Anda di halaman 1dari 17

KETERAMPILAN GURU

PENDIDIKAN KHAS
APA ITU KETERAMPILAN?
Keterampilan diri adalah cara kita melihat
diri sendiri. Ini termasuklah:
Kepercayaan
Pemikiran
Perasaan
Ia adalah mengenai bagaimana kita
berhubung dengan diri sendiri dan orang
lain.

Komponen keterampilan diri termasuk:
Penampilan secara fizikal
Pandangan anda terhadap diri sendiri dan
orang lain.
Perasaan nilai diri dan keyakinan diri

KETERAMPILAN GURU
Guna pelbagai
teknik
pengajaran
Wujudkan kelas
yang kondusif
Keterampilan
memberi
motivasi
Keterampilan
bertanya
Etika
berpakaian
Sikap guru
Memiliki
keperibadian
Mengajar
Keterampilan
mengadakan
variasi
pembelajaran
Keterampilan
mengelola kelas
Apa Yang Perlu Ada Pada Guru
Pendidikan Khas?
Sabar
Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru
terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas.
Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan
tidak berputus asa dalam melatih dan mendidik pelajar.
Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar untuk
menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus
melenting dan berputus asa dengan mereka.
Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika
pembelajaran tersebut.
Kreatif Dan Mempunyai Idea Yang
Berterusan
Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif
daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan
yang ada pada pelajar kita mengharapkan kita agar
dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang
sesuai dengan mereka.
Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah
pengajaran yang sama dengan guru bidang lain, sudah
tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang
diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang sedikit.
Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang
penting bagi menjadi guru yang berkesan.
Ilmu Pengetahuan
Sebagai guru pendididkan khas, perlu
mengetahui bidang yang diceburi.
Guru harus melengkapkan diri dengan segala
ilmu yang sudah pasti dapat membantu dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.
Guru juga harus mempunyai maklumat
berkenaan ciri-ciri murid dalam bidang
pendidikan khas.
Inovasi
Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan
inovatif bagi meningkatkan keberkesanan semasa
mengajar murid Pendidikan Khas.
Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu,
akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih
menyeronokkan, diminati dan meninggalkan
kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung
mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Adil
Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari
segi kepandaian atau paras rupa. Jangan
menyisihkan seseorg kerana kelemahannya.
Guru yang berjaya tidak memandang seorang
pelajar sahaja tetapi semua pelajar menjadi
dibawah perhatiannya.
Sense of humor/ Kecindan
Dalam menjadikan kelas tidak kaku dan
pelajar bosan dengan pelajaran, unsur humor
perlu diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Empati
Sikap empati perlu wujud dalam diri guru
pendidikan khas.
Kewujudan ini penting supaya guru dapat
membantu dan membimbing murid khas ini.
Apabila ibu bapa mendaftarkan anaknya ke
sekolah khas ibu bapa tidak mempunyai ilmu
dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita
sepenuhnya bagi membantu mereka supaya
anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia
yang berguna
Simpati
Sentiasa merasa simpati dan belas kasihan
kepada kanak-kanak dengan nasib mereka.
Sentiasa membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah mereka
Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan
keburukan dan kelemahan para pelajar.
Sentiasa memahami perangai dan sifat
pelajarnya.
Guru seharusnya menyayangi murid-murid
pendidikan khas dalam apa jua situasi.
SOALAN?
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai