Anda di halaman 1dari 21

PENGAJARAN KEMAHIRAN B.

MELAYU
KEMAHIRAN LISAN : KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR PENGENALAN :

BMM 3104

Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam Konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. Ia juga bertujuan supaya murid-murid dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ,ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa sub kemahiran kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid.

Mendengar dan menyebut bunyi

Memberi dan menerima rahan dan permintaan

Menyampaikan ucapan bertatasusila

Menyampaikan berita dan laporan

bercerita

Bersoal jawab

Kemahiran Mendengar. ucapan dan syarahan

Menyampaikan

Berlakon dan melafazkan puisi 1

Berbincang dan berbahas

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Kemahiran mendengar adalah penting dalam mempelajari sesuatu bahasa. Melalui proses mendengar seseorang itu akan memperolehi maklumat dan penerangan yang perlu untuk bertindak balas, memahami persoalan baru dan menimbulkan komunikasi yang berkesan.

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum seseorang kanak-kanak itu boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Sebelum seorang kanak-kanak boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru apa yang didengar dan yang dialaminya daripada orang-orang yang berada disekelilingnya. Seseorang kanak-kanak itu akan meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan itu secara berulang-ulang sebelum sesuatu perkataan itu akan tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar.

Definisi Kemahiran Mendengar. Proses mendengar adalah suatu proses fzikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Menurut Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan tindak balas yang sesuai. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima, menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran di sekolah. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial seperti aktiviti perbualan, perbincangan dan mesyuarat, untuk mendapatkan hiburan di radio, televisyen dan filem, memperoleh maklumat contohnya dari pengajaran guru, berita di radio dan televisyen serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni yang berkaitan dengan drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan.

Jenis-jenis Mendengar

Mendengar secara aktif. Ianya dikenali juga sebagai mendengar secara secara aktif

Mendengar secara pasif, Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindakbalas langsung oleh pendengar atau satu hala sahaja.

interaktif.

Mendengar

melibatkan ke dua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Proses Mendengar

Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat iaitu mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut, menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan dan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan

pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan dan akhirnya bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa itu.

Dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Ini adalah kerana mendengar merupakan proses yang kompleks yang melibatkan proses mendengar, memahami, menghuraikan dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

Objektif Mengajar Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar membolehkan seseorang itu memperoleh idea, mencari isi-isi penting, melakukan arahan atau tindakbalas, mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan, mengenal pasti isi-isi yang tersirat, mentafsir makna-makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur, suasana dan keadaan atau konteks dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda iaitu seperti memberitahu yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seorang kanak-kanak atau murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh juga memahami maksud dan boleh mentafsir apa sahaja yang

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

didengarnya dengan tepat. Oleh itu untuk membolehkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan cara-cara seperti gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat, proses yang berlaku dipengaruhi oleh aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkatperingkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Jenis-jenis Mendengar

Mendengar secara aktif. Ianya dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan ke dua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar

Mendengar secara pasif Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindakbalas langsung oleh pendengar atau satu hala sahaja.

Peringkat Kemahiran Mendengar

Peringkat Permulaan

Mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar dan menyebut perkataan, ayat atau rangkaikata, mengecam makna perkataan dan menyebut perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh .

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Peringkat Pertengahan

Meliputi kemahiran-kemahiran mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat serta mengenal situasi.

Peringkat maju

Mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan, mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.

Prinsip Kemahiran Mendengar

Mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati. Proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Seorang individu itu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang. Pendengaran yang cekap dapat menyatukan idea secara logik dan berkesan. Aktiviti mendengar berlaku melalui proses akal dan bukan perasaan. Aktiviti mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu manakala mendengar untuk hiburan pula memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika dan

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

aktiviti mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.

Kemahiran Bertutur.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Menurut Nor aina Dani (2007) Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonansi. Kemahiran bertutur juga adalah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi seperti intonasi, tekanan sebutan dan jeda dan para linguistik bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan. Selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental seperti memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Seseorang penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental seperti mendengar dan bertutur dengan berkesan

Objektif Bertutur

Membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dan sebagainya. 6

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Dalam P&P bertutur murid haruslah boleh :

Menyebut dengan jelas

Memberi penerangan dan memberikan alasan

Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi

Bertukar-tukar pendapat

Menunjuk arah

Membina soalan untuk mencari maklumat

Bertemu-ramah

Bertutur secara bertatasusila

Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

Peringkat Awal

Melafazkan pengucapan bertatasusila Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar Menyoal untuk mendapatkan maklumat Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Memberi arahan Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibubapa dan sebgainya. Membuat ayat daripada gambar

Peringkat Pertengahan

Membuat deskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu Membaca iklan dan peraturan-peraturan Memberi ucapan pendek dan mudah Mengambil bahagian dalam perbualan mudah Memberi komen secara mudah Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah 8

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Peringkat maju

Mendeskripsi sesuatu peristiwa kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa mennggunakannya Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog Bertanya untuk mendapatkan maklumat Menerangkan proses, kejadian, prosidur dan peraturan. Memberitahu arah / hala sesuatu tempat Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan , seminar dll. Mengambil bahagian dalam drama / lakunan Mendeklamasi puisi

Aktiviti Bertutur

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, wawancara, temuramah, temubual dll.

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi latihan bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid. Pada peringkat ini mereka tidak perlu bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model kepada muridmurid tersebut. 9

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Unsur-Unsur Dan Faktor Keberkesanan Pengajaran Kemahiran Lisan, Mendengar Dan Bertutur.

Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan mendengar dan bertutur iaitu seperti kecerdasan. Faktor kecerdasan otak dapat menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat iaitu aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa.

Faktor kesihatan pula merujuk kepada tahap kesihatan yang menentukan tahap dan keupayaan berbahasa di kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit yang berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa dan gagal untuk berfikir dan berkomunikasi secara berkesan.

Dari segi faktor fizikal terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung secara langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi seperti lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penghasilan bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan menghadkan pergaulan dan dengan demikian akan kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan.

Faktor persekitaran pula melibatkan kalangan ahli keluarga, ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan, sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanakkanak. Umumnya fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar di kalangan masyarakat di bandar-bandar.

Faktor jantina pula menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Ini adalah kerana urat saraf pertuturan kanakkanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.

10

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Gangguan bunyi juga mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bnyi bising, bunyi hon kereta atau bunyi orang sedang memesin rumput.

Bagi faktor dwibahasa pula kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana dalam proses pertuturan kanakkanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya

11

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5.

Mata pelajaran
Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Masa Objektif

: Bahasa Melayu
: 5 Seri : 32 orang : Sukan Dan Kesihatan : Kesihatan Asas Kesejahteraan : 60 minit : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan

ii.

Memilih dan mengenalpasti penanda wacana dan kata hubung

iii.

Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topic yang dibincangkan

iv.

Menyampaikan maklumat berdasarkan sesuatu topic yang dibicangkan

v.

Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana.

Hasil Pembelajaran

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai 6.3 Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi utama sampingan daripada teks

12

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU


Aras 1 i. mengelas maklumat berdasarkan sesuatu topic yang dibincangkan ii. menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun. iii. membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bacaan

BMM 3104

Aras 2

i. mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang konkrit. ii. membaca dan mengenalpasti idea utama dan idea-idea sokongan yang terdapat dalan teks. .

Aras 3 i. menerangkan sebab dan akibat tentang sesuatu isu dengan mengemukakan bukti yang konkrit. ii. mengemukan idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam bahan bacaan

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. : tatabahasa-kata kerja,penanda wacana, sinonim,ayat tanya Sebutan dan Intonas : sayangi diri sendiri, menjaga kesihatan dan menjaga kebersihan

Nilai murni

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mengenai perayaan yang mereka alami.

BBB

: slaid powerpoint,buku teks dan buku latihan.

13

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

BBM

Catatan

Set Induksi 6 minit

Tayangan video yang menunjukkan majlis penyerahan jersi pasukan bola sepak SK Seri Jaya oleh En. Sharulnizam Mustafa (Kapten Pasukan Bola Sepak Perak) Perihal Sukan

1) Guru menayangkan video yang menunjukkan majlis penyerah jersi kepada pemain pasukan bola sepak SK Seri Jaya oleh Kapten Pasukan Bola Sepak Perak 2) Murid murid menonton tayangan video. 3) Guru bertanya kepada murid siapakah yang mereka lihat dalam tayangan video yang telah dipertontonkan? 4)Murid menjawab Shahrulnizam Mustafa 5)Guru bertanya kepada murid apakah yang harus dilakukan untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. 6)Murid mengemukakan beberapa jawapan. 7)Guru memaklumkan bahawa untuk menjadi ahi sukan yang berjaya ialah tubuh badan yang sihat.

Komputer Video

Aktiviti individu dan kumpulan. 1)Teknik penumpuan

2)Teknik maklum balas

14

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU


Langkah 1 (8 minit) Slaid yang mengandungi petikan yang bertajuk Bagaimana cara memperoleh tubuh badan yang sihat. 1)Guru menayangkan slaid yang mengandungi petikan. 2) Guru meminta seorang murid membaca petikan dengan suara yang kuat dan intonansi yang betul. 3) Guru meminta murid membaca petikan tersebut dan mengenalpasti isi-isi penting yang terandung dalam petikan/ slaid. 4) Secara rawak guru meminta 5 orang murid menyatakan isi isi penting yang terkandung dalam petikan. 5)5 orang murid menyatakan jawapan yang difikirkan betul. 6) Guru menayangkan slaid yang menunjukkan jawapan yang betul. Persembahan power point bagaimana memperoleh tubuh yang sihat

BMM 3104
Aktiviti individu dan kumpulan. 1) Teknik penumpuan .

Buku teks

2)Teknik Soaljawab

Slaid yang menunjukkan isi-isi penting yang betul.

3) Teknik maklum balas.

15

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU


Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran BBM

BMM 3104
Catatan

Langkah 2 (10 minit)

Slaid Menunjukkan jadual yang tidak lengkap.

1) Guru menayangkan slaid yang mengandungi jadual yang tidak lengkap. 2) Berdasarkan contoh yang diberi murid dikehendaki berbincang mengenai jenis sukan . Contoh: kayak sukan air 3) Murid dikehendaki melengkapkan jadual yang diberi. 4) Beberapa orang murid dikehendaki menyatakan jawapan mereka. 5)Guru menayangkan slaid yang mengandungi jadual yang lengkap. 1.Guru menayangkan slaid yang mengandungi jenis makanan dan khasiatnya. 2.Berdasarkan contoh yang diberi murid dikehendaki melengkapkan jadual 3.Ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan kumpulannya.

Slaid lampiran yang tidak lengkap Kad manila Pen marker

Aktiviti Kumpulan

Teknik maklum balas.

Langkah 3 (10 minit)

Jenis jenis makanan dan Khasiatnya

Powerpoint (slaid) Kad manila Pen Marker

Aktiviti kumpulan

16

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

BBM

Catatan

Langkah 4 1.Guru menayangkan slaid yang (10 minit) Nilai murni. menunjukkan nilai-nilai murni yang harus diketahui oleh murid. 2.Guru menayangkan slaid yang mengandungi petikan dan murni. 3.Guru membimbing murid mengenalpasti nilai murni berdasarkan pernyataan yang terdapat dalam petikan. 4. Guru membimbing murid membuat ulasan. 5.Murid menjawab soalan latihan penulisan bahagian C Langkah 5 (14 minit) Nilai murni

Slaid yang Aktiviti mengandungi kumpulan nilai murni Inkuiri penemuan

Lembaran kerja (ulasan nilai murni)

. 1.Guru mengingatkan murid tentang bagaimana mengenalpasti nilai murni dan membuat ulasan. 2.Murid menjawab soalan Bahagian C (Nilai murni) Lembaran kerja Aktiviti Individu

Penutup 8 minit

Tayangan video

1.Guru menayangkan tayangan keseluruhan video yang telah digunakan semasa set induksi

video

Refleksi

32/32 orang murid-murid tahun 5 Seri telah dapat menyampaikan maklumat Dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan serta Membaca dan mengenalpasti isi utama dan sampingan daripada teks. 17

