Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH PANTUN Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secara berkesantetapi ringkas,kemas,tepat dan menggunakan

bahasa yang indah-indah.Pada zam andahulu kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca.Hal inidemiki an kerana masyarakat melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun.Keadaan initelah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telah pandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain.Keadaan inimemb olehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turuntemurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenal makatak cinta.pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walaupun zaman telah berubah.Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna bentuk,isi,maksuddan alasan pantun itu.Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana Hamzah Fansuriyang telah meninggal dunia dalam tahun 1630.

DEFINISI PANTUN Tun merupakan kata dasar merujuk kepada beberapa bahasa di I NUSANTARA.Antaran ya termasuklah bahasa PAMPANGA TUNTUN bermaksudteratur,bahasa Tagalog ton tonbermaksud mengucapkan sesuatu dengan susunantertentu,bahasa Toba pantun ber maksud kesopanan dan bahasa jawa kunotuntunbermaksud benang Pantun,bentuk dan isinya Pisang emas di-bawa belajar,Masak sa-biji di-atas peti,Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati. Berdasarkan pada pantun diatas,dapat dilihat secara rawak tentang nilai budidisampingmasyarakat kita pada zaman purba.Hutang emas walaupun banyak dapat juga dijelaskandengan cara beransur-ansur walaupun bukan dijelaskan secara tunai hutang yang banyak akan selesai juga akhirnya.Keadaan ini berlawanan dengan budi,hutang budi seseorangmanusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian.kesudahannya hutang buditidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun.Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan

tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu dianggap sebagai budi juga.Budi itu akan dikenang olehorang yang menerimanya,jika barang yang dianggap budi itu sanggat diperlukan olehorang itu.Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang maka budi kita akandiingatnya selagi hayat dikandung badan.Sesuatu budi itu lebih memberi kesan sekiranyaditumpukan kepada orang-orang miskin daripada orang kaya ataupun orang kepadaorang yang tidak memerlukan. Pulau Pandan jauh ka- tengah, Di-balek Pulau Angsa Dua, Hanchor badan di-kandong tanah, Budi yang baik di-kenang jua. Justeru,besarlah erti budi kepada masyarakat melayu.Hal ini demikian keranawalaupun badannya telah hancur dikandung tanah namun budi yang baik itu tetepdikenang jua.Keadaan yang paling penting sekali yang terdapat didalam pantun diatas ialah betapa agungnya nilai budi disisi seseorang yang mengenal dan menghargai budi.Budi juga boleh dianggap sebagai pakaian batin,perhiasan dan mahkotahidup.Seharuslah kita berbudi kepada semua peringkat masyarakat dan budi yangdihulurkan kepada seseorang bukanlah untuk mengharapkan balasan atau pujian. Pada zaman purba,masyarakat bangsa kita cukup menghargai orang yang berbudi.Orang yang berbudi akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dan budi mereka itu akan dijadikan perbandingan Bunga melati bunga di-darat Bunga seroja di-tepi kali, Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi Berdasarkan pantun diatas,dapat dilihat bertapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kalaamat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka.Masyarakat zaman dahulu kala amat menganggungkan budi keranasekiranya seseorang

pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi perkara pertamayang akan dilihat oleh ibubapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atautidak,begi tu juga sebaliknya ibubapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak.Sekiranyadidapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal. CONTOH-CONTOH PANTUN BUDI Penat-lah saya menanam padi, Nenas juga di-pandang orang, Puaslah saya mananam budi, Emas juga di-pandang orang. Tenang2 ayer di-laut, Sampan kolek modek ka-tanjong, Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa najunjong. Yang kurek kundi,Yang merah saga, Yang baik budi,Yang indah bahasa. Pisang nangka di-masak pengat, Kait2 banyak duri-nya, Macham mana saya taingat, Orang baik dengan budi-nya. Baik2 bertanam ubi, Biar rapat jangan jarang, Baik2 bertanam budi, Biar dapat di-kenang orang.

Kesimpulannya pantun budi mengunakan bahasa yang ringkas,bebas dan mudahdifahami oleh setiap lapisan masyarakat merangkumi kanak-kanak,dewasa dan orangtua.pantun budi boleh juga digunakan untuk mendidik dan membentuk minat berbudidalam kalangan kanak-kanak Kesimpulan Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakatmelayu.Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat sepertisanjungan,pemujaan,da n ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara ataumajlis rasmi.Selain itu juga pantun dianggap sebagai alat hiburan,alat pendidikan dan alatmenguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkangambaran masyarakat.Pantun pada masa sekarang termasuk dalam jumlah perbendaharaan sasterala ma.Justeru marilah kita mengembang dan menyuburkan pusaka lama iyu agar kesusastera an bangsa kita akan bertambah maju dan jaya

BIBLIOGRAFI Abdul Halim R,1968, pantun serbanika ,Dewan Bahasa dan pustaka KementeriaanPelajaran,Kuala Lumpur. Omardin Haji Ashaari,1961,kajian pantun melayu ,Malaya Publishing House Limited. Adnan Abd.Majid,2003, mutiara sastera melayu tradisional, Dewama Sdn.Bhd.KompleksDawana,Selangor Darul Ehsan

Anda mungkin juga menyukai