Anda di halaman 1dari 14

1.

TAJUK : Sayangi hidupan laut


2. MASA PERSEMBAHAN : 15 minit

3. OBJEKTIF :
3.1 Objektif kognitif

Murid dapat mengetahui apa itu pergerakan kreatif.

Murid dapat membezakan tema-tema dalam pergerakan kreatif.

Murid dapat memainkan peranan sebagai hidupan laut.

Murid dapat membezakan watak-watak hidupan laut.

Murid dapat berfikir dan mengubah pergerakan mengikut segmen yang berlainan.

3.2 Objektif psikomotor

Murid dapat mengaplikasikan tema-tema pergerakan dalam pergerakan kreatif.

Murid dapat melakukan pergerakan seperti hidupan laut.

Murid dapat bergerak pantas, perlahan, setempat dan dinamik seperti mana yang terdapat
dalam tema pergerakan kreatif mengikut watak masing-masing.

Murid dapat mengubah pergerakan sama ada dari bukan lokomotor kepada lokomotor
sepertimana tema kesedaran tubuh badan.

Murid dapat bergerak mengikut tema kesedaran rintangan beban dan masa.

Murid dapat bergerak dan mengetahui batas kawasan pergerakan sepertimana dalam tema
kesedaran ruang.

3.3 Objektif afektif

Murid dapat menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan


persembahan.

Murid dapat menerapkan sifat positif dalam watak yang dimainkan ke dalam diri masingmasing.

Murid berusaha keras semasa berlatih menjayakan persembahan.

Murid seronok dapat menjayakan watak masing-masing.

Murid menunjukkan kesungguhan semasa latihan dan semasa persembahan.

4. JUMLAH MURID : 15 orang

Tapak sulaiman (seorang)

Sotong (seorang)

Siput (seorang)

Obor-obor (seorang)

Ikan (seorang)

Penyelam scuba (2 orang)

Pari-pari (seorang)

Penuba ikan (seorang)

Polis (2 orang)

Peniup belon buih (4 0rang)

5. ALATAN/PROPS/COSTUME
5.1 PROPS pentas dihias seolah-olah berada di dasar lautan dengan berdinding biru seperti air
laut dan buih-buih mainan ditiup dari belakang dan tepi pentas seperti buih air
dalam lautan.
5.2 COSTUME

Tapak sulaiman Murid hanya memakai baju dan seluar yang berwarna putih
kekuningan seperti warna tapak sulaiman.

Sotong murid ini memakai pakaian yang berwarna putih serta membawa banyak
selendang yang menyerupai kaki tangan sotong. Dua selendang dipegang di kedua-dua
belah tangan menunjukkan tangan sotong manakala 5 hingga 6 selendang diikat pada
pinggang dan dibiar terjurai ke lantai menunjukkan kaki-kaki sotong.

Siput murid ini dengan memakai baju biasa menggalas tudung saji di belakangnya
umpama cengkerang siput. Membawa bantal kecil untuk bergerak secara menyondol di
atas lantai.

Obor-obor murid ini memakai baju kelabu kecerahan seperti warna obor-obor.
Membawa kepompong pasukan sorak di atas kepala agar kelihatan seperti obor-obor.

Ikan murid ini membawa 2 buah polistrin berbentuk ikan yang besar di kiri dan
kananya.

Scuba murid ini memakai pakaian renang dan google.

Pari-pari murid ini berpkaian jubbah serba hitam dan memakai topi tinggi juga
berwarna hitam serta membawa kayu pendek menyerupai kayu saktinya.

Penuba ikan berpakaian seperti pekerja kebun dengan memakai pakaian kerja dan topi
berkebun. Membawa tong minyak.

Polis murid ini memakai baju kemeja T yang kemas dimasukkan ke dalam seluar,
berkaca mata hitam dan memakai topi polis serta membawa pistol mainan.

6. LATAR BUNYI YANG DIGUNAKAN


6.1 Segmen 1 bunyi air di lautan dan deruan ombak
6.2 Segmen 2 bunyi air dikocak dan bunyi buih air
6.3 Segmen 3 muzik suspen
6.4 Segmen 4 - siren polis
6.5 Segmen 5 minus one lagu cintailah sungai kita atau cintai alam sekitar.

