Anda di halaman 1dari 5

Hiponim (Struktur Makna)

Makna hiponim mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) ialah kata yang maknanya
terangkum dalam makna kata yang lain, misalnya kambing, lembu dan rusa adalah hiponim daripada
binatang. Siti Hajar (2009) juga memberikan definisi yang sama merujuk kepada definisi yang dibuat
oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Hiponim berasal dari bahasa Yunani Kuno anoma nama
dan hypo di bawah(modul BML3083). Abdullah Hassan (1980: 248, dlm. Darwis Harahap, 1994: 35)
menyatakan hiponim ialah makna umum merangkumi makna khusus. Sementara Kamarudin dan Siti
Hajar (1997: 69) menjelaskan Abdullah Hassan (1980: 248) mendefinisikan hiponim sebagai sesuatu
kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatannya dalam struktur makna. Walaupun kedua-
dua pendapat oleh dua penulis di atas nampak berlainan bentuk pernyataannya, namun ia
mendukung maksud yang sama bagi memberi huraian tentang takrif hiponim. Sebagai contoh,
bunga ialah makna yang umum yang merangkumi nama jenis-jenis bunga sebagai makna yang
khusus seperti cempaka, mawar, melati, kemboja dan sebaginya.
Huraian seterusnya akan diambil dari modul BML3083 (2012). Hiponim adalah perkataan yang
maknanya mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat. Hal ini berlaku
apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan lain (Abdullah
Hassan, 2005:233). Asmah Osman (2000: 24) pula menyatakan hiponim ialah kata penggolong atau
pemasukan sepenuhnya. Verhaar menyatakan hiponimi adalah ungkapan (biasanya berupa kata
tetapi dapat juga berupa frasa atau kalimat) yang maknanya dianggap merupakan bagian dari makna
suatu ungkapan lain (Abdul Chaer, 1990: 102). Istilah hiponimi berasal dari perkataan Greek yang
bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi
dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan
sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain.
Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran,
2003; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Istilah ini dicipta oleh Bazell pada tahun 1955,
tetapi kegunaannya mengikut pengertian ini diperkenalkan oleh Lyons pada tahun 1963 (Ruth
M.Kemson dalam Zaiton Ab. Rahman, 1991: 103). Hubungan kehiponim dalam pasangan kata adalah
hubungan antara lebih kecil (secara ekstensional) dan yang lebih besar.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 540) menyatakan hiponimi adalah hubungan antara hiponim
dengan superordinatnya. Superordinat ialah makna am kerana merupakan pengelompokan kata
iaitu merangkumi sesuatu makna perkataan-perkataan lain yang ingin dihuraikan. Superordinat atau
dikenali juga sebagai hipernim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang lebih luas.
Superdinat pula membawa makna khusus kerana menghuraikan makna superordinat. Contoh:
Hipernim: Kenderaan (superordinat/ makna am)
Hiponim : Perahu, kapal terbang, lori, van, bas, kereta (makna khas/ superdinat)
Relasi makna juga dapat dilihat dari aspek hiponim selain dari aspek sinonim, antonim, polisem,
homonim, ambiguiti, dan pertindihan makna. Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang
tedapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin
berupa kata frasa dan ayat. Relasi makna dapat menyatakan:
(i) Kesamaan makna
(ii) Pertentangan makna
(iii) Jangkauan makna
(iv) Kegandaan makna
(v) Kelebihan makna
Relasi makna ini dapat difahami umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana
mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar,
melainkan termasuk tanjung, matahari, cempaka, melur, raya, kenanga, kasturi, ros, melati, dan
sebagainya.
Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas
mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di
bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Item-item leksikal yang di bawahnya pula
mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya.
Item-item leksikal ini dikenali sebagai subordinat atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-
hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara
contoh hubungan hiponimi yang terdapat dalam bidang tata hias adalah seperti berikut:
Hiponim warna (rona)

Hirarki dalam contoh di atas adalah tidak sempurna atau lengkap kerana terdapat pelbagai jenis
warna di dunia ini dan setiap satu jenis itu terdapat pelbagai tona. Walau bagaimanpun, secara
asasnya, kita dapat lihat bahawa item leksikal yang paling atas, iaitu superordinat, dalam hirarki ini
(warna) adalah makna yang paling umum dan boleh digunakan bagi merujuk semua item leksikal
yang di bawahnya. Item-item leksikal di bawah dan paling hampir dengan superordinat ini (biru,
hijau, kelabu, merah, perang dan kuning) adalah hiponimnya. Sebagai contoh, biru adalah hiponim
bagi warna, tetapi biru adalah superordinat bagi hiponim-hiponim biru kapur, biru merah
dan biru merak. Jika di lihat dari bawah hirarki ini, merah jambu adalah sejenis merah, yang
mana merah adalah sejenis warna.
Meronimi pula adalah hubungan hirarki antara item leksikal di mana item leksikal yang di bawah
(subordinat atau juga dikenali sebagai meronim) adalah sebahagian daripada item leksikal yang di
atas (superordinat). Item leksikal superordinat adalah merujuk kepada keseluruhan entiti yang
dirujuk dan subordinat adalah merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu kepada entiti ini
(Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh meronim yang terdapat dalam
konteks tata hias ini adalah seperti berikut:
Contoh: Meronim bagi kediaman (rumah)


Dalam contoh di atas, jika dianalisa dari bawah hirarki ini, dapur basah dan dapur kering adalah
sebahagian dari dapur dan dapur pula adalah sebahagian dari rumah. Item leksikal
superordinat di sini (rumah) tidak merujuk kepada maksud umum bagi meronim di bawahnya seperti
hiponim, tetapi mewakili entiti keseluruhannya. Ringkasnya, ruang tamu bukanlah sejenis rumah
tetapi sebahagian daripada rumah.
(Dipetik daripada ................................)

Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan
lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi
sesuatu perkataan yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120). Lihat rajah dibawah.



Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan
(Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih
jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan
lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik
makna, iaitu berdasarkan jadual di bawah.
Jadual 4: Jenis Hiponim
Hiponim Tulen
Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan
nasi.
Hiponim Umum
Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan
rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah
untuk membentuk satu komponnen kata nama am.

(Dipetik daripada .............................................)
(i) Hiponim tulen
Struktur makna hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yang mempunyai makna yang luas
dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain (Abdullah Hassan, 2005: 234). Contoh
hiponim tulen dalam bahasa Melayu dapat dilihat dalam perkataan padi. Perkataan padi
mempunyai dua perkataan dalam golongannya, iaitu beras dan nasi. Dalam hal ini makna beras dan
nasi tercakup dalam makna perkataan padi dan mempunyai maksud kata yang tersendiri. Contoh
rajah dibawah:

Oleh itu, dalam bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan
bijian yang belum dibuang kulitnya. Setelah padi diproses, menjadi beras yang kemudiannya dimasak
menjadi nasi. Namun, dalam bahasa Inggeris iaitu rice membawa pengertian segala-galanya kepada
padi, beras dan nasi. Oleh itu, kata rice tidak seimbang dengan makna dalam bahasa Melayu.
(ii) Hiponim umum
Menurut Abdullah Hassan (2005: 235), hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang
menjadi nama umum. Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi
komponen maknanya. Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga. Ada bunga
melur, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga raya, dan sebagainya. Perkataan bunga adalah
umum. Oleh itu, perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi
menamakan jenis bunga tertentu, contohnya seperti bunga raya. Situasi ini menjadi lebih jelas
apabila dirajahkan seperti berikut:

Hal ini menunjukkan perkataan bunga adalah nama kepada satu golongan kata nama dan perkataan
cempaka, mawar melur, raya, dan seterusnya sama ada matahari, tanjung, ros dan sebagainya
adalah ahli anggotanya. Dalam hal ini, anggota bunga banyak dan tidak terhad bilangannya. Oleh itu,
kata bunga tidak terhad kepada satu-satu jenis bunga yang terkandung didalamnya. Dalam
sesetengah bahasa lain, golongan perkataan seperti ini jelas kelihatan struktur tata tingkatnya.
(Dipetik daripada ......................................)
Hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-katayang
lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau
anggotanya terdiri daripada kata khusus. Kesimpulannya, hiponim boleh dimaksudkan sebagai kata
yang merangkumi makna-makna yang terkandung di dalamnya. Sesuatu konsep makna yang
terkandung dalam sesuatu kata yang lebih besar. Oleh itu, hiponim bermaksud ungkapan yang
maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.

Anda mungkin juga menyukai