Anda di halaman 1dari 5

Kaedah Penghasilan Gaya Bahasa Dalam Cerpen

1. Pemilihan kata

Bagi menghasilkan penulisan yang baik, pemilihan kosa kata yang tepat amat penting.
Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan menyebabkan pemahaman pembaca tersasar
jauh daripada apa yang difikirkan oleh penulis. Contonya perkataan lihat, tengok, intai,
tinjau, tilik semuanya menggambar apa yang dilihat oleh mata tetapi setiap perkataan
memberi maksud yang berbeza.

2. Pembinaan ayat yang mantap

Ayat yang baik lahir dari struktur yang betul. Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada empat
pola ayat yang mendominasikan pengolahan ayat. Struktur itu ialah FN + FN, FN + FS, FN +
FA dan FN + FK.

Dalam penulisan karya sastera, penggunaan kata diperindahkan dengan menggunakan
bahasa puitis. Lihat bentuk gaya bahasa puitis dalam ayat di bawah.

Contoh 1

Air sungai menyenak ke tebing. Hujan semalaman menjadikan sungai sebak. Arus deras
menunda sampah sarap yang tesangkut pada tunggul-tunggul berceranggah di tepi tebing.
(Dharmala N.S Cerpen Rakit)

Air sungai menyenak personifikasi
Hujan semalaman menjadikan sungai sebak Hiperbola
Arus deras menunda sampah hiperbola

Bahasa

Pada umumnya, cerpen bertolak daripada satu idea pokok. Bagi menyampaikan idea ini,
adanya watak yang sesuai dengan perwatakannya yang khusus bagi membantu pengarang
menampilkan gagasan yang pengarang mahu ketengahkan, Peristiwa daripada satu
peringkat ke satu peringkat disusun dengan cermat. Ia dikenali sebagai plot. Penceritaan
disampaikan melalui sudut pandangan yang sebaik mungkin dengan memberi latar yang
sesuai serta menarik kepada cerita. Penyampaian dari mula hingga ke akhir cerpen
menggunakan bahasa. Kelemahan penguasaan bahasa akan melemahkan penggarapan tema.
Cepen menjadi tawar dan hambar. Banyak aspek kejiwaan dan psikologi watak, tidak
mampu dihuraikan dengan mendalam. Kelemahan bahasa menjadikan gambaran alam dan
suasana pula menjadi tidak berkesan dan tidak mampu menimbulkan kesan keindahan.
Dalam penghasilan karya cerpen pengarang perlu menguasai dengan baik apa yang disebut
metafora, simili, hiperbola, inversi, alusi, analogi, personifikasi, imejan , perlambangan, dan
lain-lain unsur bahasa.

Penguasaan bahasa boleh ditingkatkan melalui pembacaan. Penulis muda perlu banyak
membaca karya-karya besar tokoh sasetrawan . Novel-novel seperti Ranjau Sepanjang Jalan
karya Shahnon Ahmad, novel Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said atau novel Seorang
Tua di Kaki Gunuug karya Azizi Hj. Abdullah, atau Saudagar besar dari Kuala Lumpur karya
Keris Mas atau Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan
lain-lain.

Selain membaca karya-karya kreatif, jangan abaikan membaca selalu buku tatabahasa. Buku
Tatabahasa Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan buku
panduan bahasa yang amat berguna. Selain itu, selalulah berdamping dengan Kamus Dewan
untuk memantapkan penggunaan sesuatu kosa kata. Kris Mas menghasilkan buku
Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (DBP 1988). Buku ini amat menarik dalam
membincangkan aspek gaya bahasa dalam karya sastera. Menurut Kris Mas, gaya bahasa
bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan (hal
13). Gaya bahasa juga dirujuk kepada gaya seseorang penulis menggunakan bahasa (hal.14).
Bagi Kris Mas, bahasa itu ialah perahu yang didayung oleh setiap sastrawan dan ditumpang
oleh pembaca dalam pelayaran yang ingin mencari kebenaran (hal.16).
ago berasa kepedihan hatinya perlahan-lahan surut. Dia teringat pada mimpi-mimpi yang
memberi harapan lain saban malam sejak dua bulan terakhir ini. (Baharuddin Kahar,
Cerpen Sempena Ganja Iras)

mimpi-mimpi yang memberi harapan lain - personifikasi
kepedihan hatinya perlahan-lahan surut - imejan

3. Dialog yang mantap

Dialog dalam cepen mempunyai fungsi yang besar menghidupkan penceritaan.

(i) memperkenalkan watak

Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila dialog itu sendiri memperkenalkan watak-
watak dalam penceritaan. Sebagai contoh , lihat dialog di bawah.
" Siapa dia? "
" Namanya Pipah. Tetapi dipanggil Pip saja. Dia sekampung dengan saya. Tapi sudah lama
tinggal di KK."
" Dia kerja apa? "
" Setiausaha sebuah firma yang besar di sana. Saya tidak tahu nama firma itu," kata Baitah.
(Cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna karya Abdullah Hussein. Antologi SPBS, DBP
hal. 128 - 129)

(ii) Dialog tanpa penjelasan

Dialog yang kemas tidak memerlukan keterangan suasana. Memadai pembaca membaca
dialog. Pembaca sudah tahu siapa yang berkata dan kepada siapa dia berkata. Lihat pula
dialog dari cerpen Susanne dan Penyair yang pulang karya Zakaria Ali (Dewan Sastera; Ogos
1973: 1)

" Jebat, aku punyai sesuatu nak aku katakan padamu."
" Apa? "
" Tentang Leonard Weekend ini meyakinkan aku bahawa ia tetap cinta padaku."
" Dan kau memulangkan kembali cintanya? "
" Entahlah. Aku sayang padanya'" bisik sussane.
" Tapi aku tak percaya aku cinta padanya sepertiia mencintai aku."

(iii) Dialog dengan penjelasan

Namun begitu, ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangan supaya pembaca benar-
benar dapat memahami apa yang diceritakan oleh pengarang. Saya mengambil contoh
seperti dialog berikut.
]
" Aku akan megusulkan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan parti," ujar Lavasqui
secara tebuka sehari selepas berita itu tersiar di akhbar.
" Kau memerlukan dua pertiga majoriti ahli jawatankuasa pusat, Lavasqui," komen Dave.
" Aku telah mengira kau sebagai penyokongku yang pertama,"
Dave menyepi. Dia cuma merenung tepat ke muka sahabatnya.

(iv) Menukar dialog kepada cakap pindah

Terdapat juga penulis yang menukar dialog kepada cakap pindah. Contohnya Anwar
Ridhwan dalam karyanya berjudul Di Negeri Belalang menulis begini.

Dia ditanya apa tujuannya datang ke kota mati itu. Dia memberi jawapan bahawa dia tanpa
tujuan sebenarnya dan tidak mengharapkan penemuan yang luar biasa. Dia sudah terbiasa
untuk menemui kekosongan dalam hidupnya. Itu, katanya sama seperti mendulang emas di
kali yang memang tidak mempunyai emas.
( Novelet Di Negeri Belalang, Marwilis Publisher, 1989: 59 60)

4. Pelukisan

Untuk memberi gambaran yang tepat, pengarang perlu menulis secara terperinci tentang
sesuatu perkara. Perincian penulisannya itu menyebabkan pembaca benar-benar berpuas
hati . Inilah pelukisan bahasa dalam sesebuah karya sastera.

Dalam novel terjemahan berjudul Perjuangan Sia-sia karya John Steinbeck (DBP, 1981)
bahasa pelukisan ini digarap dengan baik.

Akhirnya malam menjelang. Di luar lampu-lampu jalan telah menyala dan lampu neon pada
papan tanda restoran berkelip-kelip memancar sinar merah menyala ke udara. Lampu neon
di papan tanda itu melontarkan sinar merah redup ke bilik Jim Nolan. Telah dua jam dia
duduk di kerusi goyang kecil yang keras di bilik itu dengan melunjurkan kedua-dua kakinya
ke lantai dan menepuk-nepuknya untuk menghilangkan rasa kebas itu menjalar naik dan
turun hingga ke buku lalinya, kemudian dia berdiri lalu menyalakan lampu yang tidak
bertudung dan kelihatanlah sebuah katil putih besar dengan cadarnya berwarna putih
seperti kapur sebuah almari kayu oak berwarna keemasan dan permaidani merah bersih
yang terhampar yang warnanya telah bertukar menjadi kecoklatan dengan tepinya yang
meleding (hal. 1).

Selamat Menulis Cerpen.
Tandakan ( /) menandakan anda benar-benar faham.
Frasa metafora hiperbola
Personi
fikasi
inversi alusi Perlambangan imejan simili
Pipinya bak pauh dilayang
Laut fikirnya kembali bergelonjak
Semut menjerit menggegarkan langit
Dedaun kayu melambai mesra
Kau umpama bulan
Hatinya lara duka menanggung rindu
Dialah Hamzah yang syahid di medan Badar
Air matanya membanjiri pipinya
Kakinya mula bernanah, kuning hijau,
hanyir dan membengkak

Dialah mawar berduri
Angin berlalu sahut menyahut
Dia membina projek gajah putih
Wajah rindu berpaut erat
Kaulah buaya tembaga yang mengganggu
anak gadisku

Hatinya remuk bagaikan kaca terhempas ke
lantai

Kotak rasanya mengandung kecewa
Api menjulang ke langit pertama
Embun pagi menyapu wajahnya
Rasa sakit menyucuk ke sudu hati,
menyenak lalu menolak ke pusat otak


Kertas kerja ini dibentang di Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008 pada 11
hingga 15 Mei 2008 bertempat di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai