Anda di halaman 1dari 6

Kesusasteraan Melayu (Minggu 4) Puisi Melayu Lama 1. 2. 3. 4.

Syair Gurindam Seloka Nazam

Syair adalah jenis puisi lama yang kelihatan menyamai bentuk pantun kerana sukukata untuk baris-barisnya menyamai sukukata baris-baris pantun. Akan tetapi, syair memiliki syaratsyarat yang lain yang berbeza daripada pantun. Sifat-sifat syair ialah: Setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 sukukata. Rima akhirnya a-a-a-a Syair tidak mempunyai pembayang. Kesemuanya maksud. Maksud atau isi syair selalunya merupakan cerita, misalnya Syair Siti Zubaidah, Syair Bidasari, Syair Yatim Nestapa dan banyak lagi. Di samping itu terdapat juga syair-syair nasihat, sama ada nasihat yang bercorak noral secara umum, mahupun yang bercorak keagamaan. Petikan Syair Yatim Nestapa Berjalanlah ia ke dalam negeri, Ke dalam kota raja yang bahari, Lalulah masuk ke balairung seri, Disembahkan kepada Perdana Menteri. Menteri pun masuk ke dalam istana, Menghadap baginda raja yang ghana, (ghana bermaksud kekayaan) Ditegur baginda dengan sempurna, Adakah dapat dukun di sana? Baginda bertitah dengan air mata, Adakah dapat bagai dicita, Orang yang mengubat puteri kita, Jikalau ada bawalah serta. Ada dua kisah yang diperihalkan dalam syair di atas. 1. Kejayaan seorang pemuda yatim piatu bernama Yatim Nestapa menyembuhkan tuan puteri raja yang jatuh pengsan selama tujuh hari. 2. Asal-usul Yatim Nestapa seperti yang diperihalkannya kepada bagina raja. Gambaran masyarakat Puisi syair Yatim Nestapa menggambarkan keadaan masyarakat Melayu zaman purba. Jelasnya ia adalah masyarakat yang diperintah oleh raja. Pemerintahan raja dibantu oleh pembesar-pembesar negeri dipimpin oleh Perdana Menteri. Syair Yatim Nestapa juga menggambarkan individu yang suka mengembara. Contohnya Yatim Nestapa yang mengembara ke dalam hutan belantara. Ia mencerminkan individu yang mementingkan 1

kekuatan fizikal, tubuh badan dan tabah menghadapi rintangan serta dugaan. Lantaran itu masyarakat Melayu lama mementingkan kesaktian dan kepahlawanan. Gurindam Gurindam adalah bentuk puisi terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran. Puisi ini dicipta untuk mengemukakan nasihat, pandangan atau gambaran sesuatu keadaan. Sebenarnya ada beberapa pandangan yang berbeza-beza di antara seorang pengkaji dengan pengkaji yang lain tentang gurindam. Ada pengkaji yang menyatakan bahawa gurindam tidak terikat dengan peraturan-peraturan khas. Ada pula pengkaji yang menyatakan bahawa rangkap gurindam terbina daripada dua baris. Berikut adalah Gurindam 12: Jika sedikit pun berbuat bohong, Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung. Tanda orang yang amat celaka, Aib dirinya tiada ia sangka. Bakhil jangan diberi singgah, Itulah perompak yang amat gagah. Barang siapa yang sudah besar, Janganlah kelakuannya membuat kasar. Barang siapa perkataan kotor, Mulutnya umpama ketur. Di mana akan tahu salah diri, Jika tidak lain orang yang berperi. Gurindam ini kaya dengan nasihat dan diungkapkan penuh sindiran. Antara nasihat yang hendak disampaikan adalah: 1. Jangan bercakap bohong sebab kalau bercakap bohong, ia mencerminkan mulut yang pekung. Maksud pekung di sini ialah mulut busuk. 2. Manusia haruslah mengenali diri sendiri untuk mengelakkan kecelakaan. 3. Manusia janganlah bersikap kedekut sebab ia dapat diumpamakan sebgai perompak yang nekad. 4. Manusia janganlah bersikap kasar apabila diri sudah besar. Maksudnya apabila sudah berpangkat dan berjawatan tinggi. 5. Manusia janganlah celupar dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan 6. Manusia hendaklah mengakui kelemahan diri sendiri supaya nanti tidak pula diperihalkan oleh orang lain. Bentuk gurindam ini berangkap-rangkap. Setiap rangkap mengandungi dua baris. Kesemuanya ada enam rangap yang bererti ada 12 baris. Bilangan sukukata pada setiap baris dalam lingkungan 8 12 sukukata. Keunikan lain terletak pada perbandingan simile yang menggunakan perkataan umpama, yang berselang-seli antara rangkap-rangkapnya.

Alamat Hari Nak Siang Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mendung merak mengigal Fajar sidik menyinsing naik Kicak kicau bunyi murai Tabtibau melambung tinggi Berkuku balam di ujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang. Puisi ini memberikan gambaran tentang hari nak siang. Dua gambaran diberikan di dalamya yang berlatarbelakangkan alam semesta di Tanah Melayu selepas tengah malam membawa ke waktu subuh. Berbagai-bagai gambaran bunyi mergastua telah diberikan seperti berbunyi kuang, seing lanting, melenguh lembu, menguak kerbau, berkokok mendung, kicak kicau murai, berkuku balam dan terdengut puyuh panjang bunyi. Terdapat juga gambaran objek-objek atau situasi yang tertentu. Antaranya ialah; Jauh ketengah, Riang di rimba, Lembu di padamg, Kerbau di kandang, Merak mengigal, Fajar sidik menyingsing naik, Tabtibau melambung tinggi dan Puntung sejengkal tinggal sejari. Gurindam ini disebut sebagai gurindam bebas, dengan maksud tidak terikat kepada kelaziman bentuk gurindam dua baris seuntai. Kesemua 18 baris gurindam ini terungkap dalam satu rangkap. Ia membentuk rangkap yang panjang. Namun begitu, barisnya tetap terkawal dari segi pemilihan kata dan sekaligus pula banyak sukukatanya. Dengan kata lain, bahasanya padat lagi bernas. Gaya perihalannya condong kepada corak nyanyian dan dendangan. Ada pemaparan imaginasi yang begitu kreatif dari satu baris kepada baris yang berikutnya. Gambaran waktu yang diberi begitu terperinci dari aspek perubahan alam. Gambaran terperinci tersebut diberikan sebelum sampai kepada baris yang terakhir Itulah alamat hari nak siang.

Seloka Perkataan seloka bermaksud umpama, sama seperti gurindam. Jika gurindam berasal dari bahasa Tamil, seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Oleh sebab maknanya sama, maka sifat seloka juga tidak begitu berbeza daripada sifat gurindam daripada sudut maksud atau isinya. Seloka memuatkan sindiran atau kiasan yang tajam. Bentuknya tidak terikat pada peraturan tertentu, tetapi ada juga yang berbentuk seperti syair. Berikut adalah Seloka Pak Kadok yang berbentuk bebas manakala seloka Gurauan berbentuk syair. Seloka Gurauan Anak dara dua sepasang, Pakai baju pakai kerongsang, Sebiji nanas, sebiji pisang, Belum tahu rezeki musang. Encik Lotah di Sungai Dedap, Bunyi dayung derap-berderap, Tiada getah dengan terap, Burung terbang jangan diharap. Tergesa-gesa di balik gumpung, Pelanduk seekor tidak terkepung, Encik bukan kera dan lotong, Ranting yang buruk hendak bergantung. Jalan-jalan sepanjang alam, Singgah-menyinggah dipagar orang, Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Candu celaka jangan ditubi, Tulang rusuk bagai seligi, Sahabat renggang saudara benci, Datang ketagih hendak mencuri. Ada seekor burung belatuk, Cari makan di kayu buruk, Tuan umpama ayam pungguk, Segan mencakar rajin mematuk. Gigi bertatah dengan gewang, Kelip kalau nampak berjahang, Rumah buruk lantai jarang, Kalau terperlus malu ke orang. Harap ke mulut besar cakap, Kerja suatu tak boleh cekap, Kayuh perahu bagai tertiarap, Semua kehendak makan sedap. 4

Seloka ini menggambarkan perangai orang Melayu yang suka hidup senang tetapi malas bekerja. Yang banyak dilakukan ailah suka berangan-angan. Misalnya kalau nampak sahaja buah nanans atau buah pisang, maka disangkakan sudah berada dalam genggaman tangan (rangkap 1), Rangkap 2 pula menceritkan kalau ternampak burung terbang, maka seolah-olah unggas itu sudah dapat ditangkap. Walaupun sindiran diungkapkan dalam kedua-dua rangkap ini, tetapi seloka ini menasihati masyarkat Melayu agar jangan suka berangan-angan tetapi sebaliknya rajjin berusaha bagi mendapatkan sesuatu. Ini diperkukuhkan lagi dalam rangkap ketiga dan keempat. Dalam rangkap ketiga diungkapkan perilaku masyarakat Melayu yang suka berpaut dan bergantung kepada orang lain. Sehubungan dengan ini, mereka diumpakan sebgai kera dan lotong yang suka bergayutan dari ranting ke ranting walaupun keadaan ranting itu sudah rapuh. Pengajarannya di sini ialah orang Melayu mestilah berusaha sendiri jangan terlalu bergantung kepada belas kasihan dan pertolongan orang lain. Rangkap ke empat, pula diungkapkan sikap orang Melayu yang masih lagi berpaut kepada rezeki datang bergolek. Maksudnya harta orang hendak dimiliki sendiri dengan cara yang mudah, sedangkan diri sendiri tidak mahu bekerja dan berusaha. Keindahan Seloka Seloka tidak banyak berbeza daripada gurindam, jika isi gurindam bersifat deduktif, isi seloka banyak bertujuan hendak mengejek, menyindir dan malahan juga bersuka-suka. Seloka Gurauan terungkap dalam sembilan rangkap dan setiap rangkap mengandungi empat baris. Rima akhirnya ialah a-a-a-a. Jika ditinjau daripada kedua-dua ciri ini, maka seloka gurauan ini dekat kepada bentuk syair. Akan tetapi kalau diperhatikan dua baris yang pertama bagi setiap rangkap, dapat dirasai akan kesan pembayang maksud seperti yang lazim dikesani dalam pantun. Kalau begitu, secara lahiriahnya, seloka gurauan ini bersifat seperti pantun. Ini jelas dari sukukata 8-12 setiap baris. Paling jelas, seloka Gurauan banyak memakai perbandingan simile. Tujuannya untuk mengumpamakan kelakuan kurang sopan manusia dengan kelakuan haiwan. Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampong tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk.

Seloka Pak Kaduk mengisahkan nasib malang Pak Kaduk yang datang bertimpa-timpa. Pertamanya akibat terlalu percaya dengan tipu muslihat orang lain, maka ayam sabungan yang sebenarnya bertuah bersetuju ditukarkan dengan ayam sabungan lawan. Apabila ayam sendiri menang oleh pihak lawan, maka kampong yang menjadi taruhannya tergadai. Keduanya, Pak Kaduk mendapat jemputan kenduri. Demi menyangkakan bahawa jamuan itu akan mengenyangkannya, maka nasi yang ada di rumah dicurahkan ke tanah. Malangnya ia tiba dirunah orang kenduri yang terletak di hulu sungai sebaik sahaja majlis itu selesai. Pak Kaduk lewat kerana ia terpaksa melawan arus sungai yang sedang surut. Kemudian ia pergi ke rumah orang kenduri yang terletak di hilir. Ketika itu pula air sudah pasang dan ia terpaksa menghilir dengan menongkah arus pasang. Ketika sampai ke majlis, kenduri sudah selesai. Akibatnya , pulanglah Pak Kaduk dalam kelaparan. Malang yang ke tiga terjadi disebabkan oleh sikap Pak Kaduk yang terlalu mengikut perasaan sehingga membunuh isterinya. Mujurlah ia tidak mati disebakan tidak makan. Yang keempat ialah apabila Pak Kaduk terpaksa belayar dalam keadaan mati angin dan terpaksalah ia berkayuh dengan kerasnya. Malangnya sebaik sahaja perahunya diberhentikan, angin pula mulai bertiup. Akhir sekali malang Pak Kaduk disebabkan dia terpaksa menumpang duduk walaupun ada rumah sendiri. Pengajaran 1. Janganlah mudah percaya dengan tipu muslihat orang lain kerana kelak ia merugikan diri sendiri. 2. Mendengar guruh di langit, janganlah air di tempayan dicurahkan. 3. Tindakan terlalu mengikut perasaan marah akhirnya membawa padah. Contohnya tindakan ikut perasaan Pak Kaduk sehingga membunuh isteri sendiri. 4. Hak sendiri hendaklah dipertahankan supaya jangan terlepas ke tangan orang lain. Keindahan seloka Seloka ini berbentuk bebas, kesemuanya terungkap dalam satu rangkap yang mengandungi 11 baris. Suku kata setiap baris terkawal dengan rapi antara 8 12. Rima akhirnya tidak dipentingkan. Ia membawa suasana melankolik, sedih dan kecewa seperti yang dapat diperhatikan pada penggunaan kata aduhai pada pembuka baris pertama. Nazam Nazam adalah satu jenis bentuk nyanyian beramai-ramai yang dijadikan sebagai cara untuk mengajar berkenaan ilmu agama dan seumpamanya kepada khalayak. Nazam lazimnya dilagukan oleh seorang yang faham akan selok belok ilmu yang mahu diajarkan itu, dan mampu pula disampaikannya dengan gaya berlagu. Nazam berasal dari timur tengah pada sekitar kurun ke 16 masihi, dan sangat berkait rapat dengan mengajar agama dengan gaya berlagu. Bentuk ini masih dijumpai di Melaka, tetapi merupakan satu kepandaian yang kian pupus.

Anda mungkin juga menyukai