Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

1.1 Kemahiran -kemahiran Bahasa

Kemahiran
Bahasa

Kemahiran Kemahiran Kemahiran


Lisan Membaca Menulis

Mendengar Bertutur

Rajah 1: Kemahiran-kemahiran Bahasa

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri


daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat pentimng di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu Sekolah Rendah di mana ia merupakan
tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.

1.2 Kemahiran Membaca

Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek


yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang
berupa bacaan secara nyaring atau senyap. Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari
minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Bacaan terbahagi kepada
dua jenis, iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap.

1.2.1 Membaca Mekanis ( Membaca secara bersuara )

Membaca Mekanis adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk
menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Sebab-sebab
murid tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah
yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerena mereka tidak
cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya.

1.2.2 Membaca Mentalis ( Membaca secara senyap )

Membaca Mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang
merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan ( visual memory).
Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu bertujuan untuk
menggalakkan murid mencari, memilih dan maju sendiri, program membaca senyap secara
perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik.

2.0 Teori Membaca

Terdapat tiga jenis Teori Membaca, iaitu Teori Psikologi, Teori Kognitif dan Teori
Linguistik.

2.1.1 Teori Psikologi

Teori ini menekankan bahawa semua pembelajaran yang melibatkan proses pembentukan
tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara ransangan da tindak balas. Untuk menguasai
kemahiran membaca, seseorang murid perlu berlatih membaca dengan mengecam huruf, dan
diikuti dengan mengecam perkataan. Teori iniseseorang juga menekankan seseorang murid perlu
mendapat makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran
membaca. Teori ini sesuai digunakan untuk menjadikan pembacaan itu sebagai tabiat atau
kebiasaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian supaya memupuk minat membaca di
kalangan murid.

2.1.2 Teori Kognitif

Teori ini terdapat banyak ahli fahsafah yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa
adalah sebahagian daripada proses perkembangan seseorang individu dan menganggap membaca
itu adalah kemahiran kognitif yang kompleks. Teori ini menekankan membaca itu sebagai suatu
pengumpulan, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas
terhadap bahan bacaan. Teori ini bertentang dengan pendapat teori psikologi iaitu pembentukan
kebiasaan atau tabiat melalui ikatan ransangan dan tindak balas.

2.1.3 Teori Linguistik

Teori ini merupakan suatu teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang murid boleh
menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan
daripada persekitarannya. Teori ini mengatakan bahawa membaca bukan sahaja menggunakan
proses mengatur huruf sehinggan menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi ia
adalah satu proses mendapatkan makna pada tahap dalaman seseorang murid tersebut.

Dalam penyediaan Rancangan Mengajar Harian bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang
menggunakan Kemahiran Membaca ini, saya telah menggunakan Teori Psikologi sebagai teori
membaca. Saya memilih teori karana ingin memupuk minat membaca itu kepada murid supaya
menjadi satu amalan kebiasaan dan tabiat yang baik secara psikologinya iaitu memupuk sifat
dalaman murid itu sendiri.

3.0 Model Membaca

Terdapat beberapa model bacaan, iaitu Model Bottom Up, Model Top Down, Model
Interaktif dan Model Transaktional.

3.1 Model Bottom Up ( Membaca dari bawah ke atas )

Model ini diasaskan oleh Gough (1972-1985) yang mengatakan individu memulakan
proses membaca apabila menanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang
dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula dengan linear iaitu bermula
dengan melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara linear iaitu bermula
dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf,
menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-
perkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraf dan semantik.

3.2 Model Top Down ( membaca dari atas ke bawah )


Model ini diasaskan oleh Goodman (1967-1970) dan Smith (1971-1978). Model ini
memberi penekanan terhadap pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang mesih lagi bersifat
linear. Dalam model ini, murid akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan
bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. Pembacaan model atas
ke bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding
penggunaan bahasa dan maklumat.

3.3 Model Interaktif

Model Interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Teori ini
diasaskan oleh Stanovich (1980), dan Rumelhart (1990). Model ini menyatakan pembaca
mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa,
struktur dalaman bahasa dan melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Menerusi model ini,
murid akan membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna
tanpa mematuhi mana-mana arahan.

3.4 Model Transaktional

Pengasas model ini adalah Louise Rosenblatt dan rakannya Dewey serta Bently. Mereka
mengatakan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi adalah transaksi. Model ini
menerangkan proses membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan, sikap,
jangkaan dan tujuan untuk setiap teks dan ia membawa kepada makna atau penimpulan.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dirancangkan, saya telah menggunakan Model
Interaktif kerana bersesuaian dengan kemahiran membaca yang saya gunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Saya telah meminta murid supaya membaca petikan dan mencari isi-isi atau
fakta-fakta yang penting dengan pengalaman sendiri. Murid-murid juga diminta untuk mencari
makna perkataan yang terdapat di dalam pertikan supaya dapat berinteraktif dengan pengalaman
dan pengetahuan diri sendiri.

4.0 Pendekatan Membaca

Terdapat tiga pendekatan utama yang sering digunakan dalam kemahiran membaca, iaitu
Pendekatan Konseptual, Pendekatan Empirikal dan Pendekatan Eksperimental.
4.1 Pendekatan Konseptual

Pendekatan ini diasaskan oleh Kennet S. Goodman. Beliau mengatakan bahawa membaca
itu merupakan satu proses komunikasi antara pembaca dengan bahan bacaan yang dibacakan. Ini
bermakna apa bahan bacaan yang dipilih oleh pembaca akan mendapat rangsangan dan pendapat
yang berbeza dengan pembaca yang lain mengikut pengalaman dan pengetahuan pembaca itu diri
sendiri.

4.2 Pendekatan Emperikal

Pendekatan ini meliputi pengalaman dan proses penghayatan membaca kerana


menganggap membaca sebagai suatu proses berfikir dan suatu set kemahiran. Selain itu,
membaca juga dikatakan sebagai suatu aktiviti visual dan pengalaman berbahasa.

4.3 Pendekatan Eksperimental

Pendekatan ini menyatakan bahasa itu sebagai proses atau perlakuan yang mendapatkan
makna melalui pembacaan. Pendekatan ini melibatkan kajian tertentu yang dilakukan terhadap
satu set tingkah laku membaca yang dapat diperhatikan, dikaji dan kemudiannya dianalisis untuk
dijadikan sebagau suatu teori.

Saya memilih Pendekatan Emperikal masuk ke dalam Rancangan Pengajaran Harian ini kerana
ingin meningkatkan daya fikiran terhadap bahan bacaan supaya murid-murid dapat mentaksir
maklumat tentang isi dan makna perkatan di dalam petikan. Menerusi pendekatan ini juga dapat
menjadikan pembacaan itu sebagai pengalaman dan penhayatan kepada murid itu sendiri
mengikut tahap pemikiran mereka.

5.0 Kaedah Membaca

Terdapat beberapa kaedah membaca untuk menjadikan proses pembacaan berjalan secara
berkesan, iaitu Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur, Kaedah Seluruh atau Kaedah Pandang dan
Sebut, Kaedah Gabungan, Kaedah Abjad dan Kaedah Fonetik.
5.1` Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur

Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur ( KVB ) adalah satu kaedah pengajaran kemahiran
membaca Bahasa Melayu yang berasaskan vokal, seperti ba, ca, da dan sebagainya. Kaedah ini
mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara serentak dan berstruktur dan sistematik. Kaedah
ini adalah unsuran daripada Kaedah Abjad dan sesuai digunakan semasa mengajar suku kata
kepada murid.

5.2 Kaedah Seluruh / Pandang dan Sebut

Kaedah ini diajar berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam


kehidupan seharian seperti saya, minum, pergi dan lain-lain lagi. Biasanya kaedah ini diajar
dengan gambar rajah yang diberi bersesuaian dengan perkataan-perkataan supaya murid dapat
mengecamkan perkataan-perkataan dengan gambar yang diberikan. Kaedah ini mementingkan
bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau
cerita berdasarkan gambar.

5.3 Kaedah Gabungan

Kaedah Gabungan adalah satu kaedah bergabung Kaedah Fonetik dengan Kaedah
Pandang dan Sebut, atau juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah ini digunakan
untuk memupuk murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan
kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Sebagai
contohnya guru boleh mengajar murid beberapa huruf vokal seperti a, o, u, kemudian diajarkan
bunyi konsonan misalnya b, d, k. Akhirnya gabungkan bunyi menjadi suku kata, seperti ba, bo,
bu, da, do, du, ka, ko, ku. Kemudian beberapa perkataan yang bermakna telah dibina, seperti
baba, dada, koko dan sebagainya.

5.4 Kaedah Abjad

Kaedah ini dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan
Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam
mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar dengan mengenal huruf-huruf
mengikut turutan dari a hingga z dahulu, kemadian diajar vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan
dan diftong seperti ai, au dan oi. Akhirnya huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku
kata dan seterusnya menjadi perkataan. Kaedah ini sering dan sesuai dilakukan kepada murid dari
pra sekolah atau tadika sehingga ke murid tahun 1.

5.5 Kaedah Fonetik

Kaedah ini sesuai bagi murid yang baru mengenai huruf. Apabila murid melihat huruf-
huruf, mereka dapat menyebutkannya dengan betul. Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-
bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Sebagai contohnya, bunyi vokal
untuk 'e' merupakan huruf vokal 'emak', dan huruf konsonan huruf 'l' boleh dikaitkan dengan
objek lori. Maka murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan
dengan perkataan dan objek yang lain.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Membaca ini, saya telah memilih Kaedah
Gubungan, kerana untuk murid tahun 5, mereka telah mengenal huruf, vokal dan konsonan setiap
perkataan, jadi bagi murid yang lemah mungkin perlu diberi bimbingan untuk mengeja perkataan
itu. Kaedah ini sesuai digunakan semasa membaca sama ada murid membaca secara mentalis
atau mekanis. Murid akan membaca semua isi di dalam petikan dan memahaminya dengan
mengecam perkataan-perkataan yang telah dipelajari menerusi pengalaman sendiri.

6.0 Teknik Membaca

6.1 Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan nama bagi penjelasan yang berikut :

a) K (know) - iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca.

b) W (want) - iaitu apa yang hendak diketahui sebelum membaca.

c) L ( learned) - iaitu apa yang telah diketahui selepas membaca.

d) H (how) - iaitu bagaimana untuk mendapat meklumat tambahan untuk membaca


seterusnya.
Membaca KWLH merupakan suatu teknik membaca kritis dimana pembaca boleh
mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin
diketahui, melakukan pembacaan pada bahan yang dipilih, mengetahui apa yang telah diperoleh
dari pembacaan yang beru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh sekiranya
perlu membuat pembacaan seterusnya.

6.2 Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat
yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R
adalah singkatan bagi: S (survey) iaitu tinjau, Q (question) iaitu soal atau tanya, R ( read) iaitu
baca, R (recite) iaitu imbas kembali atau nyatakan secara lisan dan R (review) iaitu baca semula.

S (survey) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa
yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-
tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan
perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Q (question) - soal atau tanya ialah
langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah
mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut,
dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan
kepada soalan-soalan tersebut.

R (Read) - baca ialah peringkat murid sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut
secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah
disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, murid mungkin juga akan menyenaraikan
soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang
melakukan pembacaan. Murid mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat
yang ditemuinya.

R(recite) - imbas kembali ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, murid
cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.
Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Murid juga boleh cuba
menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau
bahan yang telah dibaca. R (review) - baca semula merupakan peringkat terakhir. Murid
membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-
jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Murid juga memastikan tiada fakta
penting yang tertinggal.

6.3 Membaca Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas
seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan
majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting
setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam
pembacaan sesebuah buku, fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu
seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan
indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk
mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau
bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan
menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang
dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan
cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Saya memilih teknik Membaca SQ3R sebagai teknik membaca dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca ini kerana pembacaan petikan itu melibatkan daya fikiran
terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru dan murid-murid perlu memahami penjelasan
petikan terlebih dahulu supaya dapat menjawab soalan dengan tepat dan menyeluruh. Menerusi
Teknik SQ3R juga murid dapat mengenalpasti makna perkataan-perkataan yang dipelajari itu
dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti di dalam bahasa melayu. Selepas sesuatu petikan
diperkenalkan, maka murid-murid akan menganalisa isi-isi penting di dalam petikan sepaya dapat
membuat kajian yang lebih mendalam mengenainya.

Anda mungkin juga menyukai