7. ASPEK KESELAMATAN.
7.1 Sepertimana sebelum melakukan aktiviti fizikal dalam sukan terutamanya perlulah
melakukan senama regangan serta menaikan suhu badan terlebih dahulu sebelum memulakan
sebarang aktiviti. Ini juga perlu sebelum melakukan aktiviti pergerakan kreatif kerana ianya juga

mempunya pergerakan yang pelbagai jenis dan aras yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan.
7.2 Kawasan aktiviti juga perlulah selamat dari sebarang bahaya. Pastikan lantai persembahan
selamat dari licin dan simen yang tajam yang boleh mendatangkan kecederaan.
7.3 Aktiviti perlulah mengikut keupayaan dan kemampuan murid.
7.4 Murid perlulah mengikut segala arahan guru dan tidak perlu melakukan aktiviti di luar
arahan dan kebenaran guru.

8. HURAIAN KAREOGRAFI
8.1 Segmen 1 (4 minit)

Tapak sulaiman akan keluar dari belakang pentas dengan tangan dibuka luas dan kaki
dikangkangkan seperti bintang. Bergerak dalam gerak perlahan dan terus melekap pada
dinding.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban = halus-ringan)
dan (masa = kawal-lambat), tema 3 : kesedaran ruang (kawasan melekat pada dinding),
tema 6 : penggunaan tubuh badan sebagai alat (gerak isyarat) dan tema 7 : lapan lakuan
daya asas : apung (pergerakan lemah lembut).

Sotong akan keluar dengan lenggok badan lemah gemalai, pergerakan perlahan dan
lembut. Bergerak perlahan di sekitar pentas.

Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban = halus-ringan)
dan (masa = kawal-lambat), tema 3 : kesedaran ruang (aras sederhana), tema 6 :
penggunaan tubuh badan sebagai alat (gerak isyarat badan dibengkokkan dan tangan
dirapatkan) dan tema 7 : lapan lakuan daya asas : apung (pergerakan lemah lembut).

Siput keluar secara menyondol seperti meniarap, pergerakanya seperti bersujud dan
kepala diletakkan di atas bantal dan menyondol ke depan, kembali dalam posisi sujud dan
menyondol lagi, begitulah seterusnya dalam keadaan perlahan-lahan di atas pentas.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban dan masa- berat
dan kawal lambat), tema 3 : kesedaran ruang (aras rendah), tema 4 : aliran terikat
(mengelongsor di atas lantai) dan tema 7 : lapan lakuan daya asas : apung (pergerakan
lemah lembut).

Obor-obor keluar secara perlahan dengan melangkah kecil dalam keadaan berdiri.
Kadang kala berhenti dan melompat serta membengkokkan lutut sedikit-sedikit dan
berkali-kali. Kepompong di atas kepalanya akan mengembang setiap kali murid ini
membengkokkan lutut. Ia akan kelihatan seperti obor-obor.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban halus-ringan),
tema 3 : kesedaran ruang (arah ke atas), tema 6 : penggunaan tubuh badan sebagai alat
(lompatan asas melompat setempat dan membengkokkan lutut berkali-kali) dan tema
7 : lapan lakuan daya asas : apung (pergerakan lemah lembut).

Ikan akan keluar secara membongkok dengan tangan diluruskan ke depan. Dalam gerak
perlahan ikan meliuk-lintukan badanya. Begitulah pergerakanya di atas pentas.

Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban berat-kuat),
tema 3 : kesedaran ruang (aras-sederhana), tema 6 : penggunaan tubuh badan sebagai alat
(gerak isyarat membongkok dan tangan dirapatkan dan diluruskan ke hadapan) dan
tema 7 : lapan lakuan daya asas : lejang/radak (pergerakan agak sederhana laju).

Anjing laut akan keluar secara meniarap tetapi tangan diluruskan dengan tapak tangan di
atas lantai. Ia bergerak menggunakan tapak tangan secara perlahan dan konsisten. Kadang
kala ia berhenti dan menepuk tangan ala-ala anjing laut.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (masa kawal lambat),
tema 3 : kesedaran ruang (arah kehadapan dan aras rendah, mengelongsor), dan tema
7 : lapan lakuan daya asas : apung bergerak lemah lembut, halus, ringan).

