Anda di halaman 1dari 32

nota bahasa melayu

1.0 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA DAN


MENULIS.

1.1.1 KEMAHIRAN LISAN


Pendahuluan :
Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang
itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
1.2.0 Kemahiran Mendengar
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di
peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian
terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan,
dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30%
bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran
berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya
mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar
sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses
paling utama dalam proses Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian
besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah.
Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di
universiti adalah antara 50% - 100%.

1.2.1 PROSES MENDENGAR


Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah
datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas

dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah
deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu
yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.
b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan
bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar
akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam
perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau
tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.
c) Menguasai makna
Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat
memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain
dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi
lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah
melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata,
pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang
dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat
interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi


Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat
tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
1.2.2 JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:
1.2.2.1 Mendengar Secara Intensif
Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif
boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang
berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan

kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan


kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai
cara. Antaranya ialah:
i) Mendengar arahan
Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya.
Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakanrakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik
akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula
segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu
tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan
sebagainya.

ii) Menjawab soalan kefahaman


Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal
pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk
fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai
aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan,
memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu,
membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.
iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat
Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian
tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih
murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja
dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh muridmurid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar
dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang
tetentu
dalam
seminggu
dan
sebagainya.
iv) Membuat ringkasan

Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang


apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih
dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar
sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk
laporan bertulis.

v) Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang
bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada
mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami
meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu
mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid
diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara
bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu,
tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran
mendengar
secara
intensif.
Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru
boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada
peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu
bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk
bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh
menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami
apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka
terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar
berbagai-bagai bentuk bahasa.
Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru
boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan
yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian muridmurid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan,
intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan
seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan muridmurid.

1.2.2.2 Mendengar Secara Ekstensif


Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah muridmurid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan
dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang
seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui
aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.
Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa
yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada
apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada
sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu
menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta
hujah dengan baik.
1.2.3 BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR
Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya ialah:
1.2.3.1 Mendengar secara pasif
Ini merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat
ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran
yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si
pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan
semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong
kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang
diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar
untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

1.2.3.2

Mendengar Secara Bertelau-telau

Mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua.


Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.
Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan

menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka


kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.
1.2.3.3 Mendengar Tanpa Tindak Balas
Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak
membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak
peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan
menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih,
simpati atau sebagainya.

1.2.3.4 Mendengar Secara Membuak-buak


Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk
kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di
peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih
rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar
bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya
memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka
terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.

1.2.3.5 Mendengar Dengan Beremosi


Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa
yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan
sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar,
memaham
dan
bertindak
terhadap
ujaran
tersebut.
1.2.3.6 Mendengar Secara Berhati-hati
Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan
secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap
kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu
percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan

ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami
dengan
tepat
dan
betul.
1.2.3.7 Mendengar Secara kritikal
Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si
pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan
sesuatu
fakta
yang
didengarnya.
1.2.3.8 Mendengar Dengan Pengamatan
Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah
boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses
mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si
pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika
ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.

1.2.3.9 Mendengar Secara Kreatif


Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia
manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat
ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu
setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh
membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan
jitu.
1.2.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR
-Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
-Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
-Melakukan sesuatu yang disuruh.
-Menjalankan perintah dan permintaan.
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
-Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.
(b) Peringkat pertengahan

-Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
-Mengenal maklumat khusus.
-Mengesan urutan.
-Mengenal sebab dan akibat.
-Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi.
-Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

(c) Peringkat maju


- Mengenal isi-si penting
-Mengetahui peranan dan perhubungan orang-orang yang bercakap.
-Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
-Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
-Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
-Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
-Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur
tatabahasa.
1.2.5 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN P EMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan.
Perancangan boleh dilakukan mengikut tiga peringkat yang berikut
Peringkat pramendengar
Peringkat semasa mendengar
Peringkat selepas mendengar

1.3 KEMAHIRAN BERTUTUR


1.3.1 Pengenalan
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa manusia( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh
kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai

pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanakkanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.
1.3.2 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan
sembilan aspek pertuturan seperti berikut:
Sebutan,Tekanan, Mora(panjangpendek), Jeda(persendian), Intonasi, Nada,
Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan, Laras Bahasa.
1.3.3 TUJUAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan
buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam
aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru
haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari
segi sebutan, intonasi serta menggunakan ayat dengan tepat.

1.3.4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN


Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat iaitu :
Peringkat Persediaan
Peringkat Perlaksanaan Aktiviti
Peringkat Susulan dan Penilaian
1.4 KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar
dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan
yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan
daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca
memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti
verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan

bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan
menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan
pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas
bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang
pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama
kemahiran lain seperti mengira dan menulis.
1.4.1 TUJUAN MEMBACA
Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
a) Tujuan serta-merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memahami
sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh
membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca
dengan cepat, tidak teragak-agak dan tidak mengambil masa yang panjang untuk
menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti
murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
b) Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah,
membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah
hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan
cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka
menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri
dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.
1.4.2 PROSES MEMBACA
Proses membaca yang bermatlamatkan kefahaman melibatkan proses mental yang
kompleks iaitu merangkumi proses-proses seperti yang di bawah:
Dalam pengajaran bacaan di sekolah rendah, penekanan diberikan kepada bacaan
mekanis dan bacaan mentalis. Pada peringkat awal, proses pengajaran dan
pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis , iaitu guru akan memberikan
contoh sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul dengan kuat dan jelas. Proses
ini diikuti oleh murid yang akan membunyikan secara kuat sama ada secara
beramai-ramai, berkumpulan ataupun secara individu.
Murid-murid akan diajar dengan bacaan mentalis atau akaliah setelah mereka
menguasai atau berkemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa
untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan
dibincangkan atau menjawab soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid-murid.
Bacaan mentalis ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Perkara penting yang
perlu diketahui oleh guru ialah bacaan mentalis diutamakan bagi murid-murid di

sekolah rendah, sementara bacaan mentalis lebih diutamakan pada peringkat


sekolah menengah.
1.4.3 JENIS-JENIS MEMBACA
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;

Bacaan mekanis : Merupakan bacaan kuat yang mementingkan sebutan


huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang
betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada
perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan mentalis : Dikenali juga sebagai bacaan akaliah dan merupakan


bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara
aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan
ini.

Bacaan intensif : Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Ianya juga member penekanan kepada kajiankajian terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan.

Bacaan ekstensif (meluas) : Merupakan bacaan meluas yang menekankan


aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.Bacaan jenis ini
menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan,menambah kemahiran memaham
dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca; kebiasaannya
melalui pembacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di
samping berpeluang menambah ilmu pengetahuan.
1.4.4 PERINGKAT-PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA
Pemahaman membaca bermaksud satu system yang merekod segala maklumat
secara konstektual dalam pemikiran pembaca. Setiap konsep membentuk satu set
minda dan dalam waktu yang sama, pembinaan makna berlaku. Pengalaman lalu,
sedia ada menggabungkan pengalaman baru, member kekuatan kepada
pemahaman makna yang sebenar. Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan
iaitu :
a) Peringkat Lateral (penubuhan makna)
b) Peringkat Interpretasi (pentafsiran makna)
c) Peringkat Inferens (perumusan makna)
d) Peringkat menilai (penilaian makna)
1.4.5 TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh
dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi ,
kecerdasan pelajar dan tujuan membaca. Berikut ialah beberapa teknik membaca:

Teknik Membaca SQ3R


Teknik digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan mahir membaca.
Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menguji pemahaman pelajar
berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R
bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941). SQ3R membawa maksud :
S SURVEY (TINJAU)
Q QUESTION (PENYOALAN/PERTANYAAN)
R READ (BACA)
R- RECITE (IMBAS KEMBALI)
R- REVIEW (BACA SEMULA)
Teknik Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan
sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan
pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baru selepas proses
pembacaanya.
KWLH bermaksud:
K (KNOW) - Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca).
W (what) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca).
L (learnet) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca).
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang lain.
Teknik Directed Reading Thinking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir
Terarah)
Teknik ini diperkenalkan oleh Russel Stauffer (1969/1975). Menurut beliau, teknik ini
membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan
bacaan (teks, imej, symbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan
dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal
dan mengesahkan maklumat yang dibaca.

