Anda di halaman 1dari 13

MYM.

Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

Pendahuluan.
Pendidikan adalah aset utama bagi sesebuah negara. Tanpa pendidikan, sesebuah
negara itu tidak akan maju walaupun mempunyai ramai bilangan penduduk. Malaysia
adalah sebuah negara yang meletakkan pendidikan sebagai agenda utama. Pelbagai
usaha telah dijalankan oleh kerajaan termasuklah menggariskan beberapa dasar yang
berkaitan dengan pendidikan untuk memastikan bahawa rakyatnya mempunyai
pendidikan.

a) Definisi Dasar
Menurut http://dict.rewaz.org dasar adalah “Pendirian yang menjadi asas segala
tindakan”. Manakala dari http://www.slideshare.net/eznor77/dasar-awam-1-
7248239, dasar adalah “Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai
sesuatu maksud atau kehendak”. Namun dari pemahaman penulis, dasar adalah
satu garis panduan pentadbiran (yang dikeluarkan oleh kerajaan memerintah)
yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat, misi
dan visi sesebuah Negara.
1. Dasar Awam
Satu pengistiharan (hasrat dan pemikiran kerajaan) dibuat dari semasa ke
semasa untuk membantu proses pengurusan dan pemerintahan negara, agar
objektif kerajaan memerintah tercapai. Kenapa perlunya sesebuah kerajaan
memerintah memperkenalkan sesuatu dasar itu? Diantara sebabnya adalah
untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi negara seperti pembangunan
ekonomi, pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam, kestabilan atau
keselamatan negara dan juga kebajikan masyarakat terjaga dan terpelihara serta
untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatupadu berasaskan sistem
demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil.

Jenis-jenis Dasar Awam (Kerajaan) adalah seperti berikut:-


i. Dasar-Dasar Ekonomi
a. Dasar Pembangunan Nasional
b. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
c. Dasar Perindustrian Negara

1
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

d. Dasar Pertanian Negara


e. Dasar Penswastaan
f. Dasar Pensyarikatan Malaysia
g. Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar
Bandar
h. Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
i. Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta
j. Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya
Pengeluaran Negara
ii. Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja
a. Dasar Pendidikan Kebangsaan
b. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
c. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran
d. Dasar Pandang Ke Timur
e. Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
f. Kepimpinan Melalui Teladan
iii. Dasar-Dasar Luar
a. Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)
b. Antartika
c. Rancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)

2. Dasar Pendidikan
Dasar pendidikan wujud hasil dari ketidak seragaman pendidikan sebelum
merdeka dimana wujud lima jenis aliran sekolah akibat dasar terbuka penjajah
Inggeris. Sekolah-sekolah ini terpisah kedudukannya mengikut kedudukan muka
bumi dan taburan penduduk. Jenis-jenis sekolah tersebut adalah Sekolah
Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Agama, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.
Dari itu kurikulum bagi kelima-lima aliran sekolah turut berbeza. Ini
mengakibatkan anak-anak Melayu, Cina dan Tamil tidak dapat bergaul dan tidak
wujud persefahaman. Anak-anak Cina dan Tamil belajar di bandar manakala
anak Melayu tersisih di luar bandar. Tidak ada dasar mengenai bahasa

2
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

penghantar yang tunggal. Ini mengakibatkan tidak wujudnya perpaduan. Apabila


perpaduan gagal di wujudkan maka sukarlah untuk kerajaan membentuk sebuah
Negara dengan keunikkannya ini. Bagi membentuk sebuah Negara Perdana
Menteri pada masa itu telah mencadangkan melalui Penyata Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960 tiga teras utama iaitu pertama sistem persekolahan
yang sama bagi semua bangsa, kedua Bahasa Malaysia sebagai bahasa
penghantar utama di semua peringkat persekolahan dan ketiga kurikulum dan
peperiksaan sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan.

3. Dasar Strategik Pendidikan


Dasar ini terbentuk hasil daripada dasar pendidikan Negara yang mana dasar
ini menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersatupadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dari itu
kerajaan perlu menetapkan misi dan visi pendidikan Negara agar ianya mampu
menyokong dasar yang telah digariskan. Satu penyusunan sistem pendidikan
yang strategik perlu disusun agar kerajaan memerintah mampu melahirkan
rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia
bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.
Kerajaan telah mengariskan sistem persekolahan berkonsepkan seperti berikut:
 Peringkat Rendah
Difokuskan kepada keupayan pelajar-pelajar menguasai kemahiran
3M iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira. Selain itu
kerajaan turut mewujudkan satu sistem pendidikan yang percuma dan
wajib diperolehi oleh setiap lapisan masyarakatnya. Kerajaan juga
telah menetapkan jika ibu bapa gagal memastikan anaknya mengikut
pendidikan wajib ia akan didapati bersalah dari segi undang-undang,
dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak

3
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-


duanya sekali.
 Menengah Rendah
Ianya merupakan kesinambungan persekolahan peringkat rendah dan
di peringkat ini ia akan menentukan sejauh mana keberkesanan
pembelajaran murid di peringkat rendah.
 Menengah Atas
Di peringkat ini ia lebih memfokuskan kepada aliran-aliran
pembelajaran pelajar-pelajar sama ada berbentuk akademik seperti
aliran sains, aliran sastera mahupun aliran agama. Selain itu bagi
membantu pelajar-pelajar yang kurang kemampuanya di dalam bentuk
akademik kerajaan telah mewujudkan satu aliran baharu iaitu aliran
vokasional yang lebih menjurus kepada kemahiran teknikal seperti
pertukangan (kemahiran hidup), ekonomi rumahtangga, pertanian dan
perdagangan
 Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diperkenalkan pada pelajar-pelajar di
tingkatan 6 bagi membolehkan mereka bersedia untuk cabaran yang
lebih getir lagi di peringkat pendidikan tinggi.

Pendidikan tinggi ini amat penting bagi negara seperti Malaysia yang
telah meletakkan wawasan 2020 sebagai matlamat untuk mencapai
negara maju dan menjadikan Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai
teras untuk mencapai status negara yang berpendapatan tinggi.
Kecemerlangan pendidikan, pemikiran kreatif dan strategik serta
kemahiran dalam kepimpinan adalah sesungguhnya merupakan modal
insan yang terpenting untuk memacu kemajuan negara sejajar dengan
pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Justeru,
kerajaan telah meletakkan sasaran 50% kohot 17-23 tahun yang
mempunyai pendidikan tinggi dan 30% tenaga kerja akan
berpendidikan tinggi pada tahun 2020.

4
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

b) Dasar Penswastaan
1. Latarbelakang
Dasar penswastaan diperkenalkan pada 1983 oleh Perdana Menteri pada
masa itu iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun) hasil
daripada Dasar Persyarikatan Malaysia yang diperkenalkan pada masa itu.
Dasar ini diperkenalkan bagi membantu Malaysia mengurangkan beban
kewangan yang besar di dalam perbelanjaan mengurus kerajaan hasil
daripada saiz Perkhidmatan Awam yang besar serta keadaan ekonomi yang
meleset pada masa itu.

Penswastaan di sini membawa maksud pemindahan aktiviti dan


tanggungjawab awam sama ada berbentuk kepentingan/pelaburan awam
(kerajaan) yang tertentu kepada sektor swasta. Perpindahan ini adalah dalam
bentuk entiti dimiliki kerajaan dan pelaksanaan projek baharu. Pemindahan
ini melibatkan tiga komponen iaitu pertama tanggungjawab, kedua aset atau
hak menggunakan aset, dan ketiga kakitangan. Sesuatu bentuk penswastaan
seharusnya melibatkan pemindahan sekurang-kurangnya satu dari tiga
komponen yang dinyatakan di atas. Penswastaan bertujuan untuk
mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan
penghasilan kerja (mengurangkan birokrasi), menggalakkan pertumbuhan
ekonomi, mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
dan yang terakhir mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi
Baru (DEB).

Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad percaya kepada prinsip
persaingan. Beliau menegaskan bahawa persaingan akan meningkatkan
kecekapan dan pasti akan menguntungkan kerajaan tetapi jika berlakunya
kepincangan dimana-mana, kesalahan itu bukan kesalahan kerajaan tetapi
kesalahan kepada syarikat yang terlibat. Beliau juga percaya kepada
perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta. Bagaimana ini boleh

5
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

terjadi? Syarikat-syarikat multinasional atau gergasi akan ditawarkan/ dipilih


bagi membantu atau menaung syarikat yang lebih kecil. Ia bertindak sebagai
pemangkin atau penggalak kepada syarikat yang dinaunginya. Ini akan
membolehkan perkongsian teknologi berlaku dan pastinya akan membantu
syarikat yang lebih kecil untuk maju ke hadapan dalam jangka masa yang
singkat. Dasar ini juga membolehkan syarikat mendapat teknologi dan
kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing,
kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat perunding. Seterusnya
membolehkan rakyat Malaysia dengan sendirinya mengendali dan mengurus
teknologi baru dalam bidang tertentu dalam peningkatan kecekapan dan
produktiviti. Ini kembali akan menguntungkan kerajaan.

Selain itu peluang pekerjaan juga akan bertambah selari dengan


pertambahan syarikat-syarikat atau projek baharu yang dihasilkan. Ini dilihat
sebagai satu cara yang mudah lentur dimana ianya bersifat dinamik dan
mudah alih. Ini kerana sebelum ini adalah sukar bagi kerajaan menyingkirkan
pekerja yang kurang produktif. Dengan cara ini pekerja yang tidak setuju
dengan dasar syarikat yang ditubuhkan, boleh memohon kekal dengan
kerajaan tetapi dipindahkan ke tempat yang baharu. Selain itu penawaran
skim perkhidmatan yang lebih menarik menjadi umpan kepada pekerja-
pekerja yang kekal bersama syarikat. Pekerja secara automatik menjadi lebih
rajin kerana mendapat bayaran gaji yang tinggi. Mereka juga dibenarkan
untuk berkerja lebih masa dan bekerja lain di luar perkhidmatan. Sekiranya
pekerja ini tidak menerima cadangan untuk berpindah mereka telah
disediakan dengan jalan keluar iaitu berhenti dan mendapat pampasan yang
tinggi. Wang pampasan boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan atau
menjadi usahawan baru.

Dengan adanya serahan kuasa kerajaan kepada syarikat-syarikat baharu ini


kakitangan-kakitangan syarikat terutamanya pengurusan tertinggi syarikat
akan lebih bertanggungjawab kerana rasa akan pemilikkannya. Mereka

6
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

mempunyai kepentingan yang diperkenalkan melalui pemilikan saham-saham


syarikat. Semasa penswastaan dilaksanakan, sejumlah saham diberikan
kepada pengurusan tertinggi dan kakitangan secara percuma atau saham
istimewa. Sebahagian saham lagi akan dibuka kepada awam untuk
memilikinya. Secara tidak langsung program-program ini telah memberi
sumbangan pendapatan yang banyak kepada Kerajaan daripada penjualan
aset dan ekuiti.

Dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam


mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelabuaran yang lebih
besar dan yang membawa kepada pengembangan sektor korporat. Sebagai
contoh pengkopratan ini telah digunakan sepenuhnya oleh Universiti Malaya
(UM) dengan menubuhkan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya
(UMCCed) pada tahun 1998. Penubuhan UMCCed merapatkan lagi UM
dengan industri melalui peluang-peluang peningkatan ilmu pengetahuan dan
latihan kemahiran yang dibuka untuk golongan bekerja khususnya di swasta.
UMCCed beroperasi secara kendiri (self-sustaining) dan kini telah pun
mengeluarkan seramai 14,000 graduan program sijil dan diploma eksekutif
yang mana jika UM sendiri ingin melaksanakan adalah agak mustahil kerana
terpaksa mengeluarkan kos yang besar bagi kemudahan yang perlu
disediakan kepada pelajar. Secara tidak langsung perkongsian maklumat dan
teknologi baru dapat terlaksana dan akan menguntungkan Kerajaan.
UMCCed mendokong usaha kerajaan untuk melahirkan tenaga manusia yang
mahir, produktif dan mementingkan kualiti, peningkatan pengetahuan setiap
pekerja pasti dapat mempertingkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah
negara dan organisasi khasnya.

Dari itu semua program-program UMCCed dirancang dan disusun mengikut


keperluan ini agar matlamat Negara untuk mencapai Negara maju dengan
berdasarkan penghasilan sumber tenaga yang berkualiti tinggi dapat
terlaksana.

7
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

Selain dari itu penswastaan ini digunakan oleh kerajaan di dalam membantu
kaum Bumiputera mencapai sasaran 30 peratus pemilikan saham atau ekuiti
syarikat pada 1990. Pada 1970 pemilikan saham oleh Bumiputera hanya
sekitar 2.4 peratus dan bagi tempoh 1981 hingga 1985, jumlah itu meningkat
kepada 17 peratus dan pada 1990, jumlah keseluruhan saham Bumiputera
termasuk saham persendirian dan amanah mencecah 31 peratus saham.
Peratusan yang meningkat ini juga menunjukkan dasar ini telah berjaya
membantu kerajaan mencapai aspirasi untuk menyaksikan kaum Bumiputera
ini mencapai kejayaan ekonomi yang merapatkan jurang dengan kaum lain
dan pada masa yang sama melahirkan golongan-golongan elit dan kelas-
kelas yang berpihak kepada kerajaan.

2. Pelaksanaan program penswastaan


a. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti
yang akan diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.
b. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan
bagi memenuhi matlamat sosioekonomi.
c. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha
penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang
diswastakan.
d. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangna syarikat
tempatan khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur.
e. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi
memastikan idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang.
f. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat
serta melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program
pembangunan vendor.
g. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan
baru bagi entiti yang diswastakan.
h. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan
keberkesanannya.

8
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

i. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi


entiti yang diswastakan.
j. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan
mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar Negara.

3. Jenis-Jenis Penswastaan
a. Bina dan kendali – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau
TV3. Sebelum ini kerajaan memonopoli industry penyiaran melalui
Radio Television Malaysia (RTM). Melalui dasar penswastaan ini
pesaingan digalakkan maka terlancarlah saluran TV3 pada 1984 yang
dimiliki oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad. Banyak projek terus
diberikan kepada TV3 yang kemudian menjana begitu banyak
keuntungan hasil dari perkembangan syarikat-syarikat serta produk-
produk di dalam pasaran.
b. Bina, kendali dan pindah – Projek Lebuhraya Utara Selatan
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan kerajaan
yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di
seluruh Semenanjung Malaysia. LLM bertanggungjawab untuk
merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek - projek
lebuhraya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta
Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Lebuhraya tol yang pertama yang telah dirancang, direkabentuk,


dibina dan diselenggara di bawah pengawasan LLM ialah Lebuhraya
Utara Selatan. Ekoran dari dasar penswastaan kerajaan, Lebuhraya
berkenaan dan lain-lain lebuhraya selepas itu telah diswastakan.

Pada bulan Mac 1988 perjanjian konsesi penswastaan Lebuhraya Tol


Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang telah di
tandatangani, iaitu penswastaan projek infrastruktur yang terbesar
yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, untuk membina baki

9
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang.


Perjajian ini adalah untuk selama 30 tahun mulai 1 Jun 1988 dan
penyerahan sepenuhnya operasi tol bagi bahagian-bahagian
lebuhraya yang telah siap dibuat dalam bulan Disember 1988. LLM
memainkan peranan penting dalam mengesan, mengawal, menyelaras
dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat - syarikat konsesi dalam
urusan operasi dan penyenggaraan lebuhraya. Bagi Semua lebuhraya
yang sedang beroperasi aspek penyenggaraan adalah amat penting.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua lebuhraya tersebut
selamat dan selesa.

c. Ekuiti -Syarikat Airod Sdn.Bhd


d. Penjualan eset atau ekuiti
e. Pengambilalihan pengurusan - Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat bekalan elektrik yang


terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0
billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung
Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi


tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik
ke seluruh negara. TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam
pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel,
sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik,
menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar
pengurusan projek. TNB juga mengendali universiti swasta iaitu
Universiti Tenaga Nasional.

f. Pajakan dan jualan harta – tempat letak kereta

10
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

g. Perbadanan (Kontrak pengurusan) – Malaysia International Shipping


Corporation Berhad (MISC)

4. Pencapaian
A. Kebajikan pekerja lebih baik dari segi gaji dan bonus serta ditawarkan
saham
B. Pengurangan tanggungan kerajaan sebagai contoh TNB (RM 5 Bilion)
dan PLUS (RM 9.3Bilion)
C. Produktiviti syarikat meningkat dan dapat memenuhi keperluan pelanggan

Petunjuk Sebelum Selepas


Pengkorporatan/ Pengkorporatan
Penswastaan / Penswastaan
Telekom Malaysia Bhd. (STMB)
Pulangan atas Aset (ROE) setiap sen 4.0 9.3
Hasil Setiap Pelanggan (RM) 1,227 1,519
Pengeluaran Setiap Pekerja (RM) 34,372 71,594
Rangkaian Pertukaran Langsung 36 56
Setiap Pekerja
Kelajuan Capaian ke Khidmat Asas 35 60
(setiap sen)
Jawapan Kepada Aduan/Kesilapan 80 95
(setiap sen)
Lebuh Raya Utara Selatan
Hasil Setiap Pekerja (RM) 77.69 217.57
Tempoh Masa Perjalanan (Jam) 15.4 7.5
Purata Jumlah Lalu lintas harian 112,119 586,125
(Bilangan kenderaan)
Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000

D. Peningkatan dalam penjualan saham kepada kerajaan.


Bagi tempoh 1991 hingga 1995, kerajaan berjaya menjimatkan RM 51.59
bilion bagi perbelanjaan modal. Ketika Rancangan Malaysia Keenam
kerajaan berjaya membawa hasil berjumlah RM14.12 bilion, iaitu RM
11.81 bilion daripada penjualan ekuiti dan RM2.31 bilion daripada

11
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

penjualan aset. Disamping itu, kerajaan turut menambahkan pendapatan


berulang seperti sewaan, pajakan dan pengurusan yang mengurangkan
beban pentadbiran dari segi pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan
latihan kepada kakitangan (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000).

5. Kesimpulan.

Pada peringkat awal penswastaan ini, majoriti rakyat Malaysia menyokong


penuh dasar ini tetapi selepas beberapa tahun, syarikat ini cenderung
meningkatkan harga kerana pelabur mahukan keuntungan yang tinggi. Dasar
penswastaan membolehkan kerajaan atau sesebuah negara memainkan
peranan lebih besar di dalam pasaran. Syarikat-syarikat awam yang diswastakan
mempunyai kuasa monopoli dan kerajaan tetap mempunyai kepentingan serta
suara di dalam organisasi-organisasi tersebut melalui pemilikan saham bersama
atau menerusi pelantikan wakil-wakil atau individu-individu yang berkepentingan
untuk melindungi hak-hak kerajaan di dalam syarikat. Hubungan kerajaan dan
individu terbabit pula memudahkan pemberian kontrak-kontrak besar kepada
mereka untuk dilaksanakan menerusi syarikat-syarikat swasta. Dengan itu,
kerajaan mempunyai kuasa penuh di dalam pasaran dan memudahkan proses
penciptaan keuntungan dengan memberi perkhidmatan bercaj tinggi kepada
rakyat umum. Mangsanya ialah pengguna. Umumnya, keuntungan yang
diperolehi syarikat-syarikat swasta ini adalah daripada rakyat yang perlu
membayar harga mahal untuk menikmati sesuatu perkhidmatan meliputi sistem
jalan raya, telekomunikasi, elektrik dan lain-lain lagi seperti yang dinyatakan di
atas. Dibimbangi kegiatan yang terlalu menekankan kepada keuntungan ini akan
menghakis nilai-nilai murni dalam sesebuah masyarakat.

12
MYM. Zaki: PGD090024 | Tugasan Individu 1 PXGM 6108

Rujukan.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (1985), Garis Panduan

Penswastaan Untuk Kegunaan Agensi-Agensi Kerajaan

Dasar-Dasar Negara. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-

kenegaraan/190-dasar-dasar-negara.html

Azmi Bin Hassan. Dasar-Dasar Negara. Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar

Universiti Sains Malaysia

Pendidikan wajib. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysia

Kamus. http://dict.rewaz.org

Dasar-Dasar Utama Kerajaan, http://www.slideshare.net/eznor77/dasar-awam-1-

7248239

Misi dan Visi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). http://www.mohe.gov.my/portal/info-

kementerian-pengajian-tinggi/misi-dan-visi.html

13

Anda mungkin juga menyukai