Anda di halaman 1dari 50

BAB 1: KEMAHIRAN LISAN

Pengenalan
Apabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau
lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi.
Walau apapun perkataan atau istilah yang digunakan namun
perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan
menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi.
Maksudnya, kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang
sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Dengan itu, kita boleh simpulkan sekali lagi bahawa kemahiran
mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan
mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan
kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.
Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses
maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan
lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan
pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang
dialaminya ketika itu. Terdapat dua kemahiran lisan, iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Kemahiran Mendengar

i. Pengenalan
Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah
kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.
Dengan itu kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan
dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita,
dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang
kali. Persekitaran inilah yang menjadi model kepada kita. Jika
model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang
menggunakan bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini
akan menguntungkan kita. Jika sebaliknya, kita akan rugi kerana
memperoleh contoh dan meniru model yang salah.

ii.Jenis Kemahiran Mendengar


Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu
terhasil daripada proses mendengar. Apakah yang terjadi dalam
proses mendengar itu? Ketika mendengar seseorang itu akan
menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa, dan berasaskan
pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan
bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya
akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan
itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan
proses memaham, menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum
sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat dua
jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan
kemahiran mendengar aktif.

a. Mendengar Pasif
dalam satu situasi, guru menerangkan nama sejenis pokok dengan
menggunakan istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya berdiam
diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan
oleh gurunya. Jadi, apakah yang berlaku dalam proses mendengar
ini? Inilah yang dinamakan mendengar pasif. Mendengar pasif
ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu
maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara
lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang
diterima.

b. Mendengar Aktif
Mengapa pelajar-pelajar dalam situasi tertentu pula menjawab
penyataan gurunya? Sebab pelajar-pelajar itu faham apa yang
dikatakan oleh gurunya itu. Inilah yang dikatakan mendengar
aktif. Oleh itu, mendengar aktif melibatkan komunikasi dua
hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan
terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.

iii. Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami


Apabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat lari
daripada sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat dan
mengikut aras-aras tertentu. Begitulah juga dengan proses
kemahiran mendengar ini. Terdapat dua peringkat kemahiran
mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi.

Aras Rendah
• Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat
dan terperinci
• Mengenal maklumat khusus
• Mengesan urutan
• Mengenal sebab dan akibat
• Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
• Mengenal sikap dan perasaan orang
• Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat
dan terperinci
• Mengenal maklumat khusus
• Mengesan urutan
• Mengenal sebab dan akibat
• Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi

Aras Tinggi
• Mengenal isi-isi penting
• Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap
• Mentafsirkan maksud orang yang bercakap
• Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
• Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar

iv.Aktiviti Kemahiran Mendengar


Anda telah mengetahui jenis dan peringkat kemahiran mendengar.
Sekarang bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran
mendengar itu? Ataupun, bagaimanakah anda dapat mengajar
pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran mendengar secara
berkesan? Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu cara.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, cara itu dimaksudkan
sebagai aktiviti.

Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai kemahiran


mendengar itu? Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang
terkandung di dalam jadual di bawah:

(a) menegenal dan mengecam


• Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.
• Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata.
• Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya
pengucapan serta sikap penutur daripada perbualan,
lakonan atau drama yang diperdengarkan.
• Mendengar rakaman perbualan, wawancara, cerita dan
berita.
• Perbualan melalui telefon.
• Mengenal pasti erti kata-kata.

(b) Membuat inferens


Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu perkara. Misalnya,
jelaskan sebab-sebab terjadinya tanah runtuh?

(c) Menganalisis maklumat


Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk
kamus.

(d) Membuat rumusan


Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat
yang telah dianalisis.
(e) Membuat penilaian
Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang
didengar atau dibincangkan.

v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar


Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat
pelajar-pelajar untuk mendengar, situasi pembelajaran itu
mestilah menarik juga. Di samping pengajaran guru bahan-bahan
bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud,
seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya
menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis
dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan
keintelektualan pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya?
Sebab, pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu
secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan
berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan
nilai antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta
pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya mendengar
sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin
melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru
bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik
dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran
yang berkesan, khususnya dalam kemahiran mendengar ini.

Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah


memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan. Beberapa
langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan menilai.

a) Klasifikasi Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


Bahan Jenis alat Bentuk bahan
1. Audio Radio, pita Petikan bunyi haiwan,
rakaman (audio), suasana, senikata
piring hitam nyanyian, petikan cerita,
berita, dll.
2. Bahan Kad, carta, peta, Sedutan sajak, pantun,
bercetak graf, kit dan nyanyian;, sedutan
teks, novel,cerpen; dan
sedutan rencana.
3. Visual Slaid, lut sinar Ilustrasi, penjelasan
dan OHP, filem, konsep, kata kunci/
filem lajur, penunjuk, ayat kunci.
gambar
4. Objek Benda sebenar, Kosa kata, ayat.
Fizikal model
5. 5. Audia T.V dan rakaman Seperti (i) dan (iii)
dan Visual video, filem
1. ( Pandang
dan
Dengar)
6. Manusia Kumpulan rakan Perbincangan dialog,
dan Alam sebaya, situasi perbincangan teks.
Sekeliling sesuatu tempat
7. Komputer Disket dan hasil Seperti (ii) dan (iii)
cetakan komputer
8. Audio Kedua-dua bahan Seperti (i) dan (ii)
dan Bahan dan alat (i) dan
Bercetak (ii)

Jadual 1 : Klasifikasi alat dan bahan pengajaran


b. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar
Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan, pengolahan,
pembinaan, penggunaan dan penilaian bahan pengajaran bahasa
Melayu, sekarang mari kita tumpukan khas kepada bahan bantu
mengajar untuk kemahiran mendengar sahaja.

Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan bahan


mengajar bahasa Melayu. Daripada senarai bahan-bahan tersebut
kita boleh ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk
pengajaran kemahiran mendengar. Bahan bantu mengajar yang
paling kerap digunakan bagi melatih kemahiran mendengar ialah
pita rakaman. Pita rakaman amat berkesan dalam latihan
kemahiran mendengar kerana guru dapat memainkan semula
bahagian-bahagian tertentu pada sesuatu rakaman sekiranya
didapati perlu. Rakaman yang dimainkan semula kepada pelajar-
pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa perubahan terhadap
sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan.

Namun, pita rakaman video adalah lebih berkesan. Melalui pita


rakaman video ini, murid-murid bukan sahaja dapat mendengar
sebutan, nada intonasi dan gaya pengucapan tetapi mereka juga
dapat melihat gerak-geri mimik muka orang yang bertutur.
Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur paralinguistik yang didengar
dan unsur-unsur bukan linguistik yang dapat dilihat melalui
pita rakaman video akan memudahkan pendengaran dan pemahaman
murid-murid. Di samping itu bahan bantu mengajar seperti
gambar, ilustrasi, poster, rajah, carta, peta, dan kad-kad
imbasan dapat digunakan juga untuk membantu pelajar-pelajar
memahami bahan yang diperdengarkan. Begitu juga, bahan ini
boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan murid untuk sedia
mendengar bahan rakaman.
vi. Penilaian Kemahiran Mendengar
a. Kenapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar?
Sebabnya adalah untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar kita
sudah menguasai atau belum kemahiran mendengar yang kita
ajarkan.

b. Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu dilakukan?


Penilaian kemahiran mendengar seringkali dilakukan secara tidak
formal ketika pelajar-pelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Walaupun aktiviti lisan itu dilakukan serentak dengan kemahiran
bertutur tetapi fokusnya adalah penilaian terhadap kemahiran
mendengarnya.

Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada


dua bahagian. Pertama, ialah penilaian terhadap keupayaan
mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen linguistik.
Pengujian terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan pelajar
mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks, mengenal
pasti jenis-jenis ayat berdasarkan intonasi yang berlainan,
mengasingkan perkataan mengikut golongan, dan mengenal pasti
morfofonem tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses
pengimbuhan.

Kedua, ialah penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi


tujuan-tujuan komunikasi. Ini bermaksud guru menguji kemampuan
pelajar menguasai kemahiran mendengar dan memahami serta
menginterpretasi sesuatu wacana yang diperdengarkan kepada
mereka.

c. Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai kemahiran


mendengar?
Sebenarnya ada pelbagai instrumen yang boleh kita gunakan untuk
menguji atau menilai kemahiran mendengar pelajar kita,
antaranya ialah pemerhatian dan latihan amali.

Penutup
Sudahkah anda faham tentang kemahiran mendengar? Mari kita
ingat semula penyataan penting tentang kemahiran mendengar ini.
Kemahiran mendengar adalah:

1. satu daripada komponen kemahiran lisan,


2. diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur,
3. merupakan kemahiran asas untuk menguasai kemahiran
selanjutnya iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis,
4. mempunyai proses yang melibatkan dua aras penting,
5. pengajaran yang melalui dua peringkat yang berdasarkan
kesukaran tugasan atau fungsi mendengar itu, dan
6. menguji kemampuan dan kecekapan mendengar.

Seperti kata Juriah Long (Perkedahan Pengajaran Bahasa


Malaysia: 1990), kemahiran mendengar itu merupakan komponen
kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guru-guru
bahasa. Mendengar merupakan proses yang kompleks kerana dalam
proses mendengar, seseorang individu itu bukan sahaja
menggunakan alat pendengarannya, tetapi individu tersebut juga
perlu menggunakan otaknya untuk mentafsirkan perkataan-
perkataan atau ayat-ayat bahasa yang didengarinya dan kemudian
memberi gerak balas terhadap sebutan bahasa tersebut. Oleh
itu, katanya lagi, pelajar-pelajar perlu dilatih melalui
beberapa aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka
dapat mendengar dengan baik. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang berkesan juga dapat membantu guru dalam latihan-latihan
mendengar tersebut.

Kemahiran Bertutur
i. Pengenalan
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara
untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan kepada
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul,
dan juga berdasarkan konteks yang sesuai.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur


membolehkan pelajar menguasai kemahiran bercakap dengan tenang,
dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang betul, lancar dan
fasih mengikut situasi dan keperluan.

ii.Jenis Pertuturan

a. Pertuturan Sehala
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pertuturan sehala?
Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian
mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan.
Pengirim menyampaikan mesej manakala penerima tidak memberi
sebarang maklum balas sesuai secara spontan. Ciri-ciri

• Penyampai aktif
• Penerima pasif
• Tiada maklum balas spontan
• Bahasa jelas dan sesuai
• Keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai
• Khalayak besar

Jenis-jenis Aktiviti
 Taklimat
 Pengumuman
 Pengucapan Awam
 Memberi arahan/panduan
 Pengacaraan Majlis
b. Pertuturan Dua Hala

Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi.


Apa yang terjadi ialah satu pihak menyampaikan maklumat dan
satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak
penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam
satu masa dan di tempat yang serupa. Ciri-cirinya ialah
penyampai dan penerima saling berinteraksi, penyampai dan
penerima saling bersemuka, dan ada maklum balas spontan. Jenis-
jenis aktiviti dua hala ialah;

• Dialog
• Forum
• Wawancara / temu bual
• Perbincangan
• Perbahasan
• Mesyuarat

iii. Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur


Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur
dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi
perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat, maka sudah
tentulah kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara
berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat peringkat-
peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah
dan peringkat pertuturan tinggi.

a. Peringkat Rendah
Pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan
pengalaman murid seperti;
• Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan
harian dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta
nada yang sesuai.
• Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan pelbagai soalan.
• Menyatakan perasaan secara terus terang dan beradab tentang
sesuatu perkara.

b. Peringkat Tinggi
Pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan,
pandangan, dan justifikasi seperti;

• Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam


perbincangan.
• Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan
kata sepakat.
• Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan.
• Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
• Memberi respons peribadi tentang karya sastera
• Memberi respons peribadi tentang karya sastera

iv. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur


Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah
melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sepertimana teknik,
terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa
mengajar kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan
beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di
dalam bilik darjah.

a. Perbualan
Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara
dengan menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan
yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam
kehidupan hariannya. Selain daripada itu ianya juga boleh
menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan
bahan yang dikemukakan kepadanya.

Azam: Adik, tolong ambilkan abang buku cerita itu!


Azmi : Baik abang. Nanti adik ambil.
Azam: Emak, boleh saya pergi bermain bola di padang?
Emak : Boleh. Tapi, Azam sudah habiskan kerja rumahkah?

Dua situasi perbualan di atas menunjukkan tatacara berbual yang


baik dan santun. Perbualan ini menunjukkan dua cara yang
berlainan mengikut intonasi dan kata sapaan kata ganti nama
diri yang digunakan oleh orang yang berbual. Dengan itu, untuk
memastikan perbualan itu menggunakan pertuturan yang baik,
orang yang bertutur mestilah tahu menggunakan kata-kata, ayat
dan intonasi yang sesuai dengan konteks dan latar orang yang
dilawan bertutur itu.

b. Memberi Pendapat
Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan,
menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam
perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan
pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang
kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan.
Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan
akibat, tujuan atau sebab- musabab.

c. Simulasi
Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau
situasi sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan
keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam
situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan.
Contoh langkah-langkah pengajaran menggunakan teknik simulasi
ialah;

• Pelajar diberikan kad peranan berdasarkan situasi tertentu


• Pelajar melakonkan peranan secara individu ataupun secara
kumpulan berdasarkan arahan dalam kad peranan
• Guru dan pelajar membuat rumusan tentang peranan yang
telah dimainkan
• Guru memberi aktiviti susulan

Contoh kad arahan

KAD A
Anda sebagai kerani pos sedang melayan pelanggan di kaunter
dengan mesra.

KAD B
Anda sebagai pelajar ingin membeli setem kenang-kenangan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke -42. Anda ingin
mendapat kepastian sama ada setem itu masih ada lagi atau sudah
kehabisan stok, di samping itu anda diminta membantu seorang
tua untuk mengisi borang kiriman wang.

KAD C
Sebagai seorang tua yang menghadapi masalah untuk mengisi
borang kiriman wang, anda meminta bantuan daripada seorang
pelajar untuk melengkapkan borang tersebut. Anda dikehendaki
menyatakan butiran yang diperlukan kepada pelajar itu.

d. Main Peranan
Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan
gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang
diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip.
Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau
kumpulan. Langkah-langkah pengajaran;

• Sediakan satu situasi sebenar untuk aktiviti main peranan


yang dicadangkan
• Tentukan watak-watak yang terlibat di kalangan pelajar
• Pelajar diminta melakonkan peranan yang diberi
• Guru dan pelajar membuat rumusan

Contoh:
Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu
masuk ke sekolah anda. Dengan menggunakan teknik main peranan,
lakonkan situasi tersebut.

Perbincangan
Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk
perbualan. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar
dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan
dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Langkah-langkah
pengajaran;

• Guru memilih tajuk yang sesuai untuk dibincangkan


• Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perlu
disediakan
• Guru menerangkan prosedur perbincangan
• Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan
memilih ketua serta pencatat bagi setiap kumpulan
• Pelajar menjalankan perbincangan dan membentangkan hasil
perbincangan kumpulan
• Guru memberi aktiviti dan membuat rumusan

v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan Sumber


Anda telahpun membaca tentang pemilihan dan penghasilan bahan
untuk kemahiran mendengar. Sebenarnya, proses pemilihan bahan
untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama
sahaja. Oleh itu, tidak perlulah lagi kita mengulang
memperkatakan proses pemilihan bahan ini. Baik kita teruskan
perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk
kemahiran bertutur itu mengikut aktiviti kemahiran itu sendiri.

a. Aktiviti Perbualan
Untuk melatih murid-murid supaya dapat berbual dan berbicara
dengan menggunakan kata, intonasi, nada, struktur ayat dan
ungkapan yang betul, alat-alat yang boleh digunakan ialah
pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan
tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

b. Aktiviti Memberi Pendapat


Bahan-bahan untuk aktiviti memberikan pendapat yang bernas
sebagai sumbangan dalam perbincangan ini selalunya disediakan
oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan
murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, sajak,
pantun, petikan rencana/isu semasa daripada akhbar/majalah dan
petikan peristiwa dalam cerpen/novel.

c. Aktiviti Bercerita
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik yang
membolehkan murid-murid menggunakan daya imaginasi yang tinggi
serta kreatif semasa menyampaikan cerita melalui kemahiran
pertuturan. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahan–bahan yang
boleh menimbulkan rangsangan kepada murid. Contoh arahan;

Ini ialah gambar tunggal pemandangan sebuah rumah yang terletak


di tebing sebuah sungai. Berdasarkan gambar ini guru boleh
meminta murid mereka cerita dengan menggunakan imaginasi
sendiri hingga menjadi sebuah cerpen yang menarik.

Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan pengajaran yang


digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur sebaik-
baiknya terdiri daripada bahan–bahan yang autentik ataupun
bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya,
rencana kesihatan, berita bencana alam (banjir, kebakaran,
tanah runtuh, angin puting beliung dan sebagainya), petikan
cerpen,forum, bacaan sajak, syair, pantun dan lain-lain yang
diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan
pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur
ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri
utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-
murid.

Kesimpulannya,
Contoh penggunaan alat bantu mengajar yang telah dibincangkan
tadi merupakan panduan sahaja. Oleh itu, anda bolehlah
mengubahsuaikannya mengikut keperluan dan keadaan yang sesuai
dengan peringkat pembelajaran pelajar. Apa yang penting ialah
bagaimana anda dapat melibatkan murid secara aktif dalam
aktiviti yang menyediakan peluang untuk mereka menggunakan
bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur dan
memberikan pendapat secara kreatif dan kritis.

Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung pada


sejauh mana deria seseorang itu dilibatkan. Oleh itu,
pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai
bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk
menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

vi. Penilaian Kemahiran Bertutur


Banyak aspek yang perlu diberi pertimbangan semasa hendak
membuat penilaian kemahiran bertutur. Antaranya ialah aspek
fonologi, tatabahasa, leksikal, konteks dan aspek-aspek bahasa
yang lain. Apabila hendak membuat penilaian dalam aspek
fonologi kita hendaklah melihat pelajar tersebut boleh menyebut
dengan betul dan tepat tentang sesuatu perkataan, frasa atau
ayat yang diminta oleh gurunya atau ayat yang dibina sendiri.
Sebutan yang dimaksudkan itu ialah dari segi nada dan intonasi
serta jeda dan tekanan. Maknanya murid tersebut mestilah boleh
menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan intonasi
yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang
sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara harus juga
dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks
pertuturan. Kepantasan bertutur juga perlu wujud dengan gerak
anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya.
Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik
kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang
diucapkan.

Pada aspek tatabahasa pula, salah satu penilaian yang boleh


dilaksanakan ialah dari segi transformasi ayat. Contohnya,
penilaian pada kecekapan pelajar menuturkan ayat cakap ajuk
atau ayat cakap pindah semasa menceritakan atau menyatakan
sesuatu perkara dalam aktiviti di dalam kelas.

Aspek leksikal juga tidak kurang pentingnya untuk dinilai oleh


seseorang guru bahasa untuk memastikan sama ada nama-nama objek
yang dituturkan itu betul atau tidak.

Guru menunjukkan sekeping gambar kepada pelajar dan meminta


pelajar menyebut nama objek yang terdapat di dalam gambar
tersebut. Adakah muridnya akan menyebut ‘harimau,’ ‘halimau,’
‘ghimau’ atau ‘haghimau’ ? Di sini guru boleh membuat
penilaian aspek leksikal pelajarnya dan mungkin boleh membuat
aktiviti susulan untuk membetulkan kesilapan sebutan
pelajarnya.

Seseorang yang dianggap petah berkata-kata pula ialah seseorang


yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan menggunakannya
bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat yang
hendak diberitahunya itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu,
dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat
dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan
sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang
berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza juga.
Contoh:

Sekumpulan pengembara telah membuat satu ekspedisi di Hutan


Lipur Bukit Hijau. Setelah berjalan beberapa kilometer mereka
berhenti untuk melepaskan penat. Di sini berlaku dialog antara
dua orang pengembara;

A: Eh! Eh! Hauslah.


B: Kalau haus minumlah.
A: Maksud aku bukan haus hendak minum air tetapi kasut
aku ini, tapaknya telah haus.
B: Oh ! Aku ingatkan kau dahaga.

Perbualan di atas menunjukkan makna perkataan haus bagi Si A


merujuk kepada tapak kasutnya yang menipis manakala makna
perkataan haus bagi Si B pula ialah dahaga. Inilah yang
disebut makna perkataan mengikut konteks.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan ialah aspek


ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi
yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran
hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan
makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian
juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang
khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita
bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul
dalam suatu interaksi yang kita hadapi.

Contoh:
a. Silalah masuk.
b. Jemputlah makan.
c. Boleh pinjamkan saya buku itu.
d. Abang Long, marilah main dengan Angah.

Contoh ayat-ayat di atas merujuk kepada ujaran-ujaran hormat


seseorang kepada orang yang dilawan bercakap. Seseorang itu
akan menggunakan leksikon (perbendaharaan kata) tertentu dan
berbeza-beza apabila berkomunikasi dengan orang lain
berdasarkan situasi tertentu.

Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa


itu dengan betul iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga
kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Oleh
yang demikian, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran
bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu
berbahasa ini.

Penutup
Pengajaran dan pembelajara kemahiran lisan melibatkan proses
penyampaian dan penerimaan mesej. Ini memerlukan komunikasi
yang jelas antara orang yang mendengar dan bertutur itu. Sudah
tentu dalam proses berkomunikasi itu terdapat banyak halangan
dan pengaruh tertentu mengikut latar penutur, konteks dan judul
pertuturan. Contohnhya, pembelajaran lisan untuk penutur
pertama dan kedua. Kita sedia maklum masalah bagi penutur
kedua. Mereka belajar bahasa yang asing daripada bahasa ibunda
mereka. Lantas mereka mempunyai segala masalah daripada
penggunaan alat artikulasi untuk penyebutan dan juga pemahaman
untuk mentafsir makna ujaran yang dipertuturkan. Namun,
penutur bahasa pertama juga menghadapi masalah yang sama iaitu
pengaruh daripada pelbagai dialek daerah. Walau apapun masalah
yang timbul, guru memainkan peranan untuk mengetahui dan
memahami konsep kemahiran lisan ini dan mengajar kemahiran itu
kepada pelajar melalui aktiviti, dan bahan yang sesuai, kreatif
dan menarik. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula
boleh dipastikan dengan mengaplikasikan pelbagai cara dan
bentuk penilaian dan pengujian. Adalah diharap strategi
pengajaran yang kreatif, bahan yang menarik dan penilaian yang
berkesan, pelajar akan dapat menguasai kemahiran lisan yang
terangkum di dalamnya kemahiran mendengar dan bertutur, dengan baik ,
fasih dan bermakna mengikut konteks dan wacana.

KEMAHIRAN MEMBACA
4.2.1 Pengenalan

Apakah bacaan? Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan


bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau
pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa
bacaan secara nyaring atau secara senyap. Pengertian ini tidak mampu
memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang apa yang terjadi
apabila seseorang itu membaca. Oleh itu, cuba kita bincangkan
definisi-definisi ini.
i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses
membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
ii. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca
sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan),
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami
dan mengintegrasikan maksudnya.
iii. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses
membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah
perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis
dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan membaca
sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang
hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya.

Sekarang mari kita kenal pasti inti pati definisi-definisi di atas.


Kita boleh rumuskan bahawa;

i. terdapat dua komponen dalam perlakuan mambaca iaitu kemahiran


mengenal atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami
apa yang dibaca;
ii. aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan
berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang
dibaca.
iii. proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan
atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis;
iv. seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan,
jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang
dibacanya.

Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke


minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Akan
tetapi, sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita
terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan
dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan
kepada proses membaca itu sendiri.

Untuk menjawab soalan itu kita perlu mengenal pasti perkara yang
perlu dilakukan semasa kita membaca. Dalam sebuah proses membaca,
tugas-tugas berikut perlu dilakukan oleh pembaca.

i. Mengesan atau mengenal lambang-lambang atau perkataan-perkataan


yang dilihat.
ii. Mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan
lambang atau makna.
iii. Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa
yang telah sedia ada di dalam minda.
iv. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati
kepada diri sendiri, rakan atau guru.
Tegasnya, dalam perlakuan membaca itu, kebolehan untuk mengaitkan dan
mengintegrasikan segala aspek tersebut di atas adalah penting bagi
menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman.

Kita telah menyentuh perkataan kefahaman. Malah perkataan kefahaman


ini adalah sinonim dengan perkataan bacaan. Maksudnya, apabila kita
memperkatakan tentang bacaan, tidak boleh tidak, kita pasti menyentuh
kefahaman. Malah, guru sendiri selalu bertanya pelajarnya bila sudah
membaca sesebuah teks…

" Kamu faham tak apa yang kamu baca tadi?"


" Cuba kamu beritahu apa yang kamu faham daripada teks
yang kamu baca itu."
" Kamu sudah baca teks itu. Sekarang bagi tahu cikgu
cerita
keseluruhan teks itu."

Jadi, apakah kefahaman itu? Kafahaman ialah keupayaan menubuh,


mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang
dibaca. Ini merupakan satu proses mendapatkan makna daripada
komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan lambang-
lambang tertentu. Proses kefahaman ini juga merangkumi proses mental
yang kompleks seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai,
menghubungkaitkan idea-idea dengan perkataan dan pengalaman yang
sedia ada, penyusunan idea-idea, penubuhan generalisasi dan juga
penilaian. Tegasnya, tanpa kefahaman tentang apa yang dibaca,
sesebuah perlakuan bacaan itu tidak lengkap. Oleh itu, bacaan adalah
kefahaman. Sehubungan itu, matlamat guru mengajar kemahiran membaca
dan memahami ialah supaya murid dapat bertindak balas terhadap
maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran
ini, mereka akan dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam
dalam bahan bertulis.

4.2.2 Jenis Bacaan

Sebentar tadi, kita telah memperkatakan tentang konsep dan pengertian


bacaan dan kefahaman atau membaca dan memahami. Sekarang mari kita
fahamkan tentang jenis bacaan itu pula. Bacaan terbahagi kepada dua
jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau
senyap. Cuba and baca dan fahami penyataan di bawah ini.

Jenis Bacaan Keterangan Cadangan pengajaran dan


pembelajaran

Bacaan Mekanis/ • Bacaan bersuara • Beri petikan teks


kuat / nyaring dengan sebutan yang sesuai
(bersuara) yang jelas dan • Buat latih tubi
tepat mengikut baca perkataan/
sistem bunyi rangkai kata yang
bahasa Melayu. sukar.
• Membaca dengan • Tunjuk cara contoh
gaya dan intonasi bacaan yang betul.
yang betul. • Murid membaca dan
guru memantau
bacaan murid.
• Guru berbincang dan
bersoaljawab dengan
pelajar tentang isi
bacaan bagi menguji
pemahaman pelajar.

Bacaan Mentalis/ • Bacaan dalam hati • Baca petikan secara


akaliah tanpa suara. senyap untuk
(senyap / • Dijalankan sebelum mengesan maksud.
kefahaman) atau selepas • Bersoal jawab
pelajar menguasai tentang isi
bacaan bersuara. petikan.
• Membaca untuk • Aktiviti pengukuhan
memahami maklumat/ menceritakan semua
idea/ buah isi petikan yang
fikiran. dibaca.

i. Bacaan Mekanis
Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan
bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang
disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi,
fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang yang
membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja
yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, dia
terlebih dahulu harus menguasai keterampilan persepsi yang
menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya
mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga,
dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu
kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Jadi,
berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab
pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan
berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana
sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap
menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas,
mereka tidak dapat membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan
yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut konteks
dan wacana teks yang dibacanya itu.

ii. Bacaan Mentalis


Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati
yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan
ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk
memperoleh informasi dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih
bertepatan dengan membaca secara perseorangan (personalized reading).
Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang
sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai
dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu
yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju
sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu
strategi yang amat menarik.

Oleh itu, bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam
hati. Pembaca menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa
mengeluarkan suara. Begitu juga, bacaan senyap ini boleh dilakukan
lebih laju daripada bacaan bersuara atau mekanis. Ini adalah
disebabkan bacaan senyap tidak perlu memberi pertimbangan seperti
nada, suara, sebutan,dan intonasi yang jelas seperti mana yang
diperlukan dalam bacaan bersuara.

Bacaan mekanis dan bacaan mentalis ternyata mempunyai ciri-ciri dan


cara pengendalian yang berbeza . Dengan itu, pengajaran kedua-kedua
jenis bacaan ini juga sudah tentu mempunyai tujuannya masing-masing.
Jadi, mengapakah anda mengajar jenis-jenis kemahiran membaca ini
kepada pelajar anda?

4.2.3 Teknik Bacaan


i. Bacaan pantas
Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan
dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa.
Walaubagaimanapun, kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa yang
dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca pantas ini melibatkan
pergerakan mata. Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan
baris-baris yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan
berhenti membaca pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan
atau berundur ke belakang kepada perkataan yang sebelumnya. Namun,
pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama terutama apabila
teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting
dalam hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas,
pergerakan mata boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang
demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan maklumat visual yang
dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan
membaca para pelajar.

Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam
hati. Berbanding dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya
menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah
kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan
lain-lain alat pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah
bacaan senyap yang melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula
adalah sebagailatihan bercakap.
Membaca pantas ini terbahagi kepda dua jenis iaitu skimming dan
scanning.

Jenis Keterangan Cara pelaksanaan


Skimming • Membaca secara sekilas • Pembaca meneliti
pandang. halaman judul, kata
• Mata bergerak dengan pengantar, daftar isi,
cepat, melihat bahan gambar dan diagram,
bertulis untuk indeks dan sebagainya.
mendapatkan maklumat • Pembaca mendapatkan
denagn semerta. pandangan yang baik
• Tujuan untuk tentang organisasi
mendapatkan kesan umum teks tersebut.
daripada sesebuah teks
yang dibaca.
• Mencari hal-hal yang
melibatkan fakta dan
informasi tertentu.
• Kebaikannya, seseorang
itu akan mendapat
banyak maklumat dan
fakta dalam satu
jangka masa yang
singkat.
Scanning • Membaca secara • pembaca meneliti
sepintas lalu.. bahagia-bahagian
• Disebut juga sebagai buku.
bacaan tinjauan. • Pembaca meneliti
• Tujuan untuk indeks, daftar kata,
mendapatkan maklumat judul, bab, rangka
awal dan gambaran kasar buku,
keselruhan tentang bibliografi.,
teks sebelum menjadi kandunga prakata,
pilihan untuk dibaca. pendahuluan,
sinopsis, abstrak dan
sebagainya.