1.5 KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan
Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan
bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej , maklumat atau
idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik
semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambing bunyi
yang kita buat semasa kita bercakap.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan kemahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
1.5.1 Konsep Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid
juga perlu mengusai struktur karangan seperti tahu menulis panduan,
pemerengganan dan menulis kesimpulan.
1.5.2 Tujuan Menulis
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan
situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

1.5.3 Peringkat Kemahiran Menulis


Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan
dan matra diberikan kepada murid.
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar kemahiran membentuk
huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis
huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti


kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh
menulis pelbagai jenis karangan. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan
idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam
masa yang sama, mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan
yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan
menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
1.5.4 Jenis-jenis Penulisan
Penulisan boleh dibahagikan kepada lima kategori, iaitu karangan, penulisan
ringkas, penulisan untuk majlis rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.
Penulisan Terkawal
Karangan terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa
dan isi yang terdapat dalam karangan terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan di dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid
mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Penulisan Separa Terkawal
Karangan nsepara terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru tetapi murid
diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan
perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Penulisan Berpandu
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.
Penulisan Separa Berpandu
Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat
atau panduan guru.
Penulisan Bebas
Jenis karangan ini member kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk
karangan bebas seperti berikut:
Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan
tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan
tangan, iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis.
Masalah Pengajaran Menulis
Terdapat bayak masalah berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di
Negara ini.Antaranya ialah pengaruh bahasa dialek negeri masing-masing. Perkara

ini telah menimbulkan masalah kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu


Standart yang betul. Masalah ini banyak berlaku di Kelantan di mana guru yang
mengajar Bahasa Melayu itu berterusan bertutur dalam dialek Kelantan
menyebabkan murid tidak dapat berbahasa dengan betul. Ketika menulis, murid
akan mencampur adukkan bahasa dialek masing-masing menyebabkan berlakunya
kesalahan ejaan ketika menulis. Penyelesaiannya ialah guru hendaklah
menggunakan Bahasa Melayu baku yang sebenarnya ketika mengajar di dalam
kelas untuk mengatasi masalah seumpama ini khususnya di Negeri Kelantan.
Elakkan menggunakan dial alek Kelantan di sekolah.
http://asyiqazhad.blogspot.com/p/nota-bahasa-melayu.html

Friday, May 18, 2012

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU - kemahiran mendengar....
Sebelum guru ditugaskan mengajar di sekolah-sekolah, mereka perlu
mendapatkan latihan yang mencukupi sebagai persediaan agar dapat mengatasi
segala permasalahan yang timbul semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Disamping, membantu dalam mencapai objektif P&P yang
diharapkan. Kaedah, pendekatan dan teknik merupakan antara faktor yang
terpenting dalam ilmu pendidikan khususnya bidang bahasa. Kaedah ditakrifkan
sebagai satu rencana (prosedur) yang menyeluruh bertujuan untuk mengajar
sesuatu bahan bahasa secara menyeluruh dan didasarkan kepada pendekatan yang
dianuti. Sesuatu kaedah yang dipilih seharusnya tidak bercanggah dengan
pendekatan. Selain itu, kaedah juga merupakan prosedur yang terdiri daripada
langkah-langkah dan peringkat-peringkat secara teratur dan harus diikuti untuk
mencapai sesuatu tujuan (Mangantar Simanjuntak, 1982:72)
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang
sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi,
berinteraksi, dan berfikir.
Menurut Currie (1973), menyatakan :
Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we
hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method
is thus the psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to
the teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which,
this philosophy is realised in actual class lessons.

1. Kemahiran Mendengar

Dalam konteks kemahiran lisan, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti
perolehan mesej atau maklumat Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid
mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada
peringkat penerimaan (receptive level).

Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar
dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta
boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada
peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan murid fasih bercakap
dalam bahasa yang dipelajari itu.

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami
makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu
yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi
yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran.

Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar
adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa

belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar
penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah
bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya murid
dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas.

Takrif Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat
pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama seperti:

b d (badang - padang)
d t (datang - tatang)
l r (lali - lari)
k g (kalah - galah)

Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,
klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada pengetahuan,
pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.

Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang
berikut:

a)

Pengetahuan
bahasa

yang

sedia

ada

pada

pendengar

seperti

fakta

danbudaya

yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.

b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.


c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Si pendengar
mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih

dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu
proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar
Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu
bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama,
mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut, menilai
bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.

Matlamat Kemahiran Mendengar

Murid-murid didedahkan dengan kemahiran mendengar di sekolah adalah untuk membantu


murid mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan,
perbincangan, dialog, mesyuarat, dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala
dalam kehidupan seharian, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi social, untuk
mendapat hiburan, memperoleh maklumat serta penyataan perasaan dan apresiasi seni.
Justeru, melalui keMahiran mendengar ini, murid-murid didedahkan dengan memperoleh idea,
mencari isi-isi penting, mengenalpasti makna tersirat dan sebagainya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar

Terdapat tiga peringkat dalam

kemahiran mendengar.

Pada peringkat awal kemahiran

mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga
diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam
petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh oleh
guru. Sebagai contoh, guru menyuruh muridnya menggayakan gaya seekor itik, maka murid
tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi seekor itik mengikut kekreatifan
masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang
mudah. Murid-murid juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah
dengan tepat.

Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, murid
didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. murid
juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh,
guru memberitahu murid tentang sebuah peristiwa yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat
meningkatkan pengetahuan murid serta dapat mengetahui cara-cara untuk menghayati
sambutan perayaan atau peristiwa seperti yang diberitahu oleh guru. Pada peringkat ini juga,
murid didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat.

Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini,
murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan
mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. murid akan dapat
mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Selain daripada itu, murid akan
diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap. murid tersebut juga dapat membezakan
tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun
Empat, pelajar diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata
tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang
didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat ini juga, murid
akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mereka dapat menafsirkan
tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu.

Justeru, sesorang guru yang ingin merancang sebuah bentuk pengajaran dalam kemahiran
mendengar haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang telah digariskan dengan
tujuan untuk menyampaikan sebuah engajaran yang lebih efektif. Antara prinsip penting dalam
proses mengajar kemahiran mendengar adalah :

a) Mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati
b) Proses mendengar berlaku melalui latihan scara khusus yang dilaksanakan secara berperingkatperingkat
c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
d) Aspek fizikal, psikologi dan nerologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang
e) Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan
f) Mendengar berlaku melalui proses akal dan bukannya perasaan
g) Mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu
h) Mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik
i) Mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap
bentuk dan isi.

Faktor faktor yang mempengaruhi Kemahiran Mendengar

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai
bentuk. Biasanya ia dibahagikan kepada beberapa kategori. Namun yang demikian, bentuk-

bentuk kemahiran mendengar ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Seseorang itu
dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan
jitu. Biasanya murid yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri daripada mereka
yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah mempelajari dan menguasai
bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik.

Salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar adalah faktor fizikal. Kanak-kanak
normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan. Peringkat kemahiran ini
berbeza antara seseorang ada yang mempunyai pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya
walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

Faktor yang seterusnya adalah jantina. Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara
kanak-kanak lelaki dan perempuan. Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun,
mereka kurang kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak
perempuan yang sebaya dengan mereka.

Yang ketiga adalah status ekonomi. Latar belakang keluarga seperti kemudahan rumah,
pengaruh ahli keluarga serta interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi kemahiran
mendengar kana-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

Faktor lain juga termasuklah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan
seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan dan kemahiran mendengar
seseorang itu.

Yang terakhir adalah mental. Kemahiran mendengar ini berkait rapat dengan daya pemikiran
seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk
bertindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka
mendengar.

