Anda di halaman 1dari 8

Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta komunikasi akan terpinggir
sekiranya generasi hari ini tidak berupaya menggunakan bahasa baku selain cenderung
kepada bahasa Inggeris dan bahasa sukuan. Bahasa Melayu menjadi bahasa rojak dan
caca-marba kerana penggunaan bahasa tersebut tidak lagi menjaga struktur yang merintis
kepada jalan kebakuan. Mana-mana bahasa termasuk bahasa Melayu tidak dapat
mengelak daripada meminjam istilah saintifik dan teknikal daripada tamadun yang hebat
khususnya dalam bidang sains dan teknologi serta ICT tetapi tidak sampai
menghilangkan identiti bahasa Melayu dari sudut istilah, sintaksis ayat dan tatabahasa.
Sesetengah orang mungkin tidak memahami pengertian bahasa baku dengan jelas
atau dengan sepenuhnya. Disebabkan kekaburan itu, bahasa baku dihubungkan dengan
sebutan semata-mata. Dalam kegiatan berbahasa masyarakat pada masa ini, terutama
sekali pelajar-pelajar, malah di kalangan pendidik juga kita dapat melihat bahawa bahasa
yang digunakan jarang-jarang sekali berbentuk bahasa Melayu baku. Biasanya, bahasa
yang digunakan dalam pertuturan masyarakat bukan bahasa baku, iaitu bahasa basahan
atau bahasa pertuturan sehari-hari, malah sering kali juga berbentuk bahasa campuran
atau bahasa rojak. Hal ini sudah tentu tidak dapat dielakkan kerana bahasa tidak dapat
terlepas daripada konteks sosial. Pelbagai faktor, seperti hubungan antara penutur,
tempat, tujuan, situasi, status, pendidikan, usia, dan jantina amat mempengaruhi
penggunaan bahasa. Oleh sebab itu, kita pasti sering mendengar ungkapan seperti apa
mau, kasi tahu, banyak mahal, itu macam, dan boleh bikin. Malah, kita sendiri mungkin
kerap menggunakannya dalam perbualan sehari-hari dengan teman-teman.
Sebagai salah satu ragam bahasa Melayu, bahasa basahan ini bukan bahasa yang
dilarang penggunaannya. Kita akan menggunakan bahasa dalam ragam tertentu sesuai
dengan situasi atau tempat berlangsungnya komunikasi, misalnya dalam situasi
kekeluargaan yang tidak menuntut penggunaan bahasa baku. Dalam tawar-menawar di
pasar pula, penggunaan bahasa baku mungkin akan menimbulkan kelucuan, kejanggalan,
kehairanan, atau kecurigaan. Dalam hubungan ini, jelas bahawa kita tidak dituntut supaya

1|

berbahasa baku secara terus-menerus sepanjang waktu kerana bahasa yang dapat
mengenai sasarannya tidak sentiasa perlu beragam baku. Kita harus memperhatikan
golongan penutur dan situasi penggunaannya. Orang yang mahir menggunakan
bahasanya sehingga maksud yang ingin disampaikannya dapat difahami dengan jelas atau
dapat mencapai sasarannya dianggap telah dapat berbahasa dengan baik dan berkesan.
Meskipun demikian, kita tidaklah wajar menggunakan bahasa basahan ini secara
berleluasa, sebaliknya menggunakannya dalam batasan tertentu sahaja, khususnya dalam
situasi tidak rasmi.
Bahasa baku dan bahasa basahan ini mempunyai fungsi masing-masing dalam
komunikasi. Bahasa baku digunakan dalam situasi rasmi, manakala bahasa basahan
digunakan sebagai bahasa pertuturan sehari-hari dalam situasi tidak rasmi. Penggunaan
bahasa basahan dalam perbincangan, mesyuarat, atau seminar, misalnya, akan
menghilangkan kerasmian perbincangan, mesyuarat, atau seminar tersebut. Pertukaran
penggunaan kedua-dua ragam bahasa ini akan menimbulkan gangguan terhadap
komunikasi.
Pada masa ini, kita dapat melihat penggunaan bahasa dalam situasi rasmi sering
diganggu oleh bahasa basahan atau bahasa rojak. Gangguan ini dapat diperhatikan
dalam ucapan, wawancara, ceramah, atau dalam pertuturan yang dituntut supaya
berbahasa baku. Kebiasaan menggunakan bahasa basahan telah membuat kita secara
tidak sedar menggunakannya dalam situasi rasmi yang menuntut kita menggunakan
bahasa baku. Kebiasaan inilah yang harus dihindari, dan usaha yang bersungguh-sungguh
perlu dilakukan untuk menanamkan dan mengembangkan pemahaman dan kecintaan
dalam diri masyarakat terhadap bahasa baku.
Konsep bahasa baku ada dalam mana-mana bahasa yang sudah mencapai taraf
bahasa moden iaitu bahasa yang telah mencapai keupayaan menjadi sarana pemikiran dan
ilmu pengetahuan. Menurut Awang Sariyan (1993), untuk konsep baku itu orang
menggunakan istilah standard". Jadi terciptalah istilah bahasa "standard" atau bahasa
Melayu standard. Sebenarnya istilah baku itu sudah ada dalam kamus Melayu sejak

