Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan dan Keburukan Internet  

Kelebihan
1. Maklumat

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan
sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam
bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com,
search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan
maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan
maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu
pengetahuan dan sebagainya.

2. Alat komunikasi

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan
tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk
dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya
amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh
berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-
masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-
syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di
antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-
conference.

3. Jimatkan Kos dan Masa

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos
panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos
panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan
telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata
tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP)
ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa.
Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang
mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat
dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference.
Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah
menjimatkan masa.

4. Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat.


Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan
CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di
seluruh dunia.
5. Pengiklanan

Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan
sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk
dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang
amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.

6. Hiburan

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita
boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web
yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh
di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia.
Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan
kawan-kawan baru di alam maya.

7. Pendidikan Secara Atas Talian

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara
jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di
lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu
menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar
hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh
dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar
kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di
perolehi secara atas talian.

8. Servis Perkhidmatan

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan
agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan
pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para
pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa
memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti
AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian
pada bila-bila masa.

Keburukan
1. Ketidaktepatan maklumat

Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian
adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat
yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi
impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang
menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-
masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi
tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai
untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan

Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala
virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu
pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk
memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari
dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita
dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan
sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat
dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada
sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.

3. Bahan-bahan yang tidak bermoral

Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan
video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya
memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan
begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang
di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah
di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu
bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.

4. Isu Keselamatan

Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university,
jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2
yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker
boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak
yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server,
network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5. Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan
melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi
masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat
pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi
untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya
boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai