Anda di halaman 1dari 42

PERKAITAN TEORI

INTERAKSIONALISME DENGAN
TEORI NAHU TRADISIONAL,
PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH
DAN TEKNIK

DISEDIAKAN OLEH:
KIRTHANASRI GANESAN
ROHINI EGAMBARAM
Teori interaksionalisme
Dipelopori oleh Mark Halliday dan mula berkembang pada tahun 1960-an.

Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan

bahasa.

Mementingkan aktiviti komunikasi dan melihat pembelajaran bahasa sebagai

alat interaksi yang merupakan satu proses melibatkan mental dan linguistik.

Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi

menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat.


Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.

Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain.

Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu
kumpulan manusia atau masyarakat.

Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan


ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia
disekeliling mereka.
Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah

satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan


kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.

Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam

situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi


peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi,
bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
Pandangan dalam PdP
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses
mental dan linguistik.

Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai


undang-undang bahasa dalam p&p.

Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur


bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna.
Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid

Menganggap penyampaian makna (semantik) penting


namun struktur bahasa perlu berjalan serentak

Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang

dipelajari dengan betul


Prinsip PdP Interaksionalis

Penyampaian makna dalam komunikasi

Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan


linguistik

PdP perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna


Kelebihan Teori Interaksionalis
Merupakan interaksi sosial harian.

Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan
sesuatu tujuan atau matlamat.

Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri,


lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri

yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.
Kelemahan Teori Interaksionalis
Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada


perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial.

Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara


manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas.

Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian


huraian tentang manusia dan masyarakat.
Teori nahu tradisional

Teori ini bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) dan dipercayai teori
paling tua dicatatkan.

Ia dipelopori oleh Panini (Ahli tokoh fonetik India) yang menganggap


bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan
teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa
struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan akibat dan
bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem yang
berasaskan logik dan rasional yang sama.
CIRI-CIRI TEORI NAHU TRADISIONAL
Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.

Selain itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan


bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian
unsur-unsur bahasa tidak tetap.

Panini turut berpendapat bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai


dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya.
Kajian bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan
pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu
sebelum memberikan contoh-contoh.

Teori ini juga berpendapat semua bahasa mempunyai peraturan


yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya
mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan
hukum.
Perkaitan antara Teori Interaksionalisme dengan Teori Nahu
Tradisional
Kedua-dua teori ini berkait rapat dengan interaksi sosial.

Sesuatu komunikasi atau interaksi yang baik perlu mengutamakan


pemahaman peraturan-peraturan bahasa .
Tatabahasa
dapat mengembangkan kapasiti sosial mereka
semaksimum mungkin.
Bahasa yang digunakan dalam sesuatu interaksi perlu berasaskan
satu sistem yang logik dan rasional serta bermakna.
Melihat
pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini
melibatkan mental dan linguistik.
Teori interaksionalisme pendekatan
berpusatkan murid
Muridmemainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran.
Murid
digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka.
Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang
memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada
secara kumpulan ataupun individu.
lebih
banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti
pembelajaran murid.
Ciri-ciri Pendekatan Berpusatkan Murid
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara

dua hala.

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan

memberi pendapat mereka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan

pencapaian objektif pembelajaran murid.


Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial

yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak


ansur jelas dapat dipupuk.

Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan.


Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.

Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan


sifat kreatif dan berinisiatif.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan
strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Inkuiri penemuan. Sumbangsaran.

Perbincangan. Projek.

Penyelesaian masalah. Main peranan.

Bermain. Penyoalan.

Simulasi.
Contoh aktiviti- Pendekatan berpusatkan murid
Aktiviti berdialog dengan menggunakan situasi yang berbeza. Contohnya, situasi jual

beli buah-buahan di pasar.

Aktiviti menyediakan buku skrap atau folio mengenai tajuk yang diajar. Contohnya,

buat folio tentang jenis-jenis ikan.

Aktiviti permainan bahasa melibatkan murid-murid. Contohnya, permainan radio rosak

iaitu murid-murid akan berdiri dalam satu barisan panjang, dan murid di depan barisan
perlu berdiri disebelah papan putih. Sesuatu ayat atau maklumat akan diberi kepada
murid di akhir dan murid tersebut perlu memberitahunya kepada murid-murid lain.
Perkaitan antara Teori Interaksionalisme
dengan Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan memusatkan murid memerlukan murid memainkan peranan

yang penting dalam proses pembelajaran.

Oleh itu, komunikasi antara murid meningkatkan penglibatan murid

secara aktif.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.

Murid akan belajar melalui pengalaman sendiri.


Strategi Didik Hibur
Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada

murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek.

Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi

seronok untuk diikuti murid- murid.

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur.

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-

hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan


hati.
Rumusannya, didik hibur merupakan satu pendekatan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya
terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita,
lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan.
Ciri-ciri didik hibur
Menjurus kepada aktiviti individu berpasangan atau kumpulan.

Kebebasan bersuara iaitu bebas memberi pendapat atau idea secara terkawal.

Kepelbagaian aktiviti dan bahan bantu mengajar.

Santai dan menghiburkan.

Penglibatan murid seratus peratus.

PdP yang menyeronokkan dengan unsur jenaka, kecindaan, estetika, alunan


muzik, lakonan dan sebagainya.

Kreativiti dalam gerak laku dan mimik muka.


Contoh aktiviti:

Aktiviti nyanyian. Contohnya, menggunakan lirik lagu buah-

buahan untuk mengajar tentang buah-buahan tempatan.

Aktiviti bercerita. Contohnya, menceritakan sesuatu cerita yang

berkaitan dengan hasil pelajaran dengan memakai kostum atau


topeng.

Aktiviti lakonan. Contohnya, melakonkan sesuatu situasi di hutan

dengan menggunakan kostum ketika belajar tentang alam sekitar.


Perkaitan antara Teori Interaksionalisme
dengan Strategi Didik Hibur
Menjurus kepada aktiviti individu berpasangan atau kumpulan yang memerlukan

murid berkomunikasi antara satu sama lain.

Kebebasan bersuara iaitu bebas memberi pendapat atau idea secara terkawal

membolehkan murid memantapkan Bahasa secara tidak langsung.

Perkaitan antara teori interaksionalisme dengan strategi didik hibur dapat

meningkatkan keterampilan bahasa murid sekali gus dengan minat murid.


Kaedah bahasa komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan

cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan
rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.

Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri

bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar perlu


memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

Berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing-teknik kemanusiaan.


Teknik yang menganggap mempunyai emosi dan perasaan di

samping pengetahuan linguistik dan tingkah laku.

Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang

melibatkan guru dan murid dalam satu interaksi.

Kejayaan dalam memperoleh sesuatu bahasa berhubung kait

dengan perhubungan baik antara murid dan sesama murid.


Peringkat Kaedah
5 peringkat:
Peringkat kelahiran.
Kebolehan murid berdikari daripada ibu bapa.
Murid bebas bercakap dan bina identiti sendiri
Murid berasa selamat untuk dikritik.
Murid memajukan daya dan pengetahuan linguistik yang
sesuai-boleh jadi pengajar orang lain.
Aktiviti:

Aktiviti boleh dilakukan seperti perbincangan kumpulan kecil untuk


menyediakan bahan perbualan, cerita atau mengadaptasikan bahan sedia ada.

Aktiviti seperti berdialog, bercerita atau berlakon ini dirakam dan hasil rakaman
tersebut didengar semula melalui pita rakaman atau VCR.

Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan perbualan bebas dalam
masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran yang telah dilalui.

Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan dan
memberi aktiviti pengukuhan kepada murid.
Perkaitan antara Teori Interaksionalisme dengan Kaedah
Bahasa Komuniti
Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru

dan murid dalam satu interaksi.

Kejayaan dalam memperoleh sesuatu bahasa berhubung kait dengan

perhubungan baik antara murid dan sesama murid.

Kaedah bahasa komuniti dapat meningkatkan interaksi dan

hubungan sosial dalam sesuatu masyarakat.


Teknik drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur


bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan dan kepala) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.

Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan


berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu


alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran


kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.
Antara teknik-teknik drama:
Main Teater
Simulasi
peranan bercerita

Pentomin Dekon Mestamu

Mimos Improvisasi
1) Main peranan
melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap
penting.

Memilih dua orang murid dan setiap murid diarahkan untuk


memainkan peranan. Murid A sebagai guru disiplin, manakala
murid B berperanan sebagai ketua kelas yang hendak
membuat aduuan tentang suatu pergaduhan yang baru sahaja
berlaku di dalam bilik darjah. Kedua-dua orang murid diminta
untuk melakonkan peranan masing-masing secara spontan.
2) Simulasi

satu situasi yang hampir menyerupai keadaan sebenar.

Lokasi: kauter bank

Anda sebagai kerani bank sedang melayan


pelnggan di kauter dengan mesra.
3) Teater bercerita
Penyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam
sesebuah cerita yang telah dibaca, didengar atau
dilihat dengan menggunakan (menggantung di leher)
gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita.

Menceritakan cerita kura-kura dan arnab dengan


memakai kostum.
4) Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh
anggota badan dan ekspresi muka bagi menyampaikan
idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.

Situasi: anda sedang melakukan aktiviti senaman untuk


kaki, tangan dan kepala.

Aktiviti berpasangan: seorang murid menjadi pelaku (aksi


spontan) dan seorang murid lagi menjadi baying di dalam
cermin (mengikut aksi pelakon).
5) Pentomin
Lakonan situasi tanpa dialog, manakala skripnya akan
dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakukan
tersebut.

Melakonkan watak dalam satu bab atau


perenggan daripada Hikayat Hang Tua.
6) Improvisasi
Melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan
awal, secara spontan atau dengan menggunakan bahan-
bahan yang sedia ada.
Aksi dan dialog dibina sendiri oleh murid yang menjadi
pelakon.

Improvisasi berdasarkan watak


- Binatang (membuat justifikasi watak pilih satu
binatang yang diminati dan melakonkannya)
7) Dekon

Sajak yang dideklamasi oleh seorang murid dan disertai

beberapa orang murid lain yang akan melakukan aksi


yang sesuai dengan maksud sajak dan lakonan
tersebut merupakan lakonan tanpa suara.
8) Mestamu
(melodi, sajak tanpa alat muzik)
Penyampaian puisi secara berirama tanpa
bantuan alat muzik.

Murid diminta memilih melodi lagu kegemaran masing-


masing untuk disesuaikan dengan puisi yang diajar. Setiap
kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja (lagu puisi)
dihadapan kelas. Guru memberi komen dan pujian.
Perkaitan antara Teori Interaksionalisme
denganTeknik Drama
Komunikasi menjadi medium utama dalam teknik
drama.
Oleh itu, murid belajar bahasa melalui komunikasi.

Mempercepatkan murid menguasai bahasa tanpa


membosankan mereka.

Anda mungkin juga menyukai