Penerangan di atas tidak menunjukkan perbezaan secara jelas antara


skimming dan scanning. Walau bagaimanapun, kita dapat menyimpulkan
bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan
tujuan memahami ide utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam
kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
sesuatu bahan yang dibaca.
Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan
maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan
sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-
bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini
lebih pantas daripada skimming.

ii. Bacaan Intensif


Definisi
• Bacaan yang dilakukan secara teliti.
• Melibatkan telaah isi dan bahasa.
• Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca
kritis dan membaca idea.
• Telaah bahasa menumpukan kepada aspek yang menyangkut
tentang bahasa.

Konsep
• Membaca dengan pimpinan guru.
• memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar
dan memperkembangan perbendaharaan kata.
• Mengkaji ciri-ciri tatabahasa, seperti susunan kata dalam
ayat,dan pengertian menurut kamus.
• Men gembangkan lagi pengawalan penggunaan bahasa dalam
pertuturan dan tulisan.
• Gerak laju dan kelinan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan
• Untuk membolehkan pelajar dengan baik, betul dari segi
sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan
denagn baik.
• Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis
dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan
pengertian dalam kamus.
• Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada
bahan-bahan yang dibaca.
• Mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahasa.
• Mengenal pasti pelbagai laras bahasa
• Membuat kesimpulan apa yang dibaca

iii. Bacaan Ekstensif


Definisi
• Membaca secara luas.
• Membaca sebanyak teks dalam wakgtu yang singkat.
• Untuk memahami isi yang penting secara cepat.
• Melibatkan membaca tinjauan meneliti indeks, daftar kata,
judul, bab, kandungan dsb.
• Membaca sekilas untuk mendapatkan maklumat umum, menemukan
hal-hal tertentu dan menemukan bahan daripada perpustakaan.
• Membaca dangkal untuk mendapatkan pemahaman luaran dan
dilakukan secara santai.

Konsep
• Dilakukan oleh pelajar secara sendiri di lauar kelas dan
tanpa bimbingan guru.
• Pelajar membaca sebanyak mana bahan yang termampu dengan
perasaan puas, seronok dan terhibur.
• Bahan bacaan adalah luas sesuai dari segi perbendaharaan
kata dan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap serta cita-
cita pelajar itu.
• Bahan bacaan harus daripada bahan yang berbeza.

Tujuan
• Membolehkan pelajar membaca secara sendiri.
• Membolehkan pelajar membaca dengan fasih.
• Memdapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati.
• Untuk memperkayakan bahasa iaitu perbendaharaan kata, ayat
dan lain-lain.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan bacaan.
• Membina daya berfikir secara kreatif dan kritis.
• Mengembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa
berbentuk puisi dan prosa.
• Menambah minat membaca dan membuat rujukan.
• Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

Cara melaksanakannya
• Pelajar diberi galakkan membaca seberapa banyak bahan yang
diminati.
• Perlakuan membaca ini di lakukan di luar kelas secara
bersendiri tanpa bimbingan guru.
• Pelajar membuat catatan mengenai bahan-bahan yang
dibacanya seperti isi-isi penting dan isi keseluruhan
• Lebih baik jika pelajar merekod bahan yang dibacanya
beserta dengan perkara penting mengenainya seperti sinopsis,
isi penting dan kebaikan serta kelemahan bahan bacaan
tersebut.
• Pelajar harus mendapat kepuasan dan keseronokan membaca.
Anda telah membaca dan memahami persamaan dan perbezaan di
antara bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Sebagai rumusannya
dapatlah kita simpulkan bahawa bacaan intensif ialah untuk
membaca untuk memperkembangkan kebolehan pelajar meneliti,
memahami dan mentafsir bahan bacaan dengan tepat, termasuklah
mengkaji tatabahasa, pembentukan dan penggunaan perkataan,
memahami isi serta kesesuaian bahasa dalam konteks dan situasi
yang berlainan.

Manakala, bacaan ekstensif pula ialah bacaan yang menekankan


pengukuhan asas bacaan, menambahkan kemahiran memahami dan
menaakul isi bahan bacaan, menambah kepantasan membaca,
kebolehan memetik isi-isi penting dan membina minat membaca.
Perlu dingat juga bahawa bacaan intensif memrlukan bimbingan
guru, sebaliknya bacaan ekstensif adalah dilakukan bersendirian
oleh pelajar.

Penutup
Topik ini membicarakan konsep kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), penghasilan bahan dan penilaian aktiviti kemahiran
mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu.
Rujukan

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,


Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Oublication &
Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala


Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran


Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azaman Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan
Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan
Linguistik Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990).


Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan).


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Arb’ie Sujud


( 1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan
Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran


Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997).
Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon (1989). Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran


Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa


Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan
Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea
dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca.
Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran
bahasa yang lain. Oleh itu pengajarannya harus dirancang dengan
teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat
menyampaikan idea dengan tepat dan berkesan. Kemahiran menulis amat
penting untuk dikuasai kerana penulisan merupakan satu bentuk
komunikasi yang penting dalam kehidupan harian. Di samping itu dalam
sistem peperiksaan am di negara ini, pelajar-pelajar diuji dalam
bentuk penulisan.

a) Jenis-jenis Penulisan
Kemahiran tersebut ialah kemahiran menulis secara mekanis dan
kemahiran mentalis (pelahiran)

• Kemahiran Mekanis
Anda perlu ketahui bahawa kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya
pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam
abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf,
suku kata, perkataan dan ayat. Anda harus memberi penekanan kepada
kepentingan kemahiran ini kerana kemahiran ini harus dikuasai pada
peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang
kemas dan mudah dibaca.

Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis ialah:

1. latihan menulis bentuk yang mirip kepada bentuk penulisan.


2. latihan menulis huruf daripada gambar-gambar yang mirip kepada
huruf.
3. latihan menekap huruf mengikut acuan yang diperbuat daripada
kad berlubang/ garis-garis putus.
4. latihan menamakan gambar secara terkawal.

5. latihan menyalin ayat atau frasa.

• Kemahiran Mentalis
Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya
dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara
mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh
anda jalankan untuk membantu pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran
ini.

Latihan-latihan yang boleh anda jalankan ialah :


1. latihan pernyataan fikiran dan pendapat.
2. latihan pernyataan perasaan.
3. latihan pernyataan kehendak dan perbincangan.
4. menulis karangan esei, surat kiriman, rencana, berita.
5. menulis cerpen, puisi ,cereka.
6. menulis karangan berbentuk pengucapan awan seperti syarahan,
ucapan perbahasan, forum dan sebagainya.

b) Kemahiran-kemahiran Mengarang
Adakah anda mempunyai bakat sebagai pengarang. Syabas, dan anda boleh
mewariskannya kepada pelajar-pelajar anda! Jika sebaliknya jangan
putus asa. Seseorang itu masih boleh menjadi penulis yang berpotensi
jika tahu kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam penulisan
karangan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan, anda harus


memberikan penekanan kepada perkara-perkara berikut:

• Mengenal pasti audiens


• Mengenal pasti tujuan
• Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan
• Kemahiran koheran dan kohensi
• Kemahiran pemerengganan
• Aspek kemahiran mekanis
• Mengenal pasti audien

Audien amat penting dalam penulisan karangan. Jika anda tidak


mengenali audien, karangan yang anda tulis tidak mungkin dapat
menepati kehendak dan keperluan mereka. Dalam konteks ini audien
ialah rakan-rakan pelajar dan guru-guru yang akan membaca dan
memeriksa karangan tersebut. Justeru, karangan harus bersesuaian
dengan kehendak dan keperluan mereka. Anda harus tahu keperluan
pelajar-pelajar anda untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik
dari segi kemahiran mengarang dan kemahiran sistem bahasa serta
menepati kehendak-kehendak format yang ditentukan dalam peperiksaan.
Anda harus tahu tahap pengetahuan dan keupayaan pelajar-pelajar anda.
Dalam konteks ini, pengajaran anda harus dirancang berdasarkan
kemahiran, keperluan dan kemampuan audien anda.

Jika pelajar-pelajar anda mempunyai pelbagai tahap kemahiran


berbahasa, anda perlu mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya
penyampaian pengajaran dan pembelajaran anda berkesan. Pelajar yang
lemah mungkin perlukan bimbingan yang lebih berbanding dengan pelajar
yang lain.

• Mengenal pasti tujuan


Salah satu faktor yang penting dalam penguasaan kemahiran menulis
ialah minat pelajar-pelajar untuk menulis. Minat menulis dan ditambah
pula mempunyai tujuan-tujuan tertentu, merupakan adunan yang sangat
baik untuk menghasilkan penulisan karangan yang bermutu.

Tujuan mengarang
• Mengeluarkan idea/pendapat
• Meluahkan perasaan
• Mempertahankan hujah
• Menghasilkan cereka/imiginasi
• dengan bahasa yang retorik

Berdasarkan tujuan penulisan ini juga anda boleh mengajar pelajar-


pelajar, membuat pemilihan kosa kata yang sesuai dan tatabahasa yang
betul. Anda juga dapat membantu mereka mengolah ayat dengan berkesan,
menggunakan format karangan yang betul dan menggunakan gaya bahasa
yang sesuai. Apakah tujuan anda mengajar pelajar-pelajar anda
kemahiran mengarang ?

• Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan


Pelajar-pelajar anda harus benar-benar memahami tajuk karangan.
Tersalah mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan terpesong. Isi
karangan harus jelas, logik relavan dan menarik minat orang yang
membaca. Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan
padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan
penulisan karangan tersebut. Memahami tajuk karangan dengan tepat dan
mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih teknik-
teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format
yang sesuai.

• Koheran dan kohensi


Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai
pertalian isi antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan
satu pola atau keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut
susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi
tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan,
kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan
tersebut. Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang
paling banyak, diikuti oleh kesan sosial atau politik. Dalam kita
mengolah isi karangan, kita akan menghuraikan kesan terhadap ekonomi
terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya
kesan terhadap politik. Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan
pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat
tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-keping kecil yang
disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan
sempurna.
Kohensi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama
yang didukung dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta
sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok
persoalan. Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam
lengkongan tema yang sama. Pengolahan isi karangan sedemikian lebih
menyakinkan audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan isi
karangan yang terpesong dan kabur.

• Kemahiran Pemerengganan
Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan. Perenggan
pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih
dahulu. Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan
bahasa yang tepat, padat dan ekonomis. Pendahuluan yang meleret-leret
akan membosankan. Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan
yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap
perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema. Dalam penulisan
karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu ayat
yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayat-
ayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut. Bukti-bukti atau
contoh yang sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan. Secara
keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti
mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

i. Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan


tajuk dan menarik?
ii. Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi
itu dihuraikan dengan baik?
iii. Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika
sebuah perenggan itu terlalu panjang bolehkan perenggan itu
dipecahkan kepada subtopik?
iv. Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang
lain, bolehkah perenggan itu digabungkan berdasarkan tema
yang sama?

• Kemahiran kosa kata, sistem bahasa dan gaya bahasa


Seseorang itu harus menguasai kemahiran sesuatu bahasa untuk
memudahkan penyampaian idea dengan baik dan berkesan. Pemilihan kosa
kata yang tepat dan bersesuaian amat penting dalam menghasilkan
karangan yang baik. Pengetahuan tentang sistem bahasa yang merangkumi
tatabahasa, ragam bahasa dan gaya bahasa yang bersesuaian amat perlu
untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik.

Anda harus mengambil kira persoalan-persoalan yang berikut untuk


melihat ketepatan penggunaan bahasa anda?

i. Adakah pemilihan kosa kata pelajar-pelajar anda sesuai dan


tepat?
ii. Adakah bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar anda
menarik, tepat, jelas dan mudah difahami?
iii. Adakah ayat-ayat yang pelajar-pelajar anda gramatis dan
beragam jenis dari segi dan strukturnya?
iv. Adakah penulisan karangan pelajar-pelajar anda lancar?
v. Adakah gaya penulisan pelajar-pelajar anda menarik?

• Kemahiran Aspek Mekanis


Aspek-aspek kemahiran bahasa yang perlu diambil kira semasa
mengajarkan penulisan karangan.

• Tulisan tangan pelajar-pelajar mesti kemas dan mudah dibaca.


• Pastikan pelajar-pelajar anda tidak melakukan kesilapan ejaan.
• Pastikan pelajar-pelajar anda menggunakan tanda baca yang betul.

c. Perancangan Aktiviti-aktiviti Pengajaran Mengarang

• Objektif :
i. Membolehkan pelajar-pelajar melahirkan fikiran dan perasaan
dalam bentuk penulisan.
ii. Menyuburkan minat suka menulis di kalangan pelajar.
iii. Memperkaya pengetahuan pelajar tentang kosa kata, sistem
bahasa, dan gaya bahasa.
iv. Memperluas pengetahuan, pengalaman, dan meneroka ilmu-ilmu
baru melalui peringkat prapenulisan.

• Peringkat-peringkat Pengajaran Mengarang


Ada 3 tahap penulisan karangan yang perlu anda lalui untuk
menghasilkan karangan yang baik. Berikut ialah tiga tahap penulisan
yang perlu anda lalui untuk menghasilkan karangan yang baik:

Tahap tahap penulisan

Prapenulisan Semasa penulisan Pasca penulisan

Tahap prapenulisan
Tahap prapenulisan ialah proses memahami kehendak tajuk karangan,
mencari, merangka, dan menyusun serta mengolah isi karangan. Anda
haruslah membuat rujukan sama ada melalui media cetak atau media
eletronik untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi mendapatkan
isi karangan yang mantap dan sesuai.

Peringkat Semasa Mengarang


Tahap penulisan bermaksud menulis draf karangan yang merangkumi
perenggan pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan atau penutup.
Secara umumnya tahap penulisan ini melibatkan aktiviti yang berikut:
i. Membentuk ayat-ayat yang konkrit dan jelas bagi menyampaikan
dan mengolah sesuatu isi.
ii. Memberi bukti, contoh atau alasan untuk menyokong is-isi atau
kenyataan yang dibuat.
iii. Menghubungkan ayat-ayat dan membuat pemerengganan untuk
memperlihatkan kesinambungan idea.

Peringkat Pasca Mengarang


Tahap penyemakan merupakan proses menambah isi jika perlu, mengubah
dan menukar susunan isi, membaiki perenggan atau ayat, memilih kosa
kata, membetulkan kesilapan ejaan, tanda baca dan membaiki
tatabahasa, ekspresi dan gaya bahasa. Tahap ini merupakan peluang
kedua kepada pelajar-pelajar untuk memperbaiki karangan. Justeru,
pelajar-pelajar perlu dilatih menguasai kemahiran tahap penyemakan
ini. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada tahap
penyemakan ini. Antaranya:

i. membaiki perenggan dan ayat. Pastikan setiap perenggan


mempunyai ayat topik, huraian, penjelasan atau bukti yang
menyokong ayat topik dan panjang sesebuah perengan dengan
perenggan yang lain hampir sama.
ii. ayat hendaklah padat, tepat dan gramatis
iii. aspek tatabahasa dan gaya bahasa disemak bagi memastikan
tiada kesilapan ejaan, pemilihan kosa kata yang sesuai dan
gaya bahasa yang menarik serta berkesan.
d) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

• Pendekatan Terkawal

i. Pendekatan Terkawal Sepenuhnya :


Pendekatan ini merupakan penulisan karangan peringkat awal.
Pengawalan sepenuhnya dilakukan bagi mengelakkan pelajar-pelajar
melakukan kesilapan. Latihan yang diberikan adalah berbentuk menyalin
semula bahan yang diberikan. Latihan ini haruslah latihan yang pendek
dan tujuan latihan ini adalah sebagai latihan mekanikal sahaja.

ii. Pendekatan Separuh Terkawal


Pada peringkat ini pelajar-pelajar diberi peluang untuk menggunakan
sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan
menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara
latihan yang bersesuaian dengan penulisan peringkat ini ialah latihan
menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadankan dengan
perkataan lain yang disediakan

• Karangan Berpandu
Murid-murid yang melalui peringkat ini diberi sedikit kawalan, mereka
dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pelajar-pelajar mungkin
dipandu dari segi isi karangan atau diberikan beberapa urutan gambar
dan diminta menghasilkan karangan berdasarkan ransangan-ransangan
yang telah diberi.

• Karangan Bebas
Anda harus ingat bahawa penulisan karangan mengikut pendekatan bebas
hanya dapat dijalankan apabila pelajar-pelajar telah menguasai
kemahiran bahasa dengan baik. Pelajar-pelajar diberi kebebasan
menulis karangan tanpa bimbingan daripada guru. Pendekatan ini
menegaskan bahawa murid-murid pada peringkat pertengahan perlu
memberi perhatian kepada isi dan kelancaran penulisan. Hal demikian
kerana pada peringkat ini mereka telah mempunyai pengetahuan
tatabahasa dan kemahiran mekanis yang mencukupi. Dari segi teorinya,
pendekatan karangan secara bebas memberi peluang kepada murid-murid
menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian tentang sesuatu
tajuk karangan. Karangan jenis ini diperluaskan kepada bentuk
naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif.

Karangan berbentuk naratif ialah karangan yang berbentuk


penceritaan, sementara karangan deskriptif berbentuk gambaran suasana
atau peristiwa. Karangan imaginatif pula berkait rapat dengan
pengalaman dan karangan argumentatif berbentuk perbincangan, kritikan
dan perbahasan. Karangan berbentuk kreatif pula meliputi penulisan
puisi, cerpen drama dan sebagainya.

• Pendekatan Proses
Pendekatan ini tidak mementingkan hasil penulisan tetapi lebih
menekankan proses penulisan karangan tersebut. Biasanya pelajar-
pelajar akan diminta:

i. menulis draf karangan terlebih dahulu


ii. menulis karangan
iii. menyemak karangan tersebut berulang kali.

Penyemakan boleh dilakukan oleh pelajar itu sendiri atau meminta


orang lain melakukan penyemakan. Penulisan karangan lebih bertumpu
kepada proses memperbaiki kesilapan dan menyusun semula isi mengikut
keutamaaan. Penulisan draf yang pertama akan disemak untuk melihat
kesilapan-kesilapan yang dilakukan sama ada dari segi tatabahasa atau
keutamaaan susunan isi karangan. Guru atau rakan yang membuat
penyemakan tidak akan membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan
tetapi memberikan cadangan-cadangan yang harus dipertimbangkan oleh
penulis semasa memperbaiki penulisan karangan mereka. Penyemakan
berulang kali secara tidak langsung menyedarkan pelajar-pelajar
bahawa proses penyemakan yang berterusan akan menghasilkan suatu
penulisan karangan yang lebih sempurna.

Anda harus juga mengetahui bahawa penulisan karangan secara


proses memerlukan pelajar-pelajar melalui aktiviti pencarian maklumat
terlebih dahulu sama ada secara membuat rujukan, perbincangan,
sumbang saran, penerokaan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan tajuk penulisan.

• Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan penulisan karangan yang berdasarkan
situasi sebenar tanpa mengabaikan sistem bahasa. Dalam penulisan
karangan menggunakan pendekatan komunikatif, seseorang pelajar
memerlukan pengalaman sosial dalam sesuatu situasi bagi membantu
pelajar tersebut membuat pilihan kosa kata dan laras bahasa yang
sesuai. Pelajar-pelajar seharusnya merebut dan memanfaatkan peluang-
peluang yang diperoleh dalam pelbagai aktiviti-aktiviti komunikasi
di dalam atau di luar bilik darjah sebagai sumber penulisan dalam
karangan. Pengalamam komunikasi yang telah dialami oleh pelajar-
pelajar membolehkan pelajar mengingati dan membayangkan semula
peristiwa yang berlaku. Hal ini secara tidak lansung memudahkan
mereka apabila membuat penulisan karangan. Pemilihan kata dan laras
yang digunakan lebih tepat dan sesuai kerana berdasarkan kepada
situasi yang sebenar.

e. Membina Dan Bahan Sumber Pengajaran Menulis

Penggunaan bahan pengajaran yang terancang dan menarik dapat


meningkatkan minat dan pemahaman serta keintelektualan pelajar-
pelajar. Seperti yang anda ketahui, mengajar kemahiran menulis hanya
akan dilakukan apabila pelajar-pelajar telah menguasai kemahiran
bahasa yang lain. Ini bermakna mengajar kemahiran ini bukanlah
perkara yang mudah. Anda harus mengeksploitasi semua kemahiran
bahasa yang telah dikuasai bagi memantapkan pembelajaran kemahiran
menulis. Di samping itu bahan pengajaran yang sesuai dan menarik amat
perlu bagi meransang minda dan kreativiti pelajar-pelajar.

• Sumber-sumber Pengajaran Menulis

Sumber P & P

Manusia Bukan
manusia

Proses P & P yang berkesan

Sumber bukan manusia :

i. audio – pita rakaman, radio


ii. bahan bercetak – majalah, buku-buku almiah, bulletin,
carta, gambar, cerpen, novel, keratan akhbar, internet,
kartun dsbnya.
iii. audio dan visual – televisyen, filem dan rakaman video

Sumber manusia dan persekitaran:

i. rakan sebaya, keluarga, guru, tokoh, dalam pelbagai bidang


ii. peristiwa dan tempat bersejarah dan menarik, adat resam dan
kebudayaan dan bahan-bahan maujud lain yang sesuai.

f). Menilai Kemahiran Menulis


Penilaian harus dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam menguji penguasan kemahiran
bahasa, ujian merupakan alat untuk mengukur sejauh mana sesuatu
kemahiran atau aspek bahasa telah dikuasai. Terdapat dua teknik
dalam pengujian kemahiran penulisan :

i. Teknik global
ii. Teknik perincian.

Teknik global
Penilaian dibuat secara keseluruhan setelah sesebuah karangan itu
dibaca. Karangan hendaklah menepati criteria-kriteria yang beriku :
i. Isi mencukupi
ii. Persembahan yang menarik
iii. Gaya bahasa yang sesuai
iv. Pemilihan kosa kata yang tepat dan menarik
v. Penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, ragam bahasa)
vi. Ada unsur koheren dan kohensi

Teknik Perincian
Teknik ini jarang digunakan dalam penilaian karangan peringkat
menengah. Teknik ini lebih lazim digunakan untuk menilai karangan
murid-murid sekolah rendah. Setiap aspek bahasa yang dinilai telah
ditentukan markahnya terlebih dahulu. Guru memperinci setiap aspek
yang dinilai. Contohnya, (Juriah Long dan rakan-1990):

Isi (30%) – Guru perlu menentukan jumlah isi yang dibincangkan, isi
mesti lengkap dan dihuraikan dengan contoh.

Tatabahasa (30%) - Setiap kesalahan tatabahasa dan ejaan akan


dipotong markah.

Gaya bahasa(10%) – Penyampaian isi dinilai sama ada menarik atau


tidak. Di sini termasuklah penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan
bentuk penulisan

Pengolahan(10%) - Bahagian ini memberi markah kepada teknik dan cara


menulis dan mengolah isi. Permarkahan bahagian ini dibuat secara
global.

Penutup
Sebagaimana yang kita sedar setiap individu mempunyai perbezaan dari
segi minat, kecerdasan dan bakat. Dalam pengajaran mengarang, bakat,
minat, latihan, dan sikap yang tidak mudah putus asa merupakan adunan
yang baik bagi menghasilkan sesuatu karya yang berkesan. Di samping
kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik dorongan dan tunjuk ajar
dari guru merupakan satu bonus yang sangat berharga kepada
pelajar-pelajar.
KESUSASTERAAN MELAYU
Pengenalan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat


dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan
dapat disampaikan dan disebarkan Dengan bahasa juga, pembaca
dapat menikmati keindahan yang ada pada karya kesusasteraan.
Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang
kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang
kesenian yang lain.

Istilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera /


sushastra’ dalam bahasa Sanskrit. Suku kata ‘su’ bermaksud
indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),
kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh
Yaapar, ?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim
Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh
Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang
bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham
daripada sumber tertinggi (Pencipta). Daripada kata ‘susastera’
telah diberikan imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan
‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia
bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik
kerana hasil karya itu dapat diteladani.

Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh


tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan
kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya
sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang berlaku
dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan
pandangan pengarangnya. Hashim Awang (1985) menyatakan sastera
merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan
berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal Ini demikian
kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-
pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) pula mencatakan sebagai hasil seni (karya
tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.

Genre Kesusasteraan Melayu

a. Novel
Novel ialah cerita rekaan berbentuk prosa yang panjang. Istilah novel
berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali. Maksud
‘novella’ ialah ‘satu benda baru’ atau ‘satu benda kecil yang
baharu.’ Kini, istilah ‘novella’ telah diringkaskan menjadi
‘novel’ sahaja.
Hashim Awang menganggap novel ditulis untuk menceritakan
kisah hidup manusia pada suatu tempat dan dalam suatu masa
tertentu. Shahnon Ahmad pula berpendapat novel mengisahkan
tentang kehidupan manusia. Nurazmi Kuntum menganggap novel
mengisahkan tentang kehidupan dan liku-liku yang rencam dalam
masyarakat dari dulu hingga sekarang. Manakala, Kamus Dewan
mendifinisikan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa yang
agak panjang. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat
dirumuskan bahawa novel ialah sebuah karangan prosa fiksyen
yang panjang menceritakan tentang hidup dan kehidupan manusia.
Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui pelbagai
watak. Ada novel menggunakan watak binatang. Misalnya novel
Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Ada novel menggunakan benda-
benda mati seperti novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Walau
bagaimanapun, novel menggunakan watak manusia lebih banyak
dihasilkan.

Antara ciri-ciri novel ialah sebuah cereka prosa panjang yang


lebih daripada 20,000 perkataan, mempunyai beberapa bahagian
atau bab, terdapat banyak watak dan dialog watak-watak sama ada
secara cakap ajuk atau cakap pindah, masanya lebih lama,
masalahnya lebih kompleks, banyak masalah, watak dan peristiwa.

b. Cerpen
Istilah cerpen merupakan akronim kepada perkataan ‘cerita
pendek.’ Cerpen merupakan cerita rekaan yang kadang-kala
terdiri daripada imaginasi pengarang semata-mata atau campuran
fakta dengan imaginasi pengarang. Genre cerpen merupakan satu
cereka moden. Lazimnya, akhbar akan menyiarkan cerpen pada
setiap hari minggu. Antara ciri-ciri Cerpen ialah cerpen
merupakan sebuah cereka pendek yang jumlah perkataannya antara
500 hingga 20,000, cerpen mempunyai satu tema dengan persoalan
yang terhad, watak-watak dalam cerpen adalah terhad dengan
tumpuan cerita kepada watak utama sahaja, cereka cerpen adalah
terbatas kepada satu perkara/ permasalahan sahaja kerana jangka
waktunya juga singkat, dan mempunyai satu permasalahan sahaja,
dan latar dalam cerpen juga terhad. Ceritanya mungkin berlaku
di satu tempat, satu masa yang singkat, atau dalam satu
golongan masyarakat tertentu sahaja. Kesimpulan, cerpen
merupakan satu cereka prosa yang pendek yang ditulis dalam
bahasa moden. Ceritanya mengisahkan tentang sesuatu perkara
dengan mempunyai satu atau dua konflik sahaja. Watak-wataknya
juga terhad dan pembaca dapat menghabiskan pembecaan cerpen
dalam masa yang singkat.

c. Sajak
Sajak ialah puisi moden. Bentuk sajak adalah bebas dan tidak
terikat dengan peraturan tertentu. Bilangan baris dan
perkataan dalam sesebuah sajak tidak menentu. Ada sajak terdiri
daripada satu baris. Ada juga sajak yang berpuluh-puluh baris
dan panjang berjela-jela. Sajak tidak mempunyai pola, bentuk
dan rima khusus. Sajak terbina kesan daripada kejayaan penyir
mengolah kata-kata. Menurut Rahman Shaari, sajak ialah kata-
kata yang berkeupayaan menerbitkan makna tambahan. Sanusi Pane
menganggap sajak ialah kata-kata yang keluar daripada sukma
manusia yag mampu menerangi hati manusia yang menikmatinya.
Daripada dua pengertian itu dapat dirumuskan bahawa sajak ialah
kata-kata yang mempunyai makna tambahan yang terbit dari sukma
manusia untuk dinikmati dan diambil hikmahnya.

d. Pantun
Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama paling tua. Menurut
Harun Mat Piah, istilah ‘pantun’ mungkin berasal dari akar
kata ‘tun’ yang terdapat dalam bahasa beberapa suku kaum di
nusantara, yang merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus
baik, yang konkrit mahupun yang abstrak. Demikian juga istilah
‘pantun’ mungkin berasal dari bahasa-bahasa suku kaum
berkenaan. Misalnya Tagalog (tonton), Jawa Kuno (tuntun),
Bisaya (Panton), Toba (pantun) yang kesemuanya merujukkepada
keteraturan, mendidik, memimpin dan kesopanan. Maksud istilah-
istilah itu jika diteliti berkaitrapat dengan ciri pantun itu
sendiri. Penciptaan pantun pula mungkin berkaitan dengan
kebiasaan orang Melayu menyampaikan sesuatu secara bersajak
atau berirama.
Ciri-ciri pantun dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu
aspek luaran dan aspek dalaman.

a) Aspek Luaran
1. Istilah pantun terdiri daripada pantun dua rangkap,
empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, atau sepuluh
rangkap. Pantun paling popular terdiri daripada empat
rangkap.
2. Setiap rangkap terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pembayang dan maksud. Pembayang terletak pada bahagian
atas dan maksud terletak pada bahagian bawah.
3. Setiap baris mempunyai empat (yang terbaik) atau lima
kata dasar denga jumlah suku kata antara lapan hingga
sepuluh. Contohnya,

4. Mempunyai skema rima akhir yang tetap, iaitu a-b-a-b


atau a-a-a-a atau a-a-b-b.

5. Setiap rangkap mempunyai satu fikiran atau maksud


sahaja.

b) Aspek Dalaman
1. Mempunyai isi atau pemikiran yang padat.
2. Isi atau pemikiran disampaikan secara perbandingan yang
halus.
3. Setiap pantun mempunyai nilai dan pengajaran yang
dituju kepada manusia
4. Terdapat perhubungan makna antara pembayang dengan
maksud.
5. Terdapat penggunaan lambang-lambang atau persepsi
tertentu yang diketahui oleh masyarakat.
6. Bahagian pembayang lazimnya terdiri daripada imej-imej
alam.

Jenis-Jenis Pantun
Selain berdasarkan bentuk, penggolongan jenis-jenis pantun oleh
para pengkaji adalah berdasarkan isi pantun. Antara jenis-jenis
pantun ialah seperti yang berikut.

Pantun Sindiran Pantun Nasihat Pantun Adat

Pantun Teka-Teki Jenis Pantun Pantun Cinta

Pantun Agama Pantun Jenaka Pantun Adat


e. Syair
Istilah syair berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘syi’r’ yang
bermaksud puisi. Syair berbeza dengan pantun kerana tidak
mempunyai pembayang. Semua barisnya merupakan mksud yang
meliputi adat resam, budaya, falsafah, pemkiran, sosial,
kepercayaan, sejarah dan sebagainya. Tidak seperti pantun,
syair merakamkan satu kisah yang lebih panjang. Ciri-Ciri
Syair ialah syair mempunyai empat baris serangkap, bilangan
rangkap dalam syair tidak tetap, setiap baris syair mempunyai
antara tiga hingga lima patah perkataan atau suku kata dalam
sebaris antara lapan hingga dua belas suku kata, idea atau
cerita antara rangkap adalah saling berhubungan dan melengkapi,
satu syair menceritakan satu kisah yang lengkap dengan
permulaan, pertengahan dan pengakhiran, dan rima akhir syair
adalah sama, iaitu a-a-a-a. Contohnya syair ialah ‘Syair Siti
Zubaidah Perang Cina,’ ‘Syair Ken Tambuhan,’ ‘Syair Dandan
Setia.’

f. Seloka
Perkataan Seloka berasal daripada bahasa sankrit, iaitu Shloka.
Hashim Awang menjelaskan seloka sebagai karangan berangkap yang
tidak tetap jumlah perkataan dan rima pada akhir barisnya.
Manakala, penciptaannya pula mengikut rentak pantun, syair atau
perumpamaan. Kenyataan itu menunjukkan seloka sebuah puisi
bebas. Nada seloka pada lazimnya bersifat menyindir dan
mengandungi unsur-unsur jenaka. Ciri-Ciri Seloka ialah seloka
tergolong dalam puisi Melayu tradisional, tidak seperti pantun
dan syair, bentuk seloka adalah bebas. Terdapat seloka yang
mempunyai empat baris dan lebih, isi seloka mengandungi
sindiran dan ejekan di samping jenaka, senda gurau dan
sebagainya. Biasanya, seloka mengisahkan nasib malang yang
menimpa seseorang. Oleh sebab itu, fungsi seloka adalah sebagai
bahan hiburan di samping sebagai bahan pengajaran agar
pendengar tidak menerima nasib malang sebagaimana diceritakan.
Pengungkapan seloka tidak serius, terasa nada melankolik dan
berirama/ berlagu. Ini sesuai dengan isi seloka yang bersifat
mengejek atau berjenaka. Penggunaan seloka tidak meluas. Pada
lazimnya, seloka diselit dalam cerita terutama dalam cerita
lipur lara atau cerita jenaka.

Kesimpulannya, seloka merupakan puisi tradisional yang


penciptaannya tidak terikat pada mana-mana syarat. Namun, satu
ciri penting ialah semua seloka mempunyai nada mengejek atau
menyindir dengan mengisahkan nasib malang yang menimpa
seseorang. Pengisahan nasib malang itu adalah bertujuan sebagai
bahan hiburan dan agar audien mengambil iktibar daripada
peristiwa malang watak yang diceritakan.

g. Gurindam
Gurindam tergolong dalam puisi tradisional Melayu. Menurut
Hashim Awang, gurindam terdiri daripada dua baris ayat
serangkap dan mempunyai rima akhir yang sama. Dalam kedua-dua
baris itu tersimpul satu fikiran lengkap yang berupa nasihat.
Dalam kesusasteraan Melayu, ‘Gurindam Dua Belas’ karya Raja Ali
Haji merupakan gurindam yang paling terkenal.

Ciri-Ciri Gurindam ialah bentuk gurindam ditulis secara


berpasangan dan berfungsi sebagai satu rangkap. Setiap
rangkapnya mempunyai kesatauan idea yang lengkap. Baris pertama
atau dua baris awal setiap rangkap berfungsi sebagai syarat dan
baris kedua atau dua baris akhir pula berfungsi sebagai
pelengkap. Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah bebas,
namun, rima akhir baris bagi setiap rangkapnya mesti sama,
iaitu a-a. Gurindam membawa persoalan yang serius, bersungguh-
sungguh, tidak berkias dan tiada jenaka, sindiran atau berteka-
teki. Fungsi gurindam ialah untuk menyampaikan pendidikan
kepada manusia agar menjadi manusia yang berilmu, bermoral,
berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan, pada lazimnya, gurindam terdiri daripada dua baris


ayat. Namun, terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau
lebih baris. Setiap gurindam membawa kesatuan idea yang lengkap
dan ideanya bersifat serius. Rima akhirnya adalah sama.

h. Nazam

Mengenal Struktur Karya


Jika hendak membina sebuah rumah perlu ada sokongan untuk
menjadikan rumah itu teguh dan kuat. Begitulah juga dengan
sebuah karya sastera yang juga memerlukan asas atau unsur-unsur
yang kemas untuk menjamiin karya tersebut baik dan bermutu.

(a) Tema dan persoalan


Tema ialah gagasan, fikiran atau persoalan utama/ pokok yang
mendasari sesebuah karya sastera dan ia terungkap secara
langsung dan tidak langsung. Manakala, Persoalan ialah Perkara-
perkara atau masalah-masalah yang diketengahkan dalam sesuatu
karya yang berhubung kait dengan tema.
(b) Watak dan Perwatakan
Definisi watak ialah tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah
karya. Perwatakan pula ialah pengisahan tentang watak dalam sesebuah
karya (kejiwaan dan fizikal)

(c) Plot
Maksud plot merujuk pada susunan atau jalinan peristiwa yang
menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat. Tidak semua
peristiwa menjadi unsur pembina plot.

d) Gaya Bahasa
Cara pengarang menggunakan bahasa dalam sesebuah karya
ciptaannya. Aspek kajian dalam gaya bahasa ialah;

(i) Diksi
Diksi ialah pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang
tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik
memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema ,
persoalan, peristiiwa, watak dan perwatakan dalam karya.
Contoh: Sajak ke makam bonda. Usman Awang memilih diksi ‘makam’
dan ‘bonda’ kerana difikirkan lebih tepat berbanding diksi
‘kubur / pusara’ dan ‘ibu / emak.’

(ii) Konotasi
Istilah konotasi ialah penggunaan bahasa yang memberikan
kepelbagaian makna atau makna lain kepada pembaca. Contoh:
buang kasut. Selain bermaksud buang, ia juga bermaksud
tanggalkan kasut daripada kaki. Diksi bunga boleh merujuk
kepada bunga sebenar atau gadis.

(iii) Metafora
Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara terus
atau langsung tanpa menggunakan kata-kata perbandingan seperti,
umpama, seperti, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana.
Metafora mengandungi perkataan bersifat konkrit (nyata) dan
abstrak. Contoh: laut waktu. Laut bersifat konkrit, manakala
waktu bersifat abstrak. Ia bermaksud waktu yang sangat luas.

(iv) Simile
Ungkapan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi
mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan. Ungkapan simile
menggunakan kata-kata perbandingan seperti, bagai, macam, bak,
umpama, seperti, laksana dan ibarat. Contoh: berguru kepalang
ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

(v) Personifikasi
Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur
pengorangan) tertentu. Contoh: damai melambai senja. Damai
telah diberikan sifat manusia, iaitu ‘melambai,’ sedangkan
damai bukan manusia yang boleh berbuat demikian.

(vi) Hiperbola
Penyataan agak melampau tentang sesuatu / gaya bahasa
perbandingan yang melampau/ membesar-besarkan sesuatu. Contoh:
lauatan api sanggup kurenangi, atau badai perkasa. Mustahil
seseorang dapat merenangi lautan api. Badai pula memang
bersifat perkasa. Tidak ada badai yang lembik. Justeru, badai
yang perkasa itu diperkasakan lagi.

(e) Latar
Latar / Setting ialah latar belakang bagi sesebuah karya
sastera. Latar mengandungi pelukisan masa, tempat, dan keadaan
masyarakat yang melingkungi cerita.

(f) Nilai
Merupakan sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi
kebaikan dan bersifat positif dikatakan sebagai nilai murni.

Kajian Teks
Anda dikehendaki mengkaji setiap genre di atas yang diwakili
buku-buku di bawah.

1. Novel bertajuk Badai Semalam karya Khadijah


Hashim terbitan K Publising.
2. Cerpen – Kumpulan cerpen Patah Tumbuh karya
Kris Mas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Puisi – Kumpulan sajak Elipsis karya
Nassury Ibrahim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Kritik Sastera

a. Formalistik
b. Struktural
c. Feminisme
d. Sosial

Pendekatan Formalistik

a. Konsep pendekatan formalistik


Pendekatan formalistic atau disebut juga textbook merupakan
pendekatan yang mengkaji aspek dalam atau intrinsic karya.Aspek
dalaman seperti tema,persoalan,plot,gaya bahasa dan lain-lain
lagi.
Komponan / formal dalam membina karya sastera; komponan itu
ialah tema, plot, perwatakan, latar,
bahasa,teknik,persoalan, sudut pandangan dan sebagainya;
meneliti bagaimana komponan itu di adun / diolah; ada
kesesuaian dan keseimbangan/ kesepaduan dalam bentuk dan
isi karya

b. Aspek dalaman
1. Mengaitkan aspek-aspek yang membina sesebuah karya.
Membincangkan aspek tema sebagai gagasan atau persoalan
utama yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Seseorang
pengkritik akan dapat menentukan persoalan utama dalam
karya setelah menghayati keseluruhan hasil karya

2. Plot – Pengkritik melihat plot berdasarkan hukum sebab


akibat. Plot terbina dalam tiga segman / bahagian, iaitu
segmen permulaan / permukaan, segmen perkembangan
(perumitan / konflik dan klimafs) dan segmen peleraian /
pengakhiran. Kemantapan plot sesebuah kayra sasatera
akan di analisis oleh pengkritik dengan menunjukkan
kekuatan / kelemahan jalinan ceritanya

3. Watak dan perwatakan – Watak menjadi penggerak utama


dalam perkembangan plot dan tema cerita. Watak mengalami
pelbagai peristiwa, watak bercerita, berinteraksi dengan
diri. Pengkritik akan mengupas bagaimana pengarang
memperkenalkan, mendedah dan mengindentifikasikan watak.
Pengkritik juga melihat watak dari sudut peranan dan
fungsi dalam karya. Seterusnya pengkritik akan
membuktikan perwatakan yang ditampilkan berkesan /
sesuai atau sebaliknya dengan plot, bahasa, dan tema
karya

4. Gaya Bahasa – Sejauhmana kejayaan atau kegagalan


seseorang dalam menggunakan bahasa. Kejayaan sesebuah
karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan
bahasa. Aspek bahasa yang diberi penekanan ialah diksi /
pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa perbandingan
seperti simile, metafora, personifikasi, perlambangan,
anafora serta nada.

5. Latar – latar tempat, latar masa, latar budaya.

6. Sudut Pandangan - terbahagi kepada 3 jenis iaitu sudut


pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga
dan sudut pandangan objektif

Tokoh pengkritik

Tokoh
Karya Aspek yang dikritik
Kassim Ahmad Diolog dengan Mengkritik sajak-sajak Usman
sasterawan (1979) Awang,A. Latif Mohidin, Masuri
S.N, A.Samad Said, Novel Ranjau
Sepanjang Jalan, Salina

Yahya Ismail
Kesusasteraan Pendekatan Formalistik di
Moden Dalam Esei Malaysia
dan Kritik (1967)

Ramli Isin
Puisi-Puisi
Eksperimen Dalam a. Banyak mengkritik cerpen
Kesusasteraan Kita dan novel , mengunakan
pendekatan formalistik
b. Menyentuh aspek gaya
bahasa, tema, persoalan
Hashim Awang
Mengkaji Novel
Keluarga Gerilya a. Mengkaji aspek plot dalam
karya Promedya novel tersebut
Ananta Teor

(sumber STPM Kelantan 2005)

Pendekatan Femenisme

Dari segi sejarah fahaman Femenisme bermula sejak abad ke 18 di


Barat apabila golongan wanita berasa mereka tidak mendapat hak
sewajarnya dalam bidang pendidikan,memiliki harta, hak mengundi
dan bergerak bebas dalam masyarakat.

Pelbagai definisi diberikan kepada Femenisme antaranya ialah


menurut ( Juliet Mitchel: 1971) aliran yang menyokong kuat hak
asasi dan emansipasi wanita,pembebasan dan hakpersamaan wanita.

Cecilia Ng(1994) mengatakan ideologi yang mendasari pembebasan


wanita ini ialah kepercayaan bahawa wanita menderita kerana
mereka wanita sedangkan wanita juga perlukan ruang untuk
bergerak bebas dalam masyarakat serta turut menyumbangkan
kepada perkembangan negara.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada sesebuah karya untuk
dimasukkan dalam kategori Femenis. Mengikut Cheri
Register(1975) mengatakan antara ciri-ciri tersebut seperti
karya hendaklah menjadi firum untuk wanita,pengetahuan mengenai
pengalaman lelaki dan wanita penting bagi mewujudkan
persefahaman,mengajukan watak contoh yang dapat
diteladani,karya juga mestilah menonjolkan semangat
persaudaraan dan hendaklah menimbulkan kesedaran melalui
pengalaman yang dilalui oleh watak-watak wanita
3. Pendekatan kemasyarakatan/sosiologi
(Sumber Artikal Dewan sastera’MY)

Pendekatan sosiologi mementingkan dua perkara


1. Sosiologi ada kaitan dengan sasterawan yang mencipta genre
sastera itu sendiri
Biodata pengarang akan membantu untuk memberi maklumat kenapa
sesebuah karya itu dihasilkan. Contoh novel Salina di mana
pembaca merasa keberkesanannya ketika membaca kehidupan mangsa
peperangan yang mendiami kampong Kandang kambing. Novel
“Salina” bukanlah imaginasi yang melulu tanpa sebarang fakta
dan watak Hilmi bukan mustahil dari gambaran pengarangnya

2. Berkaitan denag fungsi dan pengaruh kesusasteraan

Rujukan

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000) Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd. Kuala Lumpur.

______________.(1993). Menguji kemahiran bahasa. Dewan Bahasa dan


Pustaka. Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan.(1987) Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa


Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

_______________(1986). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kuala Lumpur.

Ahmad Kamal Abdullah. (1989). Gejala esei dan kritikan puisi Melayu
moden 1955-1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. M. Thani. (1981). Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

A. Teeuw. (1983). Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T


Gramedia.

Arbak bin Othman, ( 1981). Tatabahasa Bahasa Melayu. Sarjana


Enterprise. Kuala Lumpur.

Asmah Hj Omar.(1981). Kaedah Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

A. Teeuw. (1983). Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T


Gramedia.

Awang Sariyan. (1995). Konsep kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu.


Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Azman Wan Chik.(1987). Isu-isu semasa dalam pengukuran dan penilaian


bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

______________. (1986). Mengajar bahasa Melayu: Perkaedahan. Dewan


Bhasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Hamzah Hamdani. (1988). Konsep dan pendekatan sastera. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan


sejarah. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

………………….. (1988). Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. (1974). Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur :


Pustaka Zakry Abadi.

Johnson, K.,(1988) Communicate in Writing. Harlow: Longman Group U.K


Ltd.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofia Ahmad.(1990) Perkaedahan


Pengajaran Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti.Selangor.

Kamaruddin Hj Husin (1994). KBSM Dan Strtegi Pengajaran


Bahasa.Kumpulan Budiman Sdn. Selangor.

Kamarudin Hj. Husin (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala lumpur:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon, 1990. Pengajararan Tabahasa Bahasa Melayu. Prinsip dan
Teknik Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Petaling Jaya.

Lodge, David (ed.). (1988). Modern critisam and theory. London :


Longman.

Lufti Abas.(1988). Nahu Penambah dan Bahasa Melayu. Penerbit Fajar


Bakti. Kuala Lumpur.

Lysons, L.H. dan Hesaley, B., 1980. Study Writting. Cambridge


Universiti Press. Cambridge.

Maniyamin Bin Haji Ibrahim (2005). Citra Takmilah: Analisis Terhadap


Kumpulan Puisi Islam. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan


Pengajarannya.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

______________(1980). Bahasa Melayu, Teori dan Aplikasi. Sarjana


Enyerprise dan Persatuan Linguistik. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim et. al. (1993) Dewan Bahasa dan Pustaka. Percetakan
Dewan Bahasa. Selangor.

Othman Puteh. (1984). Riak dan gelombang sastera Melayu. Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

…………………. (1994). Teks cerminan nilai budaya bangsa. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (1988). Kritikan sastera Melayu pendekatan dan


pemikiran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd. Saman. (1994). Pengarang teks dan khalayak. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan dan etika Islam. Kuala Lumpur :


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Richards,J. C., 1987. The Context of Teaching Cambridge Universiti


Press. Cambridge Universiti Press. Cambridge.

Stephens, M.,1986. Pactise Writting. Longman Group Ltd. Harlow.

Spykerman, Angelina et al., (1985). Writting Compositions From


Controlled to Free Compositions. Anthonian Publishing Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.

Yahaya Ismail. (1967). Kesusasteraan moden dalam esei dan kritik 1.


Singapura: Pustaka Nasional.

……………………….(1967). Kesusasteraan moden dalam esei dan kritik 2 .


Singapura: Pustaka Nasional.

Zaharah Ibrahim. (1987). Polemik sastera Islam Kassim Ahmad, Shahnon


Ahmad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perkara / Kandungan Muka surat

SINOPSIS 1
OBJEKTIF 2
KOMPONEN SASTERA 3
AKTIVITI PRALATIHAN / UJIAN PRA 5
UNIT PEMBELAJARAN 1 7
UNIT PEMBELAJARAN 2 10
UNIT PEMBELAJARAN 3 13
UNIT PEMBELAJARAN 4 17
UNIT PEMBELAJARAN 5 24
UNIT PEMBELAJARAN 6 29
AKTIVITI SELEPAS LATIHAN / UJIAN PASCA 36
JAWAPAN 38
BIBLIOGRAFI 40
AHLI PANEL PENGGUBAL 42

Arahan - Anda dikehendaki menjawab semua soalan berikut :

1. Buat perbandingan pengajaran Sastera dengan pengajaran Komponen Sastera dalam


Bahasa Melayu.

………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

2. Siapakah pengarang buku-buku di bawah ini :

i. Ranjau Sepanjang Jalan - ……………………………………..

ii. Iman - ……………………………………………………………..

iii. Al Amin - ………………………………………………………….

iv. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman - ……………………….

v. Badai Semalam - ………………………………………………..

3. Senaraikan tiga ciri syair.

i. ……………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………

iii. ……………………………………………………………………………

4. Dengan merujuk sajak “negeri Cinta” oleh Nahmar Jamil, senaraikan gaya bahasa:

i. Metafora : ………………………………………………….

ii. Perulangan : ………………………………………………

iii. Personifikasi : …………………………………………….

5. Berdasarkan pengajaran KOMSAS menggunakan puisi moden, lengkapkan langkah-


langkah di bawah mengikut urutan yang pada pendapat anda sesuai dan berkesan
untuk dijalankan.

Hasil Pembelajaran

1. Murid dapat menyatakan secara lisan maksud gaya bahasa metafora,


personifikasi dan simile dengan tepat dan betul.
2. Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya satu contoh ungkapan bagi
setiap gaya bahasa di atas.

Langkah 1 : ………………………………………………………………….

………………………………………………………………….
Langkah 2 : ………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

Langkah 3 : ………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

Langkah 4 : …………………………………………………………………

………………………………………………………………….

Langkah 5 : …………………………………………………………………

…………………………………………………………………..