2|

dahulu lagi. Menurut etimologi atau ilmu tentang asal-usul kata, baku diambil daripada
bahasa Jawa. Menurut kamus Dewan Edisi Empat, bahasa baku adalah bahasa yang
teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dan lainlain) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul, sahih atau
bahasa standard.
Bahasa 'standard' atau baku dapat juga didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang
diterima oleh semua anggota dalam masyarakat bahasa yang berkenaan dan dijadikan
norma atau mempunyai prestij serta dalam hubungan yang tidak bersahaja serta bahasa
pengantar pelajaran (Kamaruddin Hj. Husin, 1997). Asmah Hj. Omar (1978) mengatakan
bahasa standard merupakan identifikasi sosial dan pendidikan seseorang. Biasanya
bahasa standard merupakan keperluan yang tidak boleh ditiadakan dalam pencapaian
taraf sosial dan ekonomi. Asmah Hj.Omar (1978) dalam tulisannya memetik pendapat
Einar Haugen (1966) yang mendefinisikan bahasa standard sebagai kelainan bahasa yang
menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi. Keseragaman dalam bentuk
ialah bahasa itu sudah dikodifikasikan, dan bahasa standard adalah hasil kodifikasi.
Keseragarnan dalam fungsi bererti mesti ada sistem-sistem tertentu mengenai rumusrumus (rules) yang meliputi aspek bentuk dan leksikal (Asmah, 1978).
Berdasarkan permerhatian yang telah dijalankan di sebuah sekolah rendah daerah
Ranau, penggunaan bahasa baku dalam kalangan pelajar dan keseluruhan warga sekolah
tersebut masih lagi berada di tahap yang sangat rendah. Hal ini kerana majoriti
masyarakat sekolah lebih gemar menggunakan bahasa yang bersifat ringan seperti bahasa
basahan, bahasa slanga, bahasa rojak dan seumpamanya dalam komunikasi seharian. Hal
ini dapat dibuktikan melalui penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar dan guru-guru
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Contohnya, ketika pemerhatian
dijalankan dalam kelas Bahasa Malaysia semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, tidak seorangpun daripada sepuluh orang guru yang mengajar menggunakan
bahasa baku. Dapatan yang diperolehi dalam sepuluh pemerhatian terhadap proses

3|

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru-guru dan pelajar lebih gemar
menggunakan bahasa yang bersifat santai seperti bahasa basahan.
Kesannya, hal ini akan menimbulkan kemerosotan dalam aspek mutu bahasa,
berkaitan dengan ketidakpekaan masyarakat sekolah rendah terhadap bentuk bahasa
Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang
yang rasmi seperti pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh
fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa
sembang di internet dan sebagainya) dengan bahasa baku dalam situasi rasmi menjadikan
bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
Temubual dengan salah seorang guru yang mengajar di sekolah kajian yang
dijalankan, membuktikan bahasa baku sangat kurang digunakan. Guru X berkata, Saya
tidak biasa bertutur dalam bahasa baku. Selama inipun, saya hanya bertutur dalam
bahasa yang mudah dan difahami oleh kebanyakan pelajar saya. Kadangkala,
pertuturan saya dengan pelajar, diselitkan dengan bahasa ibunda. Ketidakbiasaan
dalam menggunakan sebutan baku dalam bahasa Melayu boleh menjadi janggal dan
wujud kesukaran dalam menyebutnya. Bahasa baku sememangnya kurang digunakan
pada hari ini kecuali di dalam hal-hal rasmi. Hal ini seolah-olah bahasa Melayu baku
semakin dilupakan oleh penutur bahasa Melayu itu sendiri. Kurangnya penggunaan
sebutan baku menyebabkan seseorang itu tidak biasa untuk menggunakan sebutan baku
dan hanya menggunakan sebutan baku ketika majlis tertentu atau acara rasmi. Contohnya
ada dalam kalangan pengacara majlis yang mencuba sedaya upaya menggunakan sebutan
baku semasa mengendalikan majlis, akan tetapi masih terdapat kesilapan dalam sebutan
mereka. Mereka akan lebih selasa menggunakan bahasa dialek atau bahasa pasar untuk
berkomunikasi kerana sudah terbiasa dengan laras bahasa yang begitu.
Dialek juga seringkali kedengaran digunakan dalam kalangan masyarakat sekolah
rendah yang dikaji. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek bermaksud satu bentuk
bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza
daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan

4|

kepada penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Ramai
individu yang lebih selesa menggunakan bahasa dialek untuk berkomunikasi sesarna
mereka. Guru Y menyatakan, kebanyakan guru-guru di sekolah ini, terdiri daripada
bumiputera tempatan dan berasal dari sekitar perkampungan dan daerah berdekatan
dengan sekolah ini. Sama ada dalam bilik guru atau di kantin, kami lebih selesa dan
mudah mesra dengan bertutur atau berkomunikasi dengan menggunakan dialek masingmasing. Suasana ini memang jelas berlaku berikutan bahasa dialek yang digunakan
lebih sebati dalam jiwa mereka. Pemilihan penggunaan bahasa dialek atau daerah ini
waima dalam situasi-situasi rasrni adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga
mewujudkan kemesraan sesama mereka. Kanak-kanak juga lebih terbiasa dengan
penggunaan bahasa dialek. Contohnya, dalam sesuatu institusi keluarga lebih kepada
penggunaan dialek, kerana kanak-kanak yang baru belajar bercakap akan mendengar
kata-kata yang diujar oleh orang sekeliling mereka dan lebih terpengaruh dengan bahasa
tersebut. Jarang orang-orang tua mahu menggunakan bahasa baku, lebih-lebih lagi ketika
di rumah. Setelah mencapai usia 5 tahun, sewaktu kanak-kanak dihantar ke sekolah,
barulah bahasa baku diserapkan dengan lebih meluas.
Di sekolah, guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan
bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih mudah
memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat
menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Guru
lebih selesa rnenggunakan bahasa dialek atau bahasa rojak dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun setelah habis sesi pengajaran. Namun, tanpa disedari sikap ambil
mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa.
Seharusnya sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat
dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakan.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa pengaruh bahasa ibunda dan bahasa asing
merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan bahasa. Kesalahan ini
berlaku kerana istilah yang digunakan tidak tepat. Ditambah dengan tiadanya teguran

5|

untuk memperbaiki kesalahan itu, maka penutur menjadi biasa dengan kesalahan
tersebut.
Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat
daripada perkembangan globalisasi ini. Perkembangan ini membawa kepada penggunaan
telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan
ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat
dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan
perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan
perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar.
Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadangkala ayat yang
ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada
perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh
penerimanya dalam ruang terhad itu.
Pelaksanaan bahasa Melayu baku tidak menampakkan kejayaan yang ketara
kerana salah guna bahasa sama ada secara lisan mahupun bertulis masih berlaku.
Kesalahan

berbahasa

Melayu

akhirnya

mencipta

bahasa

rojak

yang

meluas

penggunaannya dalam komunikasi termasuk komunikasi secara formal. Para pelajar tidak
dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul kerana acuannya sendiri. Kenyataan ini
disokong sendiri oleh Awang Sariyan (1994). Menurutnya, salah satu punca utama
terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli menentukan
nasib bahasa Melayu itu sendiri.
Kerancuan bahasa ini tidak dapat dinafikan lagi kerana kerancuan itu berlaku di
bandar mahupun di pelosok pedalaman atau di kampung-kampung. Kegagalan usaha
pembakuan bahasa amat terasa kerana kurang penguatkuasaan dan pemantauan pihakpihak bertanggungjawab. Menurut Hashim Musa (2009:23), kerancuan dan pencemaran
bahasa boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu
kerana akan menjejaskan sistem dan peraturannya menyebabkan kecelaruan dan
ketidaktekalannya. Tambah beliau lagi, ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan

6|

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi
yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh
pengguna bahasanya.
Kerancuan ini memberi kesan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu. Selain
maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercabar, bahasa yang telah
membentuk asas jati diri rakyat negara Malaysia sedikit demi sedikit akan kehilangan
peranannya kerana status dan penghormatan rakyat terhadap bahasa Melayu akan
semakin luntur dan seterusnya terkubur. Ini bererti generasi Melayu akan datang akan
mengetepikan bahasa ini yang mempunyai keunikan dan keindahannya yang tidak
ternilai. Jati diri bahasa Melayu akan hilang, malah masyarakat Melayu akan lebih
mengagungkan bahasa asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Tanpa bahasa yang seragam, guru-guru serta para pelajar akan kehilangan satu
garis panduan, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa baku di sekolah-sekolah tidak perlu dipertikaikan kerana ia
merupakan sebutan dan pertuturan yang bertepatan dengan ejaan. Bahasa ialah
kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas
daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya.
Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.
Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang
walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.
Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili
bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum
bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu
bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu
baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di
negara ini berkumpul dan berbincang.

7|

RUJUKAN
1.

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik Fonetik


dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

2.

Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk guru Bahasa Malaysia. Selangor


Pencetak Polygraphic.

3.

Abdullah Hassan. (2005). Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu. Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

4.

Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas. Selangor: Penerbitan UKM

5.

Asmah Hj Omar, (1986), Bahasa dan Alam pemikiran Melayu, Kuala Lumpur,
DBP.

6.

Farid Mohd Onn. (1980)."Perubahan Bahasa dan Kajian Dialek-satu pendekatan


tatabahasa Generatif" dlm. Dewan Bahasa bil. 6 jil. 24.

7.

J.K. Chambers et al. (1990). Dialektologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

8.

James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

9.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

10.

Suhendra Yusuf. (1998). Fonetik dan Fonologi. Jakarta: Penerbit PT Gramedia


Pustaka Utama.

11.

Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif Teori dan Penerapan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8|

Anda mungkin juga menyukai