8.2 segmen 2 (3 minit)

Semua watak (haiwan) bergerak sepertimana di segmen 1. (tema pergerakan juga


sepertimana di segmen 1)

Kemudian datang 2 orang penyelam scuba. Mereka masuk dari belakang pentas secara
berjalan biasa sehingga ke suatu tempat dan melompat seolah-olah terjun ke dalam laut.
Murid ini bergerak dengan separa bongkok seperti apungan dan bergerak perlahan ke
semua sudut dan menghampiri semua jenis hidupan laut yang ada di atas pentas.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedaran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (masa kawal lambat),

tema 3 : kesedaran ruang (aras-sederhana), tema 4 : aliran beban badan dalam ruang dan
masa (aliran terikat) dan 7 : lapan lakuan daya asas : luncur pergerakan yang licin,
tenang dan halus.

Semua haiwan lari bertempiaran mengikut gaya pergerakan masing-masing setelah


perenang scuba menghampiri mereka. (tema pergerakan juga sepertimana di segmen 1)

Penyelam scuba bergerak ke belakang pentas setelah tamat menyelam dengan pergerakan
asal.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedaran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (masa kawal lambat),
tema 3 : kesedaran ruang (aras-sederhana), tema 4 : aliran beban badan dalam ruang dan
masa (aliran terikat) dan 7 : lapan lakuan daya asas : luncur pergerakan yang licin,
tenang dan halus.

8.3 Segmen 3 (2 minit)

Semua watak (haiwan) masih lagi di atas pentas dan bergerak sepertimana di segmen 1.
(tema pergerakan juga sepertimana di segmen 1)

Kemudian datang murid yang memegang watak sebagai penuba ikan bergerak perlahan
dengan langkah kecil seperti gaya terhendap-hendap dan berdiri di suatu tempat. Penuba
ikan itu membuat gaya menuang minyak seolah-olah sedang menuba ikan.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedaran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (masa kawal lambat),

tema 3 : kesedaran ruang (arah- ke hadapan), dan 7 : lapan lakuan daya asas : luncur
pergerakan yang licin, tenang dan halus.

Semua haiwan mati dituba. Semua murid yang memegang watak haiwan mati dengan
lakuan terbaring kaku di atas lantai. Satu demi satu haiwan yang sedang bergerak
berhenti dan rebah terbaring atau meniarap tanpa reaksi.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedaran tubuh badan (pergerakan
bukan lokomotor, kerana semua haiwan tidak bergerak kerana telah mati), tema 4 :
aliran beban badan dalam ruang dan masa (aliran terikat iaitu pergerakan yang
diberhentikan dengan mudah dan serta merta)

8.4 segmen 4(2 minit)

Kemudian datang seorang murid yang memegang peranan sebagai anggota polis
menangkap penuba tersebut. Pergerakan polis tersebut pantas dan kasar serta keras dalam
situasi memberkas penuba tersebut. Pergerakan penuba tersebut meronta-ronta minta
dilepaskan. Pergerakanya sukar dikawal. Polis membawa penuba ke belakang pentas.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedaran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban berat kuat dan
masa- serta merta), tema 3 : kesedaran ruang (ekstensi- pergerakan buka tutup), tema 4 :
aliran beban badan dalam ruang dan masa (pergerakan serentak, tema 5 : penyesuaian
terhadap rakan : kerja berpasukan dan tema 7 : lapan lakuan daya asas : tekan- pergerakan
tegas, kuat dan bertenaga.

8.5 segmen 5 (4 minit)

Semua watak haiwan masih lagi kaku di atas pentas, mati setelah dituba. Tiada
pergerakan dilakukan. (tema 1 : kesedaran tubuh badan : bukan lokomotor, tidak
bergerak.)

Kemudian datang seorang pari-pari dari belakang pentas. Pergerakan pari-pari pantas
dengan berlari di sekeliling pentas dan haiwan-haiwan yang telah mati. Pari-pari berlarilari sambil menyanyi bersama kayu saktinya. Pari-pari bergerak dengan menari-nari
menuju ke setiap hidupan laut dan memukul haiwan tersebut menggunakan kayu
saktinya.
Tema pergerakan yang digunakan ialah tema 1 : kesedaran tubuh badan (pergerakan
lokomotor), tema 2 : kesedaran rintangan kepada beban dan masa (beban dan masa
halus dan serta merta), tema 3 : kesedaran ruang (arah dan laluan bebas), tema 4 : aliran
beban badan dalam ruang dan masa (aliran terikat dan ruang tidak terus), dan tema 7 :
lapan lakuan daya asas : apung, luncur dan cecah dengan pergerakan ringan, licin dan
halus dan terus.

