Anda di halaman 1dari 27

Bahasa Melayu - Aktiviti Pratulisan

Aktiviti Melukis di Udara, Pasir, Air dan Cermin

Ada tiga aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah, sebelum mengajar
murid-murid menulis, iaitu:

1 Latihan melukis bentuk asas di udara


(a) Pastikan posisi guru dan murid betul.
(b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
(c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak.
(d) Sebut nama bentuk semasa melukis di udara.
(e) Lakukan secara berulang-ulang.
2 Latihan melukis bentuk asas di atas pasir
(a) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
(b) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak.
(c) Sebut nama bentuk semasa melukis di pasir.
(d) Latihan secara berulang-ulang.
(e) Gunakan dulang jika dilaksanakan dalam bilik darjah.

3 Latihan melukis di dalam air


(a) Boleh menggunakan bekas air seperti baldi dan lain-lain.
(b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
(c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak.
(d) Sebut nama bentuk semasa melukis.
(e) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan.

KEMAHIRAN LISAN, KEMAHIRAN


MEMBACA, KEMAHIRAN MENULIS
Objektif mengajar kemahiran mendengar dan bertutur
Objektif kemahiran bertutur
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan al asan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Objektif kemahiran mendengar


(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,
iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang

terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Faktor yg mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur


Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :a)Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan
menghasilkan bahasa.
b)Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di
masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit
tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
c)Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu
tidak boleh bertutur dengan baik.
d)Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
e)Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan
lebih dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani
kanak- kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat
daripada kanak-kanak lelaki.
Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar:
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.
Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi
sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai
pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat
pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara
kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun
lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya
dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk kemudahan di
rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak.
Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu
emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh
pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan
daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses
mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan

mereka mendengar.

Faktor yg perlu diambil kira sebelum membina bahan P&P


1. Kemahiran yang ingin diajarkan.
2. kandungan pelajaran
3. tujuan utama ABM tersebut di bina
4. kepelbagaian fungsi ABM
5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid
Murid dikehendaki melaporkan sesuatu peristiwa. Bagaimanakah caranya menyusun mengikut
urutan?
1)kronologi (masa atau peristiwa)
2) keutamaan atau kepentingan
3) kata tanya (siapa,apa, dimana, bagaimana n mengapa)
4) kategori atau ciri

Nota tentang bacaan mentalis, mekanis, intensif dan ekstensif.


Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada
maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan
mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara,
sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini
dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
Tujuan
(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya,
(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis


(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit

dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.


(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan
memandu murid-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

Bacaan Mekanis
mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,
dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas
permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan
bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Tujuan
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila
menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada
tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Aktiviti bacaan mekanis


Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan
dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang

susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji
kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

Bacaan intensif
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam
meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia
memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guruguru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Konsep
(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.
(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang
sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.
(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan
pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.
(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi,
lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.

(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.


(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Aktiviti bacaan intensif


(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam
kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan
tatabahasa.
(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan
dengan menggunakan imbuhan, hari kedua latihan perkamusan, hari ketiga latihan meneka
maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan sebagainya.
(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk
salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di
luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya
menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi
bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan
kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan
dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Nota tentang pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif


Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson
(1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah
sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumatmaklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan. Murid
dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentafsir
maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan
seseorang guru boleh membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan
pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu,
matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran Matematik dan
Sains banyak menggunakan pendekatan induktif.
Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan dengan seorang murid
mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu
kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contohcontoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada

murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Setiap guru boleh
menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam penyampaian maklumat kepada muridmurid. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan
untuk membimbing murid membuat kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan contohcontoh yang telah dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, Bagaimanakah anda
menghadapi situasi banjir di rumah?. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar
untuk memerhati dan menganalisis contor agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih memudahkan
murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus,
guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan. Secara umumnya,
jenis pendekaran induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan hukum yang
umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah
mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi
serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk
diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum atau
tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan
tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui
contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan
mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum
memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk
mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik
daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah
induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula murid yang akan
memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan
kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan
contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika
guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh
dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan
deduktif. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara
iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif.
Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik. Guru boleh
mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan
guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini
berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang
penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana
pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang
betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan
menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat

membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.


Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam
aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid
dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam
konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat
berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu
seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.
Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam
bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam
masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini
merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara
efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah
dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan skimming
Bagaimana Melakukan skimming?
Skimming dilakukan dengan cara membaca judul bab, sub bab, dan beberapa alinea pertama dalam
setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat kesimpulan dalam tiap bab, maka anda dapat pula
membaca sekilas ringkasan tadi.
Fungsi skimming adalah mendapatkan idea utama tentang topik bacaan, bukan detailnya. Jadi
skimming dapat dikatakan berhasil jika anda boleh mendapatkan idea pokok dan boleh
membayangkan apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku secara umum.
Proses skimming ini sangat berharga sebelum anda membaca secara mendalam halaman demi
halaman. Dengan skimming anda mempersiapkan otak untuk menghadapi bahan bacaan yang
sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna menciptakan rasa ingin tahu, memastikan apakah
buku yang akan dibaca sesuai dengan yang diharapkan, dan mendapatkan pokok cerita.
Fungsi Skimming
Selain untuk melakukan pembacaan sekilas, skimming juga berguna dalam banyak proses membaca
lainnya. Adapun beberapa alasan mengapa skimming dapat dilakukan tanpa harus terlalu khawatir
kehilangan makna adalah:
-Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata penting yang menjadi pembentuk strukturnya.
Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak terlalu penting, maka makna kalimat sudah dapat
ditangkap tanpa harus kehilangan makna sesungguhnya. Pada kesempatan yang akan datang saya
akan membahas hal ini yang dikenal pula dengan nama telegraphic reading.
- Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak semua bahagian memiliki tingkat kesulitan yang
sama. Ada bahagian tertentu yang memang relatif lebih ringan dan mudah dipahami dibandingkan
dengan bagian yang lain. Bahagian yang ringan dapat dibaca dengan sangat cepat lewat skimming
sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara lebih lengkap dan teliti.
- Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan berperan dalam membentuk struktur kalimat

yakni subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa Indonesia dulu? Subjek-Predikat-ObjekKeterangan (SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam bahan bacaan dan menguasai
terutama Subjek dan Predikat, maka inti bacaan sudah dapat dikenali. Karena itu, berfokuslah pada
kata benda dan kata kerja. Selain itu, kuasai pula kata-kata penghubung yang bisa mengubah
makna kalimat secara nyata jika kata-kata tersebut dihilangkan. Kata-kata tersebut antara lain:
tidak, bukan, meskipun, akan tetapi, sebaliknya, pada sisi yang lain, dst.
Proses Skimming
Karena skimming berguna untuk mendapatkan gambaran umum suatu bahan bacaan, maka perlu
koordinasi yang baik ketika melakukan skimming dengan otak yang aktif bertanya, menganalisa,
membandingkan, serta membuat kesimpulan.
Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti membaca sambil lalu. Sebaliknya, dibutuhkan
proses membaca aktif di mana semua indera yang terlibat bekerja, mulai dari mata, otak, bahkan
indra lain seperti penciuman dan pendengaran. Membaca aktif adalah ketika Anda seolah-olah
masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa mendengar, mencium serta merasakan apa-apa
yang dituliskan.

Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu diperhatikan ketika melakukan skimming:
Baca cover atau jacket buku yang biasanya menjelaskan tema besar buku tersebut dan mengapa
buku tersebut penting buat Anda
Baca kata pengantar. Banyak orang malas membaca pengantar karena dianggap basa-basi. Hal
tersebut keliru. Kata pengantar seringkali sangat penting karena penulis biasanya menjelaskan
proses penulisan buku tersebut dari awal sampai selesai serta pendekatan yang digunakannya. Dari
kata pengantar Anda bisa mendapat gambaran apakah buku yang sedang dipegang memang layak
untuk dibaca sampai selesai atau sebenarnya tidak penting buat Anda. Bagian yang berupa ucapan
terima kasih, penghargaan dan sejenisnya bisa dilewatkan.
Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati bagian ini dan langsung melompat ke bab
pertama. Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur pembahasan dalam buku. Ini akan membantu
Anda menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar dan lengkap. Selain itu, tidak setiap bab
penting untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah Anda pahami dari buku-buku yang pernah
dibaca sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau dibaca sekilas saja. Energi yang lebih besar
nantinya dapat difokuskan pada informasi baru yang memang perlu Anda kuasai dari bahan bacaan
tersebut.
Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati diagram, gambar dan keterangan tambahan. Secara
cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja. Baca judul bab, sub judul, heading serta amati
secara singkat gambar atau diagram yang menjadi penjelas bab tersebut. Dapatkan ide pokok hanya
dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi
sebelumnya.

Kaedah ini mementingkan membunyikan bunyi-bunyi bacaan dan bunyi ayat melalui gambar.
Apakah nama kaedah tersebut.
Kaedah pandang sebut - kaedah membunyikan perkataan dan membunyikan ayat melalui gambar

Tujuan teknik KWLH


1) Tujuan teknik KWLH ialah membaca secara kritis
2) mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan perkara yang dibaca.
3) mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
4) mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu
diketahui lagi.
5) meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan sesuatu bahan yang dibaca.

Tujuan objektif pengajaran di dalam kelas. Tujuan guru mengajar:


Tujuan objektif pengajaran :
1) menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan bahawa segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan itu tidak dilakukan secara sambil lewa atau sewenang-wenangnya.
2) Objektif pengajaran menggariskan dengan jelas arah pengajaran dan memberi panduan kepada
penggubal soalan peperiksaan dari segi bentuk dan kandungannya.
3) membantu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat
pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi
pendidikan yang sesuai digunakan.
4) memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan
pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar, memberi asas kepada guru dalam
melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.
5) menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir
pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.

Tujuan penentuan langkah:


-Mengurangkan pembaziran masa
-Memfokuskan guru kepada bidang diajar dan isi yang cukup dalam tempoh waktu yang
diperuntukkan;
- Membolehkan guru menghadapi murid dengan yakin dan
-Membantu guru mengingati isi pelajaran yang disampaikan.

Binaan instrument penilaian (ujian &peperiksaan)


Penilaian pendidikan adalah proses pengumpulan dan pengolahan informasi untuk menentukan
pencapaian hasil belajar peserta didik. Untuk itu, diperlukan standar penilaian. Standar penilaian
pendidikan adalah standar nasional pendidikan yang berkaitan dengan mekanisme, prosedur, dan
instrumen penilaian hasil belajar peserta didik.
Tulisan tentang Standar Penilaian Pendidikan ini saya dasarkan pada lampiran permendiknas
20/2007. Ada 4 (empat) tulisan/judul posting yang merupakan satu rangkaian:
Jenis Penilaian
Prinsip Peniliaian
Teknik dan Instrumen Penilaian
Mekanisme dan Prosedur Penilaian

Teknik dan Instrumen Penilaian


1. Penilaian hasil belajar oleh pendidik menggunakan berbagai teknik penilaian berupa tes,
observasi, penugasan perseorangan atau kelompok, dan bentuk lain yang sesuai dengan
karakteristik kompetensi dan tingkat perkembangan peserta didik.
2. Teknik tes berupa tes tertulis, tes lisan, dan tes praktik atau tes kinerja.
3. Teknik observasi atau pengamatan dilakukan selama pembelajaran berlangsung dan/atau di luar
kegiatan pembelajaran.
4. Teknik penugasan baik perseorangan maupun kelompok dapat berbentuk tugas rumah dan/atau
proek.
5. Instrumen penilaian hasil belajar yang digunakan pendidik memenuhi persyaratan (a) substansi,
adalah merepresentasikan kompetensi yang dinilai, (b) konstruksi, adalah memenuhi persyaratan
teknis sesuai dengan bentuk instrumen yang digunakan, dan (c) bahasa, adalah menggunakan
bahasa yang baik dan benar serta komunikatif sesuai dengan taraf perkembangan peserta didik.
6. Instrumen penilaian yang digunakan oleh satuan pendidikan dalam bentuk ujian
sekolah/madrasah memenuhi persyaratan substansi, konstruksi, dan bahasa, serta memiliki bukti
validitas empirik.
7. Instrumen penilaian yang digunakan oleh pemerintah dalam bentuk UN memenuhi persyaratan
substansi, konstruksi, bahasa, dan memiliki bukti validitas empirik serta menghasilkan skor yang
dapat diperbandingkan antarsekolah, antardaerah, dan antartahun.

Tujuan penulisan (sebab guru mengajar di sekolah)


Terbahagi kepada 2

1. Tujuan serta merta


2. Tujuan lanjut
TUJUAN SERTA MERTA
1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap
dan pantas
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat
dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
3. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau
mebaca buku-buku luar untuk menambahkan lagi isi bacaannya.

TUJUAN LANJUT
1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan
3. Menyediakan mereka dengan pengetahuan

Matlamat utama penulisan


Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras
yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang
kritis dan analitis.

Tujuan menulis karangan


Tujuan Mengarang
Tujuan utama menulis atau mengarang adalah sebagai sarana komunikasi tidak langsung. Tujuan
menulis banyak sekali ragamnya. Tujuan menulis secara umum adalah memberikan arahan,
menjelaskan sesuatu, menceritakan kejadian, meringkaskan, dan menyakinkan (Semi, 2003:14154). Menurut Syafieie (1988:51-52), tujuan penulisan dapat diklasifikasikan sebagai berikut.
1) mengubah keyakinan pembaca;
2) menanamkan pemahaman sesuatu terhadap pembaca;
3) merangsang proses berpikir pembaca;
4) menyenangkan atau menghibur pembaca;
5) memberitahu pembaca; dan
6) memotivasi pembaca.
Selain itu, Hugo Harting (dalam Tarigan, 1994:24-25) mengkalasifikasikan tujuan penulisan, antara

lain tujuan penugasan (assingnment purpose), tujuan altruistik (altruistic purpose), tujuan persuasi
(persuasive purpose), tujuan penerangan (informational purpose), tujuan penyataan (selfexpressive purpose), tujuan kreatif (creative purpose), dan tujuan pemecahan masalah (problemsolving purpose).
Tujuan-tujuan penulisan tersebut kadang-kadang berdiri sendiri secara terpisah, tetapi sering pula
tujuan ini tidak berdiri sendiri melainkan merupakan gabungan dari dua atau lebih tujuan yang
menyatu dalam suatu tulisan. Oleh karena itu, tugas seorang penulis tidak hanya memilih topik
pembicaraan yang sesuai atau serasi, tetapi juga harus menentukan tujuan yang jelas. Penentuan
tujuan menulis sangat erat hubungannya dengan bentuk atau jenis-jenis tulisan atau karangan.

Tujuan ejaan diajar:


1. Dapat melatih murid-mrid mendengar perkataan dengan baik dan menulisnya dengan tepat
2. Dapat melatih dan meningkatkan pengamatan murid-murid melalui deria telinga
3. Dapat melatih murid-murid menulis melalui pendengaran dan bukan melalui peniruan
4. Melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap perkataanperkataan tertentu
5. Meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau konteks perkataan dan boleh
menggunakannya dalam konteks situasi yang betul
6. Menigkatkan perbendaharaan kata murid-murid

Kaedah mengeja yang betul

i) Kaedah mengeja
-mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian suku-suku kata ini
digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu = batu.
- Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu

ii) Kaedah bunyi


-Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,misalnya ba, tang =
batang
-Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata danakhirnya perkataan.
Misalnya ,- b (beh), a (ah) = ba- t (teh), u (uh) = tu- ba + tu = batu

iii) Kaedah Huruf


-Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini
mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu
-Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf a, b, c, d y, z,vokal dan konsonan

-Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:vokal - a, e, i, o, uvokal dan konsonan ba, be, bi,
bo, bu diftong ai, au, oi.
-Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba +tu = batu, a + ku
=aku dan sebagainya.
-Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca

iv) Kaedah Pandang Sebut


-Kaedah ini mementingkan dua perkara:- Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan
pengalaman melaluigambar.- Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

Peringkat pengajian menulis:


Peringkat pengajian menulis terbahagi kepada 3 :
a) Peringkat pramenulis (persediaan)
b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
c) Peringkat untuk pelahiran

Peringkat Pramenulis
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid murid disediakan dengan aktiviti aktiviti menulis
sebelum mereka dapat menulis huruf huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini
latihan otot otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid murid
dari awal awal lagi. Keadaan ini membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang
lambang yang kemas, dan jelas. Pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik
tolak daripada aktiviti aktiiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan latihan pratulisan ini
mementingkan perkara perkara berikut .
Melakukan latihan latihan pergerakan tangan
Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna
Melakukan latihan latihan pergerakan mata
Melakukan latihan latihan kordinasi tangan dan mata
Contoh latihan
1) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri
2) Latihan mengikut garisan garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan

3) Latihan latihan membentuk garisan lurus


4) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat
tulis (lukis bulatan dari kecil ke besar)
5) Latihan melukis gambar gambar yang mengandungi garisan garisan lurus dan bulat,
6) Latihan membentuk corak corak campuran bulatan dan garisan lurus dan ia dilakukan dengan
bebas

Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan mekanis)


Setelah murid murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul. Mereka boleh dilatih membentuk lambang lambang tulisan.
Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai
sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah murid tersebut dilatih membentuk huruf
pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf pada kertas bergaris, kawalan
tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu
garis.
Contoh latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis
1) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dlaam keadaan yang terkawal
2) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua
3) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris Saturday latihan membentuk lambing tulisan
dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang
seragam dan mudah dibaca.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru haruslah memberikan perhatian kepada beberapa
perkara.
a) Kanak kanak harusdiperkenalkan pada lambang lambang huruf dengan menggunakan gambar
b) Sebelum dilatih menulis, latihan bebas perlu diberikan untuk membentulkan urat urat daging
kanak kanak
c) Kanak kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama nama huruf
d) Menggunakan kertas, mula mula tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang
bergaris
e) Setelah kanak kanak dapat menggunakan alat alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan
buku dan alat alat lain yang sesuai
Contoh latihan
1) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

2) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan


3) Memadankan dan menyalin dua suku kaata supaya menjadi perkataan yang bermakna
4) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
5) Menyalin perkataan yang mudah
6) Menyalin ayat ayat yang mudah

Peringkat Menulis untuk kelahiran


Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka
secara bertulis. Cara cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat ayat
dan perenggan sehingga murid murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.
Contoh latihan
1) Mengisi silang kata
2) Mengisi tempat kosong dalam ayat
3) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
4) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberikan
5) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
6) Membentuk ayat ayat bagi menyudahkan ayat
7) Menulis ayat ayat berdasarkan gambar gambar yang disediakan
8) Menulis jawapan jawpaan kefahaman
9) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
10) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan (rujuk sukatan pelajaran BM sekolah rendah)

Peringkat permulaan karangan


Sebelum membuat sesebuah karangan, kita hendaklah memilih dan mamahamkan tajuk karangan.
Selepas itu, kita hendaklah fikirkan tentang
a) Pengenalan
b) Isi karangan
c) Penutup

Peringkat permulaan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan ini, kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau
tidak faham. Kita haruslah berusaha untuk menarik perhatian pembaca supaya untuk terus ingin
membaca karangan itu. Pengenalan karangan tersebut tidak perlu panjang dan memadai dibuat
secara ringkas dan secara umum sahaja.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan


Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan
secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran
membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca
(membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan
juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.
Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat
supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988)
membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:
i. peringkat menyediakan murid
ii. peringkat mendirikan asas
iii. peringkat melatih membaca dan memaham
iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.
Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu
tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru
tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat
membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.
Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada
murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga
bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan
bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa,
dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid
secara berterusan.
Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan
yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran,
guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh
dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang
dibaca akan membantu murid membina kemahiran memaham.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang
dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari
maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan
mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.
Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca hendaklah
dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah
kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Perkara yang diperlukan dalam penulisan karangan oleh murid


Sebelum penulisan:
1. Mencari dan memahami kata kunci bagi soalan atau tajuk karangan
2. Perancangan penulisan penyusunan isi-isi penting serta huraian atau contoh
3. Mengetahui format penulisan karangan yang dikehendaki

Semasa penulisan:
1. Penghuraian isi-isi penting bagi menguatkan isi atau fakta yang hendak dinyatakan
2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai
3. Memberikan tumpuan kepada isi-isi yang tertinggal

Selepas penulisan:
1. Membuat semakan terhadap kesilapan penggunaan tatabahasa kata hubung, tanda baca, kata
ganti diri dan ejaan
2. Memastikan format karangan adalah betul

Prinsip pemilihan bahan.


Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan
pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :
1. Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran
boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran.
Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang

dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan
kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh
itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu
bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan
dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan situasi tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar
belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika
menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai
dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang
sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam
suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran
pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu
merupakan tiga konsep yang penting.
2. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan,
pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan
rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah
bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri
berikut :
a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang
bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.

g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati
kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan
antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan
dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik
a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun
berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat
rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai
manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan
pemahaman.
d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudah


Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya
mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan
menggunakan bahan terbuang.

6. Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada

kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta
menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar
menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika
digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan
juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

7. Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana dan tidak
terlalu berat atau besar.
Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan
teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif
komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini
biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

Kawalan bahan pengajaran bertujuan supaya pengajaran dapat disampaikan dengan seimbang.
Mengapa perlu kawalan bahan?
Tujuannya supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini
bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai
dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.
Guru harus:
Mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan.
Memastikan kecukupan masa dan kesesuaian bahan dengan waktu pengajaran.
Apa yang dirancangkan itu hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.
Bahan-bahan yang tidak selesai disampaikan dalam pelajaran pertama hendaklah disempurnakan
dalam pelajaran berikutnya.
Dikawal supaya bahan-bahan tersebut tidak diajar berulang kali.

Kesalahan yang biasa oleh murid-murid semasa menulis karangan


Kesalahan pertama ialah kesalahan memilih tajuk. Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku
kerana murid tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin
murid terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
Kesalahan kedua ialah kekurangan isi. Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah murid menghuraikan
isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi
yang sama. Hal ini berlaku kerana murid kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

Kesalahan ketiga ialah pembahagian perenggan. Ada murid meletakkan beberapa isi dalam satu
perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada murid
menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!
Kesalahan keempat ialah tidak merangka karangan. Ada murid yang terus menulis tanpa mencari isi
terlebih dahulu. Murid yang tidak merangka bererti murid tersebut tidak menyusun isi. Ini
menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak
berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada murid yang menulis sambil
mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
Kesalahan kelima ialah kesalahan tatabahasa. Murid perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat
penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah
kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada murid yang tidak dapat membezakan antara "pada"
dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak
menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi murid tidak menggunakan imbuhan
langsung untuk karangannya.
Kesalahan keenam ialah kesuntukan masa. Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa
memainkan peranan penting. Murid yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini
menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak
sempat ditulis. Terdapat kes murid yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan
baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya
mendapat 50 % ( C ) sahaja.
Kesalahan-kesalahan lain ialah seperti tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan, tidak
dapat mengenal pasti format yang diperlukan dan Masih ada yang menggunakan bahasa dialek
daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan ).