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU


REFLEKSI

BMM 3104

Setelah saya berjaya menyiapkan Rancangan Pelajaran Harian dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam , barulah saya merasakan kepuasannya.Sebagai seorang pendidik yang berpengalaman,saya merasakan ilmu pendidikan yang ada pada diri saya begitu sedikit dan saya perlulah membaiki diri mencari ilmu ,menganalisis dan membaca untuk memperoleh pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Pada hakikatnya walaupun ,saya telah begitu berpengalaman sebagai seorang guru tetapi kita haruslah sentiasa belajar membaiki pengajaran kita.Sukatan Pelajaran haruslah jangan ditinggalkan ianya bolehlah diibaratkan sebagai kamus bagi pendidik.Ini semata-mata supaya kita tidak selalu tersasar jauh dari objektif atau matlamat kita berpandukan Falsafah Pendidikan Negara. Hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada kelas tahun Lima Jaya di sekolah tempat saya bertugas iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, objektif dan hasil pembelajaran adalah tercapai sepenuhnya.Hasil daripada perbincangan dengan guru-guru lain , saya mendapat beberapa pandangan dan pendapat yang dapat membantu saya menyediakan RPH yang dapat saya jadikan panduan semasa mengajar.Objektif dan hasil pembelajaran saya adalah pada kemahiran mendengar dan bertutur. Faktor utama menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran ini begitu berkesan dan menarik ialah pertama faktor tajuk yang saya pilih iaitu Bagaimana memperoleh tubuh badan yang sihat dapat menarik perhatian murid-murid.Ini adalah kerana faktor pengalaman sedia ada murid ,kebanyakan murid-murid SK Seri Jaya hadir bersama menyaksikan majlis penyerahan jersi pasukan bolasepak SK Seri Jaya yang telah disempurnakan oleh Kapten bolasepak sendiri iaitu En. Shahrulnizam Mustafa telah saya gunakan sebagai ,set induksi melalui tayangan video yang menarik telah menarik perhatian tentang pengajaran yang hendak di sampaikan.Pujian dan kata perangsang telah saya gunakan untuk meningkatkan rasa yakin kepada diri sendiri dalam sanubari murid.

Saya menggunakan penggabungjalinan antara kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Sains dan bahasa Melayu.Iaitu tubuh badan yang sihat jika bersenam (P. Jasmani ) .Makanan berkhasiat (Sains) Mengenal isi penting, mengkelaskan sesuatu(bahasa Melayu). Saya banyak menggunakan bahan ICT sebagai bahan bantu mengajar (BBM) antaranya komputer, LCD projektor. Bentuk bahan yang saya gunakan ialah dalam bentuk powerpoint (slaid).Saya dapati dengan menggunakan slideshow pengajaran adalah lebih menarik dan menjimatkan masa. Ini

adalah disebab petikan tayangkan di skrin telah menyebabkan tumpuan murid adalah lebih baik.Selain itu penambahan dari segi animasi telah menjadikan slaid tadi lebih menarik minat murid untuk menikuti pengajaran dan pembelajaran murid.

18

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

Saya juga menggunakan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan berbincang dalam kumpulan dan saya dapat lihat mereka amat berminat untuk mencari jawapan bagi tugasan yang diterima.Pembentangan oleh setiap ketua kumpulan adalah betujuan untuk membina keyakinan diri murid.Ketua bagi setiap kumpulan akan ditukar dari masa ke masa, ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap murid.secara tidak langsung ianya boleh meningkatkan kemahiran bertutur. Selain untuk mencapai objektif bagi kemahiran yang lain antaranya mengenalpasti isi-isi penting. Selain daripada penekanan bagi kemahiran utama, saya juga telah menggunakan slaidshow bagi bahagian C (nilai murni) saya dapati amat ramai murid yang telah melakukan kesilapan dalam bahagian C iaitu mereka gagal menjelmakan nilai murni yang terkandung dalam teks atau bahan yang diberi. .Dengan bantuan slaid didapati murid lebih mudah memahami apa yang mereka pelajari. Apa yang dapat saya lihat ialah mereka kini dapat menjelmakan nilai berpandukan penyataan. . REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur kepada Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan tugas sebagai pendidik yang sentiasa dibebani oleh tugasan harian terutama saya sebagai Guru Penyelaras Pusat Sumber dan Media yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian di sekolah.. Namun demikian dengan pengurusan masa yang teratur dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diterima. Akhir sekali disebabkan murid hanya menonton sebahagian daripada tayangan video semasa aktiviti set induksi maka saya menayangkan semula video tersebut.

19

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

20

PENGAJARAN KEMAHIRAN B. MELAYU

BMM 3104

21

Anda mungkin juga menyukai