Anda di halaman 1dari 12

Petua

Strategi

&P E L A J A R

CEMERLANG
Buku 1

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

1. Pelajar yang cemerlang sentiasa menunjukkan reaksi yang ceria, positif,


bersemangat dan bermotivasi tinggi.
2. Pelajar yang cemerlang memulakan harinya dengan doa. Membaca doa
sebelum mengulangkaji dan juga sebelum menghadapi peperiksaan.
3. Pelajar yang cemerlang menggunakan kedua-dua bahagian otak kanan dan
otak kiri mereka. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti untuk
merangsang otak kanan dan otak kiri.
1
4. Pelajar yang cemerlang merangsang kesemua deria dalanm pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa;
Kita ingat cuma 10% dari apa yang dibaca.
Kita ingat cuma 20% dari apa yang kita dengar.
Kita ingat 50% dari apa yang didengar dan diihat.
Kita ingat 70% dari apa yang dicakapkan.
Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

5. Pelajar yang cemerlang sentiasa membawa pensel / pen dan buku catatan
bersama.
6. Pelajar yang cemerlang akan belajar tiga jam satu hari atau 20 jam satu minggu
(tidak termasuk kerja rumah). Belajar atau mengulangkaji dalam sesi-sesi yang
pendek dan padat (20 minit untuk satu sesi). Diselangi waktu-waktu rehat ( 2-3
minit ) di antara sesi-sesi tersebut. Pembelajaran secara aktif tidak boleh
berterusan selama berjam-Jam Iamanya.
2
7. Pelajar yang cemerlang belajar di dalam persekitaran yang kondusif
Pastikan cahaya terang.
Kurangkan gangguan bising / muzik.
Tampal poster yang mengandungi slogan atau kata-kata hikmat yang dapat
merangsang minat belajar.
Tampalkan gambar-gambar yang dapat menenangkan fikiran dan
diharuskan oleh syariat.
Ubahsuai kedudukan kerusi dan meja tempat belajar agar selesa.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

8. Pelajar yang cemerlang tidak ponteng kelas. Sekiranya ketinggalan kelas,


dapatkan nota dari kawan.
9. Pelajar yang cemerlang sentiasa mengulangkaji menggunakan kaedah "Output
Learning" iaitu belajar untuk melatih sel otak menggunakan maklumat yang
terkumpul. "Output Learning" dapat dilakukan dengan membaca nota / buku,
ingat kembali, lakar/lukis, semak, sebut apa yang difahami dan menjawab
soalan-soalan yang lepas atau soalan-soalan latihan di dalam buku.
3 10. Pelajar yang cemerlang tahu teknik merangsang memori.
a) Memasukkan maklumat dalam memori (registration).
b) Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention).
c) Mengingatkan kembali (recall).
d) Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan yang lain.
(application).
11. Pelajar yang cemerlang mempunyai teknik membaca yang betul.
Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

Memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap apa yang dibaca.


Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
Menyesuaikan kelajuan membaca dengan tahap kesukaran bahan yang
dibaca.
12. Pelajar yang cemerlang, tidak membuang masa dengan belajar ketika keadaan
kita terlalu penat.
13. Pelajar yang cemerlang, belajar mengikut waktu yang paling sesuai dengan diri 4
mereka (study according to your biological clock). Walau bagaimanapun mereka
perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas
bangun tidur, selepas mandi dan selepas sembahyang.
14. Pelajar yang cemenlang, bijak membahagikan masa untuk belajar, bermain,
bersukan dan beribadah.
15. Pelajar yang cemerlang, mengulangkaji secepat mungkin. Salah satu waktu
mengulangkaji yang terpenting adalah ulangkaji ringkas selepas kelas (kita
akan lupa 80% apa yang kita pelajari jika tidak mengulangkaji dalam masa 24
jam).

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

16. Pelajar yang cemerlang, mengulangkaji secara persendirian dan juga secara
berkumpulan.
17. Pelajar yang cemerlang, memahami bahawa mengulangkaji adalah aktiviti
pembelajaran yang terpenting untuk menghadapi peperiksaan. Sekiranya kita
mengulangkaji dengan sistematik kita tidak akan tertekan ketika menghadapi
peperiksaan.
18. Pelajar yang cemerlang, mengulangkaji semua pelajaran berulang kali (jangan
5
ulangkaji sekali sahaja). Lebih kerap kita mengulangkaji, lebih mudah kita
memahami dan mengingatinya.
19. Pelajar yang cemerlang, tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas
belajar atau mengulangkaji dengan membaca surat khabar, membaca majalah.
bersenam dalam bilik. menelefon kawan, bersiar-siar di kebun, bersukan,
melawat kawan, makan atau minum dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan
serta menyegarkan otak.
20. Pelajar yang cemerlang, mengetahui petua-petua untuk mengelakkan diri
menjadi pelupa.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

Elakkan makan kepala ikan.


Elakkan minum semasa makan.
Elakkan minum atau makan makanan yang tercemar dengan semut.
Elakkan kencing berdiri.
Elakkan dari sering melihat buih.
21. Pelajar yang cemerlang, mengamalkan pemakanan tambahan yang boleh
merangsang minda seperti kurma, kismis, badam, ginko dan kolostrum susu 6
lembu.
22. Pelajar yang cemerlang, mempunyai kemahiran mengingati;
Tampal nota-nota penting di dinding (membantu mengingat melalui
"Subliminal Learning).
Pemerihalan bergambar (tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk
gambar atau rajah).
Bentuk nemoik (gabungan huruf pertama dari kata-kata kunci untuk

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

membentuk perkataan baru).


Kaitkan dengan cerita (reka cerita mengenai perkataan atau konsep yang
perlu diingati, lagi unik cerita lagi baik).
Pecahkan. (Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil dan analisis
secara logik perkaitannya).
23. Pelajar yang cemerlang, mempunyai jadual belajar yang boleh diikuti dan patuh
kepada jadual tersebut.
7
24. Pelajar yang cemerlang tidak menangguh belajar ke saat akhir dan tidak
menumpukan kepada peperiksaan semata-mata sebagai dorongan untuk
belajar.
25. Pelajar yang cemerlang setiasa mencari bahan-bahan mata pelajaran yang dia
masih tidak tahu. Adalah lebih baik kita mengetahui apa yang kita tidak tahu
sekarang daripada ketika masa sudah terlalu suntuk. Senaraikan perkaraperkara, atau soalan-soalan yang kita tidak tahu dan secara beransur-ansur
dapatkan penyelesaiannya.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

26. Pelajar yang cemerlang membina kepelbagaian (variety) di dalam


pembelajaran. Contohnya sekiranya kita belajar, janganlah seluruh masa
dalam satu hari kita belajar satu mata pelajaran sahaja. Gunakan masa untuk
membaca, kemudian kita membuat latihan matematik. Selepas itu kita buat
sedikit perancangan pembelajaran untuk minggu hadapan.
27. Pelajar yang cemerlang menggunakan masa terluang dengan berfaedah.
Misalnya masa di antara kedatangan guru B selepas guru A beredar dari kelas
atau masa kita sedang menunggu bas atau masa-masa lapang di antara 8
kesibukan kerja di rumah. Gunakan masa ruang ini untuk membuat tugasantugasan kecil seperti mencatatkan dua atau tiga idea.
28. Pelajar yang cemerlang, sentiasa ada sesuatu yang dia boleh belajar walaupun
di mana dia berada. Tidak perlu untuk membawa semua buku atau nota kita ke
mana-mana kita pergi sepanjang hari, tetapi adalah lebih baik sekiranya kita
dapat membawa buku kecil atau nota ringkas bersama-sama kita.
29. Pelajar yang cemerlang tidak belajar di tempat yang digemari sahaja.
Sebaliknya bersedia untuk belajar di mana-mana sahaja.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

30. Pelajar yang cemerlang, membuat sekurang-kurangnya satu kebaikan sehari.


31 . Pelajar yang cemerlang, menjadikan buku dan notanya terserlah. Kita kena
pastikan supaya kita dapat mengenal pasti idea atau konsep penting pada tiaptiap muka surat dengan sekali imbas. Ini dapat dilakukan dengan menggariskan
maklumat yang penting menggunakan pen warna atau 'membulatkan' katakata kunci atau menggunakan 'highIiters' atau pun membuat corak-corak
tertentu pada perkara penting.
9 32. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa
a) Taat dan patut kepada ajaran agamanya.
b) Menghormati kedua ibu-bapanya dan sentiasa mendoakan untuk mereka.
c) Menghormati, menyayangi serta mendapatkan bimbingan serta panduan
dari guru.
33. Pelajar yang cemerlang sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan
melakukan senaman, mengambil makanan yang berkhasiat, menjauhi tabiat
merokok, penyalahgunaan dadah, minum minuman keras dan seks bebas.

Petua

&Strategi

PELAJAR

CEMERLANG

34. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa bersyukur dan bertawakkal tetapi tidak
akan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang telah diperolehi.

KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,


BUKANNYA KEPADA PENCAPAIAN.
USAHA YANG SEMPURNA IALAH
KEMENANGAN YANG SEMPURNA"

10

Kejayaan
tidak datang
kepada
manusia yang
leka.

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan


manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma."

Anda mungkin juga menyukai