Cara berkesan menghasilkan karangan yang baik


Sebelum membuat sesuatu karangan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak
soalan karangan itu. Selepas itu murid fikirkanlah pula tentang Pengenalan, isi-isi dan penutup.
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan murid
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau
faham. Murid hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini
dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang
menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah
terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang
lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan
teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan.
Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek
dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan
itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan
oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi
karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik
dan banyak, murid hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah,
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman

sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang
sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan
tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah
yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan
juga pendapat murid dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan
menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting
dalam tiap-tiap karangan.

Kaedah pandang sebut (proses kaedah)


KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan
menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak
menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah
kerana pola-pola suku katanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada
lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu
jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedahkaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa
Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanakkanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan
menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya: ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti
cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan
diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong
kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan
mempunyai ingatan foto "photographic memory" . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap
perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Langkah pengajaran
Murid diajar menyebut seluruh perkataan selepas guru menyebutnya dan menulisnya di papan
tulis.
Perkataan seperti meja dan cawan kemudian dicerakinkan menjadi suku kata, seperti me ja
dan ca wan. Murid membaca suku kata.

Kemudian perkataan meja dan cawan ini dicerkain lagi menjadi huruf. Seperti m e j a c a w
a n.
Murid mengeja dan menUlis huruf dan perkataaan
Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk bahasa yang sistem ejaannya logografik eg. Bahasa
Cina dan bahasa Mesir Tua.

Kelebihan dan kelemahan kaedah pandang sebut.


Kajian menunjukkan beberapa kelemahan dalam kaedah ini

Kanak-kanak cuba mengcam dan membaca perkataan dengan cara meneka dari
bentuknya.

Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan yang lalu untuk attack
membaca perkataan baru.

Murid perlu mengecam dan menghafal banyak perkataan sebelum ia boleh membaca
sesuatu cerita.
KELEBIHAN
Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan
hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut.
Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid.
Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai
sejumlah perkataan.
Menurut Goodman : Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya
merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.
Membaca secara mekanis dan ciri pelaksanaannya
Pembacaan mekanis adalah proses yang dapat membantu peningkatan pencapaian akademik muridmurid. Aktiviti membaca secara nyaring kepada murid secara terkawal akan meningkatkan minat
murid dalam kadar masa yang segera teruamanya dalam bidang sastera. Guru haruslah prihatin
terhadap pembacaan murid dengan cara memerhati wajah mereka sambil mengawal keadaan. Guru
juga seharusnya pandai memilih bahan bacaan yang menarik supaya dapat menghadapi masalah
untuk mengawal disiplin murid. Membaca kepada murid dengan nyaring merupakan aktiviti yang
penting bagi semua peringkat murid bermula dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat
universiti. Aktiviti membaca secara nyaring dapat meningkatkan suasana yang menarik di dalam
bilik darjah bagi tujuan pembelajaran murid di sekolah.
Selain itu, bagi menambahkan minat murid untuk membaca, guru perlulah menyediakan
persekitaran yang selesa dan dapat menggalakkan pembelajaran murid. Ini dapat dilakukan dengan
menyediakan sudut bacaan di dalam kelas dengan pelbagai jenis buku yang menarik. Lebih banyak
buku yang disediakan, lebih banyak peluang kepada murid dalam membuat pilihan mengikut minat
dan kegemaran mereka. Kajian yang pernah dibuat oleh pihak University Of Southern California
menunjukkan murid yang kurang bahan bacaan di dalam kelas mereka memperolehi skor yang
rendah jika dibandingkan dengan murid yang memiliki bahan bacaan yang agak banyak di sudut
kelas mereka.

