Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: JUN – DIS 2020

Program:PISMP Nama Pelajar:

Kod:MUZK3263 Semester / Tahun: 1/2


Ambilan: Jun 2019
Nama Kursus:
Kumpulan: EM2 (Elektif Muzik 2)
AKTIVITI KREATIF DALAM PENDIDIKAN
MUZIK

Tugasan Kerja Kursus Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei (800 PP) 19 Oktober 2020


26 Oktober 2020
( 8 hari )
2. Projek Persembahan Kreatif (kerja 4 November 2020
kumpulan ditaksir secara individu) 20 November 2020
( 17 hari )
Pentaksiran Alternatif Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. E-portfolio (PA berterusan) 11 November 2020


27 November 2020
( 17 hari )

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini siswa pendidik dapat:

1. Memperincikan model dan ciri-ciri pemikiran kreatif, langkah-langkah pengajaran dan


pembelajaran dalam pengajaran muzik, pengintegrasian konsep muzik dalam aktiviti
muzikal, dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif (C4, PLO3, CTPS2).

2. Merancang langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan


pembelajaran muzik dengan merujuk pelbagai sumber (C6, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1).

3. Mengintegrasikan konsep muzik dalam menghasilkan projek persembahan yang kreatif


(C6, P5, PLO2, PLO5, TS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Menghasilkan langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan


pembelajaran muzik dengan merujuk pelbagai sumber.
2. Membuat persembahan muzik melalui cara mengintegrasikan konsep muzik dalam
menghasilkan projek persembahan yang kreatif.

3. Menghasilkan e-portfolio yang menunjukkan proses dan peringkat perkembangan


pembelajaran mengenai model dan ciri-ciri pemikiran kreatif, langkah-langkah
penyampaian dan pemudahcaraan aktiviti dalam bilik darjah, pengintegrasian konsep
muzik, serta bahan bantu mengajar dalam aktiviti muzikal yang kreatif di dalam bilik
darjah.

Rangsangan

Guru muzik yang unggul merupakan cita-cita seorang guru Pendidikan Muzik. Justeru
itu, guru Pendidikan Muzik harus mencari jalan bagaimana untuk menjadi unggul dengan
cara mempelbagaikan kaedah pengajaran terkini; termasuklah merancang langkah-
langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan
merujuk pelbagai sumber dengan mengintegrasikan pelbagai konsep muzik.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


:

TUGASAN 1: Penulisan Esei (20%) (Individu)

Sebagai seorang guru muzik yang unggul, siswa guru diminta untuk menghasilkan penulisan
esei yang merangkumi langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran muzik dengan merujuk pelbagai sumber.

TUGASAN 2: Projek Persembahan Kreatif (kerja kumpulan ditaksir secara individu) (40%)

Membuat persembahan muzik melalui cara mengintegrasikan konsep muzik dalam


menghasilkan projek persembahan yang kreatif.

TUGASAN 3 : . e-Portfolio (40%) (Individu)

Anda dikehendaki menyimpan semua bahan yang berkaitan tugasan di dalam storan maya
seperti Google Drive. Folder dalam storan maya tersebut perlu dikongsi dengan pensyarah. Anda
dikehendaki membangunkan laman web yang mengandungi pautan terhadap butiran berikut
yang telah disimpan di dalam Google Drive.:-

 Profil diri
 Memperincikan model dan ciri-ciri pemikiran kreatif, langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran dalam pengajaran muzik, pengintegrasian konsep muzik dalam aktiviti muzikal
dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif.
 Penghasilan bahan pada e-Portfolio merangkumi bahan sumber berdasarkan Topik 1
(8%),Topik 2 (8%) ,Topik 3 (16%), dan Topik 4 (8%)
 Nota tambahan atau laman web yang diperoleh selain bahan perkongsian pensyarah dengan
menyatakan sumber rujukan.
 Nota-nota ringkas kuliah atau artikel yang relevan dengan tajuk pada e-portfolio.
 Refleksi individu terhadap proses menghasilkan e-Portfolio Pelajar
 Sumber rujukan
 Projek
 Lain-lain berkenaan kursus

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Penulisan esei dan tugasan e-Portfolio perlu dilaksanakan secara individu.


2. Panjang penulisan akademik 800 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran.
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Penulisan esei ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
5. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan
terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan.
6. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan.
7. Keseluruhan penulisan esei perlu menunjukkan ketulenannya.
8. Penulisan esei haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal.
9. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren.
10. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif.
11. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal,
internet dan bahan bercetak yang lain.
12. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja
kursus menepati standard yang ditetapkan:
12.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
12.2. Fon: Arial.
12.3. Saiz huruf: 11.
12.4. Langkau: 1.5
12.5. Rujukan: APA (American Psychological Association) terkini.
12.6. Rajah perlu dilabelkan.
12.7. Teks yang dihantar perlu dikepilkan dengan soalan kerja kursus.
13. Penulisan Esei ini dinilai berdasarkan:
13.1 Liputan dan kandungan
13.2 Perbincangan kreatif dan kritikal
13.3 Organisasi
13.4 Bahasa
13.5 Kualiti Sumber
14. Penulisan esei ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.
15. Anda perlu membuat latihan ensembel dan nyanyian sama ada bersendirian atau secara
berkumpulan mengikut jadual yang ditetapkan sendiri.
16. Tugasan ini membawa markah 100%, [ penulisan esei (20%) dan projek persembahan
kreatif yang ditaksir secara individu( 40%) ] dan e-portfolio (40%) Wajaran bagi tugasan
ini ialah 100%.

Anda mungkin juga menyukai