Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK SEMESTER 2 2020

Program:PISMP Nama Pelajar:

Kod: DHMK3013 Semester/Tahun :Semester 1 Tahun 4


Ambilan: Jun 2017
Nama Kursus: Didik Hibur Muzik
Kumpulan: Sains
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kuiz 1 (Teori) 4 September 2020 4 September 2020

2. Kuiz 2 (Ciri-ciri Didik Hibur Muzik) 4 September 2020 4 September 2020

3. Persembahan 1 (Ensembel Perkusi 10 September


10 September 2020
Berkumpulan) 2020
4. Persembahan 2 (Pergerakan Kreatifi) 10 September
10 September 2020
(Berkumpulan) 2020

5. Gubahan (Individu) 27 Ogos 2020 10 September 2020

11 September
6. Ujian Aural (Apresiasi Muzik) (Individu) 11 September 2020
2020
11 September
7. Ujian Nyanyian (Individu) 11 September 2020
2020
11 September
8. Ujian Rekoder (Individu) 11 September 2020
2020

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan ciri-ciri didik hibur muzik (C1, A1, LO1).
2. Mengaplikasikan konsep-konsep muzik dalam didik hibur dari segi teori muzik, nyanyian,
rekoder dan apresiasi muzik (C3, A2, LO1, LO2).
3. Menghasilkan gubahan ensembel perkusi untuk persembahan didik hibur muzik (C6, P6,
A4, LO2, LO3,CTPS3, TS1).
4. Membuat persembahan aktiviti-aktiviti didik hibur muzik secara berkumpulan (C3, P4, LO2,
LO5, TS1).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:


1. Menghuraikan konsep dan ciri-ciri didik hibur muzik dengan jelas dalam kuiz
2. Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman pelbagai konsep dan teori muzik dalam
soalan-soalan kuiz
3. Mempersembahkan nyanyian secara individu sebuah lagu dari repertoire yang disediakan
dengan teknik yang betul.
4. Mengenalpasti genre muzik (tradisional, barat, timur), ekspresi dan mud yang
diperdengarkan dalam apresiasi petikan rakaman muzik.
5. Meniup rekoder secara individu dengan atau tanpa iringan muzik sebuah lagu dari repertoire
yang disediakan.
6. Menghasilkan gubahan ensembel perkusi yang merangkumi irama iringan bagi 5 jenis
perkusi untuk persembahan didik hibur muzik.
7. Membuat persembahan ensembel perkusi secara berkumpulan berdasarkan skor perkusi
yang memperlihatkan penguasaan kemahiranmemainkan alat perkusi, keseimbangan bunyi
dan kreativiti.

8. Membuat persembahan pergerakan kreatif secara berkumpulan berdasarkan muzik iringan


yang memperlihatkan penguasaan kemahiran pergerakan asas.

TUGASAN 1: Kuiz (Individu) - (15%) markah


1. Menjawab soalan kuiz dalam masa satu jam bagi menguji kefahaman pelajar terhadap teori
muzik keseluruhan isi kandungan kursus pada tarikh yang ditetapkan. Soalan kuiz
disediakan terdiri daripada soalan struktur mengikut aras kesukaran yang ditentukan.

TUGASAN 2: Kuiz (Individu) - (15%) markah


2. Menjawab soalan kuiz dalam masa satu jam bagi menguji kefahaman pelajar terhadap
analisis keseluruhan isi kandungan dalam kursus berfokus kepada ciri-ciri Didik Hibur Muzik
pada tarikh yang ditetapkan. Soalan kuiz disediakan terdiri daripada 3 soalan struktur
mengikut aras kesukaran yang ditentukan.

TUGASAN 3: Persembahan 1 (Kumpulan) – Ensembel Perkusi ( 10%) markah

3. Membuat persembahan berdasarkan gubahan skor ensemble perkusi secara berkumpulan.


Persembahan memperlihatkan penguasaan kemahiran memain alat perkusi,
keseimbangan alatan dan warna ton serta kreativiti dalam persembahan dengan
menggunakan alat muzik perkusi improvisasi. Persembahan juga perlu menunjukkan
urutan, bervariasi dan dapat mempamilkan ciri-ciri nilai estetik dan artistik yang sangat
tinggi.

2
TUGASAN 4: Persembahan 2 (Kumpulan) – Pergerakan Kreatif ( 15%) markah

4. Membuat persembahan pergerakan kreatif secara kumpulan. Persembahan perlu


memperlihatkan penguasaan kemahiran pergerakan kreatif yang melibatkan pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor, penggunaan ruang, manipulasi peralatan serta kreativiti
dalam persembahan. Persembahan juga perlu menunjukkan urutan, bervariasi dan dapat
menampilkan ciri-ciri nilai estetik dan artistik yang sangat tinggi.

TUGASAN 5: Gubahan (Individu) - Skor Ensembel Perkusi ( 30%) markah

5. Secara individu, menghasilkan satu skor ensemble perkusi yang lengkap bagi salah satu
lagu kanak-kanak pilihan yang ditetapkan. Gubahan skor ini perlu merangkumi irama iringan
(ostinato/ dron) dan ensemble perkusi ini perlu melibatkan sekurang-kurangnya 3 jenis alat
perkusi dan bilangan pemain tidak kurang dari 5 orang

TUGASAN 6: Ujian Aural (Individu) – Apresiasi Muzik ( 5%) markah

6. Menjawab soalan ujian aural - apresiasi muzik secara individu. Pelajar perlu membuat
latihan untuk menguasai kemahiran aural untuk apresiasi muzik. Skop kemahiran yang diuji
adalah melibatkan pengecaman genre muzik (tradisional, barat, timur), mengecam mud
yang dipersembahkan dalam petikan rakaman muzik dan ekepresi yang dipamerkan dalam
muzik yang diperdengarkan.

TUGASAN 7: Ujian Nyanyian (Individu) - (5%) markah

7. Membuat ujian nyanyian secara individu. Pelajar dikehendaki menyanyikan satu lagu dari
repertoire pilihan sendiri dan dinyanyi secara hafalan dengan iringan minus-one atau iringan
piano secara live. Persembahan perlu memperlihatkan kemahiran nyanyian melodi, pic,
irama dan tempo yang betul, lontaran suara dan ketrampilan yang baik.

TUGASAN 8: Ujian Rekoder (Individu) - (5%) markah

8. Membuat ujian rekoder secara individu. Pelajar dikehendaki menuip sebuah satu lagu
rekoder dari repertoire pilihan sendiri dan persembahan secara hafalan dengan.
Persembahan perlu memperlihatkan kemahiran melodi dengan ton, irama, teknik
pernafasan, penglidahan dan ekspresi yang betul dan tepat dan postur yang baik.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan kerja kursus dilaksanakan sepanjang masa kursus dengan wajaran markah
adalah 100%
2. Tugasan 1, 2, 5, 6, 7, dan 8 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 dan 4 adalah
tugasan berkumpulan,

3
3. Gunakan maklumat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber rujukan/ kajian
sebagai bahagian utama isi tugasan
4 Gunakan perisian notasi muzik yang boleh dimuat turun secara percuma bagi menulis
skor gubahan ensembel perkusi.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali
6. Tugasan mesti dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Memperlihatkan kemahiran, teknik, kreativiti dan komitmen dalam membuat


persembahan.
2. Menunjukkan kreativiti dan idea yang asli dalam gubahan skor lagu
3. Tugasan anda harus meliputi semua kehendak yang dinyatakan dalam Jadual
Spesifikasi Tugasan Projek
Kriteria Pentaksiran
Hasil tugasan kerja kursus akan dinilai berdasarkan Rubrik Pemarkahan Kerja Kursus

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

Liau Swee Foong


( )
(DR. LIAU SWEE FOONG)
Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) Pendidikan Muzik
Didik Hibur Muzik (DHMK3013) Jabatan Sains Sosial
Unit Muzik Jabatan Sains Sosial IPGK
IPGK

Disahkan oleh:

( )

Timbalan Pengarah
IPGK

4
5

Anda mungkin juga menyukai