Langkah seterusnya, guru melakukan bacaan nyaring untuk pemahaman. Ketika membuat bacaan
nyaring, kemudian berhenti di tempat-tempat tertentu untuk berbincang mengenai sesuatu yang
terdapat dalam bahan bacaan itu sebenanya secara tidak langsung mengajar murid-murid cara-cara
membaca dengan betul dan cara-cara untuk memahami maklumat yang terdapat dalambahan
bacaan itu. Contohnya, guru ingin membincangkan sesuatu mengenai gambar hiasan yang terdapat
pada muka surat tertentu atau ingin menjelaskan makna perkataan tertentu, bertanya tentang
sesuatu kepada murid, berbincang tentang sesuatu peryataan dan sebagainya. Selain daripada itu,
terdapat tiga contoh strategi yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran pemahaman membaca.
Pertama iaitu berfikir tentang cerita yang dibaca. Guru berhenti membaca lalu meminta murid
berfikir tentang sesuatu yang berkaitan dengan cerita tersebut seperti kemungkinan kesudahan
cerita tersebut. Kedua ialah dengan membuat peta minda. Sambil membaca guru dan murid
membuat peta minda seperti perwatakan watak-watak penting yang terdapat dalam bahan bacaan
yang dibaca. Sumber maklumat ditambah satu demi satu sepanjang bacaan yang dibuat. Ketiga
ialah dengan membuat nota ringkas. Nota rigkas ini digunakan untuk membuat ulangkaji sebelum
membuat bacaan pada bab seterusnya. Antara aspek yang dapat dicatatkan termasukah unsur
konfik atau masalah yang terdapat dalam cerita atau bacaan tersebut, maklumat mengenai watakwatak, peristiwa penting, nilai,pengajaran, tema, persoalan, gaya bahasa dan sebagainya.
Langkah seterusnya dengan penglibatan perpustakaan. Pertama, membantu pihak sekolah
mempromosi kempen membaca serta menjadi penyelaras dalam apa-apa program membaca yang
diadakan di sekolah dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi termasuklah bahan bacaan
bagi murid-murid inklusif bermasalah penglihatan serta membuat promosi untuk menambah ahli di
perpustakaan. Kedua, dengan menyediakan bahan-bahan yang mencukupi terutamanya bahan
dalam bentuk komputer dan perisian yang sesuai. Ketiga, menganjurkan program atau aktiviti untuk
membantu ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran membaca, terutamanya bagi sekolah-sekolah
di luar bandar dan mendapatkan bantuan daripada pihak luar untuk membantu dalam menjayakan
program tersebut. Keempat, memberikan pengiktirafan atau hadiah kepada murid-murid yang
menunjukkan kecenderungan dan minat untuk membaca bahan-bahan yang terdapat di
perpustakaan.
Pihak media juga dapat membantu dengan memberikan ruang iklan secara percuma bagi apa-apa
iklan yang berkaitan dengan program membaca. Secara umumnya, kanak-kanak perlu memiliki
kemahiran membaca dan menulis selewat-lewatnya ketika mereka berada di tahun tiga sekolah
rendah. Pihak pengurusan sekolah perlu sedar bahawa usaha yang mencabar ini tidak mungkin
dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa sokongan daripada masyarakat luar sekolah.
Kesimpulan, sekiranya guru kerap membuat bacaan secara nyaring untuk murid-murid maka akan
timbul kesedaran dalam diri murid-murid bahawa membaca itu merupakan sesuatu yang
menyeronokkan. Mereka juga sedar bahawa gambar hiasan yang terdapat dalam bahan bacaan itu
merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan maklumat yang hendak disampaikan. Mereka juga
memahami bahawa buku dibaca dari kiri ke kanan dan apa yang dicetak pada buku itu
melambangkan perkataan serta setiap cerita itu terdapat permulaan dan pegakhiran. Dengan
mendengar bacaan guru dan mengemukakan soalan, daya pemahaman dan perbendaharaan kata
mereka akan meningkat. Begitulah pentingnya membaca bahan bacaan secara mekanis itu penting
kepada murid

Perlaksanaan membaca secara mentalis.


Aplikasi dalam kelas bacaan
Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh
sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan
mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku
kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan

dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru
menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai
kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin
menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan
begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.
Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky)
Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan
mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat
terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai
contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih
dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
1.Kebaikan
1.1 Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran
bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan
itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan
pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
1.2 Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar
sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka
sendiri.
1.3 Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan
pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran
berbahasa.
2. Kelemahan
2.1 Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan.
Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid
hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar
dan bertutur)

Anda mungkin juga menyukai