Setiap hidupan laut yang diketuk oleh pari-pari akan hidup semula. Mereka bangun
dengan perlahan dan bergerak mengikut watak masing-masing di sekitar pentas.
Pergerakan semakin laju dan seperti menari kerana gembira diselamatkan oleh pari-pari.

Semua hidupan laut dan pari-pari bergerak dengan menari kegembiraan. .(tema
pergerakan juga sepertimana di segmen 1)

9. PENUTUP

Pergerakan kreatif asas adalah merupakan suatu bahagian dalam pergerakan yang menekankan
kreativiti dalam penghasilan pergerakan. Penekanan ini akan menghasilkan pelajar yang
berkeupayaan menghasilkan pergerakan dengan pelbagai gaya dan bentuk dan menghargai nilai
seni yang terbit dari setiap pergerakan. Penerapan tema dalam pergerakaan menjadikan
pergerakan akan lebih terarah dan pelajar akan lebih mudah memahami setiap objektif yang ingin
dicapai melalui setiap pembelajaran pergerakan.

BORANG MARKAH PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF

NAMA SEKOLAH :

ELEMEN PERSEMBAHAN

WAJARAN PERATUSAN
MARKAH

ALATAN / PROP /
COSTUME

30%

LATAR BUNYI / IRAMA /


LAGU YANG DIGUNAKAN

20%

HURAIAN KAREOGRAFI
-JENIS PERGERAKAN
- TEMA DAN UNSUR
PERGERAKAN

50%

JUMLAH MARKAH

PERATUSAN MARKAH
DIPEROLEH

RUBRIK PERMARKAHAN PERSEMBAHAN


PERGERAKAN KREATIF
ELEMEN
PERSEMBAHAN

ALATAN / PROP /
COSTUME
(30%)

LATAR BUNYI / IRAMA /


LAGU YANG
DIGUNAKAN
(20%)

HURAIAN KAREOGRAFI
-JENIS PERGERAKAN
- TEMA DAN UNSUR
PERGERAKAN
(50%)

CEMERLANG
18-25
Daya kreativiti
menyerlah
Bahan yang
digunakan
menjimatkan kos
Alatan mencukupi dan
pelbagai
Alatan yang
digunakan menarik
Pemilihan
bunyi/irama/lagu yang
sesuai dengan
segmen.
Lagu yang digunakan
bersesuaian dengan
emosi penceritaan.
Jumlah segmen
bersesuaian dengan
dengan tajuk dan
masa.
Jenis pergerakan
bersesuaian dengan
segmen.
Tema, unsur
pergerakan dan
prinsip pergerakan
bersesuaian dengan

KRITERIA PENTAKSIRAN
SEDERHANA
9-17
Kreativiti kurang
menyerlah
Bahan yang
digunakan agak
berkos
Alatan mencukupi tapi
tidak pelbagai.
Alatan yang
digunakan kurang
menarik.
Pemilihan lagu yang
kurang sesuai dengan
segmen.
Lagu yang digunakan
kurang bersesuaian
dengan emosi
penceritaan.
Jumlah segmen
kurang bersesuaian
dengan dengan tajuk
dan masa.
Jenis pergerakan
kurang bersesuaian
dengan segmen.
Tema, unsur
pergerakan dan
prinsip pergerakan
kurang bersesuaian

LEMAH
1-8
Tiada kreativiti
Bahan yang
digunakan
memerlukan kos yang
tinggi
Alatan tidak pelbagai
dan tidak mencukupi.
Alatan yang
digunakan tidak
menarik perhatian.
Pemilihan lagu yang
tidak menepati
segmen.
Lagu yang digunakan
tidak berkaiatan
dengan emosi
penceritaan.
Jumlah segmen tidak
bersesuaian dengan
dengan tajuk dan
masa.
Jenis pergerakan tidak
bersesuaian dengan
segmen.
Tema, unsur
pergerakan dan
prinsip pergerakan
tidak bersesuaian

segmen dan
penceritaan.
Mood dan emosi
penceritaan menarik.
Masa mengikut
segmen sesuai.

dengan segmen dan


penceritaan.
Mood dan emosi
penceritaankurang
menarik.
Masa mengikut
segmen kurang
sesuai.

dengan segmen dan


penceritaan.
Mood dan emosi
penceritaan tidak
menarik.
Masa mengikut
segmen tidak sesuai.

Anda mungkin juga menyukai