Anda di halaman 1dari 2

KRETERIA PENGACARA MAJLIS YANG BAIK

1. Bijak
- Pengacara majlis perlulah bijak mengetahui penyusunan pengucapan mengikut
sop, tatacara dan juga protocol yang betul.

2. Fasih Berbahasa

Sebutan pengacara perlu terang, jelas, dan tidak pelat. Kelajuan percakapan perlu
dikawal supaya tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat dan boleh didengar oleh
tetamu. Intonasi perlu bersuaian dengan situasi majlis.

3. KONSEP BERDUET

- Konsep berduet iaitu pengacara lebih dari seorang. Contohnya pengacara majlis
lelaki dan wanita yang berduet.

- Peranan bagi pengacara lelaki ialah untuk membuka dan menutup majlis,
manakala bagi pengacara wanita ialah, untuk menyerikan majlis tersebut, selain itu
tugasnya adalah untuk membantu pengacara lelaki bagi dalam menguruskan
pengacaraan.

4. BERSEDIA

-Iaitu bersedia dari segi mental dan fizikal. Contonya ialah, pengacara tersebut tidak
boleh hadir ke sesuatu majlis dalam keadaan emosi yang tidak stabil kerana mereka
perlu mengacara dalam keadaan yang tenang sambil mempamirkan wajah yang
ceria dan berseri dengan senyuman diwajah.

5. SIFAT SABAR

-Kadangkala majlis yang dikarang pada kertas berlaku perubahan disaat- saat akhir,
ataupun situasi yang bermasalah seperti terdapat berlakunya masalah teknikal, oleh
itu sifat sabra yang tinggi haruslah ada pada seseorang pengacara.

6. BERPENGETAHUAN MENGENAI ETIKA DAN PROTOKOL

- Contohnya, pengacara perlulah mengetahui tatacara imej berpakaian, adab


peraturan, adab berprotokol. Seperti, susunan hormat, susunan tempat duduk, cara
berdiri yang betul, cara berbahasa, dan cara berdiri di rostrum.
7. TIDAK PANIK

-Ketika menghadapi sesuatu situasi yang tidak diduga pengacara majlis perlulah
sentiasa kekal tenang dengan mempamerkan wajah yang ceria dengan senyuman
diwajah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

8. TIDAK DARAH GEMURUH

-Sekiranya sesorang tersebut mempunyai darah gemuruhmereka tidak boleh untuk


mengacara majlis kerana mereka akan sentiasa gemuruh. Oleh itu, mereka perlulah
mengawal emosi gemuruh mereka dengan beberapa latihan dan mengawal
percakapan agar tidak tersasul dan tergagap-gagap ketika mengacara.

9. BEKERJASAMA

- Cara cara untuk mengelakkan kekeliruan berlaku ketika mengendalikan sesuatu


majlis adalah dengan, memberikan salinan teks pengacaraan kepada pihak
penganjur, pihak pengurusan pentas, juru teknik yang bertugas dan setrusnya ialah,
AJK hadiah dan cenderamata.

10. Suara

- Pengacara perlu mempunyai suara yang jelas, merdu dan unak didengar agar
dapat menaikkan lagi suasana majlis tersebut. Persediaan awal perlu dilakukan
seperti membuat latihan suara, senaman, dan pengawalan nafas agar tidak semput
agar majlis berjalan lancar.

11. Memiliki Pengetahuan

- Pengacara haruslah mengetahui majlis apa yang akan dikendalikan sebelum majlis
berlangsung pengacara harus membuat rujukan tentang apa majlis yang akan
dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai