Anda di halaman 1dari 6

myVLE

Ilmu pengetahuan amat penting dalam diri seseorang. Tahap pendidikan


seseorang dapat mewujudkan rasa hormat dan memudahkan mereka melaksanakan
tugas yang dipertanggungjawabkan. Di zaman moden ini, ilmu boleh diperoleh sama
ada secara bersemuka atau secara dalam talian. Pembelajaran secara dalam talian
lebih dikenali dengan pembelajaran maya. Pembelajaran maya adalah pembelajaran
dengan menggunakan medium secara online. Pembelajaran dilakukan secara jarak
jauh dengan menggunakan Internet untuk berhubung di antara satu sama lain. Semua
peserta yang menggunakan pembelajaran maya ini akan berbincang menerusi forum
dan perbualan online. Pensyarah juga akan berjumpa semua peserta melalui forum
atau perbualan tersebut. Nota atau tugasan diberi melalui laman web atau e-mel
berbanding dengan pembelajaran secara tradisional kerana peserta dapat bersemuka
antara satu sama lain secara fizikal. Perjumpaan peserta pembelajaran maya adalah
secara dalam talian atau online yang lebih dikenali sebagai Virtual Learning
Environment (VLE).
Virtual Learning Environment (VLE) ini merupakan salah satu cabang dalam
Learning Management System (LMS) dan sebahagian daripada ICT. Penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek
pengajaran di mana pensyarah menggunakan alat teknologi dan aspek pembelajaran
iaitu pelajar menggunakan alat teknologi. Dalam kontek pengajaran pula, ICT sebagai
alat persembahan dan alat demonstrasi. Manakala dalam konteks pembelajaran,
penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan
komunikasi. (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2002).
Pada peringkat pengajian tinggi sistem VLE ini sudah lama diguna pakai.
Halangan-halangan seperti kekurangan pengetahuan dalam mengendali alat ICT,
kurang minat dan kemahiran mengunakan komputer yang rendah boleh menyebabkan
sistem ini berjalan tidak sempurna. Pembelajaran secara dalam talian atau secara
elektronik sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada dalam aspek
ekonomi, keberkesanan dan penggunaan masa. Dengan pembelajaran ini, peserta

tidak perlu pergi ke tempat pembelajaran yang melibatkan kos dan masa. Dari segi
keberkesanan, perkara yang dilakukan secara berulang dapat menambahkan
kefahaman dan ingatan terhadap perkara tersebut. Di Universiti Terbuka Malaysia,
pembelajaran secara maya dikenali sebagai MyVLE.
Pembelajaran maya MyVLE di OUM, sudah semestinya satu kaedah
pembelajaran

yang

sangat

baik

dan

sangat

membantu

diri

saya

dalam

mempertingkatkan pembelajaran di Universiti terbuka Malaysia ini. Melalui


pembelajaran maya MyVLE ini, saya boleh melihat modul dan alat pembelajaran
secara mudah dalam talian. Seterusnya, saya boleh melihat bagaimana myVLE boleh
menyokong pembelajaran terbuka dan jarak jauh, terutamanya persekitaran
pembelajaran dalam talian dengan mudah. MyVLE mempunyai beberapa alat yang
akan meningkatkan pembelajaran dan kolaborasi dalam talian. Alat yang saya
maksudkan dapat dikategorikan manfaatnya kepada empat aspek, iaitu; Penilaian
Kendiri; Bahan Kursus dan Rujukan; Komunikasi dan Kolaborasi Pembelajaran; dan
Perkongsian Sumber dan Maklumat.
Saya boleh menilai sendiri pra-pembelajaran dan pengetahuan pembelajaran
lepas menggunakan soalan penilaian (self-assessment) yang terdapat dalam menu
penilaian kendiri. Alat ini juga membolehkan saya menguji prestasi diri seberapa
kerap yang saya inginkan mengikut kemampuan diri sendiri, keselesaan dan masa
yang sesuai.
Saya juga boleh mengakses maklumat kandungan kursus yang terkini, tepat,
boleh dipercayai dan menepati masa. Melalui tool bahan dan rujukan yang disediakan,
saya boleh mengakses kandungan kursus, tugasan dan maklumat lain pada bila-bila
masa yang sesuai. Melalui akses tugasan, membolehkan saya menghantar dan
mengemukakan tugasan yang telah siap melalui MyVLE sebelum atau pada tarikh
penghantaran tugasan yang ditetapkan.
MyVLE membenarkan saya berinteraksi, berkomunikasi dan belajar daripada
tutor dan rakan-rakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Untuk
menjalankan pembelajaran kolaboratif, setiap pengguna MyVLE disediakan dengan

kemudahan: perbincangan dalam talian dan e-mel. Forum perbincangan dalam talian
bertindak sebagai bilik darjah maya pengguna, di mana isu-isu penting berkaitan
dengan kandungan dalam modul pembelajaran perlu dibincangkan. Dalam latihan
untuk eTutor, kami harus memulakan perbincangan. Dengan seberapa segera saya
akan dapat melihat topik perbincangan dalam forum, sila baca, refleksi dan
memberikan jawapan yang fokus. Melaluinya, saya bukan sahaja dikehendaki
menjawab soalan yang ditimbulkan oleh eTutor saya, tetapi juga membaca jawapan
rakan-rakan lain dan bertindak balas kepada mereka serta menghantar pertanyaan
sendiri. Bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang langsung, tidak perlu
dikemukakan dalam forum perbincangan.
Perbincangan dalam talian adalah satu alat komunikasi yang membolehkan
saya berinteraksi dan membincangkan topik tertentu dengan eTutor dan rakan sebaya
yang lain. Ia adalah satu alat kerjasama yang menggalakkan perkongsian idea. Di
bawah perbincangan dalam talian, Group Tools juga dimasukkan. Ia merupakan satu
lagi alat komunikasi di mana tutor boleh berinteraksi dan memuat-naik nota yang
khusus untuk pelajar dan rakan-rakan lain dalam kursus yang sama. Walau
bagaimanapun, tidak terdapat forum antara saya dan tutor yang telah dikitar.
E-mel merupakan alat komunikasi yang boleh digunakan untuk berkomunikasi
dengan tutor dan rakan sebaya saya yang lain. Setiap pelajar OUM, dianggap sebagai
pelajar baru OUM di mana saya akan menggunakan kemudahan e-mel melalui Gmail.
Sumber Berguna merupakan kandungan tambahan di dalam modul
pembelajaran yang boleh saya gunakan sebagai sumber tambahan bagi mata pelajaran
yang dipelajari. Ia mungkin mengandungi maklumat yang ditambah dari pelbagai
sumber seperti YouTube, iRadio atau laman sesawang yang lain. FAQ juga merupakan
satu lagi kandungan tambahan dalam modul pembelajaran yang boleh saya gunakan
sebagai sumber tambahan bagi mata pelajaran yang saya ikuti. Ia mengandungi soalan
dan jawapan bagi setiap topik yang mungkin telah dipersoalkan oleh pelajar dalam
kelas.

Dengan kemudahan pelbagai capaian dalam MyVLE ini, ia sangat membantu


diri saya untuk mempertingkatkan pembelajaran saya di Universiti Terbuka Malaysia
(OUM) ini dari masa ke semasa. Sesungguhnya, penggunaan multimedia
pembelajaran maya seperti MyVLE yang terdapat dalam aplikasi internet OUM ini,
mempunyai banyak kelebihan kepada pengguna, terutama sekali kepada pelajarpelajar yang sedang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dalam pengajian di
universiti ini.
Sehubungan itu, antara kelebihan penggunaan multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti aplikasi internet MyVLE ini adalah;

a)

Maklumat lebih realistik


Aplikasi multimedia yang berbentuk video mampu mempersembahkan sesuatu

mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini
membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau
turut serta dalam suasana yang digambarkan seperti penonton akan dapat merasai
kesan penceritaan yang ditayangkan dengan gabungan bunyi, video, pergerakan yang
menarik.
b)

Mampu merangsang pelbagai deria


Multimedia merupakan media dinamik yang menggabungkan pelbagai media

yang lain (seperti audio, grafik dan sebagainya). Ini secara tidak langsung mampu
meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media
yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang
pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

c)

Memudahkan proses pengulangan

Menerusi penggunaan multimedia yang berbentuk video, sesuatu penerangan


yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah bagi
membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan.
d)

Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran


Penggunaan media ini boleh mempercepat kadar pemahaman seseorang

pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa
memerlukan tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa.
e)

Mampu meraih emosi dan mengubah sikap


Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih

emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding imej atau media yang statik sifatnya
kerana ini akan merangsang kotak ingatan kekal. Ini membolehkan perkara tersebut
diingati berpanjangan.
f)

Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar


Walaupun sifat asas sesuatu klip video digital adalah dinamik tetapi ianya

mampu dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Para
pelajar boleh memainkan, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klipklip video digital yang disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran masingmasing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran
dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut
keperluan tenaga pengajar semata-mata.
g)

Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan


Dalam

mempelajari

sesuatu

kemahiran

fizikal

seperti

kemahiran

menggunakan perisian komputer, kemahiran melakukan uji kaji, kemahiran


mengendalikan peralatan dan sebagainya, demonstrasi atau tunjuk ajar secara
langsung amat diperlukan. Video digital boleh digunakan bagi membantu dalam
proses membentuk kemahiran lebih pantas dan berkesan.

h)

Menjimatkan masa dan tenaga


Masa persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang

misalnya boleh diringkaskan kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan
telah disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi
lebih pantas dan mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan.

Anda mungkin juga menyukai