Anda di halaman 1dari 23

Menurut kamus dewan edisi keempat (2008:106), bahasa ialah sistem lambang

bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia. Bahasa basahan pula bermaksud bahasa yang digunakan dalam percakapan
hari-hari (iaitu bahasa kolokial). Oleh itu, bahasa ini tidak mementingkan unsur
tatabahasa yang betul kerana ia lebih mementingkan kefahaman antara penutur dan
pendengar. Za'ba menggelarkan bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Hal ini
demikian kerana bahasa basahan sering digunakan untuk berinteraksi dengan rakan
kenalan atau ahli keluarga dan lebih bertujuan untuk bertanyakan khabar, bergosip,
bercerita ,berjual beli dan sebagainya. Selain itu, bahasa ini dituturkan di tempat-tempat
yang tidak rasmi seperti di rumah, kedai, pasar dan sebagainya. Amat Juhari Moain
dalam Sosiolinguistik (2010:58) menyatakan bahawa bahasa pasar juga tergolong dalam
bahasa basahan kerana bahasa ini sering digunakan dalam urusan harian dan wujud
campuran unsur-unsur bahasa lain dari segi kosa kata, sebutan dan ungkapan. Antara
contoh bahasa basahan adalah seperti kenapa, macam mana, tah, nak, ambik dan
sebagainya.

Terdapat beberapa ciri yang menjadikan sesuatu bahasa itu dianggap


sebagai bahasa basahan iaitu penggunaan kolokial ini dapat mewujudkan kemesraan
antara pengguna dengan menggunakan penanda-penanda mesra seperti singkatan
pada nama dan kata-kata tertentu seperti kan dan dah sebagai contoh, sue dah makan,
tapi kan sue tak kenyang lagi .Selain itu bahasa basahan ini disampaikan secara lisan
iaitu wujud hubungan secara terus menerus antara penutur dan pendengar dengan
menggunakan perkataan yang ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi
pendengar dapat memahaminya. Apabila penutur dan pendengar datang dari tempat
yang sama maka penggunaan dialek akan wujud dalam bahasa kolokial tersebut seperti
contoh ayat depa mai tang mana (dalam dialek kedah). Bahasa ini sering
memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
manakala imbuhan pula sering ditinggalkan sebaliknya ia digantikan dengan unsur-unsur
isyarat dan gerak geri untuk difahami oleh pendengar. Oleh itu, penggunaan tatabahasa
yang gramatis tidak begitu dipentingkan dalam bahasa kolokial. Kod yang pelbagai sering
digunakan dalam bahasa kolokial disebabkan setiap lapisan masyarakat terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Seterusnya, bahan yang diperkatakan seperti tajuk
perbualan meliputi perkara-perkara ringan serta mudah difahami. Hal ini berlaku kerana
pengguna bahasa ini sering berjumpa dan telah wujud perasaan kemesraan antara
mereka. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi.

Sebagai kesimpulan, bahasa basahan amat sesuai untuk digunakan sebagai


bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti
sehari-harian. Bahasa ini tidak sesuai untuk digunakan dalam urusan rasmi seperti yang
ditegaskan oleh Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa:

kita mungkin dapat menyatakan bentuk bahasa basahan yang meresap masuk ke dalam
bahasa rasmi. Namun peresapan bentuk bahasa basahan ke dalam bahasa rasmi
tidaklah dapat dianggap sesuatu yang wajar.

( Prof. Awang Sariyan,


2002:103).

Oleh itu, setiap pengguna bahasa perlu berdisiplin dan melatih diri menggunakan
bahasa yang betul mengikut situasi yang bersesuaian sama ada situasi tersebut rasmi
atau tidak rasmi.

