Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN PAKK3213 : PEMBELAJARAN BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

ULANGKAJI
Tarikh: 20 April 2020

1. Terdapat beberapa teori yang berkaitan pembelajaran bahasa kanak-kanak.

(i) Huraikan secara ringkas Teori Nativis berkaitan pembelajaran bahasa kanak-
kanak.

Pandangan Teori Nativis ini diwakili oleh Noam Chomsky (1974). Ia


berpendapat bahawa penguasaan bahasa pada anak-anak bersifat alamiah atau
nature. pandangan ini tidak berpendapat bahwa lingkungan punya pengaruh dalam
pemerolehan bahasa, melainkan menganggap bahwa bahasa merupakan pemberian
biologis, sejalan dengan terbukanya kemampuan lingual yang secara genetis telah di
programkan. Nativisme berpendapat bahawa selama proses pemerolehan
bahasa pertama, anak sedikit demi sedikit membuka kemampuan lingualnya yang
secara genetis telah diprogramkan. Jadi lingkungan sama sekali tidak punya
pengaruh dalam proses pemerolehan bahasa pertama (acquisition). Para ahli nativis
berpendapat bahwa bahasa merupakan pembawaan dan bersifat alamiah dan
meyakini bahwa kemampuan berbahasa sebagaimana halnya kemampuan berjalan,
merupakan bagian dari perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kematangan
otak, beberapa bagian neurologis tertentu dari otak manusia memiliki hubungan
dengan perkembangan bahasa, sehingga kerusakan pada bagian tersebut dapat
menyebabkan hambatan bahasa.
(ii) Jelaskan cara-cara seorang pendidik di TASKA boleh membantu perkembangan
literasi awal kanak-kanak berdasarkan Teori Behavioris.

Antara caranya ialah, guru perlu memperbanyakkan aktiviti peniruan contohnya


meniru huruf yang dipaparkan dalam papan putih atau slide pembentangan. Selain
itu, guru juga hendaklah sentiasa memberi pujian dan penghargaan kepada kanak-
kanak kerana dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Seterusnya,
guru haruslah memberi bimbingan dan perhatian yang khusus kepada mereka
kerana mereka memerlukannya daripada orang di persekitaran mereka terutamanya
guru.

2. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kemahiran bahasa kanak-


kanak.

(i) Huraikan dua faktor yang boleh mempengaruhi kemahiran membaca kanak-
kanak.
Antara faktornya ialah persekitaran intelektual yang memberi pengalaman-
pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat
membaca dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang sentiasa terdedah dengan
pelbagai jenis bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan
selalu dibacakan buku sebelum masuk tidur oleh ibubapanya cenderung untuk
membaca berbanding dengan rakan seusianya. Faktor persekitaran inilah yang akan
menjadi motivasi untuk dirinya untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca. Faktor
yang lain adalah faktor pembaca maksudnya sifat kecerdasan dan perkembangan
kognitif kanak-kanak. Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat
mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak kerana kanak-kanak yang cerdas
akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan
kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
(iii) Kemukakan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan oleh guru bagi membantu
kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran membaca.

Antara kaedahnya ialah Kaedah Pandang Sebut. Kaedah ini sangat popular
dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah
ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah ini,
pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna
oleh murid dalam kehidupan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan
murid tersebut seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya
(Kamarudin Hj. Husin, 1998). Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan
dahulu dan menyebut perkataan tersebut secara berulang. Pada kebiasaannya,
perkataan tersebut disertakan gambar untuk memudahkan pembelajaran murid
melalui pembelajaran secara visual. Kaedah tersebut tidak menggunakan aktiviti
mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu,
guru menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan
satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi
perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi
huruf r iaitu [r] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ru]. Secara ringkas, kaedah
pandang sebut ini dapat membantu murid dalam mengukuhkan asas bacaan
berdasarkan skema bahasa sedia ada mereka.

Seterusnya kaedah bunyi kata. Berdasarkan kaedah ini, pembelajaran


kemahiran membaca murid berlaku secara berperingkat bermula dengan bunyi huruf
digabungkan dengan nama huruf dan bentuk huruf (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000).
Setelah itu, murid membina suku kata dan seterusnya membina perkataan. Contoh
aktiviti bagi pengajaran kemahiran membaca adalah seperti yang berikut:

•  Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang.
Murid menyebut nama huruf tersebut.
•       Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
•       Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
•       Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
•    Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil
menyebutnya dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.
•       Murid membaca apa yang telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf 
•       Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Anda mungkin juga menyukai