan badan akan membantu bahagian punggung melepasi palang. Setelah melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskankan dan diangkat tegak ke atas supaya kaki tidak tersangkut pada palang.

d.

Fasa Pendaratan Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas belakang badannya.

1.2. Ansur Maju

1.3. Permainan kecil. a. Lari landas 3 meter dan merebahkan diri dengan Gaya Fosbury Flop b. Aktiviti diulang sehingga murid dapat menguasai kemahiran. 1.4. Gerak kendur otot dan membuat rumusan

Jenis Lompatan : Lompat Tinggi Gaya Plana 2.1. Butiran Mengajar 1.Lompatan boleh dibahagi mengikut empat fasa pergerakan, iaitu : a.Fasa Penujuan Larian menghala ke palang a. Fasa Lonjakan Tindakan kaki untuk menaikkan badan b. Fasa Layangan Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan diatas palang. c. Fasa Pendaratan Sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Anda mungkin juga menyukai