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid menguasai


kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya memahami
mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip dalam mengajar kemahiran
mendengar iaitu mendengar merupakan gabungan daripada apa yang dilihat, di dengar dan
diingat membuktikan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik
menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat bertepatan
dengan penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
berbanding kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan
berkesan.

Posted by intan_isna at 8:29 PM


http://pengajian-ipg.blogspot.com/2012/05/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html

ENGAJARAN KEMAHIRAN BM (BMM3104)


1.0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa
baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran
dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa
yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu
mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling
melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan
lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap
murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah
sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang
demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan
antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan
dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam
menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan
pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan
dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan kemahiran ini akan
dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada pengetahuan terhadap ketiga-tiga
kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita akan memilih salah
satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang mempunyai
masalah pembelajaran.

2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA


Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahirankemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga
kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
seperti yang dapat lihat dalam rajah 1 berikutnya.
KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran Lisan ; mendengar dan bertutur
Kemahiran Menulis
Kemahiran Membaca

Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa


2.1 Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti
dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti
cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran
mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada
peringkat penerimaan (receptive level). Penguasaan terhadap kemahiran ini amat
penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling
asas dalam kemahiran berbahasa. Justeru, kita akan melihat apakah yang
dimaksudkan dengan kemahiran mendengar ini dan beberapa lagi aspek tentang
kemahiran berbahasa.
2.1.1 Definisi kemahiran mendengar
Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat
penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses
psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang
disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan
melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu
proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar
adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar
secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada
situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai
tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan
keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran.
Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ bersama- sama
dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul
supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

2.1.2 Peringkat kemahiran mendengar


Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan,
kemahiran pertengahan dan kemahiran peringkat maju.
Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah
mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah,
mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna
perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan
permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan
ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.
Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran
mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat
khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi (
perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang
bercakap dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting,
mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar,
mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan
menggunakan pelbagai struktur nahu.
2.1.3 Aktiviti kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai
oleh pelajar bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah yang pertama iaitu setelah akhir pengajaran dan pembelajaran
bahasa melayu murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami
serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal.
Aktiviti pula ialah salah satu perkara yang penting untuk memastikan muridmurid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam
kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau
meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti
yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru
menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang
disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang,
padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan
menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai
kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh
guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar.
Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya
berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah
bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh- contoh ayat pemintal lidah

ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke
tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang.
Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi
kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit
perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan
murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut
adalah seperti berikut :
Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan.
Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.
Soalan 1 :
A = buku, B = kuku, C = duku
Rajah 2 : Gambar buku, kuku dan duku
Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak
balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji
pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak
balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :
I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama.
III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan

2.2 Kemahiran Bertutur


Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak
berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai
dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran
lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika
seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar
bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali
imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyibunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bagi mengetahui
lebih lanjut tentang kemahiran ini, kita terus melihat aspek-aspek kemahiran bertutur
ini.
2.2.1 Definisi kemahiran bertutur
Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam
kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan
membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam
intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu
linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan
penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsurunsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi
yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang

baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Nor aina dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyibunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la
berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa
yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan,
persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi
tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi
yang lain.
2.2.2 Objektif Bertutur
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur
diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul
dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,
ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai
kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul
dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan
tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:
Menyebut dengan jelas
Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
Menunjukkan arah
Bertemu ramah
Memberikan penerangan dan memberi alasan
Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat
Bertutur secara bertatasusila
Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi

2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan


Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan
yang mana kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang
tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab
bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang
cepat bercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap
kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.
Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanakkanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka

akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai
kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana
pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti
kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan
bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan
dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih
baik dariapda kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi
sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli
keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang
telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada
kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak
perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat
daripada kanak-kanak lelaki.
Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya
boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak
yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan
bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu.
Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama dengan sistem bahasa
sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik
dalam bahasa tersebut.

2.2.4 Aspek-aspek pertuturan


Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran
bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa,
kelancaran dan juga laras bahasa.
Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap
huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih
mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut
dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan,
rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan
keras atau lembut sesuatu pengucapan.
Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan.
Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak
jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna.
Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Unsur ini
disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen
linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang

diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa
makna yang berbeza jika ia digunakan.
Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu
ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam
bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya
biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula
mempunyai intonasi yang menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau
menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang
muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap
nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat
fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.
Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang
menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai
kaedah dan formula tertentu. La terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan
sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak
begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap
dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud
murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu
bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa
percakapan itu berlangsung
Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk
yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau
menyebut perkataan dan ayatayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka
boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Laras bahasa dalam
konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai
konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid
boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan
berkomunikasi secara berkesan.

2.2.5 Peringkat kemahiran bertutur


Melafazkan pengucapan bertatasusila.
Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Memberi arahan.
Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.
Peringkat Pertengahan
Peringkat Awal

Membuat deskripsi tentang objek atau gambar


Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.
Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
Membaca iklan dan peraturan-peraturan.
Memberi ucapan pendek dan mudah.
Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
Memberi komen secara mudah.
Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat Maju
Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses
dan sebagainya.
Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan
lain-lain.
Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
Mendeklamasi puisi.

Rajah 3 : Peringkat-peringkat kemahiran mendengar


2.2.6 Pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur
Dalam pemilihan bahan untuk mengajar kemahiran bertutur, seseorang guru boleh
memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria seperti
yang berikut iaitu bahan yang sedia ada, kesesuaian dengan objektif pengajaran dan
keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori
iaitu yang pertama ialah guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid
boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran, misalnya ; guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau
menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan ; guru
menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan ; dan, guru menggunakan papan
tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila
berrtutur.
Kedua ialah objek sebenar iaitu objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh
dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid ;
mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua
dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman ;
mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya,
pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar.
Contoh ini boleh dutunjukkan atau didengari melalui alat audio dan visual seperti
television, vedio, filem dan transperansi ; dan, bahan sebenar seperti tiket bas,
menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang
adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.
Akhir sekali ialah penggunaan gambar yang mana guru digalakkan
mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh
digunakan sebagai bahan ransangan untuk murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi
dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segi saiz,
terang dan jelas.

2.2.7 Aktiviti-aktiviti bertutur


Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temu
bual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan
murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi
yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan,
penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipratikkan. Aktiviti-aktiviti di atas
bolelah dijadikan ransangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di
dalam kelas.
Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti
berbual. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu
tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru
tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri
memilih kawannya. Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid
itu sendiri yang menceeritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut
tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan
semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita,
guru menyusun strategi. Antara strategi yang boleh guru laksanakan ialah pertama,
guru boleh menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam
perbualan itu dan yang kedua, pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam
senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru
merancang tajuk dan tajuk itu disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan
yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu Contohnya aktiviti perbualan
tersebut ialah seperti berikut :
Tajuk : Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos
Langkah pelaksanaan adalah seperti berikut :
i)
Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan
dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian
tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan
lain-lain lagi.
ii)
Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem,
bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan
sebagainya.
iii)
Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas misalnya ;
Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram,
bungkusan dan lain-lain.
Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli, penghantar
surat, penghantar bungkusan dan sebagainya.
Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki contohnya:
Minta beli setem
Bertanyakan harga setem

iv)

v)
vi)
vii)
viii)
ix)
x)
xi)

Minta borang telegram.


Hendak menyimpan wang
Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan hargaharganya( misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, RM 1.00) dan seterusnya setakat
yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia
ada pada murid-murid.
Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang digunakan.
Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan
dalam aktiviti yang akan dijalankan.
Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam
aktiviti itu.
Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.
Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan
semual apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.
Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian
tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.
Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai ransangan pelajaran lisan untuk
aktiviti selanjutnya.
dicatat oleh rosli ghani

http://roslighani.blogspot.com/2012/07/pengajaran-kemahiran-bm-bmm3104.html

Anda mungkin juga menyukai