Anda di halaman 1dari 14

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

PENGANTAR BAHASA MELAYU

KRB 3033

TUGASAN PJJ
DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

NO TELEFON

KUMPULAN PENSYARAH E-LEARNING TARIKH SERAH

: : :

PENULISAN BERFOKUS KESALAHAN DALAM PENULISAN KARANGAN BEH HOOI JOO

Kesalahan dalam penulisan karangan terutama kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan murid tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah murid itu sendiri. Dalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) mengkategorikan empat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau bagaimanapun, menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan, lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitud termasuklah kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005).

Money (2004) dalam kajiannya tentang analisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan tatabahasa dari aspek perkataan, frasa dan ayat. Supian (1994) pula mendapati bahawa kebanyakan pelajar Cina yang mempelajari bahasa Melayu

melakukan kesalahan frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif, frasa kerja pasif pelaku diri pertama, kedua dan ketiga. Kajian beliau membuktikan kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar berbanding kesalahan frasa kerja yang lain.

Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajar bahasa kedua melakukan kesalahan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja (Hashim, 2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002), kesalahan frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee, 2007; Abisamra, 2003; Saw,1997 & Ellis,1997).

Dalam tugasan ini, kajian dibuat tentang kesalahan bagi tiga skrip karangan murid. Kesalahan yang dilakukan murid dikelaskan kepada beberapa kesalahan. Kesalahan pertama menjurus kepada kesalahan morfologi yang merangkumi kesalahan sendi nama, kata bilangan, kata pemeri, frasa kerja, menjarakkan imbuhan pinjaman dan frasa yang lewah. Kesalahan kedua menjurus kepada kesalahan tatabahasa yang melibatkan penggunaan kata sempang. Seterusnya kesalahan sintaksis yang meliputi kesalahan bagi ayat tergantung, ayat pasif, struktur ayat tidak tepat dan ayat kabur. Kemudian, kategori kesalahan terakhir ialah kesalahan ejaan yang merangkumi kesalahan ejaan kata asli bahasa melayu, kesalahan ejaan kata pinjaman dan kesalahan ejaaan kata majmuk.

Berikut adalah jadual yang diringkaskan kesalahan dari tiga skrip jawapan karangan murid.

KESALAHAN

FOKUS

AYAT Murid kerap tidak dapat membezakan antara kata sendi nama didengan imbuhan di Salah dikampung, diterusan, di hanyutkan

MORFOLOGI

KATA SENDI NAMA

Betul di kampung, di terusan, dihanyutkan

Murid tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada Salah daripada sekolah, dari orang ramai Betul dari sekolah, daripada orang ramai

Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak). Antara kesalahan yang berlaku di dalam kelas adalah Salah semua penduduk-penduduk... Betul semua penduduk kampung........... KATA BILANGAN Kesalahan timbul apabila pengguna tidak menggandakan kata bilangan himpunanan.

Salah beratus murid Betul beratus-ratus murid KATA PEMERI Kesalahan wujud dalam penggunaan kata darjah penghabisan. Salah paling buruk sekali Betul paling buruk, buruk sekali, JARAKKAN IMBUHAN PINJAMAN Salah ko kurikulum Betul kokurikulum FRASA YANG LEWAH Salah - Antara tugas-tugas............. Betul - Antara tugas.............. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh, Salah memperbaiki Betul - membaiki atau memperbaik TANDA BACA TANDA SEMPANG Kesalahan tanda sempang berlaku seperti awalan se diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar), untuk menulis kata ulang ( kata ganda ) dan untuk memperjelaskan ungkapan. Salah masing masing, bertungkus lumus Betul masing-masing, bertungkus-lumus Bentuk lewah. Sebagai contoh , Berapa situasi kesalahan tatabahasa menjarakkan imbuhan pinjaman kerap berlaku di kalangan murid

AYAT PASIF

Kesalahan tatabahasa wujud dalam pembentukan ayat pasif. Salah .........turut dijalankan oleh kami. Betul ..........turut kami jalankan. Salah Aspek kebersihan sekolah dan kawasan kelas, semasa guru bermesyuarat tergempar turut dijalankan oleh kami. Betul Aspek kebersihan sekolah dan kawalan kelas semasa guru bermesyuarat tergempar turut kami jalankan. Salah Saya jerit apabila menyedari.... Betul Jerit saya apabila menyedari......

SINTAKSIS

AYAT TIDAK TEPAT

AYAT KABUR

EJAAN

KATA PINJAMAN

Ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun. Salah dua kilometre Betul dua kilometer

KATA MAJMUK

Kesalahan ini termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya. Salah tanggung jawab Betul tanggungjawab

PUNCA MURID MELAKUKAN KESALAHAN DALAM AYAT

Tidak dinafikan bahawa banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan dalam ayat semasa murid membuat karangan. Kesalahan bahasa tidak hanya berlaku semasa seseorang itu bertutur, bahkan berlaku juga semasa seseorang itu menulis. Menurut Lutfi Abas (1987:1669) kesalahan terjadi kerana faktor-faktor kejahilan, falsafah bahasa, gangguan psikologi, budaya bahasa, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan pengaruh bahasa asing.

Dalam karangan yang dikaji, gangguan bahasa ibunda atau dialek bahasa pertuturan harian, bahasa daerah dan bahasa pasar banyak mempengaruhi hasil karangan yang ditulis. Contohnya, perkataan menunggang basikal ditulis sebagai naik basikal dalam ayat. Ini kerana murid sudah terbiasa menggunakan perkataan tersebut di dalam perbualan harian.

Ditambah lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan penggunaan gajet serba moden lagi canggih sejak akhir-akhir ini bukan saja merubah cara manusia berkomunikasi menjadikannya lebih pantas biar pun di mana berada, malah ia juga mampu merubah gaya hidup mereka. Satu daripada perubahan ketara yang berlaku sehingga menjadi satu fenomena terutama di kalangan generasi muda kini ialah penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber. Memandangkan ia sudah menjadi amalan kehidupan seharian golongan muda, penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber didapati semakin mempengaruhi kehidupan dan urusan harian mereka terutama murid termasuk dalam menyiapkan tugasan sekolah. Bahasa yang digunakan dicampur aduk dan diringkaskan sehingga hilang ejaan, struktur ayat dan kosa kata asalnya menjadikan golongan bukan sebaya sukar memahaminya.

Seterusnya kekeliruan berpunca daripada kecuaian dan kurang pengetahuan tentang bentuk perkataan, imbuhan yang betul berasaskan perbezaan antara penyebutan dan visualisasi atau penglihatan. Contohnya perkataan yang mempunyai imbuhan ...kan sering dilupakan oleh murid. Kesalahan dalam ayat semasa membuat karangan juga berpunca daripada pengaruh media massa seperti filem, lakonan dan iklan. Murid mudah mengingati apa yang mereka perhatikan. Begitu juga dengan kesalahan pada papan tanda banyak memberi ingatan negatif terhadap cara penulisan ayat murid di sekolah.

Selain itu, murid sering disogok dengan kebiasaan penggunaan soalan ujian berbentuk objektif sehingga murid tidak biasa menulis ayat dengan betul. Murid terbiasa membaca dan mencari jawapan tanpa melatih tangan untuk menulis dan membina ayat sendiri. Apa yang paling membimbangkan ialah, murid menganggap Bahasa Melayu itu mudah kerana mereka dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta dapat berkomunikasi dengan rakan lain dalam bahasa ini. Ini menyebabkan murid ambil ringan terhadap tatabahasa dan susunan ayat semasa membuat karangan.

Antara lain yang menyumbang kepada kesalahan dalam ayat semasa membuat karangan ialah kekurangan guru Bahasa Melayu di sesetengah sekolah sehingga guru subjek lain yang mengajar Bahasa Melayu. Ini menyebabkan kesalahan demi kesalahan tidak diperbetulkan dan tidak ditegur. Maka kesalahan murid terus berulang sehingga mencapai tahap umur yang berikutnya. Kesalahan yang sering diulang susah untuk diperbetulkan pada tahap yang tinggi kerana murid terbawa-bawa cara penulisan lampau. Punca punca lain yang dapat dikesan walau pengaruhnya adalah kecil ialah kita kekurangan model yang bertutur dalam bahasa lisan baku. Di sekolah juga, segelintir sahaja guru yang berbahasa lisan baku. Kebanyakan daripada guru-guru bertutur berdasarkan dialek asal negeri masing-masing.

