Anda di halaman 1dari 40

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN Ilmu perkamusan Melayu ialah salah satu daripada kesan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam persuratan Melayu dan telah diturunkan sejak lebih lima abad dahulu. Dalam kemajuan ilmu ini sehingga ke masa kini, orang-orang Melayu hampir sama sekali tidak memperdulikannya selain daripada menolong orang-orang Eropah mengumpulkan bahan-bahan kamus mereka. Pujangga sastera Melayu klasik mungkin tidak pernah dibantu oleh mana-mana kamus jua, orang-orang tua sahaja sudah cukup untuk mengambil peranan kamus itu. Kesombongan mereka itu telah membiaskan bahan-bahan sejarah bahasa Melayu. Orang lain tidak memerlukan kamus; rakyat buta huruf, intelektual mungkin tidak ada sama sekali. Tetapi sebaliknya kamus diperlukan oleh orang-orang Eropah untuk memudahkan kerja mereka di Alam Melayu; maka merekalah yang mula-mula mengusahakan perkamusan bahasa Melayu (Yusof Hitam 1961: 218) Keperluan terhadap kamus bukanlah perkara baru ataupun hanya keperluan mendesak pada zaman ini. Pada zaman sebelum Masehi, telah diciptakan kamus yang menterjemahkan kata yang terdapat dalam buku Veda ke dalam bahasa Sanskrit umum. Begitu juga selepas tahun Hijrah, sudah ada kamus yang memberikan penjelasan tentang kata yang sukar difahami yang terdapat dalam al-Quran. Keduaduanya bertujuan untuk mendalami ajaran agama dan pegangan hidup penganutnya pada zaman itu.

2 Dalam perkembangan sejarah perkamusan dunia, kamus pertama yang diterbitkan lahir selepas 10 tahun buku pertama dicetak. Kamus Latin karya Giovanni Balbi, setebal 800 halaman, diterbitkan pada tahun 1460 dan diulang cetak sebanyak 21 kali menjelang tahun 1500. Kemudian kamus lain pula diterbitkan. Antaranya, Kamus Calepino (1502) karya Ambrogio Calepino yang diulang cetak berkali-kali. Senarai kata Latin kamus tersebut dipadankan dengan bahasa lain, seperti Yunani, Perancis, Itali, Yahudi, Sepanyol, dan Inggeris (Siti Norsuhaila Samsudin 2002: 10). Menurut James T. Collins, kamus tiga bahasa, iaitu Latin-Portugis-Jepun merupakan kamus bahasa Asia yang dicetak di Asia yang menggunakan teknologi percetakan Barat. Dictionarium latino lusitanicum: Ac iaponicum ex Ambrosii Calepini volumine diterbitkan di Sekolah Teologi, Amakusa, Jepun, pada tahun 1595. Usaha ini membuktikan bahawa perkembangan perkamusan di Asia selari mengikut kepesatan teknologi dan percetakan dunia.

1.2 DEFINISI KAMUS

Kamus Linguistik (1997: 106) mendefinisikan kamus sebagai senarai butir leksikal seperti kata, frasa, atau istilah yang biasanya disusun mengikut abjad dalam sebuah buku. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 667) pula mendefinisikan kamus sebagai sebuah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun mengikut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakup teknik dan metodologi penyusunan. Perkataan kamus berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud kitab yang memberi keterangan tentang erti kata-kata, atau lautan samudera yang dalam-dalam dan berbahaya (Teeuw 1964:388). Di samping itu, ada pandangan lain yang mengatakan bahawa perkataan kamus bukan berasal daripada bahasa Arab tetapi berasal daripada bahasa Parsi (Abdullah Hussian 1970:339). Kedua-dua pandangan ini tentunya menagih penyelidikan yang lebih mendalam, terutama menelusuri etimologi kata tersebut untuk mencari kesahihan yang nyata (Ibrahim Admad 2002: 27).

Kamus mempunyai peranan untuk memberi definisi dan makna bagi sesuatu perkataan dengan tepat dan menjadi medan segala pencarian makna, leksikal, kosa kata, cara penyebutan, ejaan sesuatu perkataan dan sebagainya. Kamus pada kebiasaannya menjadi rujukan yang penting apabila seseorang menginginkan sesuatu definisi dengan tepat. Peranan kamus sangat penting khususnya dalam dunia leksikografi dan dalam perkembangan bahasa. Namun, pada hakikatnya kamus tidaklah menjadi rujukan yang utama kerana kamus hanya akan digunakan untuk mencari sesuatu makna sebagai alat bantuan dalam pengajaran bahasa Melayu. Ini disokong oleh Jais Sahok (1993) dalam Dewan Bahasa yang berpendapat:
Apabila kita membaca sebuah wacana dan kita tidak tahu akan maksud sepatah perkataan atau kita ragu-ragu akan maksud perkataan itu, kita akan membuka kamus. Guru-guru pun memberitahu pelajar bahawa kamus digunakan untuk tujuan itu.

Pendapat ini menunjukkan kamus hanya akan digunakan untuk mencari sesuatu makna sahaja, walaupun umum tidak menafikan bahawa peranan kamus adalah sangat luas. Menurut Teo Kok Seong (1999) kamus sebagai rujukan yang menyenaraikan perkataan-perkataan sesebuah bahasa atau beberapa bahasa yang lazimnya mengikut susunan abjad. Kamus juga menyertakan pelbagai keterangan lain yang berkaitan dengan perkataan tersebut, iaitu ejaan, sebutan, status nahu, dan penggunaanya. Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Teo Kok Seong ini, kamus bukan sahaja digunakan untuk mencari sesuatu maksud, tetapi kamus juga digunakan untuk mengetahui sesuatu ejaan, bunyi, sebutan, dan sebagainya. Keadaan ini menggambarkan bahawa peranan kamus adalah amat luas. Noresah Baharom dan Rusli Abdul Ghani (1990: 865) turut memberikan definisi tentang kamus iaitu sebuah buku yang mencatatkan sesuatu kata seperti ejaan, sebutan, golongan kata, etimologi dan beberapa hal lain tentang kata, bergantung pada ketuntasan sesebuah kamus yang disusun. Salinah Jafar (2000: 890) pula berpendapat

4 bahawa kamus ialah buku yang mengandungi sanarai kata dalam suatu bahasa yang dilengkapi dengan makna dan maklumat yang ringkas tentang tatabahasa tersebut. Banyak definisi yang dikemukakan oleh para sarjana bahasa dan ahli leksikografi tentang konsep dan manakala perkamusan tersebut.
i. Kamus ialah buku yang berisi pilihan kata-kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa lain. (The American College Dictionary 1960:336) ii. Buku rujukan yang memuatkan daftar kata-kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad. (Harimurti Kridalaksana 1982:73) iii. A dictionary is a reference book containing the words of a language or language variety usually alphabetically arranged with information on their noun pronunciation, function, meaning and idiomatic uses. (Barbara Ann Kripfer 1984:1)

Berdasarkan beberapa definisi dan pandangan ini, secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa kamus merupakan sebuah buku rujukan yang mengandungi katakata daripada sesuatu bahasa, yang disusun mengikut abjad, dan kemudiannya diberikan makna serta keterangan lain yang berkenaan dengan kata tersebut. Semenjak lebih 2000 tahun lalu, Alam Melayu telah terikat dengan jaringan budaya global. Buktinya melalui arkeologi di seluruh Nusantara contohnya wang logam dari Eropah, hasil pertukangan kaca dari Suriah dan Itali, patung gangsa dari India, seramik dari China (James T. Collins (2001: 22).

5 Sejarah perkamusan Melayu merupakan tradisi yang panjang. Sepanjang sejarah tamadun manusia yang telah mengenal erti tulisan, pelbagai ilmu diterokai akibat kemasukan pengaruh luar. Kedatangan pengaruh Hindu dan Budha yang telak meletakkan mercu keagungan kerjaan Srivijaya dan Majapahit telah menyaksikan lahirnya pelbagai ilmu warisan pengaruh luar. Pelbagai bukti telah ditemui daripada prasasti bahasa Melayu kuno, dan sumber-sumber peninggalan di India dan China. Salah satu sumbangan besar dalam sejarah tamadun sebelum kedatangan Islam ini ialah penyusunan kamus-kamus bahasa Sanskrit yang mempunyai padanan makna dalam bahasa Jawa kuno (A. Teeuw 1964:339). Sayang sekali usaha merakamkan kata Melayu kuno di Tanah Melayu dalam bentuk kamus, tidak dilakukan seawal abad ketujuh, kelapan atau kesembilan. Namun sarjana tetap mempercayai terdapatnya bentuk kamus tersebut.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Kamus Wilkinson yang merupakan sebuah kamus yang berharga ini kurang diberi perhatian dan sambutan oleh para pengkaji bahasa di negara ini. Justeru pengkaji merasakan adalah wajar sekali dilakukan kajian secara ilmiah memandangkan kurangnya kajian terperinci dijalankan terhadap kamus ini. Kebanyakan pengkaji meneliti kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan, sama ada edisi yang lama ataupun yang terkini. Antara aspek yang mereka kaji ialah perubahan makna (sama ada penyempitan, peluasan dan sebagainya), persoalan terhadap pendeskripsian sesuatu kata, perubahan fonologi dan ejaan serta penelitian terhadap perkembangan perkamusan Melayu dengan dunia teknologi maklumat dan cabaran-cabaran hal perkamusan Melayu masa kini dan akan datang. Permasalahan dalam kajian ini ialah untuk manganalisis entri yang dipilih dalam Kamus Wilkinson berdasarkan wujud atau tidak wujud entri yang disusun oleh Wilkinson dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kajian ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu-Inggeris yang disusun oleh Wilkinson pada

6 tahun 1901 sebagai asas kosa kata bahasa Melayu, manakala untuk mendapatkan perbandingan perubahan unsur linguistik pada entri tersebut, kajian ini meneliti pula entri yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pengkajian ini diharapkan supaya dapat memperlihat perubahan struktur linguistik yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada awal abad ke-20. Tempoh ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa terdapat banyak perubahan yang berlaku pada kosa kata bahasa Melayu dalam Kamus Wilkinson sama ada berubah atau terus dikekalkan. Kajian lepas dalam bidang leksikografi menunjukkan kajian yang agak terhad. Oleh itu, penulisan ilmiah ini cuba menyelusuri bidang ini sebagai satu kajian agar dapat menyusur galur serta memahami bidang perkamusan dengan lebih mendalam.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

i. ii. iii.

Mengenal pasti ketidakmasukan entri Kamus Wilkinson ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Melihat dan membandingkan makna dan kata pinjaman yang disusun oleh R. J. Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Meninjau perubahan ejaan antara entri pilihan yang terdapat dalam keduadua kamus ini.

1.5 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi penyeldikan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data-data. Pengkajian terhadap sesuatu perkara diteliti menggunakan kaedah yang bersesuaian dan bertepatan dengan kajian tersebut. Hal ini kerana hasil sesuatu kajian itu akan kelihatan tidak sempurna sekiranya kaedah yang digunakan itu adalah tidak tepat.

7 Metodologi ditakrifkan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya (Kamus Dewan 2005). Dalam sesebuah penyelidikan, metodologi penyelidikan atau dikenali juga dengan nama kaedah kajian sangat penting dalam sesuatu kajian. Dengan menjalankan metodologi penyelidikan sebegini, sesuatu kajian itu akan menjadi lebih kompleks kerana ia disusuli dengan prosedur dan disiplin tertentu. Dalam metodologi penyelidikan, terdapat pelbagai kaedah kajian atau penyelidikan yang digunakan, antaranya melalui kaedah pemerhatian, temubual, kerja lapangan, soal selidik, rujukan kepustakaan dan sebagainya. Kesemua jenis kaedah ini penting dan digunakan dalam sesuatu penyelidikan tetapi tidak semua kaedah penyelidikan akan digunakan dalam kajian ini. Metodologi penyelidikan ini digunakan berdasarkan jenis kajian yang akan dilakukan kerana sesetengah kajian hanya memerlukan satu atau dua kaedah sahaja, contohnya bagi pengkaji yang ingin mengkaji jenis dialek yang terdapat pada sesebuah tempat, maka pengkaji akan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan mungkin juga membuat kaedah soal selidik terhadap informan yang terlibat. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan sepenuhnya kaedah rujukan kepustakaan sebagai metodologi penyelidikan. Kaedah kepustakaan merupakan kaedah yang tidak melibatkan kajian lapangan, sebaliknya hanya merujuk kepada kajian berdasarkan hasil-hasil penulisan sahaja. Kaedah ini merupakan suatu kaedah yang agak mudah kerana kesemua bahan boleh didapati dengan cepat dan tepat. A Malay-English Dictionary dan Kamus Dewan Edisi Keempat digunakan sebagai rujukan utama. Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada kedua-dua kamus tersebut dapat membantu menganalisis sesuatu entri berdasarkan ciri-ciri linguistik, di samping mendapatkan maklumat-maklumat tambahan melalui buku, jurnal, dan latihan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk ini.

1.6 KESIMPULAN

8 Perubahan yang berlaku terhadap bahasa Melayu bukanlah suatu fenomena yang baru kerana sejarah membuktikan bahawa setiap bahasa akan mengalami dan sentiasa mengalami perubahan. Perbezaan perubahan bahasa-bahasa di dunia ialah dari segi masa, sama ada dalam masa yang lama ataupun singkat. Tempoh perubahan boleh dikesan melalui perbandingan di antara makna kata terdahulu dengan makna kata sekarang dan juga sistem ejaannya. Bab I merupakan bab pengenalan bagi keseluruhan kajian yang akan

dilakukan oleh pengkaji. Bab ini juga menyatakan objektif dan permasalahan kajian. Seterusnya pengkaji mengemukakan secara ringkas metodologi penyelidikan yang akan digunakan. Pada bab seterusnya, pengkaji akan membincangkan tentang ulasan kosa ilmu yang telah ditulis oleh para sarjana dan pengkaji terdahulu. Bab kedua ini mengulas kosa ilmu, membuat rumusan kosa ilmu serta membuat analisis secara kritis terhadap kosa ilmu yang berkaitan dengan kajian ini. Justeru kajian Perbandingan Kamus Wilkison dan Kamus Dewan Edisi Keempat ini diharap dapat menunjukkan perubahan ciri-ciri linguistik yang berlaku terhadap entri pilihan bahasa Melayu sepanjang sekitar satu abad.

9 BAB II

KOSA ILMU

2.1 PENGENALAN

Kajian kosa ilmu merupakan himpunan kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji terhadap sesuatu bidang secara ilmiah. Penelitian terhadap kajian-kajian seperti ini perlu dilakukan oleh seseorang pengkaji baharu untuk mengetahui prosedur awal dalam melakukan penyelidikan. Kajian terhadap kosa ilmu sangat penting untuk memberi gambaran awal dan menjadi panduan asas kepada pengkaji-pengkaji baru untuk memulakan pengkajian mereka. Dalam bab kedua ini, pengkaji akan menyentuh tentang kosa ilmu bagi melengkapkan kajian. Kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu menjadi rujukan untuk meneliti hal leksikografi dan kajian perkamusan. Pengkaji selanjutnya akan menganalisis secara kritis hasil daripada tulisan-tulisan pengkaji terdahulu. Ini bertujuan untuk memperincikan lagi kajian ini.

2.2 ULASAN KOSA ILMU

Seperti yang diketahui, terdapat penulisan yang berkaitan dengan Kamus Wilkinson, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Namun hanya terdapat segelintir penulis sahaja yang berminat dengan dunai leksokografi atau dikenali juga sebagai dunia perkamusan. Ini disebabkan oleh dunia leksikografi ini memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan kerja-kerja pengumpulan data, penterjemahan maksud, menganalisis data, dan sebagainya.

10
Pada praktisnya, penyusun kamus dibebani dengan pelbagai tanggungjawab sehingga dunia perkamusan itu dipenuhi onak dan duri. Tugas sebagai seorang penyusun kamus itu amat berat dan mencabar.

Ibrahim Ahmad (2002: 138) Sehubungan dengan itu, ulasan kosa ilmu ini dapat membantu pengkaji untuk melihat kajian yang pernah dilakukan terhadap Kamus Wilkinson sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu, antara penulis-penulis yang terlibat dalam kajian ini ialah:

2.2.1 Ibrahim Ahmad (2002)

Berdasarkan buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002 (cetakan kedua) yang berjudul Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan telah menerangkan berkenaan Sejarah Perkamusan Melayu: Suatu Penilaian. Dalam ruangan ini, Ibrahim Ahmad telah mengulas tentang sejarah perkamusan Melayu yang agak panjang bermula sekitar abad ke-15 sehingga la abad ke-20 serta perkembangan kamus dwibahasa, ekabahasa, aneka bahasa, dan penyusunan kamus dalam pelbagai bidang. Menurut beliau lagi dalam tradisi penyusunan kamus dwibahasa di Malaysia, dipercayai bahawa kamus dwibahasa terawal pada abad ke-20 ialah A Malay English Dictionary Bahagian I, II dan III susunan R. J Wilkinson pada tahun 1901. Kata masukan kamus ini ditulis dalam ejaan Jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris. Selepas itu R. J. Wilkinson melakukan tiga kali semakan dengan edisi A Malay-English Dictionary, I-II dalam ejaan Rumi pada tahun 1932; A Malay-English Dictionary dalam huruf Rumi dengan tempelan dalam ejaan Jawi pada tahun 1936, dan pengemaskinian A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya pada tahun 1959. Selain itu, beliau juga memberi penjelasan kronologi perkembangan perkamusan Melayu sehingga abad ke-20, perkembangan kamus dwibahasa, perkembangan kamus ekabahasa, perkembangan kamus aneka bahasa, dan penyususnan kamus dalam pelbagai bidang. Dalam bab seterusnya, Tipologi dan Medan Maklumat Perkamusan Melayu: Satu Analisis menerangkan secara terperinci

11 bidang leksikografi sama ada kajian kamus tempatan ataupun kamus luar negara. Tipologi bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya, yang lepas daripada perkembangan sejarah (Hartman 1972:243). Bab ini juga cuba menyelusuri beberapa pandangan dan interpretasi yang dikemukakan oleh para peneliti kamus tentang tipologi kamus, dan sintesis mereka terhadap ciri-ciri pembentukan tipologi sesebuah kamus. Sejarah tentang tipologi kamus, bermula dengan klasifikasi tipologi yang dibuat oleh seorang ahli bahasa berbangsa Rusia bernam L. V. Shcherba berjudul Opyt Obsecej Teorii Leksikografii, yang diterbitkan pada tahun 1940. Seterusnya Ibrahim Ahmad menerangkan perihal morfologi perkamusan, penyusunan kamus ekabahasa bahasa Melayu, perkamusan dan komputer serta beberpa isu tentang perkamusan Melayu.

2.2.2

James T. Collins (2001)

Berdasarkan makalah yang bertajuk Kamus Melayu dan Ilmu Perkamusan yang diterbitkan dalam Dewan Bahasa, beliau mengatakan perkembangan perkamusan Melayu berkaitan dengan sejarah perkamusan dunia. Oleh itu beliau menjurus penulisannya kepada dua bahagian; pertama, kamus Melayu dan sejarah perkamusan sedunia, dan, kamus Melayu dan tipologi kamus Inggeris . Dalam bahagian pertama, usaha menyusun kamus Melayu yang berkontekskan dunia sangat diperlukan sebagai sebahagian daripada proses pascakolonial. Perkembangan dunia barat yang berlaku semasa Renaissance Eropah (14501670) serentak dengan Zaman Niaga di Asia Tenggara (1450-1680). Hal perkamusan yang memberi berkaitan dengan kedua zaman tersebut hanya diberikan beberapa contoh iaitu; sepuluh tahun setelah buku pertama dicetak di Meinz pada tahun 1450, kamus Latin yang disusun oleh Giovanni Balbi diterbitkan di Itali kamus yang setebal 800 halaman inilah yang dikenal sebagai kamus pertama yang dicetak di dunia. Dalam masa 65 tahun kemudian, kosa kata Melayu pula dicetak buat pertama kalinya. Usaha leksikografi ini dihasilakan oleh Antonio Pigafetta. Dalam naskah tersebut terdapat kosa kata Melayu yang memuatkan 426 perkataan atau frasa Itali inilah kamus bahasa Melayu pertama yang dapat dikesan.

12 Pada tahun 1560, Yang Lin, seorang panitera dalam arkib diraja China mengumpulkan, mengedit dan menyatukan beberapa senarai kata Cina-Melayu yang tersimpan dalam arkib itu oleh pelaut, pegawai dan peniaga Cina pada zaman dinasti Ming yang pernah belayar ke Melaka. Hasil leksikografi Yang Lin ini mengandungi lebih kurang 500 kata Melayu. Kedatangan Belanda ke Alam Melayu juga memainkan peranan yang besar dalam perkembangan perkamusan Melayu, antara naskah yang dikesan ialah Spraeck ende word-boek, Inde Maleysche ende Madagaskarsche Talen, dan Vocabularium, ofte vvort-boek naar orde vanden Alphabet in t Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Seterusnya, abad ke-17 sememangnya wajar diberikan gelaran Abad Kamus Melayu-Belanda. Sememangnya kamus Melayu terletak di tengah-tengah Renaissance Eropah sehingga menjadi perhatian sarjana dan cendekiawan Eropah. Adanya bahasa Melayu yang begitu luas dituturkan di Nusantara, sentiasa menjadi buah fikiran sarjana Eropah pada ketika itu. Dalam bahagian kedua, Collins menerangkan kesejajaran tipologi kamus Melayu ekabahasa dengan dua tahap dalam sejarah perkamusan bahasa Inggeris dengan melihat aspek yang mungkin sejagat dalam evolusi kamus. Dua kamus yang ditinjau oleh penulis dalam kajiannya adalah Kamus Dewan, KD1, (terbitan tahun 1970) dan Kamus Dewan, KD3, (terbitan tahun 1994). Sebahagian besar kata yang dimuatkan dalam kamus-kamus pada abad ke-16 dan abad ke-17 adalah kata-kata serapan daripada bahasa asing, terutamanya bahasa Latin, Perancis dan Yunani. Dalam Evolusi kamus ekabahasa Melayu: Tipologi dua tahap, penulis menyatakan tahap pertama adalah Tahap Kata Susah dan kedua adalah Tahap Adipreskriptif. Untuk tahap pertama, KD1 mungkin ditujuan utama penerbitannya adalah untuk menerangkan kata-kata susah yang ditemukan dalam sastera dan teks formal pada ketika itu. Profesor A. Teeuw juga menyatakan tujuan utama dalam penyusunan KD1 adalah untuk memberikan takrif pada kata-kata yang dijumpai dalam sastera yang digunakan di sekolah Malaysia (ketika itu pada tahun 1960-an). Selanjutnya pada tahap kedua ini, Collins menerangkan KD1 tidak bersifat preskriptif kerana tidak ada kata-kata tabu yang diabaikan, tidak ada istilah harian yang dianggap tidak sesuai, tidak ada petunjuk mutlak tentang sebutan yang betul. Namun, KD3 seakan menyerlahkan bahawa penyusun Kamus Dewa sudah mulai

13 menganuti aliran preskriptif yang berkembang dalam tradisi perkamusan Inggeris sejak abad ke-18. Tambah beliau lagi, kamus yang sepatutnya dianggap sebagai maklumat tentang khazanah leksikal sesuatu bahasa mulai diperalat oleh para penjaga kemurnian bahasa Melayu.

2.2.3

Yusof Hitam (1961)

Melalui penulisannya yang diterbit oleh Dewan Bahasa tahun 1961, Yusof Hitam menyoroti kesan penjajahan dalam alam persuratan Melayu yang telah diturunkan sejak lebih daripada lima abad dahulu. Beliau juga cuba menurunkan serba sedikit tentang pertumbuhan perkamusan Melayu sejak kedatangan orang-orang Eropah. Dengan memulakan penceritaan sejarah perkamusan yang bermula sekitar tahun 1511 yang dipercayaai naskah pada tahun itu dimulakan sebelum kedatangan Portugis ke Melaka. Beliau membahagikan perkembangan perkamusan Melayu kepada tiga peringkat iaitu: i) ii) iii) Peringkat Daftar Perkataan (woordlijst 1511-1631); Peringkat Tatabahasa dan Kamus (1631 1850) Peringkat Kamus (1850-1960)1

Sebelum tahun 1511, tiada penemuan data yang sahih tentang karya perkamusan Melayu dan hanya yang diketahui ialah satu daftar perkataan bahasa Melayu dan China dalam tulisan China. Dalam naskah ini tidak terdapat perkataan Portugis dan dipercayai bahawa daftar kata ini telah siap sebelum Portugis menakluk Melaka. Selain daripada itu keterangan lanjut tidak dinyatakan. Kedatangan orang Eropah ke Alam Melayu menarik minat Figafetta untuk mengumpulkan perkataan Melayu sewaktu mengelilingi dunia bersama Megallen pada tahun 1521. Usaha seperti ini berterusan hingga ke tahun 1631 dan dibuat dalam bahasa Italy, Belanda, Latin dan Inggeris. Pada masa itu daftar perkataan sebegini mempunyai fungsi tertntu iaitu untuk memenuhi kepentingan perdagangan serta
1

Menurut Yusof Hitam, pembahagian ini sebenarnya untuk memudahkan pengkajian dan bukanlah pembahagian yang tepat berkenaan dengan kemajuan perkamusan Melayu.

14 penyebaran agama Kristian. Pada ketika itu, bahasa Melayu menjadikan basa dagang yang tunggal di Alam Melayu; dan sebagai basa dagang, pedagangpedagang Eropah mestilah melengkapkan diri masing-masing untuk mengetahui bahasa itu, sekurang-kurangnya hal-hal perdagangang. Tahap kedua pula (1631 - 1850) bermula dengan kamus Dictionarium Malaico Latinum et Latinum Malaicum oleh Padri David Haex (1931), Daftar Perkataan (woordlijst) telah ditukar dengan dictionarium (kamus). Menurut Yusof Hitam lagi, sebenarnya perkamusan Melayu telah meningkat ke satu tingkat kemajuan yang dapat dipanggil satu usaha kamu. Sungguh pun begitu unsur-unsur woordlijst masih ada kerana kamus ini dibuat daripada perkataan-perkataan yang telah disusun oleh Wiltens dan Danckearts. Selain daripada penyusunan yang lebih rapi, unsur bara dalam kamus ini ialah peribahasa, simpulan bahasa serta contoh-contoh tatabahasa.

2.2.4

Noresah Baharom (1990 & 1993)

Pada tahun 1990, Noresah Baharom menulis artikel tentang Peristilahan dan Perkamusan Istilah: Persoalan Semasa. Artikel ini telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Peristilahan dan Penulisan Sains yang diadakan di Universiti Sains Malaysia pada 2 hingga 3 Mei 1990. Aktiviti peristilahan dapat dibezakan daripada aktiviti perkamusan. Tujuan utama aktiviti perkamusan ialah untuk membantu pembaca memahami sesebuah teks yang dibacanya, manakala tujuan peristilahan pula ialah untuk membantu para penulis menulis kerana tanpa istilah, pincanglah aktiviti penulisan dan penterjemahan. Selain itu, penulis juga memberi gambaran situasi semasa peristilahan di Malaysia. Usaha penciptaan istilah terus-menerus dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama para pakar pelbagai bidang, sejak 1956 sehinggalah kini. Seterusnya penulis menerangkan dilema yang dihadapi oleh peyusun kamus Perkamusan Melayu Dalam Memenuhi Wawasan 2020 merupakan kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Linguistik Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1992. Makalah ini menyingkap maklumat ringkas tentang sejarah perkamusan Melayu, diikuti oleh penjelasan tentang projek dan aktiviti perkamusan

15 Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu penulis juga menghuraikan beberapa contoh yang menggambarkan perkembangan pesat bahasa Melayu yang menuntut supaya usaha penyususnan kamus, khususnya kamus ekabahasa bahasa Melayu, disusun dengan menggunakan komputer sepenuhnya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbabit dengan tiga program utama penyusunan kamus, iaitu program kamus ekabahasa, perogram kamus dwibahasa, dan program kamus istilah (pelbagai bidang). Kamus ekabahasa diterbitkan sebagai usaha mengumpulkan segala khazanah leksikon bahasa Melayu yang memaparkan pemikiran alam Melayu khususnya, dan alam Malaysia amnya, dalam pelbagai bidang kehidupan secara umum. Kamus istilah pelbagai bidang pula disusun untuk mengumpulkan istilah yang sudah tercipta setakat ini, dan menghuraikan konsep istilah yang berkenaan supaya mudah difahami dan digunakan oleh pengguna dalam bidang yang berkaitan dalam konteks yang diperlukan. Kamus dwibahasa pula disusun untuk membantu menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu di kalangan mereka yang kurang fasih berbahasa Melayu, dan untuk membantu para penterjemah menghasilkan terjemahan yang tepat.

2.2.5

Rusmadi Baharudin (2005)

Makalah yang diterbitkan dalam Dewan Bahasa dengan tajuk Persoalan Linguistik dalam Perkamusan Melayu menyikap beberapa isu dan permasalahan yang timbul dalam bidang leksikografi. Ilmu leksikografi mencakupi ilmu lain, seperti fonologi, morfologi, semantik, dan sintaksis, sebagai penunjangnya. Maklumat fonologi dapat membantu penyusun kamus menentukan kewujudan varian morfem atau alomorf. Cara sesuatu maklumat fonologi itu mempengaruhi atau menentukan kewujudan varian morfem dapat dijelaskan oleh ahli linguistik melalui analisis morfofonologi. Analisis morfofonologi bertujuan mendapatkan satu generalisasi tentang pola perilaku fonologi dan morfologi dalam sistem nahu sesuatu bahasa. Tambah beliau lagi, jika ilmu ini diketahui dan dikuasai oleh pekamus, ia amat membantu mereka memperlancar kerja penyusunan kamus.

16 Satu lagu persoalan yang sering timbul adalah konflik antara rumus dengan data korpus iaitu masalah penyebaran alomorf [meng] yang berubah menjadi [menge] sekiranya kata akar yang bergabung dengannya itu terdiri daripada satu suku kata, sama ada kata akar itu kata asli ataupun kata pinjaman. Persoalan ejaan juga disentuh dalam makalah tersebut. Ejaan sering menimbulkan masalah kerana terdapat percanggahan pendapat yang ditimbulkan oleh penahu bahasa Melayu. Catit atau catat, kerinting atau keriting? Kedua-dua bentuk entri ini wujud dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Walau bagaimanapun, pada entri catit dan kerinting diletakkan tanda anak panah diikuti oleh kata catat dan keriting masing-masing yang memberitahu pengguna kamus bahawa bentuk yang kemudian itulah yang harus dirujuk dan dianggap baku ejaannya. Dari segi pendeskripsian makna pula, Nik Safiah dan Asraf menyatakan bahawa imbuhan memper- yang bergabung dengan kata adjektif membawa makna menjadikan sesuatu lebih atau bertambah. Misalnya, dalam memperkukuh, makna yang diungkapkan oleh kata terbitan ini ialah menyebabkan sesuatu menjadi lebih kukuh atau bertambah kukuh. Bagi Asmah, imbuhan memper-... kan ini tidak membawa sebarang perubahan makna apabila digandingkan dengan kata adjektif. Aspek semantik amat penting dalam leksikografi kerana ilmu semantik mengkaji makna dan kamus pula karya yang memerihalkan makna kata dalam sesuatu bahasa. Dalam Kamus Dewan, masalah pemaparan makna yang paling ketara ialah kelingkaran makna, yang berlaku apabila sesuatu kata itu tidak diberikan satu definisi yang jelas maknanya, sebaliknya berkait-kait dengan makna lain yang hampir dengannya dan tidak dijelaskan persamaannya atau perbezaannya. Dengan kata lain, pendeskripsian maknanya berputar-putar dan gejala ini menyebabkan pengguna kamus terpaksa merujuk kepada kata demi kata tanpa mendapat penyelesaian atau makna yang dikendaki. Kamus merupakan sumber rujukan yang sarat dengan maklumat, baik yang bersifat linguistik mahupun yang bukan berbau linguistik. Oleh sebab itu, bukan kepalang tanggung komitmen pekamus untuk menghasilkan satu kamus yang adikarya sifatnya.

17

2.3 ANALISIS KOSA ILMU

Bahagian ini menganalisis kosa ilmu-kosa ilmu yang telah dinyatakan di atas. Analisis kosa ilmu ini penting untuk menghuraikan kajian-kajian terdahulu dengan lebih terperinci. Analisis kosa ilmu ini berupa ulasan, menyatakan kelebihan dan kekurangan serta mengkritik kajian terdahulu berdasarkan lingkungan kajian perkamusan Melayu. Kebanyakan penulis yang mengkaji perkamusan Melayu akan menceritakan secari ringkas tentang sejarah perkamusan dalam permulaan kajian mereka. Ini sangat penting kerana tanpa penelitian sejarah, mungkin pembaca tidak mengetahui kewujudan dan perkembangan perkamusan Melayu yang sejajar dengan perkembangan perkamusan dunia. Selain itu, perkembangan perkamusan Melayu juga mempunyai kaitan yang kuat tentang perkembangan sejarah umum Tanah Melayu khususnya apabila kedatangan Barat ke Alam Melayu. Kedatangan Barat telah merancakkan lagi dunia perkamusan Melayu kerana pada waktu itu, mereka mengusahakan penyusunan kata untuk memudahkan urusan ekonomi dan pentadbiran di Tanah Melayu.2 Kedua, kajian-kajian terdahulu kebanyakannya menumpukan penerbitan Kamus Dewan. Penulisan daripada pengkaji terdahulu akan menceritakan secara ringkas perkembangan dan sejarah perkamusan, bermula pada abad ke-16 sehinggalah terbitnya Kamus Dewan. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang menerangkan permasalahan dalam bidang leksikografi. Permasalahan yang timbul semasa penyusunan kamus adalah meletakkan makna sesuatu kata dan pendeskripsiannya. Rusmadi Baharudin dalam makalahnya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerangkan beberapa persoalan dan permasalahan yang timbul dalam penyusunan kamus. Kajian beliau ini banyak kelebihannya kerana merungkaikan persoalan dan permasalahan sekirannya seseorang itu ingin menyususn kamus.
2

Barat mengusahakan beberapa naskah penyusunan kamus atau word list untuk tujuan colonial. Dengan adanya naskah sebegini dapat memudahkan urusan harian mereka sama ada berhubungan dengan orang Melayu, ekonomi, pemerintahan dan segala macam hal dunia Melayu pada ketika itu.

18 Kebanyakan pengkaji akan hanya meneliti perkembangan dan kronologi perkamusan Melayu, tetapi bagi Rusmadi, beliau menekankan aspek pemasalahan dalam perkamusan dan menerangkan seraca ringkas perubahan yang berlaku dalam sesuatu kata yang dideskripsikan oleh Kamus Dewan. Manakala James T. Collins pula, banyak menumpukan perkembangan perkamusan Melayu yang seiring dengan perkembangan perkamusan dunia khususnya di Barat. Ini merupakan usaha yang baik kerana kebanyakkan pengkaji dan pembaca mungkin tidak mengetahui hubungan antara perkamusan Melayu dan perkamusan dunia. Walaupun beliau menerangkan hal sejarah perkamusan, namun terdapat juga beberapa kaedah penyusunan kamus. Kaedah ini juga digunakan oleh penyusunpenyusun kamus di Barat. Pengkajian Yusof Hitam pula lebih menumpukan sejarah perkembangan perkamusan Melayu. Usaha beliau juga bermanfaat seperti yang dilakukan oleh James T. Collins. Ini kerana, dengan pendedahan sejarah yang dibuat, khalayak mengetahui kronologi dan perkembangan perkamusan Melayu sebenarnya bukanlah masih muda. Selain itu, Yusof juga membahagikan beberapa bahagian untuk mengklasifikasikan perkembangan perkamusan Melayu. Adanya pembahagian ini, ia mudah disingkap dengan perkembangan itu melalui perbezaan zaman. Walaupun kebanyakan pengkaji terdahulu lebih gemar meneliti Kamus Dewan, ini tidak bermakna kajian ini tidak mempunyai kaitan. Segala kosa ilmu yang diambil sedikit sebanyak memberi manfaat dan pedoman kepada pengkaji untuk tujuan ilmiahnya.

2.4 KESIMPULAN

Kosa ilmu yang menjadi rujukan penyelidikan merupakan perkara penting dan mempunyai kaitan dengan kajian ini. Dengan melihat kaedah dan dapatan kajian mereka, pengkaji dapat meneliti dengan lebih baik dan sempurna. Begitu juga pengatahuan tentang ilmu perkamusan bertambah dan kajian yang dijalankan cukup

19 jelas. Dengan membuat kosa ilmu ini, pengkaji boleh menjadikan beberapa aspek yang terkandung dalam kajian lepas untuk membantu memantapkan lagi kajian.

BAB III

METODOLOGI PENYELIDIKAN

20 3.1 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan dilakukan bagi memastikan hasil kajian yang diperolehi itu tepat dan padat serta tidak mengelirukan pembaca. Ini secara tidak langsung dapat mengukuhkansesesuatu kajian yang dilakukan tanpa menimbulkan sebarang keraguan terhadap hasil kajian. Penyelidikan dijalankan untuk tujuan penerokaan, penjelasan dan pengelasan, penetapan perkaitan dan penentuan penetapan sebab akibat. Sehubungan itu, sesuatu penyelidikan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum pengkaji meneruskan sesuatu kajian. Ini kerana penyelidikan akan bertindak sebagai garis panduan kepada penkaji agar tidak melakukan sebarang kasilapan dan tidak terpesong daripada landasan yang sebenar. Ia sebagai medium penting dan dijadikan pedoman kepada sesuatu kajian. Dalam sesuatu penyelidikan, terdapat kaedah-kaedah tertentu yang dapat dijalankan oleh pengkaji semasa proses penyelidikan dilakukan seperti kaedah soal selidik, temubual, kerja lapangan, rujukan kepustakaan dan sebagainya. Namun begitu, tidak semua kaedah kajian yang dinyatakan tadi digunapakai kerana penentuan penggunaan kaedah kajian berhantung kepada bagaimana sesuatu kajian dijalankan. Hanya kaedah yang bersesuaian sahaja digunakan dalam kajian ini. Untuk penulisan ilmiah ini, pengkaji hanya menggunakan kaedah rujukan kepustakaan. Ini kerana data kajian yang diambil dan dikumpulkan daripada Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Data-data ini bersesuaian dengan tujuan kajian ini iaitu untuk mengkaji aspek linguistik yang berlaku dalam kamus yang dinyatakan. Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk merungkaikan segala permasalahan yang telah dinyatakan. Dengan melakukan kaedah penyelidikan yang bersesuaian dalam kajian ini juga akan menguatkan lagi dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu pertama tahap keadah pengumpulan data, kedua rujukan kepustakaan, dan akhirnya kaedah penganalisisan data.

3.2

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

21

Dalam sesuatu penyelidikan, kaedah pengumpulan data amatlah penting dan dengan cara ini dapat memperlengkap dan membuktikan kesahihan kajian. Permasalahan boleh terjawab dengan adanya kaedah pengumpulan dan penganalisisan data yang dilakukan. Data yang diambil daripada Kamus Wilkinson cetakan tahun 1902 (mempunyi entri tulisan jawi) dan Kamus Dewan Edisi Keempat adalah bertujuan untuk melihat perubahan dan membandingkan entri-entri yang terkandung dalam kedua-dua kamus tersebut. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perubahan dasi struktur linguistik iaitu ciri-ciri imbuhan. Jarak waktu Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan adalah sekitar seratus tahun lamanya. Kedua-dua kamus ini yang diterbitkan pada zaman yang berbeza iaitu Kamus Wilkinson diterbitkan semasa zaman kolonial manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula diterbitkan pada era globalisasi dan teknologi maklumat. Keadaan waktu yang agak lama ini menarik minat dan membolehkan pengkaji meneliti perubahan struktur imbuhan terhadap entri yang dipilih.

3.3

KAEDAH RUJUKAN KEPUSTAKAAN

Tujuan kaedah kepustakaan adalah untuk memperincikan lagi kajian dengan melihat data-data kepustakaan yang berkaitan dengan kajian. Kaedah ini agak mudah dilakukan kerana pengkaji hanya meneliti dan merujuk bahan-bahan dari perpustakaan yang mudah diperolehi. Setiiap kajian memerlukan faktor bahan kepustakaan. Sekalipun penyelidikan dilakukan sebagai kerja luar (selidik lapangan), tetap ia memerlukan perkhidmatan perpustakaan. Perpustakaan merupakan institusi yang mengumpulkan bahan-bahan

22 bacaan sama ada buku, majalah, makalah, jurnal, dan bahan-bahan maklumat lain. Bahan-bahan ini bukan sahaja dari dalam negara malah terdapat juga bahan dari luar negara serta ada yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Kaedah ini dikatakan mudah keran pengkaji tidak perlu ke lapangan untuk mendapatkan maklumat dan data yang lengkap kerana data-data yang diperlukan terdapat di perpustakaan. Untuk kajian leksikografi ini, pengkaji telah mengumpul dan mengambil pelbagai bahan yang berkaitan dengan kajian seperti yang terdapat dalam majalah, jurnal, akhbar, artikel, buku serta baha-bahan lain yang dapat membantu pengkaji mendapatkan konsep, takrif, dan istilah dengan lebih jelas. Melalui kajian kepustakaan juga, pengkaji dapat merujuk dapatan data yang dikaji oleh pengkaji terdahulu untuk dijadikan kajian lepas yang dimuatkan dalam bab kosa ilmu. Selain membolehkan pengkaji mendalami kajian lepas, cara begini boleh dijadika garis panduan untuk melakukan kajian, secara tidak langsung dapat menokok kekurangan dan memperlengkapkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dan penulis yang lepas. Ekoran daripada itu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dan Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) serta Pusat Sumber Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ketiga-tiga lokasi ini berada di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai gedung rujukan penyelidikan. Kaedah kepustakaan juga dapat menjimatkan masa pengkaji kerana segala bahan dan data yang diperlukan ada tersedia di lokasi yang dinyatakan tadi dan pencarian bahan serta data ini boleh dilakukan secara individu sahaja.

3.4

KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Kaedah penganalisisan data merupakan peringkat yang terpenting dalam sesuatu kajian kerana sebaik sejurus proses pengumpulan data yang dikehendaki mencukupi ia akan disusuli dengan proses menganalisis data.

23 Dalam bidang sejarah atau pengajian Melayu, analisis lebih berupa huraian idea secara sistematis dengan menggunakan bukti, memapar atau menerangkan supaya fakta-fakta dapat difahami Sundara Raja (2001). Melalui proses penganalisisan data, segala permasalahan akan terjawab dan sekali gus dapat merungkaikan pelbagai andaian awal yang dikemukakan pada awal kajian. Oleh itu, pengkaji hanya meneliti entri pilihan yang disusun oleh Wilkinson. Entri pilihan yang dimaksudkan ialah entri A. Ini kerana dalam Kamus Wilkinson, beliau menyusun huruf vokal (a, e, i , o, u) berdasarkan huruf alif ( ) dalam tulisan jawi, maka entri untuk huruf alif ini begitu banyak kerana huruf alif bukannya hanya digunakan untuk huruf A sahaja. Ketidakmasukan entri ke dalam KDE4 juga disentuh. Ini dinyatakan secara umun untuk memaparkan entri-entri dalam KW yang tidak gunakan atau tidak ada dalam KDE4. selain itu, pengkaji juga menyenaraikan perbandingan makna entri pilihan, melihat pendeskripsian yang dibuat oleh kedua-dua kamus ini. Manakala diakhir pengkajian pula, pengkaji akan meninjau perubahan ejaan yang berlaku antara entri pilihan.

3.5

KESIMPULAN

Seperti yang dinyatakan tadi, metodologi penyelidikan sememangnya penting dalam sesuatu kajian terutamanya apabila kajian itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pengkaji atau penyelidik. Hal ini kerana dengan melakukan metodologi penyelidikan dapat memastikan kajian yang dibuat tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Selain itu, penyelidikan yang dilakukan juga dapat menepis sebarang andaian yang tidak bersifat ilmiah. Tanpa proses ini (metodologi penyelidikan) sesuatu kajian itu

24 tidak akan lengkap dan boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca sehingga dipertikai kajian tersebut. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji menerapkan tiga tahap dalam proses metologi penyelidikan iaitu kaedah pengumpulan data, kaedah rujukan kepustakaan serta kaedah penganalisisan data. Dalam kaedah pengumpulan data, pengkaji hanya menumpukan entri pilihan dalam huruf pertama tulisan jawi iaitu huruf alif () . Ini kerana dalam Kamus Wilkinson huruf alif ini digunakan untuk entri A, E, I, O dan U (kebanyakkannya huruf vokal dalam tulisan rumi). Sehubungan dengan itu, pengkaji memilih kaedah kepustakaan sebagai metodologi utama dalam kajian ini kerana konsep yang diperlukan untuk pengkajian ini hanya memerlukan rujukan penulisan lepas dan berdasarkan entri pilihan yang terdapat dalam kedua-dua kamus tersebut. Dengan ketiga-tiga kaedah yang telah dinyatakan tadi dapat menjawab persoalan dan sekali gus menyelesaikan permasalahan kajian.

BAB IV

ANALISIS DATA

25

4.1

PENGENALAN

Kajian terhadap Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat ini akan meneliti entri pilihan yang menunjukkan perubahan dari struktur linguistik iaitu meneliti perubahan yang berlaku dalam lingkungan kata masukan. Sekali lagi ditegaskan, penelitian kajian ini hanya berdasarkan entri huruf alif ( ) sahaja yang terdapat dalam Kamus Wilkinson kerana huruf ini mencakupi entri A, E, I, O dan U dalam tulisan rumi seperti ( atas atau atus), ( adap atau edap), ( ikhlas), ( angkok atau ongkak), dan ( usul). Bagaimanapun pengkaji hanya meneliti entri A sahaja. Kajian ini menyentuh sejumlah kata-kata atau entri yang menunjukkan ketidakwujudan dan ketidakmasukan ke dalam KDE4. Selain mencari entri yang tidak dimasukkan, pengkaji juga meneliti kata pinjaman. Seterusnya, kajian ini akan melihat perubahan ejaan entri antara KW dan KDE4.

4.2

ANALISIS DAPATAN

Pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 99 kata bahasa Melayu yang tidak dimasukkan ke dalam KDE4. Dalam KW, Wilkinson menyenaraikan 36 kata daripada kata bahasa Arab, 7 kata daripada dialek Kedah, 3 kata daripada bahasa Sanskrit, 3 kata dariapda bahasa Jawa, 1 daripada bahasa Parsi dan selebihnya mungkin bahasa Melayu biasa ataupun bahasa daripada sumber yang tidak pasti. Dalam bahagian ini, pengkaji menyenaraikan entri yang tidak terdapat dalam KDE4. Kebanyakan entri ini jarang-jarang digunakan apatah lagi didengar dalam perbualan harian. Perubahan ejaan dalam entri pilihan ini juga disentuh bagi melihat perubahan yang berlaku terhadap bahasa Melayu zaman kolonial dan zaman teknologi maklumat selaras dengan terbitnya Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan. Dalam

26 kajian ini, perbandingan entri dan perubahan ejaan entri akan dinyatakan dalam bahagian seterusnya.

4.2.1

SENARAI ENTRI TERDAPAT DALAM KAMUS WILKINSON TETAPI TIADA DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27.

ab abor abad atus atishnk atong atal ajab ajla ajns ajujah ajuwaf achat achang ahadah ahdiyyat ahmak akhidz akhdlar adak adib arta arham arz arshd arong arga

28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54.

aran aron arwa azhar asut astina asrfil asrfin asek asok asm atbk ar aghlf angat angit angkang angkap anggrana anggol anggau afrak afdlal afik afltn afyn apus

27 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. apak alaman alar alku alilintar alw aleh aliya Aliys alipan alimun ama ambat ambus amban ambohi amthl amris amis ampar ampir ampas 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98. ampis ampuwan amlas antang antak antok anjrah anchar anchal anchai andom andon andawali andoman anor Anam auta awar aus ayym ayerloji anyek

4.2.2

PERBANDINGAN KATA PINJAMAN DALAM KAMUS WILKINSON DAN KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

Pengkaji mendapati kebanyakan entri pilihan adalah daripada keta pinjaman bahasa Arab. Namun begitu terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, daripada dialek Kedah, bahasa Jawa, dan daripada bahasa yang tidak diketahui sumbernya. Perbandingan kata-kata pinjaman ini akan ditunjukkan seperti jadual di bawah.

28

Seperti yang dinyatakan, kajian ini melibatkan 99 entri daripada huruf alif () . Pengkaji mendapati kebanyakan entri ini tidak dinyatakan dalam KDE4. Kebanyakan entri ini adalah kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan dialek Kedah3. JADUAL 2.0 Perbandingan kata pinjaman yang terdapat dalam Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat Kamus Wilkinson Arab Arab Dialek Kedah Parsi Arab Arab Arab Dialek Kedah Arab Arab Arab Arab Entri ab ab ad atus atishnk ajla ajns ajuwaf achat ahadah ahdiyyat ahmak akhidz Kamus Dewan Arab Arab -

Arab Arab Arab Arab Arab Sanskrit Arab Arab


3

akhdlar adib arham arz arshad arga azal azhar

Arab -

Walaupun terdapat kata-kata yang dipinjam dari bahasa dan dialek lain, pengkaji hanya menyatakan secara umum dan mengambil kata-kata yang dominan sahaja.

29 Arab Sanskrit Arab Arab dialek Kedah Arab Arab Arab Arab Arab Arab Arab Arab Arab Jawa Arab Arab dialek Kedah Arab Arab Arab Jawa Jawa asut astina asrfil asrfin asok asm atbk ar aghlf afrak afdlal afik aflatn afyn apak alw aliys ama amthl amris amlas anchar andon Arab bahasa percakapan Arab sastera lama

dialek Kedah Arab Inggeris

awar ayym ayerloji

4.2.3

PERBANDINGAN EJAAN ENTRI PILIHAN

Kamus Wilkinson

Kamus Dewan Edisi Keempat

30

ab abor atus atong ajab ajns achat ahadah adak arta arong arga aron asut asek asok angat angit angkang angkap anggrana anggol anggau apus

abah tabur tapis apung azab ajnas pacat ahad; ahadiat radak harta harung harga arun hasut asyik topeng hangat hangit angkat hinggap; rangkap berniaga angguk hanggau hapus

31

apak alaman alilintar alw aleh aliya aleja alipan alimun ama ambat ambus amban amthl amis ampar ampir ampas ampis antok anchal andon anor awar aus

hapak halaman halilintar halwa alih halia haleja; leja lipan; halipan halimunan hama hambat hembus gandung amsal hamis hampar hampir hampas empis kantuk; hantuk ancak-ancak andun andur hawar haus

32

anyek

onyak

4.3

PERBINCANGAN

Jika dilihat secara kasar, entri dalam Kamus Wilkinson kebanyakkannya terdiri daripada kata-kata daripada bahasa Arab. Ini mungkin terjadi disebabkan pada ketika itu penggunaan kata daripada bahasa Arab lebih meluas dalam bahasa Melayu dan juga perkembangan Islam di Tanah Melayu cukup ketara. Dalam Kamus Wilkinson ada menyenaraikan kata pinjaman daripada bahasa Hindu yang tidak dapat disahkan oleh R. J Wilkinson. Kata tersebut ialah auta yang bermaksud bohong, tipu. Tempoh yang terlalu lama antara kedua-dua kamus ini menyaksikan pelbagai beberpa perubahan bahasa bahasa Melayu telah berlaku. Perubahan terhadap bahasa Melayu ini juga menyentuh struktur perubahan ejaan. Pengkaji mendapati kebanyakan ejaan yang bermula dengan konsonan [h], [t], [l], [r] dan [k] akan digugurkan pada awal kata dalam Kamus Wilkinson, misalnya [arta] dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menjadi [harta], [ampir] menjadi [hampir], [abir] menjadi [tabur], [alipan] menjadi [lipan] atau [halipan], [adak] menjadi [radak] dan [antok] menjadi [kantuk] ataupun [hantuk].Bagi vokal pula kebanyakan vokal [o] untuk Kamus Wilkinson akan menjadi vokal [u] dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, misalnya [aron] menjadi [arun]. Selain itu terdapat juga perubahan vokal [e] menjadi vokal [i] iaitu [aleh] manjadi [alih]. Selain itu, dalam Kamus Wilkinson dapat dikesan sesuatu konsep yang tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti kata achat yang bermaksud lintah yang kecil, lebih besar daripada pacat tetapi lebih kecil daripada lintah. Konsep dan makna lintah seperti ini tidak terdapat dalam KDE4 kerana mungkin penyempitan istilah ini telah berlaku. Pengkaji juga mendapati terdapat kata tunggal dalam Kamus Wilkinson, tetapi dalam KDE4 kata ini digandakan dan maknanya tetapi sama, misalnya kata achang dalam Kamus Wilkinson bermaksud pesuruh, pemberi

33 maklumat tatpi dalam KDE4 kata acang-acang bermaksud pesuruh, orang kepercayaan, kata acang-acang ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Minangkabau.

4.4

KESIMPULAN

Data yang diambil daripada Kamus Wilkinson ini kebanyakkannya adalah kata daripada bahasa Arab. Sifat bahasa Melayu yang mudah menerima dan mudah mengasimilasikan sesuatu kata asing untuk digunakan dalam bahasa Melayu juga dipercayai faktor kewujudan kata-kata sebegini. Perubahan kata daripada struktur makna juga memainkan peranan yang besar dalam penyusunan kamus kerana setiap entri yang disenaraikan akan memperlihat makna sesuatu kata serta penggunannya. Selain itu perubahan ejaan antara Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat ini mungkin disebabkan semasa R. J Wilkinson menyusun kamus, beliau menyenaraikan kata tersebut berdasarkan apa yang didengarnya dan disesuaikan dengan ejaan dan tulisan jawi.

BAB V

KESIMPULAN

34

5.1

PENDAHULUAN

Secara umumnya, dalam bab ini pengkaji akan membuat rumusan hasil kajian yang dijalankan. Perkara ini meliputi keseluruhan aspek kajian yang merangkumi hasil dapatan kajian. Selain itu, pengkaji juga menyelitkan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan untuk pengkajian pada masa hadapan yang berminat untuk membuat penyelidikan perkamusan seperti Kamus Wilkinson ini. Kesimpulan kajian ini berdasarkan hasil dapatan data yang diambil daripada Kamus Wilkinson dan Kamus Dewan Edisi Keempat secara umum dan ringkas.

5.2

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Bentuk bahasa Melayu yang digunakan pada zaman tersebut merupakan perkara penting untuk diketahui kerana perubahan bentuk bahasa ini adalah antara faktor utama perkembangan dan perubahan leksikal. Untuk mencari entri yang tidak dimasukkan ke dalam KDE4, pengkaji telah menyenaraikan entri pilihan yang kebanyakannya merupakan kata pinjaman atau kata yang berasal daripada bahasa Arab. Dengan mengambil sebanyak 102 entri, pengkaji mendapati terdapat juga kata yang tidak lagi digunakan pada masa kini seperti astina, ajujah dan atishnak. Mungkin kata-kata ini dianggap arkaik. Kata-kata yang berasal daripada bahasa Arab yang tidak dimasukkan dalam KDE4 mungkin tidak digunakan lagi pada masa kini atau penyusun KDE4 tidak berjaya memberi pendeskripsian terhadap kata tersebut. Setiap kata yang dianggap arkaik ini merupakan khazanah bahasa yang sepatutnya didokumentasikan. Jika

35 pendokumentasian kata arkaik seperti ini tidak dilakukan, mungkin generasi akan datang ataupun pengkaji baharu tidak mengetahui akan kewujudan khazanah ini. Faktor yang menjadi penyebab berlakunya ketidakmasukan entri juga dikenalpasti sebagai permasalahan dalam kajian ini. Oleh itu pengkaji mendapati perubahan bentuk bahasa yang berlaku terhadap bahasa Melayu merupakan perkara pokok ketidakmasukan entri. Ini kerana bentuk bahasa Melayu pada zaman Wilkinson (awal abad ke-20) sangat berbeza dengan abad ke-21.

5.3

SARANAN DAN CADANGAN KAJIAN

Kajian terhadap Kamus Wilkinson ini sebernarnya masih baru dan terdapat kekurangan yang ketara. Penyelidikan yang berteruskan dan mendalam serta bersifat spesifik haruslah dizahirkan. Berdasarkan batasan dan pengkhususan kajian yang telah dikemukakan, pengkaji berharap agar kajian akan datang dapat menghurai dan menjelaskan permasalahan yang timbul sekali gus dapatan kajian tersebut lebih terperinci dan sempurna. Ekoran itu, pengkaji menyarakan agar sesiapa yang berminat dalam bidang perkamusan seperti ini dapat meneruskan dalam pelbagai aspek seperti fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis. Memandangkan kajian ini hanya menghimpunkan entri pilihan daripada huruf alif () , pengkaji juga menyarankan agar pengkaji akan datang kajian lebih lanjut terhadap entri-entri yang terdapat dalam Kamus Wilkinson ditelaah. Selain itu, skop kajian juga boleh diperluas misalnya pengkajian terhadap kata arkaik, perubahan makna dan sistem ejaan. Ini kerana, pengkaji mendapati terdapat banyak kata yang tidak lagi digunakan pada masa kini, begitu juga dengan sistem ejaan yang telah berubah. 5.4 KESIMPULAN

Kamus merupakan naskah yang digunakan untuk merujuk sesuatu kata sama ada sebutan, ejaan, makna, dan penggunaannya. Manakala leksikografi pula merupakan

36 satu bidang yang agak luas dan berperanan besar dalam menghasilkan pentakrifan serta istilah yang tepat dan padat. Kerja penyusunan kamus adalah suatu kerja yang merumitkan. Kajian ini mencari kata yang tertinggal dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perubahan yang berlaku dalam kedua-dua kamus ini dilihat berdasarkan faktor peredaran zaman dan peranan kamus juga menjadi tujuan kamus diterbitkan, misalnya Kamus Wilkinson pada dasarnya diterbitkan untuk memudahkan pemahaman semasa kolonialisasi terhadap Tanah Melayu. Selain itu, pengkajian yang dibuat secara tidak langsung berjaya menyingkap sejarah pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu pada ketika itu. Usaha R. J. Wilkinson mengumpul dan menyenaraikan kata menggambarkan budaya dan pemikiran orang Melayu menjadikan A Malay-English Dictionary masih lagi relevan untuk mencari makna mengetahui beberapa kata yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. Oleh itu, kajian yang amat ringaks ini diharap dapat dijadikan salah satu rujukan bagi pengkaji-pengkaji akan datang untuk meneruskan dan memperluas ilmu perkamusan.

BIBLIOGRAFI

Abd. Chaer. 1995. Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Ed. Revisi. Jakarta: Dt Rineka Cipta.

37

Amdun Husain. 1987. Sedikit Tentang Masalah Kebahasaan dalam Penyusunan Kamus Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 31(1): 55-67. A. Teeuw. 1964. Tentang Kamus dan Perkamusan Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 8(9): 388-398. Chew Fong Peng. 2005. Meninjau Kamus Indonesia-China. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 50-53. Collins, J. T. 2001. Antara Perkasa dengan Perkosa: Rebutan Kuasa. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1(7): 24-28. Collins, J. T. 2001. Polemik dan Kronik Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1(10): 25-35. Collins, J. T. 2001. Etimologi Bahasa Melayu: MIKA. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1(11): 22-36. Collins, J. T. 2001. Kamus Melayu dan Ilmu Perkamusan. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1(12): 22-30. Ding Choo Ming. 2005. Kamus Melayu dari Dahulu hingga Kini. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 22-26. Ibrahim Ahmad. 1991. Medan Maklumat Perkamusan Melayu: Suatu Prnilaian Terhadap Kamus Dewan dn Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jurnal Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 35(7): 600-607. Ibrahim Ahmad. 2000. Kamus Tiga Negara. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 44(4): 493-504. Ibrahim Ahmad. 2001. Penggunaan Kamus dan Strategi Penyusunannya. Dewan

38 Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1(3): 47-50. Ibrahim Ahmad. 2002. Perkamusan Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Ahmad. 2005. Menyatukan Penutur Bahasa Melayu di Nusantara. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 16-20. Hasnah Mohamad. 2005. Terminografi dan Leksikografi. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 36-40. Jyh Wee Sew. 2005. Makna Bunyi dalam Leksikografi Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 41-45. Lew Teck Onn. 2002. Permasalahan Perkamusan Melayu. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 14(5): 12-14. Nor Azizah Abu Bakar. 2000. Metabahasa dan Pengungkapan Definisi Kamus Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 44(8): 863-875. Noraziah Ahmad Ghazali. 2003. Fungsi Kamus dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 15(10): 16-18. Noresah Baharom. 1990. Peristilahan dan Perkamusan Istilah: Persoalan Semasa. Jurnal Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur 34(9): 705-710. Noresah Baharom. 1993. Perkamusan Melayu Dalam Memenuhi Wawasan 2020. Jurnal Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur 37(1): 5967. Noresah Baharom. 1993. Kamus Dewan. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur:

39 Dewan Bahasa dan Pustaka 37(12): 1120-1127 Noresah Baharom. 2003. Kamus sebagai Perakam Kata. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 15(20): 8-11. Noresah Baharom, et. al. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norliza Hj. Jamaluddin. 2003. Apa Sebenarnya Kamus? Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 15(10): 12-21. Raja Masittah Raja Ariffin. 1991. R.J. Wilkinson (1867-1941). Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 35(8): 740-746. Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid. 2005. Merevolusikan Kamus dalam Era Digital. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 5456. Rusmadi Baharudin. 2003. Kamus sebagai Sumber Maklumat Bahasa. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 14(5): 8-9. Rusmadi Baharudin. 2005. Persoalan Linguistik dalam Perkamusan Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 10-15. S. Nathesan. 2005. Kamus dan Pemerolehan Kata. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 30-33. Salinah Jaafar. 2000. Perkamusan Melayu dalam Era Teknologi Maklumat. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 44(7): 809-815. Sidi Gazalba. 1981. Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Antara. Siti Norsuhaila Samsudin. 2002. Lautan Kata Melayu. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur:

40 Dewan Bahasa dan Pustaka 14(5): 10-11. Siti Norsuhaila Samsudin. 2003. Kamus yang Mana untuk Anda? Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 15(10): 19-21. Sulaiman Masri 2005. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esie, Proposal, Tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Victor Pogadaev. 2005. Khazanah Kamus Melayu di Rusia. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 6(6): 27-29. W. Linehan 1949. Jurnal Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Yulis Alwi. 2002. Nostalgia Menyemak Kamus. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 14(5): 15-16. Yusof Hitam. 1961. Kamus Melayu Sejak 1511. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(4): 151-161. Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2005. Kamus dan Kehidupan. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5(6): 46-49.

Anda mungkin juga menyukai