1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1 Latar Belakang Kajian
Kini kita boleh memperoleh pelbagai majalah komik di kedai-kedai buku mahupun di

perpustakaan kanak-kanak. Sebenarnya, komik ini secara tidak langsung ia dapat melapangkan

fikiran tanpa perlu memberi tekanan kepada otak. Ini dapat dibuktikan melalui pemantauan

yang telah kami buat. Kami telah mendapati bahawa pelbagai jenis majalah hiburan yang

terdapat di dalam pasaran tempatan seperti Majalah Wanita, Mangga, UTV, Mobil Motor, Ujang,

Gila-Gila, Remaja, Intrend, Mastika, Variasi, Media Hiburan, Keluarga dan pelbagai lagi. Dalam
lambakan pelbagai jenis bahan bacaan, kami telah membuat tinjauan dan mendapati bahawa

kebanyakan majalah menggunakan bahasa basahan secara meluas dalam majalah dewasa,

malah tidak terkecuali juga majalah hiburan komik kanak-kanak. Penggunaan bahasa basahan

yang meluas ini berkemungkinan akan mempengaruhi penguasaan bahasa baku dalam

kalangan pembaca, terutamanya kanak-kanak. Bahasa basahan atau dikenali juga sebagai

bahasa biasa merupakan bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian oleh masyarakat

kita. Bahasa basahan mempunyai perbendaharaan kata atau perkataan yang mudah difahami

dan dibimbangi tidak mengikut peraturan tatabahasa. Kadang kala, terdapat juga pemilihan kata

yang kurang sopan dalam majalah komik ini yang masih lagi diminati oleh masyarakat kita

tanpa mengira pangkat usia sama ada yang sudah berusia mahupun muda. Bahasa basahan

digunakan kerana ia dilihat sebagai bahasa yang lebih ringkas, mudah dan merupakan bahasa

cakap mulut. Jarang kita dapat melihat individu menggunakan bahasa baku dalam percakapan

khususnya dalam situasi yang tidak rasmi. Sekiranya seseorang itu menggunakan bahasa baku

ketika dalam perbualan seharian lazimnya dianggap pelik lebih-lebih lagi dengan adanya

bahasa-bahasa lain seperti bahasa slanga, dialek dan lain-lain turut digunakan dalam

perbualan. Bahasa basahan digunakan ketika perbualan antara rakan-rakan, keluarga

mahupun kenalan baharu. Keadaan ini berlaku kerana kefahaman mereka akan lebih

mendalam jika menggunakan bahasa yang sedemikian. Dalam penggunaan ayat pula, mereka

lebih menggunakan ayat-ayat yang tidak mempunyai imbuhan

seperti yang terdapat dalam ayat-ayat tulisan. Keadaan ini dapat memudahkan mereka

berhubung di samping dapat memudahkan mereka untuk menyatakan maksud dengan lebih

cepat dan pantas. Sekiranya menggunakan ayat yang lengkap akan menjadikan situasi yang

tidak mesra serta tidak menghidupkan suasana. Oleh itu, dalam penggunaan bahasa basahan

ini, semua penutur yang terlibat tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa yang

betul. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan makna supaya dapat difahami maksud

perbualan dengan segera.


1.2 Definisi konsep

Bahasa basahan atau bahasa biasa ialah bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian oleh

masyarakat kita. Bahasa basahan menggunakan struktur ayat yang mudah dan tidak

mementingkan peraturan tatabahasa. Za'ba menggelarkan bahasa ini sebagai bahasa cakap

mulut. Hal ini demikian kerana bahasa basahan sering digunakan untuk berinteraksi dengan

rakan kenalan ataupun ahli keluarga dan lebih bertujuan untuk bertanyakan khabar, bergosip,

bercerita, berjual beli dan sebagainya. Ahmad Juhari Moain dalam Sosiolinguistik (2010:58)

menyatakan bahasa basahan sering digunakan dalam urusan harian dan wujud campuran

unsur-unsur bahasa lain dari segi perbendaharaan kata, sebutan mahupun ungkapan. Antara

contoh bahasa basahan adalah seperti nape (kenapa), cam mana (macam mana), tah (entah),

nak (hendak), ambik (ambil) dan sebagainya. Terdapat beberapa ciri yang menjadikan sesuatu

bahasa itu dianggap sebagai bahasa basahan iaitu penggunaan kolokial. Ini dapat mewujudkan

kemesraan antara pengguna dengan menggunakan penanda-penanda mesra seperti singkatan

pada nama dan kata-kata tertentu seperti kan (akan) dan dah (sudah). Selain itu, bahasa

basahan ini disampaikan secara lisan iaitu wujud hubungan secara terus-menerus antara

penutur dan pendengar dengan menggunakan perkataan yang ringkas dan tidak mengikuti

ejaan sepenuhnya tetapi pendengar dapat memahaminya. Bahasa ini sering memendekkan

kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat manakala imbuhan pula

sering ditinggalkan sebaliknya ia digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak geri untuk

difahami oleh pendengar. Oleh itu, bahasa basahan memang sesuai untuk digunakan sebagai

bahasa yang digunakan oleh masyarakat

untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti harian tetapi bahasa ini adalah tidak sesuai

digunakan dalam urusan rasmi seperti yang ditegaskan oleh Prof. Awang Sariyan (2002:103)

dalam Ceritera Bahasa iaitu Kita mungkin dapat menyatakan bentuk bahasa basahan yang

meresap masuk ke dalam bahasa rasmi. Namun, peresapan bentuk bahasa basahan ke dalam

bahasa rasmi tidaklah dapat dianggap sesuatu yang wajar.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:-

(a) Mengenal pasti penggunaan bahasa basahan dalam majalah hiburan (komik)

(b) Mengkaji dan meneliti perbendaharaan kata atau perkataan yang digunakan dalam

bahasan basahan

(c) Membandingkan bahasa basahan yang digunakan dengan bahasa baku dalam Bahasa

Melayu

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:-

(a) Menyedarkan masyarakat tentang penggunaan bahasa basahan secara meluas dalam

majalah hiburan kanak-kanak (komik)

(b) Dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kajian yang lain, khususnya kajian tentang

bahasa basahan dalam majalah hiburan

(c) Menambah dokumentari kajian yang berkaitan dengan bahasa basahan

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian merupakan salah satu perkara yang wajib ada di dalam setiap kerja kursus

yang dijalankan. Selain itu, skop kajian juga menerangkan perkara yang akan dilakukan oleh

penyelidik.

Dalam kajian ini, skop kajian penyelidik berfokus kepada penggunaan bahasa basahan

dalam majalah hiburan kanak-kanak (komik). Komik kanak-kanak yang dikaji ialah majalah

komik Gempak, majalah komik Animaxi, majalah komik Apo, majalah komik gila-gila dan

seumpamanya. Aspek yang difokuskan ialah perbendaharaan kata dalam bahasa basahan.

Selain itu, penyelidik juga membuat perbandingan antara bahasa basahan yang digunakan

dalam komik kanak-kanak dengan bahasa baku dalam Bahasa Melayu.

5.0 BATASAN KAJIAN


Kajian ini tertumpu kepada penggunaan bahasa basahan yang terdapat dalam majalah

hiburan kanak-kanak (komik). Sebanyak 6 buah majalah hiburan kanak-kanak (komik) sekarang

yang telah berada di pasaran Pulau Pinang dipilih untuk menjadi sumber kajian penyelidik.

Oleh itu, penggunaan bahasa basahan dalam majalah hiburan tersebut tidak

menggambarkan pengguna bahasa basahan dalam semua majalah hiburan.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk mencari maklumat berkaitan penggunaan

bahasa basahan dalam majalah kanak-kanak (komik). Bahagian ini akan menghuraikan kaedah

kajian yang dijalankan.


6.1 Mendapatkan bahan/data

Penyelidik mencari majalah kanak-kanak atau komik di perpustakaan dan di pasaran untuk

mendapatkan maklumat tambahan.

6.2 Mengumpulkan data

Penyelidik telah meneliti setiap halaman majalah komik yang dipilih untuk mencari

perbendaharaan kata bahasa basahan. Penyelidik juga telah menyenaraikan perbendaharaan

kata tersebut satu demi satu.

6.3 Menganalisis data

Segala perbendaharaan kata bahasa basahan yang dikenal pasti daripada setiap majalah

komik telah dipersembahkan dalam bentuk jadual. Penyelidik juga turut mengira kekerapan

penggunaan perbendaharaan kata tersebut untuk dianalisis.

7.0 DAPATAN KAJIAN


1
Bahasa basahan atau bahasa biasa ialah bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian oleh

masyarakat kita. Penyelidik mendapati bahasa basahan juga digunakan dalam majalah hiburan

di pasaran terutamanya majalah hiburan kanak-kanak (komik). Oleh itu, 6 buah lagi telah dipilih

untuk mengkaji penggunaan bahasa basahan dalam majalah tersebut. Penyelidik juga telah

mengenal pasti penggunaan bahasa basahan dan aspek perbendaharaan kata dalam majalah
komik tersebut. Berikut merupakan perbendaharaan kata bahasa basahan yang terkandung

dalam majalah dan kekerapan penggunaannya. Antaranya ialah:-

7.1 MAJALAH KOMIK GEMPAK


Perbendaharaan kata bahasa basahan dalam Majalah Komik Gempak

Jelasnya, banyak perbendaharaan kata bahasa basahan digunakan pada setiap helaian muka surat

terutamanya kata singkatan 'ni', 'tapi', 'ke', 'la', 'tu', 'kat', 'tak', 'dah', 'nak' dan sebagainya paling

banyak digunakan.

7.2 MAJALAH KOMIK ANIMAXI


Berikut merupakan perbendaharaan kata bahasa basahan yang terdapat dalam Majalah Komik
Animaxi dan kekerapan penggunaannya.
Perbendaharaan kata bahasa basahan dalam Majalah Komik Animaxi

Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, terdapat banyak bahasa perbendaharaan kata

bahasa basahan yang digunakan dalam Majalah Komik Animaxi terutamanya 'tak', 'nak', 'ni' dan

'tu'.
Perbendaharaan kata bahasa basahan dalam Majalah Komik Apo

Berdasarkan hasil kajian penyelidik dalam setiap helaian muka surat, dapat dilihat dengan lebih

jelas lagi akan kekerapan penggunaan bahasa basahan dalam Majalah Komik Apo. Dalam

majalah yang telah dipilih ini, penyelidik telah mendapati bahawa bahasa basahan yang kerap

digunakan adalah seperti 'buleh', ' sat', 'dok', 'gak' serta 'jadik'.
Perbendaharaan kata bahasa basahan dalam Majalah Komik Gila-gila

Berdasarkan hasil kajian penyelidik dalam setiap helaian muka surat, maka dilihat dengan lebih

jelas lagi akan kekerapan penggunaan bahasa basahan yang terkandung di dalam Majalah

Komik Gila-gila. Daripada hasil kajian ini juga, penyelidik telah mendapati bahawa bahasa

basahan yang kerap digunakan dalam majalah ini adalah seperti 'je', 'diorang', 'cam' serta 'kat'.

7.5 MAJALAH KOMIK RAHSIA SI PUTERI

Penyelidik juga menggunakan Majalah Komik Rahsia Si Puteri untuk mencari perbendaharaan

kata bahasa basahan yang terkandung dalam komik tersebut. Antara bahasa basahan yang

terdapat dalam

komik tersebut ialah:-


Perbendaharaan kata bahasa basahan dalam Majalah Komik Rahsia Si Puteri

Berdasarkan hasil kajian penyelidik dalam setiap helaian muka surat, maka dilihat dengan lebih

jelas lagi akan kekerapan penggunaan bahasa basahan yang terkandung di dalam Majalah

Komik Rahsia Si Puteri. Dalam majalah yang telah dipilih ini, penyelidik telah mendapati bahawa

bahasa basahan yang kerap digunakan adalah seperti 'tak', 'kan', 'ni', 'tu', 'apsal', 'nak', 'mu' serta

'gak'.
Perbendaharaan kata bahasa basahan dalam Majalah Komik Debunga Cinta

Berdasarkan hasil kajian penyelidik dalam setiap helaian muka surat, maka dilihat dengan lebih

jelas lagi akan kekerapan penggunaan bahasa basahan yang terkandung di dalam Majalah

Komik Debunga Cinta. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, terdapat banyak

perbendaharaan kata yang digunakan dalam Majalah Komik Debunga terutamanya 'tak', 'dah',

'ni', 'tu', 'camne', 'tau', 'pulak', 'ntah', 'pastu' dan 'diorang'.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati bahawa penggunaan bahasa basahan memang tidak

menepati penggunaan Bahasa Melayu yang sebenar. Walau bagaimanapun, penggunaan

bahasa basahan kelihatan lebih senang difahami dan mudah disampaikan. Tambahan pula,

terdapat unsur kependekan digunakan secara meluas dalam bahasa basahan, contohnya

perkataan tak (tidak), dah (sudah), ni (ini), tapi (tetapi), tu (itu), kat (dekat), dah (sudah), nak

(hendak) dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab pula

memainkan peranan untuk memastikan pelajar-pelajar terutamanya kanak-kanak tidak

dipengaruhi oleh bahasa basahan dalam pembelajaran mereka, terutamanya dalam penulisan

esei Bahasa Melayu.

9.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, penggunaan bahasa basahan dalam majalah hiburan kanak-kanak

(komik) bertujuan untuk menarik minat para pembaca khususnya kanak-kanak untuk lebih

memahami akan apa disampaikan oleh mereka dan membolehkan pembaca lebih mendalami

akan karaktor-karaktor yang telah diwujudkan oleh penulis. Penggunaan bahasa basahan juga

dilihat sebagai salah satu cara para penulis untuk menyampaikan ekpressi watak-watak yang

telah wujud supaya para pembaca akan lebih memahami. Oleh itu, kajian tentang penggunaan

bahasa basahan dalam majalah hiburan kanak-kanak perlu diteruskan lagi. Hal ini penting bagi

memastikan masyarakat dapat menyedari pengaruh bahasa basahan terhadap penguasaan

Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah.


Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja,
sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan,
memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata
kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif
(Perbuatan tidak Melampau).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut
( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai
penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama
ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya
mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Contoh Kesalahan.
Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku. (betul)
Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
Analisis :
Kata kerja transitif yang berawalan me-,-ter-, atau ber- tidak boleh ditiadakan
awalannya.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama
dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men
...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Contoh Kesalahan.
Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah)
Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul)
Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah)
Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)
Analisis :
Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif
tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna
bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak
bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan
kata kerja yang berakhiran -kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.
Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya
berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat


Radio itu didengari Atan
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan
Ikan itu dijala oleh Pak Abu
Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat
itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang
lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif
terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif
berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa
yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya
satu objek (penyambut).

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan


Kami mandi di tasik
Dia senyum semasa berjalan
Air sungai beransur surut

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya


berada di hujung ayat.
Pembuat Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya roboh
Radio itu berbunyi
Turunnya Union Jack itu,
berkibar
Jalur Gemilang pula
4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang
tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.Jenis
yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa
nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata
kerja transitif.
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja
sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang
tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan Frasa
Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut :

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap


i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Ayah bangun dari tidurnya
Mak Timah datang bekerja di rumah
Aku berlari ke bilik

ii) Kata nama sebagai pelengkap


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Ayah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkap


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Dadku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek


Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif
sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.
a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat
Afiq menggunakan pampers
Aku cuba mencari hujah
Aku menggelengkan kepala
b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
Mak Timah memberitahu ku satu berita
Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu


Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu
menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua
jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja, manakala
kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap
Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami
Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku
Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek
Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku
Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)
Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah
i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja
ii. Aku boleh menjaga mereka.
iii. Aku tak mahu kata kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.
iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.
v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.
vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?
vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.


Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini
berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen
akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat
iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.
a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.
b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah
c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.
d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.
4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
ii) Keterangan waktu
a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.
b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
iii) Keterangan cara
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.
iv) Keterangan tujuan
a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
v) Keterangan alat
a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.
vi) Keterangan bagai
a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.
b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.

4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja
dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu iaiatu
frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina juga telah
diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang
mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan juga telah digunakan ialah
meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.

Anda mungkin juga menyukai