Anda di halaman 1dari 1

Program Mini Agoonoree Pengakap Kanak-kanak Pendidikan Khas

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada pengacara majlis,

Selamat pagi kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum En. Lim Tiang Kuang,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Chan Mee Na, Guru Penolong
Kanan Ko-Kurikulum Cik Lim Chiew Teng dan Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas Pn. Lee Chok Lan.

Seterusnya barisan guru-guru pendidikan khas serta murid-murid yang


diraikan sekelian.

Tujuan kita berkumpul pada pagi ini adalah untuk Majlis Penutupan
Perasmian Program Pembangunan Ko-Kurikulum Pendidikan Khas bagi unit
beruniform Pengakap iaitu Mini Agoonoree Pengakap Kanak- kanak
Pendidikan Khas bagi tahun 2014.

Para hadirin sekalian,

Buat pengetahuan semua, program Agoonoree Pengakap Kanak-


kanak Pendidikan Khas ini adalah julung kali diadakan bagi unit Pengakap
Pendidikan Khas. Ianya bertujuan menguji tahap persediaan murid dalam
mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari dalam Pengakap di
samping memupuk semangat kerjasama berpasukan.

Para hadirin sekelian,

Saya berasa gembira kerana program ini dapat dijalankan dengan


lancar tanpa banyak masalah serta perancangan yang teratur walaupun
menghadapi karenah kanak-kanak pendidikan khas yang pelbagai ragami.
Saya percaya, kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama dari semua
pihak bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan sempurna.
Terutamanya penglibatan guru-guru secara langsung dalam program ini
amatlah dihargai dan sekalung tahniah diucapkan.

Para hadirin sekelian,

Saya berharap agar program ini akan dapat diteruskan pada masa
akan datang. Saya juga berharap agar murid-murid dapat mengaplikasi
semua pengetahuan dan pengalaman yang didapati sepanjang program
ini. Dengan ini sukacitanya saya merasmikan Majlis Penutupan Mini
Agoonoree Pengakap Kanak-kanak Pendidikan Khas bagi tahun 2014.

Sekian . Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai