Anda di halaman 1dari 5

Senaraikan aktiviti kemahiran menulis yang terdapat dalam buku teks Tahun 6 Unit 1 : Keluarga Kreatif 1) Bina 2 ayat

majmuk bagi setiap kata hubung dalam lirik lagu 2) Kenal pasti ayat perintah yang terdapat dalam dialog. Kemudian bina 5 ayat perintah yang lain. 3) Bina beberapa ayat tentang hobi kamu dengan menggunakan penanda wacana yang dicetak berwarna. 4) Berdasarkan gambar, bina 2 ayat penyata dan 2 ayat seruan. 5) Tulis karangan yang bertajuk Berkunjung ke Pameran Kraftangan. Unit 2 : Datuk di Ibu Kota 1) Nyatakan idea utama yang terdapat dalam teks dan huraikannya. 2) Nyatakan pengalaman menarik yang pernah kamu lalui ketika bersama-sama datuk atau nenek kamu. Tulis karangan tentang pengalaman kamu. 3) Kamu telah membaca aduan yang dibuat oleh Pengguna Prihatin. Nyatakan pandangan kamu tentang aduan tersebut kepada rakan. Kemudian tulis pandangan itu dalam buku tulis. 4) Senaraikan 5 isi penting yang terdapat dalam teks. 5) Bina 5 ayat majmuk dengan kata hubung di bawah. 6) Berdasarkan gambar, tulis dialog antara Hani dengan datuknya. Pastikan dalam dialog tersebut ada soalan tanpa kata tanya. Unit 3 : Sekolahku 1) Kenal pasti 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk yang terdapat dalam teks. 2) Buat analisis tentang keputusan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini. Gunakan ayat majmuk dalam analisis kamu. 3) Bina satu kerangka teks ucapan bagi majlis perhimpunan sekolah. Kemudian tulis teks ucapan tersebut berdasarkan kerangka yang betul turutannya. 4) Terdapat beberapa arah kata dicetak berwarna dalam teks ucapan. Bina ayat bagi setiap kata arah itu. 5) Bina 3 ayat tanya tentang watak Hani.

6) Tulis aktiviti yang dilakukan oleh Hani secara berturutan. 7) Tulis dialog 2 orang rakan tentang amalan membaca. Gunakan tanda baca yang betul. Unit 4 : Sentiasa Berhemah Semua Selamat 1) Tulis perkataan yang dicetak berwarna dalam bentuk tulisan berangkai. 2) Berdasarkan teks, bina satu ayat dasar bagi setiap frasa sendi nama yang kamu peroleh. 3) Cipta kata-kata hikmat yang sesuai dengan pertandingan tersebut dan tulis dalam bentuk tulisan berangkai. 4) Bina ayat dengan menggunakan kata sendi nama di, ke,dari, dan daripada berdasarkan gambar dan maklumat. Unit 5 : Warisan Alam 1) Bina 5 ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar pada halaman. 2) Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu contohi daripada rajah. Buat dalam satu perenggan. 3) Tulis isi penting dan isi sampingan berdasarkan rencana di atas. 4) Cipta sajak yang menggambarkan keindahan alam sekitar dengan memasukkan gaya bahasa perulangan dan kata singkatan. 5) Berdasarkan peta minda, tulis sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Bunga dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Unit 6 : Rencamnya Budaya Kita 1) Tulis ringkasan e-mel dengan menggunakan maklumat penting yang telah kamu senaraikan. 2) Tulis satu karangan tentang permainan tradisional yang kamu ketahui. Gunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam karangan tersebut. 3) Lengkapkan dialog di atas dalam buku tulis kamu.

Unit 7 : Jauh Perjalanan Luas Pandangan 1) Bina ayat berdasarkan frasa nama Negeriku.

2) Tulis tajuk-tajuk kecil yang bersesuaian dengan risalah tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik. 3) Tulis karangan tentang pengalaman kamu melancong ke suatu tempat yang menarik di Malaysia. Pastikan setiap perenggan karangan kamu mengandungi jenis dan ragam ayat yang pelbagai. 4) Bina 5 ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Unit 8 : Cerita Rakyat 1) Bina ayat daripada kata kerja yang telah kamu temukan. 2) Tulis isi yang lengkap dalam buku tulis kamu. 3) Bina ayat kamu sendiri dengan menggunakan kata pengakal ayat yang terdapat dalam teks. 4) Tulis pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita. Unit 9 : Sejahtera Sepanjang Usia 1) Salin satu ayat dalam rencana yang telah kamu betulkan dalam bentuk tulisan berangkai yang kemas dan cantik. 2) Bina ayat menggunakan kata majmuk dalam teks. 3) Senaraikan 10 kata majmuk lain yang kamu ketahui. Unit 10 : Sejarah Sumber Pengajaran 1) Tulis 3 rangkap pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho. 2) Salin perenggan 4 dan 5 dalam bentuk tulisan berangkai. 3) Catat hasil bincangan dalam buku tulis kamu. 4) Bina ayat dengan menggunakan kata penguat dalam teks. 5) Tulis 4 rangkap syair berdasarkan maklumt yang kamu peroleh.

Unit 11 : Serba Tahu

1) Berpandukan obor bahasa, bina 2 ayat menggunakan kata pemeri ialah dan adalah. 2) Tulis karangan biografi tentang seorang tokoh ilmuwan. 3) Bina perenggan yang lengkap berdasarkan tajuk Cita-citaku Menjadi Arkitek. 4) Tulis karangan lengkap bertajuk Cita-citaku. 5) Tulis pendapat atau komen kamu secara ringkas tentang penggunaan kata dan frasa yang menarik dalam cereka. 6) Tulis karangan yang lengkap berdasarkan gambar. Unit 12 : Pertanian Penjana Kesejahteraan 1) Ringkaskan teks di atas berdasarkan isi utama dan isi sampingan dalam satu perenggan. 2) Tulis teks yang dibacakan oleh guru. Buat dalam buku tulis kamu. 3) Tulis maklumat yang kamu peroleh dalam bentuk peta minda. 4) Tulis ringkasan teks di atas dalam satu perenggan berdasarkan isi utama yang telah kamu senaraikan. 5 ) Bina ayat pasif berdasarkan ayat di bawah. 6) Bina 3 ayat menggunakan kata nafi tidak dan bukan 7) Bina ayat dengan mengguanakn simpulan bahasa. Unit 13 : Ciptaan Sains Memudahkan Manusia 1) Bina ayat tunggla dan ayat majmuk menggunakan kata penguat hadapan dan kata penguat belakang. 2) Laporkan hasil uji kaji. 3) Bina ayat Tanya bagi ayat penyata yang dicipta berwarna. 4) Tulis 1 rencana berdasarkan kerangka karangan yang telah kamu bina. Unit 14 : Jiran Serantau 1) Berdasarkan maklumat, tulis 2 perenggan tentang kejadian tersebut.

2) Bina isi uatama berdasarkan setiap gambar. Kemudian bina 2 isi sampingan bagi menjelaskan setiap isi utama tersebut. Tulis dalam 1 perenggan. 3) Dalam teks di atas, terdapat kata penekan iaitu bahawasanya, nampaknya dan sesungguhnya. Bina ayat dengan perkataan itu. 4) Senaraikan peribahasa yang terdapat dalam teks. Kemudian bina ayat dengan menggunakan peribahasa tersebut. Unit 15 : Satu Penerokaan 1) Tulis teks pengucapan Hani dan sampaikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) Baca dialog yang diucapkan oleh Fariz. Reka dialog yang mungkin diucapkan oleh Boon Seng. 3) Secara berpasangan, lakukan aktiviti mengambil imlak dan bentangkannya di hadapan kelas. 4) Bina 2 ayat Tanya dan 2 ayat seruan berdaasarkan teks. 5) Lakukan aktiviti imlak teks B. 6) Tulis sebuah karangan bertajuk Faedah Membaca Buku-buku Sains Angkasa. Gunakan kata bantu, laras bahasa dan penanda wacana yang sesuai dalam karangan kamu.

Disediakan oleh : Abdul Karim Kamaruzaman Abdul Raqib Ab Rahman Ahamad Nazirul Syafiq Rosli Muhd Fitri Shari

Anda mungkin juga menyukai