KESAN DARIPADA KESALAHAN AYAT

Kesalahan ayat yang dibuat tanpa diperbetulkan akan mengundang banyak masalah di kemudian hari. Kesan yang pertama berikutan penggunaan bahasa singkatan dalam penulisan iaitu kegagalan murid menulis bahasa standard kerana sudah terbiasa menggunakan bahasa singkatan SMS atau chatting ini pada peringkat sekolah akan memberi kesan negatif terhadap keyakinan mereka menghasilkan penulisan bermutu apabila melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Oleh kerana gejala ini berlaku secara berleluasa dalam kalangan pelajar Melayu khususnya, kita khuatir satu hari nanti pencapaian murid Melayu bagi subjek bahasa Melayu akan lebih teruk berbanding bukan Melayu.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang kesalahan bahasa dalam ayat. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesankesan yang timbul akibat daripada penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan perlu dikenal pasti supaya langkahlangkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya.

Seperti yang telah dikatakan kesalahan dalam ayat akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang salah telah memberi gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lamakelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak khususnya akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa yang salah dalam karangan merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu.

Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakan pelajar sering menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh kesalahan dalam ayat.

Tambahan pula, kesalahan dalam ayat sama ada semasa pertuturan atau menulis akan menyebabkan pengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kita kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati. Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa yang salah.

LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH KESALAHAN AYAT

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan pada abad ke-21, guru-guru mestilah berperanan untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa penghantar ilmu. Justeru, para guru sebagai pelaksana dasar perlu menyelesaikan beberapa masalah pendidikan bahasa Melayu sebagai agenda penting abad ke - 21. Masalah tersebut ialah masalah kualiti bahasa Melayu para murid dan guru, ketrampilan mengajar guru dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa. Oleh sebab itu kelemahan aspek tatabahasa dalam kalangan para murid berbangsa Cina dan India perlu diatasi dengan segera oleh guru-guru supaya pencapaian mereka dapat ditingkatkan agar matlamat kurikulum bahasa Melayu akan terlaksana. Guru-guru yang mengajar murid-murid ini hendaklah sentiasa peka terhadap pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu supaya dapat dimanafaatkan oleh murid-murid. Antara perkara yang disarankan kepada guru-guru Bahasa Melayu pada peringkat rendah ialah kaedah permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar,1996),

kaedah terjemahan (Abdullah, 1994), kaedah terus dan kaedah sugestopedia (Zulkifley, 1994) Terdapat pelbagai bentuk permainan bahasa yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti kuiz dan cantuman kad. Menurut Siti Hajar (1996), permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri pelajar. Bahasa yang digunakan dalam permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Pelajar biasanya seronok apabila dihadapkan dengan permainan mencabar. Melalui permainan bahasa, secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Kamarudin (1988) mencadangkan para guru menggunakan sama ada pendekatan induktif, pendekatan deduktif atau pendekatan eklektif untuk mengajar tatabahasa kepada pelajar kerana tatabahasa merupakan satu bidang yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi dan ayat-ayat dengan menggunakan formula dan peraturan tertentu. Ahmad Mahmood Musanif (2000) turut menyatakan pendekatan semantik boleh digunakan untuk menghuraikan imbuhan bagi mengatasi masalah kesalahan dalam morfologi. Akhir sekali, buku-buku lain yang perlu dibaca oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1982),

Ayat Pasif Bahasa Melayu oleh Abdul Hamid Mahmood, (1992), Sintaksis Bahasa Melayu Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan oleh Ramli Haji Salleh (1995) dan Menguasai Bahasa Melayu Tinggi oleh Abdul Hamid Mahmood (2000). Manakala antara buku yang perlu dijadikan pegangan para guru Bahasa Melayu ialah Tatabahasa Bahasa Melayu oleh Arbak Othman (1981),Nahu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (1982), Tatabahasa Dewan Edisi Baru oleh Nik Safiah Karim et al (1993), Tatabahasa Dinamika oleh Abdulllah Hassan (1994), dan Kursus Bahasa Melayu oleh Abdul Hamid Mahmood (2006). Selain itu, guru juga tidak harus menggunakan bahasa singkatan SMS ketika menulis nota, membuat catatan atau menjawab mesej daripada pelajar kerana ia boleh menjadi alasan bagi mereka terus mengguna pakai bahasa singkatan SMS dalam pelajaran. Anggaplah pendedahan yang dibuat menerusi laporan akhbar sebagai peringatan semua pihak termasuk murid supaya lebih berwaspada ketika membuat tugasan tertentu. Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini dan sentiasa mengingatkan murid agar tidak menggunakan bahasa tidak rasmi ketika menulis karangan. Menulis karangan bukanlah hadir secara imaginasi tetapi penulisan ayat semasa membuat karangan memerlukan latihan berterusan. Murid perlu didedahkan dengan cara bina ayat, struktur ayat yang betul malah guru bahasa Melayu tidak boleh memandang ringan bagi aspek tatabahasa. Murid juga perlu ditekankan dengan pembacaan yang banyak kerana jika murid rajin membaca, murid mudah mengecam cara ayat itu disusun. Program NILAM yang dijalankan di sekolah-sekolah banyak membantu guru bahasa Melayu malatih murid membaca dan menyalin. Program di bawah jawatankuasa NILAM seperti kem membaca, pertandingan bercerita dan pertandingan tokoh NILAM boleh membantu murid-murid mengenengahkan bakat dan penulisan bahasa mereka. Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala kesalahan dalam ayat dan bahasa singkatan. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lamakelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan

bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi kesalahan dalam ayat Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi. Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program televisyen yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program Gengstarz, One In A Million dan Akademi Fantasia yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa supaya golongan di peringkat sekolah terus terikut-ikut.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan bahasa yang salah dan kesalahan dalam ayat yang berleluasa telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus bekerjasama bak kata pepatah berat sama dipikut, ringan sama dijinjing untuk menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Guru-guru di peringkat rendah terutamanya memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk murid-murid agar betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Diharapkan segala usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.

RUJUKAN INTERNET

http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/03/empat-kesalahan-penggunaan-tatabahasa.html http://rasidtakim.blogspot.com/2012/12/kesalahan-pelajar-semasa-menulis.html http://librarykpm.moe.gov.my/cgibin/gw/chameleon?sessionid=2010121317592601717&skin=default&lng=en&inst=consortiu m&host=10.251.26.19%2B1112%2BDEFAULT&patronhost=10.251.26.19%201112%20DE FAULT&search=SCAN&function=INITREQ&sourcescreen=COPVOLSCR&pos=1&rootse arch=3&elementcount=1&u1=4&t1=Analisis%20kesalahan%20Bahasa%20dalam%20karang an%20pelajar%20Tingkatan%20Dua,%20SMK%20Beserah,%20Kuantan,%20Pahang%20D arul%20Makmur%20%2F&beginsrch=1 http://fhiblog.blogspot.com/2010/07/kesalahan-tatabahasa-dalam-penulisan.html http://nursidahny59.blogspot.com/2010/05/kajian-kelemahan-tatabahasa-pelajar.html http://studentsrepo.um.edu.my/1062/8/bab_5.pdf

RUJUKAN BUKU ILMIAH Choong Foo, Norhayati Malek (2012).100 Koleksi karangan dwibahasa. Selangor: Penerbitan Prestasi Sdn.Bhd. Khairuddin Ayip (2012). Pasport UPSR Bahasa Malaysia UPSR. Selangor: Info Didik Sdn. Bhd. Rohayati A. Rahman, Mohd Azizi Shahrar (2012). Revisi Ekspres Bahasa Malaysia UPSR. Selangor: Ilmu Bakti Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai