Anda di halaman 1dari 4

MENILAI PENGUASAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Kelemahan dalam aspek bahasa menyebabkan pelajar tidak memperoleh

markah yang tinggi dalam karangan. Antara kelemahan yang dimaksudkan, termasuklah kegagalan menguasai ayat aktif dan ayat pasif. Baca ringkasan ayat aktif yang berikut dengan teliti. Sila rujuk buku atau nota tentang ayat pasif sekiranya pelajar memerlukan penjelasan yang lebih lanjut.

TRANSITIF boleh dipasifkan ada objek sebagai penyambut

Contoh ayat boleh dipasifkan. 1. Abang membersihkan ruang tamu. 2. Kakak menghidangi tetamu nasi. 3. Raja menganugerahinya pingat.

AYAT AKTIF TAK BERPELENGKAP TAK TRANSITIF tidak boleh dipasifkan tiada objek sebagai penyambut ada keterangan Keterangan boleh digugurkan Cth: Adik merangkak di atas lantai.

BERPELENGKAP Keterangan tak boleh digugurkan Cth: Penyakitnya beransur pulih.

Catatan:
Ayat Aktif Transitif Dia memenangi peraduan itu. (memenangi = kk aktif transitif) (peraduan itu = objek) Selepas kk aktif transitif mesti objek. Ayat tersebut salah sekiranya dimasukkan kata sendi nama. Dia memenangi peraduan itu. ( X) dalam Ayat Aktif Tak Transitif Tak Berpelengkap Adik menangis di dalam bilik. (menangis = kk tak tr tak b) (di dalam bilik = keterangan) Keterangan dalam ayat di atas boleh digugurkan. Ertinya, ayat tersebut masih betul tanpa keterangan. Adik menangis. ( / ) Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap Mereka tinggal di pedalaman. (tinggal = kk tak tr b) (di pedalaman = keterangan) Keterangan dalam ayat di atas tidak boleh digugurkan. Ayat tersebut tidak gramatis tanpa keterangan. Mereka tinggal. ( X )

LATIHAN 1
Tandakan ( / ) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi yang salah. Bagi yang salah, dapatkah anda menyatakan sebab kesalahan dan membetulkan kesalahan tersebut?

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AYAT Mereka memasuki negara ini pada akad ke-16. Mereka masuk ke negara ini pada abad ke-16. Mereka memasuki ke negara ini pada abad ke-16. Peserta itu mengatasi terhadap lawannya dengan mudah. Tindakan itu diambil berdasarkan pada maklumat polis. Razali menasihati kepada anaknya supaya belajar. Penceramah itu menjelaskan tentang masalah pekerjaan. Mereka telah menganggotai dalam pertubuhan itu. Mereka telah menjadi anggota dalam pertubuhan itu. Mereka telah menjadi anggota kepada pertubuhan itu.

( / )atau (X)

IMBUHAN KATA KERJA PASIF (di-, ter-...oleh, ber-..., ke-...-an)

1. Bungkusan itu diposkan petang tadi. 2. Pokok itu terlanggar oleh lori panjang. Penjenayah itu tertembak di kepalanya. 3. Pakaian di atas meja itu belum bergosok. 4. Anak burung itu kesejukan di atas pokok.

AYAT PASIF

KATA GANTI NAMA DIRI (KGD) KGD1: saya, aku, ku-, kami, kita KGD2: kamu, engkau, awak, kauKGD3: dia, beliau, mereka, -nya KATA BANTU kena

1. Bilik itu KGD 1 sewa. 2. Bilik itu KGD 2 sewa. 3. Bilik itu disewa oleh KGD 3.

1. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. 2. Haiwan ganas itu kena tembak.

Latihan yang berikut adalah untuk menguji penguasaan anda tentang ayat pasif. Sila baca soalan yang berikut dengan teliti dan tandakan ( / ) bagi binaan ayat pasif yang betul dan ( X ) bagi yang salah.

LATIHAN 1

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AYAT Rahsia itu terbongkar oleh pihak polis. Salimah tersenyum di ruang tamu rumahnya. Harimau itu tertembak di bahagian belakangnya. Pemain itu terjatuh ketika berlari di padang. Sebahagian daripada bilik itu belum bercat. Anak kambing datuk kesejukan di bawah pokok. Mereka kegemparan apabila terdengar letupan. Kena halau penagih dadah itu oleh penduduk kampung. Mangsa kemalangan itu telah diselamatkan. Dia tergamak untuk mengkhianati sahabat baiknya.

( / )atau (X)

LATIHAN 2

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AYAT Perkara itu kami akan bawa ke tengah. Isu kegawatan ekonomi sudah pun mereka bincangkan. Kerenah remaja, kita perlu tangani bersama-sama. Masa depan mereka sukar untuk kami ramalkan. Bangunan itu akan kusewakan kepada orang ramai. Borang permohonan itu akan dihantar kemudian. Akan kukotakan segala janjiku terhadap ibu bapaku Mereka akan kami undang ke majlis perasmian itu nanti. Sudah lama tawaran untuk ke luar negara mereka terima. Tidak mungkin kertas kerja itu dapat beliau siapkan esok.

( / )atau (X)

Pelajar yang menguasai ayat pasif tidak menghadapi masalah untuk menjawab semua soalan di atas. Bagi yang masih ragu-ragu, berbincanglah dengan rakan atau guru untuk mengatasi kelemahan anda. Pelajar yang menguasai ayat pasif, bukan sahaja dapat mengelakkan kesalahan membina ayat pasif dalam karangan, rumusan dan alih bentuk teks, tetapi dapat pula menjawab soalan analisis kesalahan bahasa dan soalan objektif (Kertas 1) dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai