Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TAHUN AKADEMIK: 2022

PROGRAM : PISMP NAMA SISWA GURU :

KOD KURSUS : BMMB3113 SEMESTER / TAHUN: SEM. 2 / TAHUN

NAMA KURSUS : PERKAMUSAN, AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN


PERISTILAHAN DAN PENTERJEMAHAN
BAHASA MELAYU KUMPULAN : UNIT U1, U2, U3, dan U

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HAN

1. PENULISAN ESEI (1000 patah


perkataan) 21 FEBRUARI 9 MAC 20
2022

2. TERJEMAHAN TEKS (1000 patah


perkataan) 18 FEBRUARI 7 MAC 20
2022
3. PEMBENTANGAN KUMPULAN (30 minit)
16 MAC 2022 22 MAC 20

Hasil Pembelajaran Kursus:

Selepas kursus ini, pelajar dapat :

1. membincangkan sejarah, teori dan prinsip perkamusan bahasa Melayu dengan berkesan secara
lisan dan bertulis (C2, PLO1, PLO3, CTPS2);
2. Menghuraikan masa depan perkamusan di Malaysia serta membuat penilaian yang berjustifikasi
(C5, PLO3, CTPS1);
3. Membentangkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu secara berkumpulan (C5,
PLO4, PLO5, CS1, TS1); dan
4. Menjelaskan kaedah penterjemahan bahasa Melayu melalui pengaplikasian terhadap teks (C6,
PLO3, PLO6, CTPS5, LL1).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 , 3 , dan 4

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar akan dapat:

1. membincangkan sejarah perkamusan Bahasa Melayu dari sudut asal-usul, tokoh, teori, prinsip dan
jenis-jenis kamus Bahasa Melayu serta menghuraikan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan
institusi lain dan membuat penilaian yang berjustifikasi untuk masa depan perkamusan bahasa
Melayu di Malaysia melalui tugasan penulisan esei.

1
2. Menilai dan membentangkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu iaitu kata bahasa
Melayu, kata bahasa serumpun dan kata bahasa Inggeris dan bahasa asing lain yang lazim dan
tidak lazim secara berkumpulan; dan
3. menghasilkan tugasan terjemahan teks berdasarkan artikel yang dipilih melalui kaedah
penterjemahan bahasa Melayu yang bersesuaian.

Penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-
baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang
digunakan daripada teks dapat diasingkan menurut jenisnya, sama ada kerana gayanya yang
berbeza, situasi penggunaannya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza. Melalui penggunaan
dan susunan kata yang indah dan mengikut abjad dalam penyusunan kamus, aspek
kebijaksanaan yang diperoleh daripada pengamatan dan pengalaman masyarakat dalam
kehidupan seharian berjaya dizahirkan secara lisan dan kemudiannya dikumpulkan dalam bentuk
cetakan kamus dan diaplikasikan dalam bentuk digital. Penterjemahan teks yang mengandungi
istilah dan makna peribahasa membolehkan kata-kata yang bijaksana ini dipindahkan dari satu
bahasa kepada satu bahasa yang lain.

TUGASAN 1 : Penulisan Esei (25%)

1. Hasilkan satu penulisan esei yang membincangkan sejarah perkamusan bahasa Melayu dari sudut
asal-usul, tokoh, teori dan prinsip serta jenis-jenis kamus Bahasa Melayu dan nilaikan peranan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan institusi-institusi yang lain dalam menentukan masa depan
perkamusan bahasa Melayu di Malaysia secara bertulis.

Panjang penulisan esei dalam tidak melebihi 1000 patah perkataan.

TUGASAN 2 : Terjemahan Teks – (25%)

1. Secara bertulis, anda diminta untuk memilih satu artikel sama ada dalam bidang pendidikan,
bahasa, sastera atau teknologi maklumat dan komunikasi untuk diterjemahkan berdasarkan kaedah
menterjemah yang sesuai. Dokumentasikan bahan tersebut dalam bentuk infografik.

Panjang terjemahan teks tidak melebihi 1000 patah perkataan.

TUGASAN 3: Pembentangan Kumpulan (10%)

1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengumpulkan maklumat
berkaitan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu yang lazim dan tidak lazim, iaitu:
arahan
i. kata bahasa Melayu;
ii. kata bahasa serumpun; dan
iii. kata bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain.

Tugasan ini berkongsi Big Idea (Tatacara Persembahan Secara Kreatif dan Bermakna) dengan
kursus
BMMB3123 Semantik Bahasa Melayu dan BMMB3108 Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak.

2
3
Arahan Pelaksanaan Tugasan 1 : Penulisan Esei

1. Tugasan 1 adalah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi
1000 patah perkataan.

2. Penulisan esei yang anda hasilkan perlu menggambarkan kemahiran anda dalam
mengorganisasikan
idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam menginterpretasikan huraian di atas.

3. Huraian dan penjelasan yang anda kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang
menggambarkan kematangan berhujah dan kemahiran anda dalam mencari idea yang bernas dan
wajar.

4. Format penulisan akademik adalah seperti berikut:


2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini dan boleh dimuat turun dari iTEMS
2.2 Font Arial
2.3 Saiz huruf : 11
2.4 Langkau : 1.5 baris
2.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
2.6 Penulisan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
2.7 Rujukan daripada pelbagai sumber (buku, jurnal, sumber internet dan lain-lain) sekurang-
kurangnya 5 rujukan bagi setiap tugasan tersebut.
5. Ulasan dan pandangan hendaklah disokong dengan rujukan ilmiah

6. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

7. Kandungan berikut diambil kira untuk menentukan penulisan yang baik :


7.1 Pengenalan yang menarik
7.2 Menjawab soalan dengan mengemukakan hujah dan huraian yang tepat
7.3 Contoh-contoh yang relevan
7.4 Rumusan/kesimpulan

8. Plagiat tidak dibenarkan.

9. Tugasan anda perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2 : Terjemahan Teks

1. Tugasan 2 adalah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi
1000 patah perkataan.
2. Penghasilan terjemahan teks perlu menggambarkan kemahiran anda dalam mengorganisasikan
idea dan kemahiran pemikiran kritikal dalam menginterpretasikan perbincangan di atas.arahan

3. Format penulisan akademik adalah seperti berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini dan boleh dimuat turun dari iTEMS
3.2 Font Arial
3.3 Saiz huruf : 11
3.4 Langkau : 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Penulisan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

4
3.7 Rujukan daripada pelbagai sumber (buku, jurnal, sumber internet dan lain-lain) sekurang-
kurangnya 8 rujukan bagi setiap tugasan tersebut.

4. Ulasan dan pandangan hendaklah disokong dengan rujukan ilmiah

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Kandungan berikut diambil kira untuk menentukan penulisan yang baik :


6.1 Pengenalan yang menarik
6.2 Menjawab soalan dengan mengemukakan hujah dan huraian yang tepat
6.3 Contoh-contoh yang relevan
6.4 Rumusan/kesimpulan

7. Plagiat tidak dibenarkan.

8. Tugasan anda perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan :

1. Secara kumpulan (2 atau 3 orang) bagi tugasan 3 untuk pembentangan kumpulan.


2. Anda perlu bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan.
3. Persembahkan hasil tugasan kumpulan secara bercetak dan lisan dengan menggunakan perisian
multimedia yang sesuai.
4. Anda bebas untuk memilih aktiviti namun pengisian aktiviti mesti berada dalam ruang lingkup topik
kursus yang ditetapkan. arahan
5. Pembentangan dan aktiviti yang dilakukan perlu melibatkan penggunaan pelbagai alat kemahiran
berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis.
6. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa
pembentangan/persembahan ini dilakukan, walaupun dipersembahkan secara dalam talian.
7. Pembentangan perlu menunjukkan perbincangan atau kupasan isu yang matang dan mempunyai nilai
akademik yang tinggi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................................
.................................................. (DR MOHD NAZRI B ZAINUDDIN )
(DR HASNAH BT AWANG) Pakar Bidang (SME)
Penyelaras Kursus BMMB3113: Jabatan Pengajian Melayu,
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh
IPG Kampus Ipoh Tarikh: 4 FEBRUARI 2022
Tarikh: 3 FEBRUARI 2022

Disahkan oleh:

5
................ .................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Ipoh,
Perak.
Tarikh: 7 FEBRUARI 2022

Anda mungkin juga menyukai