Anda di halaman 1dari 10

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(2), 2015: 121 - 129

(http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2015-0302-10)

Pemikiran Melayu Tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional

Malay Thought on Knowledge and Propriety in Traditional Malay Literature

Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan konsep pemikiran Melayu yang bersangkutan dengan ilmu dan adab yang secara tersiratnya
dikupas melalui puisi Melayu tradisional, iaitu pantun, peribahasa dan syair. Perbahasan tentang aspek pemikiran
ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia yang
berkait rapat dengan kehidupan manusia, haiwan, dan seluruh isi alam ini. Pemikiran Melayu berasaskan puisi Melayu
tradisional ini merupakan keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek
pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi dasar keilmuan atau pegangan. Dalam pengkajian karya
sastera khususnya puisi, pemikiran merangkumi aspek-aspek persoalan atau mesej pengajaran yang cuba disampaikan
secara tersurat dan tersirat melalui karya untuk dijadikan panduan atau teladan dan pengajaran yang berkaitan
dengan kehidupan individu atau masyarakat dalam sesebuah negara. Selain itu, pemikiran ialah sesuatu yang terbuku
di fikiran dan cuba diluahkan dengan menggunakan wahana yang tertentu. Dalam konteks penulisan ini, wahana yang
digunakan ialah puisi Melayu tradisional yang diharapkan agar terus dapat menjadi wadah ke arah pembentukan
pemikiran yang kritis dan kreatif, cendekia, dan seiringan dengan aliran pemikiran Islam yang bersandarkan wahyu
dari Allah SWT untuk menjadi petunjuk kepada manusia di bumi ini.

Kata kunci: Pemikiran Melayu; ilmu; adab; puisi Melayu tradisional

ABSTRACT

This article discusses the Malay thought, concerning its knowledge and culture which thoroughly explained through
traditional Malay prose forms, including rhymes, proverbs and poetry. The aspect of thought have long been debated
since the period of Plato and Aristotle who managed to reveal the secrets associated with human life, animals, and the
entire universe. Malay thought based on the traditional Malay prose is perceptually an overall view or thoughts of an
individual which encompasses aspects of knowledge, observation or principle underlying the knowledge or belief. In
literary research, particularly poetry, thought encompasses all aspects of question or message which is explicitly and
implicitly conveyed through the works, thus acting as a teaching guide to the life event of an individual or society in a
country. Moreover, the thought is mentally stored in mind and expressed through a particular medium. In the context
of this study, a medium used is traditional Malay prose forms. This medium expects to continuously become an avenue
towards the development of critical and creative thinking, intellectuality, and at a time, being able to stand in line with
the Islamic thought which is clearly developed based on Allah’s guidance to mankind.

Keywords: Malay thought; knowledge; manners; traditional Malay prose forms

PENGENALAN SWT telah memberikan satu anugerah yang tidak


terhingga nilainya dan amat besar manfaatnya kepada
Prof. Dr. Hamka, seorang penulis dan ulama terkenal makhluknya yang bernama manusia iaitu anugerah
Indonesia ada menyatakan bahawa “Kecantikan yang ilmu pengetahuan. Untuk menjadi insan yang beriman
abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian dan bertakwa, Islam menganjurkan agar kita memiliki
ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya”. ilmu yang dapat diperoleh melalui pendidikan yang
Kata-kata ini memberikan gambaran yang sangat sempurna ke arah pembinaan adab dan akhlak yang
bermakna kepada kita bahawa ilmu pengetahuan dan terpuji. Sehubungan dengan itu, baginda Rasulullah
adab yang mulia sangat penting dalam kita menjalani SAW ada bersabda yang bermaksud:
kehidupan ini. Ilmu pengetahuan merupakan inti “Dari Anas bin Malik ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu
pati utama bagi pembangunan bangsa yang kuat Alaihi Wasallam: Menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas
dan dihormati dengan disertai oleh adab yang baik setiap muslim”. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majjah)
untuk saling melengkapi. Sesungguhnya Allah
122  Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

Oleh itu, kedudukan ilmu pengetahuan yang tinggi perlulah ajaran agama terkeluar daripada tafsiran tersebut
disertai dengan akhlak yang mulia yang akan menjadi tunjang dan hanyalah berbentuk kepercayaan semata-mata.
kepada kekuatan ummah keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, pengertian dan konsep
ilmu ini agak berbeza jika dilihat menurut pandangan
Islam. Menurut perspektif Islam, ilmu dikenali
PENGERTIAN ILMU DAN ADAB sebagai sifat, proses, dan hasil. Secara mendalamnya
lagi perkataan ilmu itu sendiri berasal dari perkataan
PENGERTIAN ILMU Arab iaitu ‘ilm yang bermaksud pengetahuan dan
‘alimun yang bermaksud mengetahui. Prof. Syed
Perkembangan sains dan teknologi, ketamadunan Muhammad Naquib Al-Attas (2007) mentakrifkan
bangsa, budaya dan sebagainya berkait rapat dengan ilmu secara epistemologi, iaitu sebagai ketibaan
ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu
masyarakat hari ini. Sememangnya kita tidak dapat perkara, atau ketibaan oleh kalbu tentang makna
menafikan bahawa ilmu pengetahuan adalah sangat sesuatu. Menurutnya, ilmu dari perspektif Islam
penting dalam kehidupan manusia. Tradisi keilmuan adalah sesuatu yang:
merupakan prasyarat dominan ke arah pembinaan “dapat memberitahu serta menjelaskan tempat yang tepat dan
suatu tamadun bangsa yang tinggi akhlaknya, betul dan benar bagi sesuatu; dapat menjelaskan batasan dan
bersahsiah unggul, dan berperibadi mulia. Sejarah had dan kegunaan dan maksud sesuatu; dapat menjelaskan
telah membuktikan juga bahawa tamadun Yunani, perbezaan di antara yang benar dan hak dengan yang palsu dan
Islam, Barat, Jepun dan Korea Selatan berkembang batil, yang dapat membimbing ke arah kebenaran”
dan terbina hasil kegigihan dan ketinggian ilmu para
ilmuannya.
Ilmu atau knowledge dalam bahasa Inggeris PENGERTIAN ADAB
bermaksud tahu atau proses mengenal yang didapati
atau diperoleh melalui pengalaman seseorang, Apabila kita menyentuh berkaitan adab, kita
benda, atau fakta. Ilmu adalah hasil daripada sememangnya tidak dapat memisahkan pengertian
kajian terhadap sesuatu perkara yang terangkum perkataan ini daripada sudut Islam kerana perkataan
di dalamnya pengetahuan berdasarkan teori- adab itu sendiri berasal daripada bahasa Arab
teori yang telah disepakati melalui uji kaji yang yang bererti kesopanan, tingkah laku yang baik,
sistematik. Ilmu merupakan pemahaman bermakna kehalusan budi bahasa dan tatasusila. Pada peringkat
ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada awal Islam, kata adab bererti akhlak yang baik,
diri individu apabila datangnya sesuatu sumber pengajaran dan pendidikan yang baik. Dalam
maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu konteks penggunaannya dalam masyarakat sekarang
kajian ataupun memerlukan kefahaman. maksud adab juga berkait dengan etika atau tatacara
Gagne (1985), merujuk ilmu sebagai semua yang baik untuk melakukan sesuatu pekerjaan
fakta yang telah dipelajari dan semua pengalaman sama ada ibadah ataupun muamalah sesuai dengan
yang diperoleh. Confucius pula menjelaskan tuntutan al-Quran dan al-Hadis.
bahawa ilmu adalah kebenaran yang bermaksud Perihal adab yang dihuraikan dalam http://prpm.
mengetahui, mengenali, memahami, mengenal pasti dbp.gov.my/ sebagai tingkah laku serta tutur kata
dan menyakini. Ilmu menurut pandangan Barat ini yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang
secara ringkasnya ialah pengetahuan yang diperoleh halus, kesopanan. Dalam pengertian yang lebih
melalui pengalaman, perolehan maklumat secara luas, aspek adab sangat berkait rapat dengan ‘akal’
empirikal dan pemikiran tentang sesuatu melalui dan ‘budi’. Aspek akal akan berkait pula dengan
kaedah tertentu, yang membolehkan manusia ilmu dan perkaitan inilah yang terangkum dalam
meneroka dan mengeksploitasi alam. Hubungan pemikiran masyarakat yang dizahirkan melalui puisi
antara sistem nilai dengan keilmuan masih kabur. warisan Melayu yang menjadi topik perbincangan
Bagi mereka, ilmu merujuk kepada pengenalan dalam penulisan ini.
atau persepsi yang jelas tentang fakta yang merujuk
kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh
pancaindera zahir dan bersifat empiris. Oleh itu, KONSEP ILMU DAN ADAB
pandangan Barat ini melihat sesuatu yang di luar
keupayaan pancaindera bukanlah fakta dan tidak Ketamadunan bangsa bermula dengan penghayatan
termasuk dalam bidang ilmu. Secara tidak langsung, terhadap ilmu pengetahuan. Bangsa yang berjaya
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh  123

bermula dengan tradisi ilmunya yang utuh. Sejarah “Dan sesiapa yang menjalani (mencari) suatu jalan yang boleh
telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa mendapatkan suatu ilmu, maka Allah akan mempermudahkan
baginya suatu jalan yang membawanya ke syurga”.
berkait rapat dengan kemajuan ilmu pengetahuan
(Abu Taariq Said: 2006)
yang terdapat pada sesuatu bangsa. Dunia dan
masyarakat hari ini amat menyanjung tinggi orang Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993)
yang berilmu serta mempunyai akhlak yang terpuji. pula menegaskan bahawa ilmu adalah prasyarat
Hal ini bererti, seseorang yang berilmu pengetahuan ke arah menjayakan cita-cita membangunkan
seharusnya mengimbangi dirinya dengan sifat-sifat sebuah negara bangsa yang maju, berwibawa dan
terpuji agar benar-benar menjadi insan yang kamil. cemerlang. Konsep adab juga amat berkait rapat
Dari perspektif Islam, orang yang berilmu mendapat dengan ajaran Islam. Sebagai masyarakat Melayu
pengiktirafan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah yang mengamalkan ajaran agama Islam, kehidupan
SWT, seperti firman-Nya yang bermaksud: mereka sememangnya tidak terpisah dengan gesaan
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa
yang mewajibkan setiap umat Islam mengamalkan
yang dikehendaki-Nya dan orang-orang yang diberikan ilmu ajaran dan cara hidup yang berlandaskan ajaran
pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. daripada al-Quran dan al-Hadith. Adab dalam
(Al-Baqarah: 269) kehidupan mencakupi aspek pergaulan, tingkah
Selain itu, bangsa Melayu yang beragama laku,tutur kata, budi bahasa dan kesopanan yang
Islam amat menitikberatkan kepentingan ilmu kesemuanya mempunyai kaitan dengan pendidikan
pengetahuan untuk membentuk dan menyuburkan dan etika manusia itu sendiri. Pengertian dan huraian
fikiran bangsanya. Ilmu adalah inti pati yang berkaitan adab begitu meluas sekali, di mana adablah
terpenting dalam pembangunan insan, apatah lagi yang menggambarkan sifat-sifat adil, kebijaksanaan
dalam mengesahkan ibadah terhadap yang Maha dan hikmah, sekali gus adab menjadikan manusia
Esa. Seruan agar menuntut ilmu ini turut terkandung sentiasa mengutamakan keadilan yang dicetuskan
di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah dalam melalui hikmah dan kebijaksanaan. Hal ini
wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi sebenarnya melibatkan pengakuan dan amalan yang
Muhammad SAW dalam surah al-Alaq ayat 1-5 terpamer secara langsung dalam kehidupan seharian.
yang bermaksud: Adab tertentu yang dimaksudkan adalah seperti adab
makan dan minum, adab semasa di dalam majlis,
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan adab perkahwinan, adab memberi salam, adab
(sekelian makhluk). Ia telah menciptakan manusia daripada
segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang
terhadap ibu bapa, guru, mahu pun jiran tetangga.
mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya”. Masyarakat Melayu juga kerap kali mengaitkan
orang yang beradab dengan orang yang tidak beradab
Hukum menuntut ilmu ini adalah fardu Ain, iaitu melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Hal inilah
satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Mengikut sebenarnya yang membezakan antara kejahatan
ajaran Islam, konsep ilmu adalah berasaskan tauhid dengan kebaikan, keindahan dengan keburukan,
iaitu kepercayaan kepada Allah yang bersumberkan sesuatu yang berharga daripada yang tidak berharga,
al-Quran dan al-Hadith. Penjelasan ilmu yang dan sesuatu yang benar dan yang palsu. Masyarakat
terkandung di dalam kedua-dua sumber utama umat Melayu menerima nilai-nilai yang disepakati seperti
Islam ini mencakupi perihal dunia dan akhirat. jujur dan amanah, berakhlak mulia, tidak berbohong
Sesungguhnya Islam amat memandang tinggi orang dan banyak lagi sebagai nilai yang mencerminkan
yang berilmu serta meletakkan ilmu di tempat ketinggian adab dalam masyarakat itu sendiri. Oleh
tertinggi dalam sistem nilai hidup manusia. Melalui itu, jelaslah kepada kita bahawa konsep ilmu adalah
surah al-Mujadalah ayat yang ke-11, Allah berfirman tentang akal dan fikiran dan adab pula ialah akhlak
yang bermaksud: yang terpuji yang kedua-duanya saling melengkapi
“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari ke arah pembentukan jati diri yang dikehendaki.
golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai
ilmu pengetahuan beberapa darjat”.

Nabi Muhammad SAW turut menganjurkan HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN
umatnya mencari dan menuntut ilmu. Antara hadis BAHASA DAN PEMIKIRAN YANG TERDAPAT
riwayat Abu Hurairah r.a. yang menyebut berkaitan DALAM PUISI MELAYU
perkara ini ialah yang bermaksud:
Terdapat hubungan yang sangat erat antara ilmu dan
adab dengan bahasa dan pemikiran yang terdapat
124  Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

dalam puisi-puisi Melayu. Antara puisi Melayu hidup di samping matlamat utamanya supaya
yang banyak mengungkapkan aspek kehidupan manusia dapat membezakan di antara kebenaran
masyarakat Melayu, sama ada untuk tujuan gurauan, dengan kebatilan. Hal ini bertepatan dengan firman
hiburan, di dalam upacara perdukunan, adat istiadat, Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang
dan sebagainya ialah pantun, peribahasa, mantera, bermaksud:
syair, nazam, masnawi, perbilangan, dan sajak. “Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang
Puisi yang terhasil ini bukan sahaja menjadi bahan dikehendakinya, dan sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka
kolektif yang amat tinggi nilai seninya, malah sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak.
mencerminkan pemikiran yang menampakkan Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan
kekreatifan masyarakatnya dan menjadi panduan orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan
memahaminya”.
dan pedoman yang begitu bermanfaat sekali. Di
dalam puisi tersebut, terdapat ungkapan yang Selain itu, ilmu yang dituntut perlulah diamalkan
berkaitan dengan pandangan masyarakat Melayu sebagai bekalan hidup di dunia dan di akhirat
terhadap ilmu dan adab. Semuanya ini terzahir sebagaimana yang tersirat dalam pantun ini:
melalui wahana bahasa yang berperanan dalam
menyampaikan maksud yang dikehendaki. Andainya sagu terus diparut,
Banyaklah bekal ke mana pergi;
Andainya ilmu terus dituntut,
Banyaklah bekal hidup dan mati.
HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN BAHASA
DAN PEMIKIRAN DALAM PANTUN MELAYU
Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu
Pantun merupakan salah satu bentuk tradisi lisan pengetahuan atau malas untuk belajar, terdapat
Melayu yang masih hidup dan digunakan oleh beberapa kesan yang akan menimpa dirinya, seperti
masyarakat Melayu pada masa ini. Seperti puisi akan diperlekehkan oleh orang lain sampai tua
Melayu yang lain, pantun bukan sahaja diungkapkan atau dipandang rendah dan mendapat kesusahan
untuk tujuan hiburan semata-mata, malahan dalam hidup. Sebaliknya, masyarakat melihat orang
pantun juga digunakan sebagai alat sindiran, yang berilmu kehidupannya akan lebih senang dan
jenaka, gurauan, cara seseorang menyatakan rasa perangai atau tingkah lakunya juga menggambarkan
rindu dan yang paling penting pantun berperanan ketinggian ilmu yang dimilikinya. Hal ini jelas
sebagai media dalam menyampaikan nasihat dan memperlihatkan kepada kita bahawa masyarakat
pengajaran kepada khalayaknya. Ternyata dalam Melayu amat mementingkan ilmu dan ilmu pula
rekaan pantun-pantun Melayu terdahulu, mereka akan mempengaruhi perangai atau adab seseorang
begitu kreatif menyampaikan sesuatu hasrat atau seperti pantun berikut:
tunjuk ajar dengan cara yang berhemah dan di
Ramailah orang membawa labu,
dalamnya sarat dengan nilai agama, budaya, dan Labu perisa digulai lemak;
norma-norma sosial serta unsur moral dan akhlak Pandai orang kerana berilmu,
yang mulia. Di samping itu, persoalan kepentingan Ilmu ada perangaipun bijak.
ilmu dan pengamalan nilai budi atau adab tidak
ketinggalan dipaparkan melalui sesebuah pantun. Kelebihan orang yang berilmu terbukti melalui
Kita lihat dahulu melalui serangkap pantun yang di maksud pantun di atas dan sekiranya seseorang itu
dalamnya membicarakan perihal kepentingan ilmu tidak memiliki ilmu di dada, terdapat beberapa kesan
pengetahuan. negatif yang berkait dengan adab pula. Antaranya:

Angin barat ombaknya besar, Apabila pelita tidak bersumbu,


Mau ke laut berhati-hati; Tidakkan dapat dibuat suluh;
Ingin selamat banyak belajar, Apabila dada tidak berilmu,
Ilmu dituntut bekal dicari. Banyaklah sifat tidak senonoh.

Masyarakat kita menekankan kepentingan ilmu Dalam memilih pemimpin, ilmu pengetahuan
pengetahuan yang perlu dituntut sejak kecil kerana dan ketinggian adab seseorang itu juga sangat
dengan ilmulah seseorang itu akan menjadi orang dititikberatkan. Seseorang pemimpin perlulah
yang berguna dan mendapat kesenangan hidup. Ilmu mempunyai ilmu dan berakhlak mulia supaya
pengetahuan perlu dituntut oleh setiap orang kerana dapat menjadi contoh dan ikutan kepada orang
ilmu diibaratkan cahaya yang akan menerangi
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh  125

bawahannya. Perkara ini turut terkesan melalui Ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu juga
pemikiran Melayu yang terdapat dalam pantun di perlulah diamalkan untuk kesejahteraan hidup di
bawah: dunia dan di akhirat. Orang Melayu menyifatkan
ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang
Kalau hendak memilih cincin, tidak berbuah yang tidak mendatangkan manfaat
Pilihlah cincin yang sejudu; kepada orang tersebut khasnya dan masyarakat
Kalau awak memilih pemimpin,
Pilih pemimpin yang berilmu.
amnya. Hal ini diungkapkan melalui pantun:

Kemumu di tengah pekan,


Apabila seseorang itu hendak menuntut ilmu, Dihembus angin jatuh ke bawah;
sifat-sifat keji seperti sombong dan meninggi Jika ilmu tidak diamalkan,
diri hendaklah dijauhi. Masyarakat Melayu Bagai pohon tidak berbuah.
menganjurkan agar seseorang yang ingin menuntut
ilmu dengan bimbingan seorang guru dan tidak Kelebihan orang yang berilmu turut diperkatakan
bersikap besar kepala seperti pantun ini: dalam pantun yang memancarkan pemikiran Melayu
mengenainya. Kelebihan ilmu jelas membawa mesej
Bila berburu tidak beranjing, menuntut ilmu dan kepentingan ilmu merupakan
Tentulah sulit mendapat rusa; pegangan dan panduan dalam hidup yang membawa
Bila berguru tidak dibimbing,
Ilmu sedikit manfaat tak ada.
kebajikan dunia dan akhirat.

Sungguh tinggi batang kekabu,


Dalam menuntut ilmu juga kita disarankan agar Bunganya putih bagaikan kapas;
tidak mudah berputus asa dan berusaha bersungguh- Sungguh terpuji orang berilmu,
sungguh supaya tidak menyesal kemudian hari. Mukanya bersih hati pun ikhlas.
Pemikiran ini terdapat dalam pantun di bawah:
Selanjutnya, persoalan adab juga menjadi
Bukan mudah memarut sagu, perkara yang penting dan diutamakan dalam
Sebelum diparut batang dibelah; masyarakat Melayu. Hal ini juga selari dengan
Bukan mudah menuntut ilmu,
Sebelum dapat pantang menyerah.
ajaran Islam yang menuntut umatnya agar sentiasa
beradab dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Setelah ilmu penuh di dada, kita hendaklah Banyak pantun yang memancarkan pemikiran
menyeimbangkannya dengan iman. Hal ini Melayu tentang kepentingan adab yang menjadi
dikatakan demikian kerana masyarakat Melayu dasar kepada pembentukan bangsa yang tinggi
telah lama memahami konsep ilmu dan iman yang nilai budinya. Marilah kita telusuri contoh-contoh
perlu diselarikan. Pemikiran yang jelas di sini ialah pantun di bawah yang memperjelaskan ketinggian
ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan martabat budi. Sebenarnya, aspek “budi” dan “adab”
menjadikan seseorang itu bertakwa dan cinta kepada mempunyai hubungan yang sangat unik dengan
Allah dan rasul-Nya seperti firman Allah SWT yang bahasa sebagaimana yang terkandung dalam pantun
bermaksud: berikut:
“Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah di Tegak rumah kerana sendi,
kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berilmu).” Runtuh sendi rumah binasa;
(Surah al-Fathir :28) Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi hilanglah bangsa.

Daripada maksud ayat di atas, tidak dapat


Menurut Mana Sikana (2005: 131), dalam
dinafikan bahawa orang yang berilmu akan beriman
konteks budaya, aspek berbudaya sering dihubungkan
dengan sebenar-benarnya kepada Allah Taala
dengan perihal “budi” dengan “daya”, yakni upaya
dan perkara ini turut terpancar melalui pemikiran
bagi tujuan menjelaskan hubungan “budi” dengan
Melayu yang terdapat dalam pantun berikut:
amalan dan keupayaan akal yang bersifat material
Kalau perahu tak ada pedoman, dan kerohanian yang diseimbangkan secara teratur,
Tidak siang malam kan larat; beradab, bersopan, dan bijaksana, manakala bahasa
Kalau berilmu tidak beriman, yang berkaitan dengan tutur kata dan tingkah laku
Banyak orang karam di darat. diletakkan pada paras yang setara, sama nilai dan
126  Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

penting, saling membentuk peribadi, peradaban dan Masyarakat Melayu amat menitikberatkan adab
tamadun dalam kalangan masyarakat tradisional sopan terhadap golongan yang lebih tua atau ibu
Melayu seluruhnya. bapa. Terdapat pantun berbentuk nyanyian yang
Masyarakat Melayu juga tidak melihat adab diberi nama Pantun Burung Kanak-Kanak yang
sekadar apa-apa yang dizahirkan, sebaliknya turut menyentuh perihal adab terhadap ibu bapa atau
menyerap dan membentuk keperibadian secara orang yang lebih tua. Anak-anak diingatkan supaya
kerohanian dalam kalangan mereka. Siti Zainon mendengar teguran dan nasihat ibu bapa, Pantun
Ismail:http://kakiseni.com/ mengungkapkan perkara nyanyian ini berbunyi:
yang sama secara kreatif melalui pantun di bawah:
Burung kanak-kanak,
Asam kandis mari dihiris, Terbang pucuk tebu;
Manis sekali rasa isinya; Pesan datuk nenek,
Dilihat manis dipandang manis, Jangan durhaka pada ibu.
Lebih manis hati budinya.
Siri pantun di atas diteruskan dengan nasihat
Berdasarkan pantun di atas juga, orang Melayu berkaitan membalas budi kerana dalam masyarakat
melihat keindahan fizikal sebagai sesuatu yang Melayu, apabila anak-anak menjadi dewasa, mereka
bersifat sementara dan hanya untuk dipandang diharapkan agar dapat menjaga kedua-dua ibu bapa
menarik sahaja, sebaliknya budi yang baik jauh yang telah mendidik mereka hingga berjaya.
lebih penting berbanding kecantikan yang akan
musnah apabila tiba masanya. Masyarakat kita akan Apa tanda tepak berisi,
lebih melihat kepada bentuk kerohanian, kesopanan Cukup dengan sirih pinangnya;
Apa tanda anak berbudi,
tingkah laku dan budi pekerti yang mulia yang Ayah bondanya disayangi.
dimiliki oleh seseorang.
Selain itu, agama Islam tidak memisahkan Sifat hormat menghormati merupakan adab
antara iman dan adab. Hal ini terbukti melalui yang telah lama dipraktikkan dalam masyarakat
pantun berikut yang memperkatakan seseorang Melayu. Salah satunya ialah menghormati orang tua
yang beramal dengan penuh keimanan bermakna yang merupakan satu amalan yang penting dalam
telah sempurnalah adabnya, manakala masyarakat masyarakat Melayu dan hal ini sangat ditekankan
Melayu juga mengaitkan perasaan malu yang perlu serta bermula dalam keluarga. Pantun-pantun
dimiliki oleh setiap orang supaya tidak menjejaskan berikut menjelaskan pentingnya menghormati orang
iman mereka. tua. Orang tua, termasuk ibu bapa yang telah tua,
selalu dilihat mempunyai kedudukan yang istimewa
Apabila kaki kena sembilu,
Dibawa berjalan tidak menelap; dalam keluarga. Mereka biasanya menjadi tempat
Apabila hati tiada bermalu, untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar kerana
Binasa iman rosaklah adab. merekalah yang “makan garam lebih dahulu”.

Selain persoalan adab di atas, masyarakat Tumbuk kacang sampai lumat,


Melayu turut memaparkan pemikiran mereka Buat inti bingka seloyang;
Orang tua kita hormat,
tentang beberapa adab melalui pantun, antaranya Generasi muda kita sayang.
ialah adab makan dan minum. Lazimnya, masyarakat
kita makan menggunakan tangan kanan dan Akhlak yang mulia terpancar melalui tingkah
memulakannya dengan bacaan basmalah. Berkaitan laku, tutur kata, budi bahasa dan kesopanan
adab makan juga, masyarakat Melayu diingatkan seseorang. Orang Melayu akan lebih menghormati
agar tidak makan hingga terlalu kenyang dan seseorang yang beradab dan baik budinya. Hal ini
tetap mengingati orang lain yang kelaparan. Kita terakam juga melalui pantun berikut:
perhatikan pantun berikut:
Alangkah elok kembang di hutan,
Andainya laut sudah tenang, Banyaklah kumbang datang menyeri;
Cepat-cepat memasang layar; Memanglah elok orang budiman,
Andainya perut sudah kenyang, Dihormati orang petang dan pagi.
Ingat-ingat orang yang lapar.
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh  127

HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN BAHASA dengan nasihat yang dilontarkan oleh Hamka yang
DAN PEMIKIRAN DALAM PERIBAHASA MELAYU berbunyi:

Peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang “Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak
pendek yang telah melekat di mulut orang ramai kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan
semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan
perkataannya, luas dan benar tujuannya. Dipakai yang sukar ditinggalkan”.
akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai
bandingan, teladan, dan pengajaran (Za’ba: 2002). Jika kita teliti juga terbukti di sini bahawa aspek
Terdapat pemikiran Melayu yang diungkapkan bahasa jelas berhubungan erat dengan pemikiran
melalui peribahasa sama ada simpulan bahasa, dan budaya masyarakat Melayu yang memandang
bidalan, pepatah dan perumpamaan yang menyentuh tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu
aspek ilmu dan adab. Peribahasa yang lahir ini dengan sempurna dan bijaksana sebagai panduan
menyeru bangsa Melayu supaya menuntut ilmu dan pedoman dalam kehidupan. Peribahasa “isi
pengetahuan dan mengamalkan adab yang terpuji dada bekal berjalan” menyokong pendapat dan
dalam kehidupan. Antara peribahasa tersebut ialah pemikiran bangsa Melayu yang mengatakan bahawa
perumpamaan yang mengungkapkan kepentingan dengan ilmu, ke mana sahaja kita pergi boleh
ilmu pengetahuan seperti: mendapat kehidupan dan sesuatu kesempurnaan
telah diperlakukan oleh empat orang iaitu orang
“Biduk kalau tidak berkemudi bagaimana ia akan laju” yang berilmu, berakal, mahir, dan berusaha seperti
peribahasa “empat sudah bersimpul satu”.
Perumpamaan ini membawa maksud suatu Walau bagaimanapun, seseorang yang berilmu
pekerjaan yang dikerjakan tanpa ilmu tentu tidak hendaklah menyampaikan atau mengajarkan
akan tercapai. Berdasarkan makna perumpamaan ilmunya, seperti kata peribahasa “alim yang kikir
ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa akan ilmunya itu seumpama senjata yang berkarat
pemikiran masyarakat Melayu yang mengutamakan di dalam sarungnya”. Pemikiran Melayu yang
kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dan terkandung di sebalik dengan orang lain kerana
menggunakan ilmu yang telah dipelajari dengan sikap ini bertentangan dengan adab dan budaya
sebaik-baiknya. masyarakat Melayu.
Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Sebaliknya, terdapat juga orang Melayu yang
Islam dan Allah SWT meletakkannya di tempat tidak mahu belajar atau menuntut ilmu seperti
yang tertinggi. Pemikiran masyarakat Melayu yang peribahasa:
beragama Islam meletakkan ilmu sebagai satu nilai
luhur bersesuaian dengan kepentingannya yang dapat “Si jahil yang enggan belajar seumpama si buta malu
membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan bertongkat”.
seseorang itu lebih mulia daripada makhluk yang
lain. Hakikat ilmulah yang menyebabkan manusia Orang yang jahil sudah tentu hidupnya tidak
diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah di atas sempurna kerana pada zaman ini, sekiranya
muka bumi ini. Sejajar dengan itu, kandungan seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan
pemikiran ini diungkapkan dalam perumpamaan ketinggalan dan mengalami kesusahan dalam
Melayu sebagai pengajaran dan teladan untuk orang kehidupan. Untuk memperoleh serta mendalami
Melayu menimba ilmu pengetahuan. Antaranya: ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu
tidak datang sendiri, bak kata peribahasa:
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
“Yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak
datang melayang”.
Masyarakat kita menyarankan agar ibu bapa
memberikan pendidikan kepada anak-anak sejak
kecil lagi dengan mengambil kira aspek ‘rebung’ HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN BAHASA
yang sifatnya lembut berbanding ‘buluh’ yang DAN PEMIKIRAN DALAM SYAIR MELAYU
sudah keras yang sukar untuk dilentur. Sekiranya
perkara ini dikaitkan dengan adab, mendidik anak- Perkataan syair terbit daripada bahasa Arab yang
anak yang masih kecil adalah lebih mudah kerana bererti ‘perasaan yang menyedari’. Menurut istilah
jiwa mereka bersih dan suci. Hal ini bertepatan
128  Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

perkataan, syair ialah suatu karangan yang tersusun yang dapat menerangi hidup dan dijadikan panduan.
rapi perkataannya secara berangkap-rangkap dan Ilmu yang diperoleh oleh individu tersebut sudah
seimbang serta mempunyai pertentangan bunyi yang tentu dapat dimanfaatkan sepanjang hayat.
sama pada hujung tiap-tiap barisnya (Alwi Salim Rangkap kedua syair di atas meletakkan
1983). ketinggian ilmu yang tidak terhingga nilainya.
Za’ba berpendapat syair berasal daripada bahasa Za’ba membuat perbandingan bahawa nilai ilmu
Arab syir yang membawa maksud perasaan dan tidak dapat ditukar ganti walaupun dengan sebuah
pengenalan dengan pancaindera kerana karangan dunia. Selanjutnya, pemikiran yang cuba diberikan
syair selalu membangkitkan perasaan dan pengalaman oleh beliau ialah faedah atau manfaat bagi orang
yang hanya terasa menerusi gambaran yang indah. yang berilmu tiada hadnya dan dapat digunakan di
Terdapat banyak syair yang hebat yang telah mana-mana sahaja.
dihasilkan oleh tokoh bahasa yang hebat seperti Selanjutnya, kita melihat sifat ilmu yang
Raja Ali Haji dengan syair Nasihat, syair Hukum menjadi penghias diri seseorang, menjadi sahabat
Faraid, syair Siti Sianah dan banyak lagi. Za’ba yang memberikan panduan semasa mengembara,
sendiri banyak menulis syair dan antara syairnya yang dan ilmulah juga yang membezakan diri seseorang
terkenal iaitu syair Kelebihan Ilmu. Di dalam syair daripada seseorang yang lain. Perkara ini turut
ini, kita dapat melihat sebuah pemikiran Melayu yang disokong dengan kata-kata yang pernah diluahkan
meletakkan kepentingan ilmu pengetahuan. oleh Aristotle iaitu:
“Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,
Syair Kelebihan Ilmu bukan asal keturunannya”.

Ilmu itulah gemala sakti, Aristotle mengaitkan akal dan adab di mana
Sinarnya cerah cahaya sejati; seseorang yang mempunyai ilmu sudah pasti disertai
Asal puncanya lamun didapati,
dengan adab yang terpuji yang akan meletakkan
Sukar bercerai sehingga mati.
dirinya di tahap yang jauh lebih baik daripada orang
Harganya tidak dapat ternilaikan, yang tidak berilmu.
Sebuah dunia belinya bukan; Dengan ilmu seseorang itu dapat menghiburkan
Kuasanya besar sukat digunakan, hati yang gundah serta membantunya memahami
Di laut di darat di rimba di pecan. sesuatu perkara dengan lebih jelas. Pemikiran
Masa seorang ialah taulan,
yang terkandung dalam rangkap keempat ini cuba
Teman berbeka, suluh berjalan; menjelaskan kepada masyarakat bahawa ilmu tetap
Masa berhimpun ia pengenalan. berguna walaupun seseorang itu sudah meninggal
Hias penyata polan si polan. dunia dan hidup akan lebih bahagia bagi setiap orang
yang berilmu.
Bagi yang duka ia penghibur,
Kelebihan ilmu terus digarap oleh Za’ba
Ia penerang bagi yang kabur;
Ialah kandil di dalam kubur, dalam dalam rangkap kelima syair di atas. Sebagai
Lamun dengannya beramal subur. pembaca, kita melihat pemikiran beliau yang
Ia penerang jalan ke syurga, menegaskan lagi tentang orang yang berilmu akan
Ia pemuas tekak yang dahaga; memperoleh ganjaran pahala. Dengan ilmu juga,
Ialah sungai ia telaga, seseorang itu berupaya mencapai cita-citanya dan
Laut yang luas ialah juga.
ilmu itu luas sekali bidangnya.
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana;
Hamparnya luas amat saujana, KESIMPULAN
Tepinya ajal sempadannya fana.
Melalui kajian puisi Melayu di atas, dapatlah
(Za’ba dalam “Pengasuh” 13 Januari 1922)
disimpulkan bahawa warisan puisi Melayu tradisional
yang diwakili oleh pantun, peribahasa, dan syair
Syair di atas memberikan gambaran dan
ini menyentuh hampir seluruh aspek kehidupan
pemikiran Za’ba yang mewakili bangsa Melayu
orang Melayu. Puisi yang diutarakan berfungsi
tentang kelebihan seseorang yang berilmu
dalam masyarakat Melayu dan tumpuan diberikan
pengetahuan. Kerap kali diulang bahawa ilmu
terhadap aspek pemikiran Melayu tentang ilmu dan
sangat berguna kerana dengan ilmu pengetahuanlah
adab. Sama ada pantun, peribahasa, mahupun syair
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh  129

banyak merakamkan dan sekali gus menggambarkan adalah tunggak kepada ketamadunan sesuatu bangsa.
minda masyarakat Melayu yang diungkapkan Ketandusan ilmu dan keruntuhan nilai budi atau adab
untuk mengungkapkan kepentingan ilmu dan adab akan memungkinkan kerendahan bangsa itu sendiri
melalui medium bahasa yang indah. Fungsinya yang menurut pandangan masyarakat Melayu.
bersifat didaktif dan isi kandungannya yang sarat
mengandungi maksud tersirat sangat menyumbang
ke arah menyuburkan adab dan budaya ilmu dalam RUJUKAN
kalangan masyarakat.
Selain itu, melalui media puisi ini juga ditegaskan Al-Quran. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur:
Darul Fikir.
sekali lagi bahawa masyarakat Melayu amat Abu Taariq Said. 2006. 40 Hadis Motivasi Ilmu. Batu Caves:
mementingkan ilmu pengetahuan dan dalam masa Edusystem Sdn.Bhd.
yang sama perihal adab atau budi pekerti tidak Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas
dilupakan sama sekali. Tidak dapat dinafikan lagi Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit
Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan Universiti Sains Malaysia.
Alwi Salim. 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
kedudukan ilmu serta orang yang berilmu amat
Bakti Sdn.Bhd.
tinggi kedudukannya bukan sahaja dalam kalangan Gagne, R. 1985. The Conditions of Learning. 4th edition. New
masyarakat tetapi juga di sisi agama Islam. Begitu York: Holt, Rinehart & Winston.
juga dengan adab sopan atau budi bahasa yang Mana Sikana. 2005. Teori dan Kritikan Sastera Malaysia.
melambangkan diri seseorang itu berilmu atau Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya.
sebaliknya. Pemikiran bangsa Melayu sesungguhnya Siti Zainon Ismail. Mengukir Budi Melayu.http://kakiseni.
com/articles/people/MDIxOQ.html. Tarikh capaian 20
melihat hubungan antara ilmu dan adab adalah saling Disember 2013.
melengkapi yang membentuk suatu hubungan yang Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin. 1993. Pendidikan Islam Era
sentiasa bergerak seiringan. Dalam konteks hubungan 2020: Tasawur dan strategi. Dlm. Pendidikan Islam Era
yang berkaitan dengan pemikiran atau minda Melayu 2020: Tasawur dan Strategi, disunting oleh Khailani Abdul
ini, ilmu dan adab dipersepsikan sebagai amat Jalil & Ishak Ali Shah. Kajang: Tekno Edar.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2002. Ilmu Mengarang Melayu.
penting dan diutamakan. Ketinggian ilmu dan adab
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zurakintan binti Abdul Razak


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: zurawy@yahoo.com.my

Che Ibrahim bin Salleh, Ph.D.


Prof. Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: cikrahim@upm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai