Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengenalan Definisi Rasuah Sejarah Rasuah Amalan Rasuah Secara Umum Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah 7.1 7.2 7.3 7.4 8. 9. Teori Eternal Law (Undang-undang Kekal Abadi) Teori Teleologikal: Utilitarianism Teori Duty / Deontologis: Universalism Teori Personal Liberty (Kebebasan Peribadi)

MUKA SURAT 2 3 4 5 6 10 13

Kesimpulan Rujukan

15 16

1.0

PENGENALAN 2

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Dalam dunia yang serba moden ini manusia sanggup melakukan pelbagai perkara untuk mengecapi kehidupan yang lebih selesa. Tambahan pula kehidupan di bandaraya metropolitan seperti washington, London, Paris, Kuala Lumpur dan bandar raya utama dunia yang lain memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Perkara ini tidak menjadi masalah bagi golongan teknokrat dan profesional yang berpendapatan tinggi. Bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah menetap di bandar-bandar besar sedikit sebanyak akan menjejaskan keselesan hidup individu atau yang telah berkeluarga. Tambahan pula kebanyakan perkhidmatan yang ditawarkan berbayar seperti perkhidmatan tempat letak kereta, cuci bangunan, pembentungan, kawalan keselamatan dan lain-lain lagi. Di samping itu pula, jumlah bilangan ahli keluarga yang ramai akan memberi impak yang sangat besar dalam mengharungi kehidupan di bandar-bandar besar. Perkara ini tidak begitu ketara bagi golongan masyarakat yang tinggal di desa walaupun mereka berpendapatan rendah. Kemiskinan dan hawa nafsu merupakan salah satu punca yang membawa kepada gejala sosial iaitu rasuah. Manusia sanggup menghalalkan cara asalkan mendapat keuntungan untuk manfaat diri sendiri dan keluarga. Perkembangan sains dan teknologi tidak seiring dengan pembangunan rohani menyebabkan manusia sanggup bertindak di luar batasan tanpa memikirkan nilai, etika dan pegangan agama. Boleh dikatakan masyarakat pelbagai anutan agama memahami larangan amalan rasuah. Namun disebabkan nafsu serakah mereka menghalalkan cara untuk keselesaan hidup diri dan keluarga. Di samping itu, ada segelintir golongan profesional juga terutamanya yang terlibat dalam perniagaan, politik dan perkhidmatan menggunakan wang atau hadiah berupa barangan eksklusif untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan bagi keuntungan diri sendiri dan keluarga. Perkara ini sekiranya dibiarkan akan menjejaskan kestabilan sosial, ekonomi dan kemakmuran negara. Ekonomi dan pentadbiran negara akan hancur akibat tindakan anasir-anasir yang mengamalkan rasuah. Oleh itu, etika merupakan salah satu prinsip moral yang perlu diterapkan dalam sesebuah organisasi kerajaan dan swasta yang melibatkan profesional yang menggubal nilai etika dan juga golongan pekerja bawahannya melalui budaya kerja yang jujur dan ikhlas. Dengan adanya nilai etika yang tinggi pengurusan sesebuah institusi sama ada kerajaan mahupun swasta mendapat kepercayaan yang tinggi di kalangan masyarakat khususnya dan dunia amnya. 2.0 DEFINISI 3

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Rasuah boleh didefinisikan sebagai memberi sesuatu kepada orang lain dengan tujuan tertentu untuk mendapatkan imbalan yang bukan haknya. Dalam ertikata lain, rasuah bermaksud memberi sesuatu berupa wang tunai, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ia diberikan kepada orang tertentu dengan harapan orang tersebut memberi imbalan atau kelulusan bagi sesuatu perkara yang dihajati. Hak golongan yang sepatutnya berhak ke atas sesuatu perkara dinafikan. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam AlQuran rasuah digolongkan sebagai batil iaitu perbuatan jenayah seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah atau corruption, dalam Bahasa Inggeris tidak diberi makna khusus terutamanya melibatkan perundangan Malaysia. Ia ditakrifkan sebagai suapan. Kamus Concise Law Dictionary, P.G Osborne mendefinisikan rasuah ataupun bribery sebagai giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward. John B. Saunders pula menyatakan dalam Kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary yang berbunyi corruption is the taking or giving money for the performance or nonperformance of a public duty. Dalam istilah Latin disebut corruptio daripada kata kerja corrumpereyang membawa maksud busuk, rosak, memutar balik dan menyogok. Transperency International pula menyatakan rasuah ialah perilaku buruk di jabatanjabatan atau pejabat awam termasuklah ahli politik dan pegawainya, yang secara tidak sah dari segi undang-undang, mengayakan diri atau memperkayakan kerabat dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberikan kepada mereka. Dari sudut undang-undang pula perbuatan rasuah mencakupi perkara melanggar undangundang yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta negara, serta memperkayakan diri sendiri dan kaum kerabat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) menjelaskan rasuah ialah pemberian untuk menumbuk rusuk yakni menyogok atau menyuap. Pada hari ini, rasuah di gelar sebagai sogokan, suapan, duit kopi, makan suap, bawah meja dan lain-lain perkataan lagi. Semua istilah itu dipanggil rasuah. Gejala ini berleluasa dalam sektor perkilangan, perbankan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan pengurusan mahupun politik. 3.0 SEJARAH RASUAH 4

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Rasuah merupakan amalan yang keji dan kotor. Dalam sejarah ketamadunan dunia banyak empayar yang terkenal musnah akibat rasuah yang berleluasa. Perkara ini terbukti di sebabkan sistem urus tadbir negara tidak cekap dan amanah. Antara empayar yang mengalami keruntuhan ialah Empayar Rom di Eropah, Empayar Uthmaniah dan Dinasti Ming di China yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga berlakunya kehancuran. Demikian juga dengan kisah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka akibat berlakunya amalan rasuah di kalangan raja dan pembesarnya. Pemimpim besar dunia seperti Chiang Kai Shek dari China, Richard Nixon dari Amerika, Marcos dari Filipina dan Presiden Mobuto dari Zaire tumbang akibat gejala rasuah. Agama Islam pula menyatakan rasuah merupakan satu perbuatan dosa besar yang dimurkai Allah S.W.T. Islam melihat gejala rasuah tidak hanya melibatkan urusan kebendaan sahaja malahan ia bersifat pelbagai dimensi. Dalam Islam umatnya dididik berpegangan teguh kepada ajaran Islam. Pernah pada suatu ketika Rasulullah S.A.W. pernah ditawarkan pelbagai hadiah dan kuasa oleh kaum Quraish semasa baginda mentadbir Mekah dan Madinah. Pelbagai cara telah digunakan oleh kaum kafir Quraish bagi mencapai cita-cita mereka. Namun, perkara tersebut menemui kegagalan. Cabaran dan dugaan itu meningkatkan lagi semangat Rasulullah S.A.W. menegakkan syiar Islam. Baginda bersabda dengan tegas dalam hadis yang bermaksud: "Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku, nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan dakwah Islamiah" Demikianlah tegasnya Rasulullah s.a.w. memerangi rasuah. Dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, kesalahan rasuah ini dijelaskan dalam hadis hadis berikut: " Hadiah (rasuah) yang diberikan kepada pekerja-pekerja kerajaan itu ialah belenggu". Hadis ini menegaskan sebarang pemberian hadiah atau apa sahaja bentuk rasuah adalah haram hukumnya. Pegamal rasuah mempunyai motif tertentu untuk keuntungan dan kepentingan diri sendiri dengan harapan mendapat pulangan atau habuan yang bukan milik mereka. Dalam istilah lain, mereka merampas hak orang lain. Jadi jelaslah kepada kita bahawa amalan rasuah ini 5

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan keseimbangan sosial dalam masyarakat. Agama lain juga mempunyai sudut perspektif yang sama tentang amalan rasuah. 4.0 AMALAN RASUAH Berbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan rasuah. Namun perspektif Islam melihat gejala ini berpunca daripada sikap buruk yang datang dari jiwa seseorang individu yang didorong oleh hasutan syaitan disebabkan kelemahan iman. Secara terperinci rasuah disebabkan oleh sikap.Berdasarkan Badan Pencegah Rasuah Malaysia gejala rasuah disebabkan oleh seseorang yang ingin hidup mewah tanpa memikirkan halal haram. Perkara yang dipentingkan hanyalah nilai-nilai materialistik. Selain daripada itu, sikap suka bermegah-megah yang menjadi amalan hidup. Golongan ini biasanya berbelanja atau menyara kehidupan melebihi pendapatan. Perkara ini akan menjejaskan keharmonian hidup mereka. Bebanan hutang yang banyak menyukarkan mereka melunaskannya. Sebagai jalan mudah untuk mengatasi masalah rasuah adalah penyelesaiannya. Kurang penghayatan nilai-nilai murni dan ceteknya ilmu agama serta hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga merupakan salah satu aspek yang menjurus kepada amalan rasuah. Keruntuhan moral dan nafsu serakah yang tidak tahu membezakan nilai yang baik ataupun buruk sehingga membelakangkan batasan agama mendorong seseorang melakukan rasuah. Kurangnya pemantauan oleh pegawai atasan juga merupakan salah satu puncanya. Perkara ini memudahkan individu atau pekerja bawahan bertindak sesuka hati atau mengambil kesempatan melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Sosial dan budaya di mana masyarakat Malaysia khasnya dan dunia umumnya mengamalkan tradisi memberi hadiah berupa wang tunai atau barangan eksklusif sempena sesuatu sambutan atau perayaan. Budaya ini secara tidak langsung menggalakkan amalan rasuah terutamanya melibatkan perasmian sesuatu majlis atau projek bernilai jutaan ringgit. Faktor modenisasi yang tidak seimbang dengan ilmu kerohanian memudahkan gejala rasuah menular. Pembangunan yang pesat melibatkan wang yang banyak menggalakkan para kontraktor berlumba-lumba merebut tender yang bernilai jutaan ringgit walaupun bukan haknya. Faktor politik di mana segelintir ahli politik menggunakan kesempatan berbakti kepada masyarakat semata-mata untuk mendapatkan keistimewaan berupa wang tunai dan kuasa serta pengaruh. 6

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

5.0

ANALISIS EKONOMI TERHADAP AMALAN RASUAH Apabila kita membicarakan tentang ekonomi ia tidak lari daripada masalah etika.

Menurut Arnold ekonomi merupakan sains yang mengkaji bagaimana seseorang individu dan masyarakat berhadapan dengan sumber atau faktor-faktor pengeluaran yang terhad sedangkan keinginan mereka adalah tidak terhad. Case dan Fair pula menegaskan ekonomi merupakan sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia membuat pilihan. Dalam erti kata sebenar bagaimana manusia membuat keputusan dalam kehidupan seharian apabila berhadapan dengan sumber yang terhad sedangkan keinginan tidak terhad. Dari sudut mikroekonomi ia merupakan satu cabang yang mengkaji gelagat dan pilihan manusia dalam membuat keputusan berhubung unit-unit kecil dalam ekonomi. Sebagai contoh bagaimana kita mengurus perbelanjaan isirumah supaya dapat memaksimumkan kepuasan. Makroekonomi pula menjurus kepada aspek yang mengkaji gelagat dan pilihan manusia dalam membuat keputusan berhubung keseluruhan ekonomi. Contohnya permintaan agregat, penawaran agregat, pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran dan inflasi. Ekonomi sesebuah negara bergantung kepada cara di mana masyarakat membuat keputusan untuk menangani masalah-masalah ekonomi yang dihadapi melalui sistem yang diamalkan oleh sesebuah negara sama ada sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas anggota masyarakat sendiri yang membuat keputusan tanpa campurtangan kerajaan dari segi jenis dan kuantiti produk asalkan menguntungkan penjual, kaedah yang cekap dan meminumkan kos, teknologi dan buruh serta pelanggan. Sistem ekonomi sosialis pula ditentuntukan oleh pihak kerajaan . Sumber keuntungan atau kekayaan merupakan hak milik kerajaan. Dalam sistem ini kerajaan mengamalkan sistem catuan. Biasanya individu yang bekerja lebih baik akan mendapat pendapatan yang tinggi. Sistem ekonomi campuran pula ialah gabungan kerajaan dan pihak swasta dalam membuat keputusan. Ia banyak bergantung kepada mekanisme pasaran. Kerajaan akan campurtangan dalam hal-hal tertentu seperti penyediaan barang awam. Dalam sistem ekonomi Islam pula jenis dan kuantiti barangan bergantung kepada perkara yang memberi manfaat untuk kesejahteraan pengguna. Barangan yang haram dilarang sama sekali. Walaupun pelbagai sistem ekonomi dipraktikkan di sesebuah negara 7

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Persoalan ini mungkin menjadi tanda tanya kepada kita kerana boleh dikatakan setiap perkara yang melibatkan ekonomi berasaskan keuntungan. Setiap sen yang dikeluarkan oleh syarikat atau individu pasti berkehendakkan keuntungan yang berlipat ganda. Oleh itu, dalam konteks ekonomi keuntungan merupakan perkara pokok dalam menentukan kekayaan dan kelangsungan hidup seseorang individu ataupun organisasi. Dalam persaingan mencari keuntungan diri atau organisasi pelbagai pelanggaran etika dalam ekonomi telah berlaku . Salah satunya ialah amalan rasuah. Tidak dinafikan rasuah boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara, syarikat dan individu. Kesan daripada penularan amalan rasuah ini mengakibatkan:5.1 PENGURANGAN PELABURAN Amalan rasuah mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Perkara ini dipengaruhi oleh faktor urus tadbir ekonomi yang teruk dan kerenah birokrasi pentadbiran yang bertunjangkan amalan rasuah. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan kos pelaburan dan inflasi dalam negara. kekurangan pelaburan, pengangguran Akibatnya negara akan mengalami dan bebanan tanggungan kerajaan meningkat serta

ketidakstabilan politik. Kesan daripada pembayaran wang rasuah menyebabkan meningkatnya kos operasi sesebuah syarikat. Hal ini akan menyebabkan, barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah berkemungkinan besar kurang berkualiti dan mahal harganya. Kos ini terpaksa ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. 5.2 MEMPENGARUHI KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Mengikut satu kajian, jika negara Filipina boleh mengurangkan rasuah seperti negara Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, sekiranya kadar amalan rasuah dapat dikurangkan, kesannya adalah sama dengan pengurangan cukai korporat iaitu melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korupsi mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan kepada pelabur. Mengikut satu kajian lagi, sekiranya peningkatan amalan rasuah yang ada di Singapura meningkat seperti tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan peningkatan nisbah 8 perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratus di samping mengurangkan nisbah hasil

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 peratusan. PEMUDAH iaitu Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada komuniti perniagaan menganggarkan bahawa rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM10 bilion setahun, atau 1-2% daripada KDNK, apabila keputusan perniagaan seperti pemberian kontrak dan perolehan sumber manusia dilakukan dengan tujuan yang salah. Malah, penghakisan keyakinan terhadap institusi negara oleh orang ramai dan komuniti perniagaan sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhan ketara kedudukan daya saing negara (GCI), daripada 21 negara yang paling berdaya saing di dunia tiga tahun lalu kepada kedudukan yang terkini. Oleh itu, etika dalam ekonomi sangat penting ke atas alam sekitar dan pihak berkepentingan iaitu pelabur, pekerja dan masyarakat agar hala tuju yang disasarkan tercapai demi kebaikan bersama.

5.3

PERTUMBUHAN EKONOMI PERLAHAN Amalan rasuah memperlahankan perkembangan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Sebagai contoh, dalam tempoh 1960- 1985, sekiranya Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada kedudukan seperti Singapura dalam tempoh tersebut, kadar pertumbuhan perkapita tahunan Bangladesh sebanyak 4 mata peratusan boleh ditingkatkan sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada kadar pertumbuhan perkapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Namun, disebabkan kegagalan kerajaan Bangladesh membanteras rasuah ekonomi negara tersebut tidak berkembang seperti diharapkan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan sumber Bernama menyatakan, jenayah rasuah bukan sahaja menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi turut juga memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya. Sumber ekonomi negara tidak mampu berkembang jauh kerana kerajaan mengalami masalah untuk menambah peruntukan bagi projek pembangunan yang boleh menjadi sumber kepada pembangunan usahawan dan menjana peluang pekerjaan. Membanteras rasuah bukan hanya dipikul oleh pihak kerajaan sahaja tetapi pihak swasta juga perlu memainkan peranan yang sama. Dmitri Vlassis Wakil Setiausaha Agung PBB dan Ketua Jenayah Ekonomi dan Rasuah UNODC , telah mengeluarkan kenyataan kepada Bernama pada persidangan dan mesyuarat agung keenam Persatuan Pihak berkuasa Anti-Rasuah 9

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Antarabangsa (IAACA). Beliau mengambil contoh skandal rasuah membabitkan

Syarikat

Siemen iaitu syarikat kejuruteraan elektrik dan elektronik multinasional Jerman yang pernah dikesan mengamalkan rasuah perniagaan di seluruh dunia. Hal ini telah menjejaskan operasi syarikat pada satu seketika dahulu sehinggalah satu pengurusan baru yang sifar rasuah mengambil alih pentadbiran. Semenjak dari itu, keuntungannya syarikat semakin meningkat. Vlassis menegaskan terdapat bukti statistik dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang menunjukkan satu perkaitan yang jelas antara ekonomi yang gagal dan tahap rasuah di negara tertentu. 5.4 MENURUNKAN MUTU DAN KUALITI KERJA ATAU PRODUK YANG DIHASILKAN. Amalan rasuah juga mengakibatkan sesuatu hasil kerja dan produktivi kurang bermutu. Misalnya dalam pembinaan sesebuah bangunan memerlukan kepakaran arkitek dan kelulusan jurutera. Sekiranya nilai etika diketepikan oleh golongan profesional ini dalam meluluskan sesuatu projek kemungkinan besar bangunan yang dibina akan mengalami keretakan dan kerosakan dalam tempoh yang singkat. Contohnya kejadian stadium roboh di Terengganu pada tahun 2009. Walaupun projek ini bernilai jutaan ringgit namun projek tersebut gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kesannya peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak dimanfaat untuk kesejahteraan rakyat dengan sebaik mungkin. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan kerugian dipihak kerajaan, malahan konsep menang-menang dalam situasi ini gagal. Hanya pihak pemaju sahaja mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda manakala dipihak kerajaanterpaksa menanggung kerugian.

6.0

ANALISIS UNDANG-UNDANG TERHADAP AMALAN RASUAH Undang-undang diwujudkan di muka bumi ini dibuat untuk menjamin kesejahteraan dan

keharmonian hidup manusia. Cuba kita bayangkan sekiranya tiada undang-undang manusia bebas bertindak sesuka hati sehingga mencetuskan kehidupan yang tidak selesa. Oleh itu, undang-undang sesebuah negara diletakkan dicarta yang paling tinggi dalam kewujudan 10

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

sesebuah negara. Setiap perkara yang termaktub dalam undang-undang perlu dipatuhi oleh warganegara dan bukan warganegara. Undang-undang merupakan satu peraturan yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh masyarakat. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, mereka perlu menjalani hukuman atau denda oleh pihak pengamal undang-undang dan pihak berkuasa. Peraturan ini digubal bagi keselesaan rakyat, bekerja dan bersosial. Hasrat utama undang-undang diwujudkan bukan untuk menghukum sebaliknya mendidik masyarakat supaya hidup lebih beretika. Gejala rasuah merupakan penyakit sosial yang merompak sumber kekayaan negara kita. Oleh itu, membanteras rasuah sentiasa menjadi keutamaan kepada kuasa eksekutif dan kuasa legislatif sesebuah negara. Bagi membendung gejala rasuah khasnya di Malaysia pelbagai agensi penguatkuasaan diwujudkan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Integriti Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004 dan Transparency International bagi memantau tahap integriti yang tinggi dalam tadbir urus negara, pengurusan kewangan dan kuasa pentadbiran negara. Untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam menangani gejala rasuah pelbagai Akta yang diwujudkan. Antaranya ialah seperti tertera di bawah ini:6.1 AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 2009 (AKTA 694) Dalam menangani permasalahan rasuah ini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009. Matlamat utama akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggunjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta. Selain itu, tujuan akta ini diwujudkan untuk mendidik pihak berkuasa, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti. Peruntukan akta ini menjelaskan mana-mana orang sama ada di dalam dan di luar , sama secara langsung atau tidak langsung , sama ada bagi pihak dirinya atau bagi pihak orang lain berhubung dengan apa-apa harta atau selainnya menggunakan atau menyebabkan digunakan, atau memegang, menerima atau menyembunyikan apa-apa harta atau mana-mana bahagian nya yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 atau 23 melakukan sesuatu kesalahan boleh didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya ( www.sprm.gov.my) 11

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

6.2

Meminta atau Menerima Suapan (Seksyen 16(a) & 17 (a) Akta SPRM 2009) Di bawah peruntukan Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 penerima atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi seperti suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun. Sebagai contoh: Baharudin bin Ahmad (YDP Majlis Perbandaran Kangar) dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan perumahan di Padang Besar, Perlis seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut.Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis Mizuno berharga RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah RM1.925 juta. (dipetik daripada www.sprm.gov.my) 6.3 Tuntutan Palsu (Seksyen 18 Akta SPRM 2009) Peruntukan hukuman di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 mana-mana orang

mengemukakan dokumen tuntutan (resit atau invois) yang mempunyai butiran palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal (pejabatnya). Contoh Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600 pada sekitar tahun 1999. Md. Saberi didakwa membuat perakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan. Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau denda RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. ( Sumber http://www.sprm.gov.my) 6.4 Seksyen 24 Akta SPRM 2009

12

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Pelaksanaan Akta di bawah pihak berkuasa seperti SPRM, polis, kastam dan pihak berkuasa tempatan menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam usaha memerangi rasuah. Mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009, mereka yang disabitkan dengan kesalahan rasuah boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi jika sogokan itu boleh dinilai. Contohnya, Sarawak mencatatkan kutipan bernilai hampir RM20 juta bagi kes-kes melibatkan jenayah rasuah dari tahun lepas. Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Bahri Mohamed Zain, angka itu merangkumi peralatan serta rampasan wang termasuk kes di bawah Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA). Banyak kes rasuah yang berlaku melibatkan pelbagai golongan berdasarkan statistik SPRM bermula tahun 2008 hingga 2011.
TAHUN SEKTOR Penjawat Awam Pengurusan Tertinggi Pengurusan /Profesional sokongan Awam Swasta Orang Awam Ahli Politik/ Ahli Majlis Jumlah 605 500 944 861 2008 JUMLA % H 282 5 60 217 323 169 148 6 46.60 2009 JUMLAH % 190 2 29 159 310 107 180 23 38.0 2010 JUMLAH % 293 8 37 248 651 102 545 4 31.0 2011 JUMLA % H 293 3 87 203 568 138 427 3 34.0

53.40

62.0

69.0

66.0

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52% diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) ( Sumber Berita Harian 6 Mac 07). Suatu lagi kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah

13

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)]. Tiga perempat dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).

7.0

ANALISIS RASUAH DARI SUDUT ETIKA Etika dipetik dari perkataan Greek 'ethos', yang membawa maksud khusus kepada

perwatakan . Menurut Gluck (1986: 176) telah mendefinisikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988:17), menjelaskan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Bagi golongan teknokrat pula merujuk kepada kajian-kajian melibatkan membantu meningkatkan integriti profesion mereka. Etika kerja pula, merupakan panduan tingkahlaku yang perlu diikuti oleh manusia yang mempunyai pekerjaan tanpa meminggirkan pegangan agama masing-masing. Penekanan dalam aspek moral sangat diberi penekanan tanpa mengira negara, bangsa dan agama yang berlandaskan ketinggian akhlak sangat ditekankan dalam kehidupan sejagat. Dalam zaman mellanium ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur dan rohani telah mengubah gaya hidup masyarakat masa kini. nilai-nilai moral yang

7.1

Teori Eternal Law (Undang-undang Abadi/ Kekal) Kebanyakan golongan agama dan ahli falsafah percaya bahawa undang-undang abadi

boleh digabungkan dengan aspek ketuhanan yang melibatkan hukum alam berlandaskan kitab suci. Menurut Thomas Jefferson iaitu ahli sekular kemanusiaan yang terawal mempercayai bahawa kebenaran undang-undang ini adalah self-evident iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut. Jika orang 14

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

mempunyai hak kehidupan , kebebasan dan mengejar kebahagiaan, maka tanggungjawab untuk memastikan hak sama kepada orang lain. Dalam ertikata lain setiap tanggungjawab yang dilakukan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. 7.2 Teori Teleologikal: Utilitarianism Pengasas teori ini ialah Jeremy bentham (1748 1832) dan John Stuart Mill (1806 -1873). Mereka berpendapat bahawa perlakuan yang dapat menghasilkan lebih banyak keseronokan dan kebahagiaan yang dibawa oleh sesuatu perlakuan. Beliau membuat pertimbangan dari segi darjah keseronokan, tempoh keseronokan, kemungkinan terhasilnya keseronokan dan sebagainya. Mill sebaliknya mengambil kira aspek kuantiti dan juga aspek kualiti. Pertimbangan kualiti dilihat dari segi intelektual yang mengambir kira faktor pendidikan , keprihatinan orang lain dan perasaan moral. Dua konsep teras yang diperkenalkan ialah berasaskan perlakuan dan peraturan. Teori Utilitarianisme menegaskan supaya kita sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada masyarakat umum. 7.3 Teori Duty / Deontologis: Universalism Teori ini bertentang dengan utilitarianisme. Deontology berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas dan tanggungjawab seseorang individu. Teori ini menekankan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan dan hasil yang bakal menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada nawaitu seseorang yang membuat tindakan atau keputusan. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai moral yang tinggi walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu membuat orang lain kecewa dengan tindakan kita. Disebabkan niat murni kita biasanya berakhir dengan kesudahan yang baik. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada ibu bapa boleh 7.4 Teori Kebebasan Peribadi Teori ini diasaskan oleh Robert Nozick. Teori ini menekankan kepada prinsip kebebasan sebagai intipati penting dalam masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang 15 mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama dalam kalangan individu adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan individu diperoleh daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah. 8.0 KESIMPULAN Bagi merealisasikan wawasan negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu menangani gejala rasuah. Saban hari, kes rasuah sering di paparkan dalam surat khabar dan media elektronik. Jika dibiarkan ia boleh menghancurkan ekonomi dan pentadbiran sesebuah negara. Malah perbuatan rasuah salah di sisi agama dan perundangan. Dalam hadis yang diriwayat alTarmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah mengutuk pemberi dan penerima rasuah serta pengantara dalam urusan rasuah. Pemberi rasuah dan penerima adalah penghuni neraka. Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Islam melarang sekeras-kerasnya gejala ini. Oleh itu bagi menangani jenayah rasuah maka kita sebagai warga negara perlu berganding bahu. Selain itu, pihak pemerintah perlulah melaksanakan strategi yang lebih efektif untuk membendung masalah sosial ini melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Di samping itu, pihak kerajaan perlulah mengimbangi program pembangunan infrastruktur dan juga rohani. Ini juga sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya dan bebas dari rasuah. 9.0 RUJUKAN

Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sd, Bhd. Artikel Komitmen Perangi Rasuah oleh Misiah Taib, Berita Harian, 4 Disember, 2003. Jomo K. S. & Ishak Shari. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Leonard J.B. (2006). Business & Professional Ethics for Directors, Executives & Accountants, 4th Edition), Toronto: 16

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

MALAYSIA, Open University.(2011). OUM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: Meteor Doc, Sdn. Bhd. Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. M ohd Khairul H idayat B erahim.2008. R as uah dan K epimpinan M enurut Is lam. P enerbit: K uala Lumpur: D ew an Bahas a dan pus taka. Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets. www.emeraldinsight.com/03074358.htm. 30(10): 822-836. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur: SPRM. Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tolak Rasuah untuk Berjaya Utusan Malaysia, 8 Januari 2003.

http://www.sprm.gov.my/laporan-tahunan.html dicapai pada 13 Julai 2013 http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/articles 1011276.shtml dicapai pada 13 Julai 2013 http://www.oecd.org/corruption/asiapacific dicapai pada 14 Julai 2013 17

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

http://zaharuddin.net/kewangan/622-gejala-rasuah--bentuk-kesan-a-statistik-malaysia.html dicapai pada 14 Julai 2013

18

Anda mungkin juga menyukai